Isnin, 31 Disember 2018

Hari Pertama Aisy Melangkah Kaki ke Sekolah Agama Sesi Persekolahan 2019

Sempat selfie depan pagar sekolah sebelum balik 

Lafaz penyerahan anak kepada sekolah

Waktu nak balik sekolah

Perhimpunan pertama di sekolah agama

Semua berkumpul mengikut Bilik Kelas masing-masing 

Termenung tunggu cikgu sampai...Aisy semangat nak g sekolah, jadi awal pagi dah sampai


Dah 5 minit sampai barulah cikgu datang ke sekolah

Ni lah sekolah agama Aisy dan Abg Aiman....Aisy sesi pagi, Abg Aiman sesi petang

Balik singgah makan nasi ayam & ABC special ...lapar sangat agaknya 

Sempat singgah ke Karnival Kraf Johor 2018 - sebelum tutup pada 30 Disember 2018


Name tag Aisy...besar supaya senang cikgu nampak


Ok...Aisy dah habis kelas...jom balik 

Hebat kan Aisy  

Awal pagi2 dah siap...hensem boy 

Gambar saje-saje jer 

Semoga jadi anak yang solleh dan cemerlang dari dunia hingga akhirat...aminn



Rabu, 26 Disember 2018

Talimat Minggu Ukhwah Sekolah Agama BBU


Harini dan Semalam...26 dan 27 Disember 2018 adalah Minggu Ukhuwah Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 11.30 pg. Tapi bila sekolah betul-betul nanti, kelas Aisy mula pukul 7.15 pagi - 8.45 pagi. Satu jam setengah jer



Pagi-pagi lagi dah siapkan Aisy dengan baju sekolah untuk pergi ke sekolah


Sesi pengenalan sekolah agama dengan murid-murid baru ...kenal nama guru kelas, kenal dengan kelas ...berkenalan dengan kawan-kawan dan fasiliti sekolah.



Sebelum balik sempat selfie dulu depan pintu pagar sekolah.





Jumpa ramai kawan-kawan dengan cikgu-cikgu baru...tahun ni jumlah yang mendaftar sekolah adalah seramai 400 orang tapi yang buat pengesahan untuk masuk ke darjah 1 cuma 370 orang murid. Sebanyak 11 buah kelas untuk murid darjah 1, ustazah kata semua kelas dah digunakan untuk darjah 1, jadi sapa daftar lambat kena tunggu sampai 6 Januari 2019 sebab sekolah nak susun murid balik. Nasib baik Aisy dah daftar sekolah awal...nombor daftar 005/19.







Ibu bapa kena baca lafaz ikrar penyerahan anak kepada sekolah...semoga Aisy dapat jadi insan yang solleh dan cemerlang dari dunia sampai akhirat....aminn



Tunggu cikgu sampai, awal-awal pagi lagi ibu dah hantar sebab ibu nak punch card pergi kerja.


Dapat name tag besar...siap nama, nombor biilik darjah...nama ustaz dan kelas sesi 1. Semoga cemerlang anak ibu ...Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah.

Selasa, 11 Disember 2018

SemPeNa CuTi SeKolaH AKhiR taHuN 2018


Beli Tiket Muar River Cruise...Dewasa RM12 Kanak-Kanak RM6  ..Kapal terakhir pukul 5.20 petang 


Ni jer la aktiviti untuk anak-anak sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun 2018 


Pergi Bandar Batu Pahat makan Nasi Lemak dan Cendol Pak O...paling popular di Batu Pahat. Tapi taukehnya Pak O baru jer meninggal dunia beberapa hari sebelum ini...al-fatihah


Masa naik Muar River Cruise di Sungai Muar 


Tiga Adik Beradik ni...Along, Angah & Ucu 


Nenek yang bawa kami pergi jalan-jalan naik bot di Sungai Muar...ngeri  juga rasanya sebab air Sungai Muar ni dalam juga....doa banyak2 jer la semoga selamat.


Jalan pergi EonBig Batu Pahat, beli pampers & susu Icah jer...lepas tu g makan kat KFC


Budak bertiga ni tinggal di kampung sempena Cuti Sekolah ...seronok ler sebab hari-hari nenek ajak jalan ke Taman Permainan di Pantai Leka, Parit Jawa 


Sayang2 ibu dah besar...baru potong rambut...nampak lain muka 


Masa makan di Cendol Pak O Batu Pahat, Aisy makan nasi lemak 3 bungkus, Aiman makan 2 bungkus...kenyang sampai malam


Masa naik bot mengelilingi Sungai Muar

Jalan-jalan di EonBig Batu Pahat


Naik bot 

Di Rumah nenek...seronok ler Ecah dapat main beskal ..tak beri Arissa bawak beskal tu

Kayuh pun tak pandai lagi, jadinya dia tolak jer basikal pakai kaki

Sabun KuTiL


Cerita semalam bila balik kampung ....

Tadi hantar nenek g belanja kat kedai musang...( kedai belanja paling popular bagi penduduk di kawasan sekitar Semerah dan Sungai Balang) ..... nenek kata cik mor kirim sabun kutil...org pun yer kan jer la. Walaupun dlm hati tertanya2 ada ke sabun buang kutil. Sampai kedai musang nenek ambik sabun mandi. ......dia tanya. ....ni ke sabun kutil? Tak mak...tu sabun May... org pun tanya...ada ke sabun kutil mak? Mak ckp.......mor nk sabun kutil... bila g rak sabun ...rupanya mak nak sabun ....















Gambar sumber google 

Mak nak sabun fruitale....bukannya sabun kutil....adohaiiiiii......


Isnin, 10 Disember 2018

Kari Kambing 40 Hari


Nyum...nyummm...sedapnya makan nasi Arab Kari Kambing 40 Hari. Lokasinya di Jalan Ayer Hitam - Yong Peng. 


Setiap kali balik kampung mesti singgah sini makan Nasi Kari Kambing 40 Hari. Meriahnya tengok orang ramai beratur dan makan nasi. Penuh meja dengan pelanggan yang menikmati hidangan di sini.


Aisy kalau nak balik kampung mesti ajak singgah sini. Kedainya seawal 7.30 pagi dah sedia ada , kira boleh makan untuk sarapan dan makan tengah hari sekali.

Bukan setakat makan,  tapi kami bungkus lagi Nasi 2 bekas untuk bawa balik kampung.  Tokki pun suka makan nasi dia ni. Sedap...


Ni gambar taukeh dia...pernah nampak juga dia di kedai.

Isnin, 12 November 2018

Aisy Nak Masuk Sekolah



Malas nak beli keperluan sekolah lambat-lambat, jadinya semalam petang ambik anak2 di taska terus ajak ke @martKempas ..nak belikan keperluan baju sekolah Aisy & Aiman. Tapi yang banyak Aisy ler sebab baru nak masuk darjah 1 tahun hadapan 2019. Beli baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, beg sekolah, kotak pensel, kasut sekolah, stoking, tali leher, samping. Baju sekolah agama & samping kena beli lagi lepas ni sebab semalam baru dapat sepasang, saiz untuk Aisy dah habis. Kena belikan 2 pasang lagi, senang nak buat persiapan sekolah untuk seminggu punya. Selamat melangkah ke alam persekolahan Aisy. 

Rabu, 29 Ogos 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-61 Tahun


Esok tanggal 31 Ogos 2018, jadi harini sekolah buat Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Tadika As-Sofea, Bandar Baru Uda. Bersemangat semua sambut hari kebangsaan negara... Merdeka...merdeka....merdeka !!!!!!!!!!










Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu