Rabu, 10 Oktober 2012

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Skrg Aisy dah masuk 6 bln, dah leh makan sikit. Tp bila ibu ada mesti Aisy tak nak susu botol.

Selasa, 9 Oktober 2012

Merajuk

Dah 2 minggu lebih Aiman tak nak dok rmh mak Ony, sbb anak Mak Ony (adik) pukul Aiman sampai lebam haritu. Pastu adik Mak Ony tu kata Aiman "BODOH & BONGOK". Nak masuk hospital Tampoi. Ibu yg dengar Aiman mengadu pun sedih sbb anak ibu diperlakukan sebegitu. Masa lepas raya aritu, Aisy tak nak minum susu botol, dia nak susu badan jer, apalagi menangis la dia sepanjang hari. Jadi aku balik la ke rmh waktu rehat utk susukan Aisy. Sampai jer depan pintu, aku dengar adik tu tengah marahkan Aiman dgn suaranya yg besar & kasar. Aiman & Aisy menangis. Mmg betullah Aiman selalu kena marah dan kena pukul. Tp nak buat mcm ner, hanya Mak Ony saja yg aku harapkan utk jaga anak2 aku. Kalau ada kenderaan lain dah tentu aku hantar tempat lain, tp kereta nak g keje pun cuma sebuah...lagi lah ayah tu yg rajin sgt bangun pagi. Lagipun Mak Ony dok sebelah rmh jer, dari dulu mmg dia yg jaga anak2 aku...tak kan hanya kerana anak Mak Ony tu marahkan Aiman, aku nak ambik hati & hantar anak2 ke tempat lain....Mesti perang besar jadinya. Skrg ni aku dah tak kisah kalau Aiman tak nak dok rmh Mak Ony lg sbb dia dah selesa tinggal di kampung dgn neneknya. Cumanya sebagai seorg ibu, ibu sedih jg sbb berjauhan dgn anak kesayangan ibu. Kalau Aiman ada, hari2 ibu bangun pagi masak utk Aiman. Petang lepas solat Maghrib ibu akan ajar Aiman solat dan mengaji...malam masa tidur ibu akan ajar anak ibu baca doa dan ayat2 lazim, pastu Aiman suruh ibu nyanyikan lagu utk dia...sampailah anak2 ibu tertidur...Ibu rindu sgt2 pada anak ibu ..AIMAN
Inilah Aiman, anak ibu yg manja dan periang.

Ahad, 7 Oktober 2012

Baby Aisy

Pening kepala bila ada tugas luar & kursus dalam masa terdekat ni. Yer la, baby Aisy ni bila siang ok jer, nak botol mcm biasa tp bila malam jer dia mesti nak susu badan. Aritu kena g kursus di Melaka 3 hari sampai bengkak mata dia nangis sbb tak leh tido...nak ngempeng jer... nenek dia yg jaga pun tak tido sama. 19-21 Okt 2012 ni ada program PEWARIS di Jasin, Melaka, lepas tu 1-4 Nov. 2012 ada Kursus Pem. Penerangan di Melaka jg. Bila tanya Mak Ony, dia pun tak nak jaga..Tanya mak sendiri..lagilah....terus cakap tak nak. Hanya harapkan mak mertua yg baik hati dan makcik2 sebelah suami jer la utk jaga kan Aisy ni. Dah tak tahu nak letak mana anak ni bila ada tugas dan kursus luar. Bukan nak elak tugas, tp dah anak takde sapa jaga...nak wat cam ner.

Khamis, 23 Februari 2012

Berat Badan Naik Mendadak

Mak ai..baru 2 minggu jer berat badan naik 4kg..macam mana ni? Klinik sampai suruh minum air gula..nasib baik resultnya ok. Pastu doktor suruh check darah tinggi 2 hari sekali..mmm.... Masa anak pertama dulu berat akhir mengandung 80kg jer..tp yg ni masuk 8 bulan je berat dah sampai 85kg..patutla nak jalan pun dah tak larat sgt..Harap2 semua ok la. Skrg ni dah masuk minggu ke 33, tinggal tunggu 6-7 minggu je utk bersalin. Mudah2an senang la bersalin kali ni & baby takder masalah.

Ahad, 8 Januari 2012

Jalan2 cari makan di tahun baru 2012






























Malam tahun baru 2012, aku sekeluarga....dgn family mak mertua g jalan2 cari makan kat Melaka. Seronok sgt2 sbb dapat bawak Aiman g pusing2 bandar Melaka. Balik kampung dari JB Jumaat malam...pastu tido kat Semerah semalam. Sabtu pagi terus g rumah mak mertua kat Bukit Mor, Parit Jawa... Tunggu yg lain sampai.



Mak mertua dgn makcik2 sempat buat kuih pau utk bekal ke Melaka. Pukul 6.00 ptg barulah kitaorg gerak ke Melaka...terus menuju ke Muara Sungai Duyung, Melaka...makan seafood kat sana. Order makanan banyak....tp biasalah, makanan sampai lambat. Yang datang awal nasi lemak, tahu bakar & jus buah2...Jadi makan la dulu apa yang ada...Bila seafood sampai, perut dah kenyang sgt dgn nasi lemak & air. Jadi makan sikit jer la. Aiman terus tak nak makan ketam walaupun sebenarnya ketam tu favourite dia sbb dia dah abis nasi lemak 2 bungkus....



Banyak jg order makan malam tu, ada ikan masak 3 rasa, ketam sambal, sayur kailan, sotong goreng & ikan bakar... Lepas makan g ronda2 bandar Melaka. Mula2 naik Melaka River Cruise, Mak Nok yang bayar tiket. Pastu Aiman ajak naik buai...Nenek dia la yg bayar tiketnya. Tp Aiman naik buai dgn ayah dia, Pak Yong Izwan & Danial Nasriq. Kat situ dah pukul 12.00 mlm...Lepas makan aiskrim, kitaorg pun balik rumah. Tido rumah Farah..adik ipar kat Kuarters Polis Seri Temenggong.



Pagi Ahad pulak, tengok citer Ombak Rindu sampai tengah hari. Sambil bersarapan mee goreng dan cekodok ikan bilis. Dah tengah hari barulah gerak balik ke Muar. Singgah sekejap kat Home Decor Melaka, beli dulang. Sampai Muar makan kat Tg. Mas....terus balik rumah.

Khamis, 22 Disember 2011

Babyku

Harini dah masuk 24 minggu 3 hari aku mengandung...alhamdulillah...semakin aktif baby dalam perut ibu ni. Terasa nikmatnya la bila baby gerak2 dgn aktif..tp bila baby diam jer..ibu pun jadi risau sgt..mungkin dia tido...Kalau pergi jalan ke luar pun, dah mula beli baju baby...walaupun tak tahu lg apa jantinanya..tp beli jer la baju baby yg boleh pakai laki or pempuan... Dah keluar nanti barulah beli baju baby lain. Aiman pun seronok sgt nak dapat adik... Aiman dah tanya kat Mak Ony "Mak, nak tak jagakan adik Aiman besok"....Mak Ony kata "Yer, mak jagakan adik Aiman nanti"....lega rasanya bila Mak Ony nak jagakan anak ni. Senang la sbb sebelah rumah jer...Harap2 anak ibu yang ini sihat, selamat dan tak banyak meragam....jangan susahkan ibu dan ayah yer...

Tension

Tensionnya la....mana tak nya, orang lain punya keje, saya pulak yang kena buatkan. Mmg la tu semua kira amal kebajikan...tp yg lebih menentionkan apabila org tu sibuk berseronok2 kat tempat lain, tp yang takder kaitan ni menjadi mangsa utk siapkan keje dia...heee...geramnya la... Kalau la saya ni jenis hati busuk...saya biarkan jer la keje dia tu....Tp atas nama jabatan, saya buat kat la juga apa yang termampu, janji jabatan tak la hantar laporan 0...mmmm...

Skrg ni senang je...kalau sapa tak tahu buat keje, terus tak yah buat keje kan...tp gaji setiap bulan dapat...Yang jadi mangsa ni, yg takder kaitan...itulah dunia2....

Isnin, 14 November 2011

Cameron Highland

Seronok sangat2 bila dapat g Kursus di Cameron Highland.. Apa tak seronoknya, semua dah disediakan percuma oleh jabatan. Cuma sediakan duit utk shopping sakan jer. Kursus ni anjuran Jabatan Penerangan Johor utk semua Pem. Penerangan...Kursus Pemantapan Profesionalisme, Jabatan Penerangan Johor Tahun 2011.

Bertolak dari JB pukul 9.00 pg, naik bas Pejabat Peladang Negeri Johor Tour & Travel Sdn. Bhd. Terus ambik En. Mazlan kat tol Air Hitam...huhuhu...dialah sorang yg byk songeh sebelum pegi. Apa taknya, semua org salah, dia je yg betul hanya kerana tak leh naik bas kat Air Hitam... sbb tu dia salahkan urusetia..mmmm...dah tu boleh pulak dia pertikaikan keje org lain. iskh2..

Pastu terus g Pejabat Penerangan Ledang, ambik PP daerah Muar, Kluang, Muar, Ledang & Segamat. Sampai Ledang pun dah pukul 11.30 pg. Terus gerak ke Utara. Sampai Seremban bas berenti rehat & makan. Adalah dalam 1 jam. Sbb dah masuk waktu solat zuhur, aku, Saedah, Nurul & Dila g solat zuhur. Rupanya yang lain terus naik bas lepas makan.

Bas pun terus jalan sampai la ke Tol Simpang Pulai, berhenti sekejap sbb ramai nak membuang air.. Sepanjang perjalanan tu, abg bas bukak karaoke lagu2, pastu bukak movie pulak.. Rais & Nabil jadi pemandu pelancong dlm bas...Seronok sgt2....rasa mcm g rombongan zaman sekolah pulak.

Sebelum sampai ke Hotel, bas berhenti sekejap kat kedai jual2 souvenir...masa ni dah sampai ke Cameron Highland. Aku terus capai baju t-shirt Aiman & pelekat peti ais. Takut tak sempat nak beli sbb Kursus sampai mlm. Sampai hotel pun dah hampir pukul 7.00 mlm, dah masuk waktu solat maghrib. Lepas Check in, aku terus masuk bilik. Aku sebilik dgn Dila, Idah & Kak Tipah. Bila sampai je ke CH, terasa sejuk yg amat sgt, nasib baik aku bawak baju blazzer... Air kat tandas hotel pun sejuk sgt. Rasa mcm disimpan dlm peti ais jer.

Lepas mandi & solat maghrib, kitaorg turun makan mlm.. pastu masuk kelas utk taklimat urusetia. Urusetia mula la melantik Penghulu & Penghuluwati. Penghulu - M. Shah, my hubby & Penghuluwati - Idah Husin. Lepas taklimat urusetia, ada taklimat mengenai Kesatuan & Koperasi Jabatan. Suhairi yg sampaikan. Dia pujuk supaya semua org masuk Kesatuan & potong gaji bulan2 RM10. Aku sebenarnya tak setuju sbb duit yg ditolak setiap bulan tu tak memberi apa2 ganjaran & faedah kat aku. Duit kita tu buat bayar elaun pengerusi. Padahal Kesatuan ni pun bukan aktif sgt. Kalo masuk Koperasi pun tak pernah untung, ni kan pulak masuk Kesatuan. Tp dia paksa semua masuk Kesatuan ni dgn alasan memperjuangkan nasib PP. Dia kaitkan pasal pertambahan PP, kenaikan gaji, bayaran OT & TNT dgn Kesatuan. Aku rasa mmg tak relevan langsung sbb semua tu adalah keje JPA. JPA lah yang serap anggota baru dan kenaikan gaji baru. Bukan Kesatuan. Mmm... Kalo jabatan tolak gaji secara paksa setiap PP utk masuk Kesatuan ni, mmg aku tak akan halalkan....Cuba bayangkan, aku keje ada 27 tahun lg (kalo pencen umur 58thn) pastu sebulan tolak gaji RM10, setahun RM120. Kalo aku keje 27 thn lg maknanya duit yg kena tolak jadi RM3,420. Kalo lah aku simpan duit sebanyak RM3,420 utk pendidikan anak2 kan lebih bagus drpd aku bayar elaun pengerusi kesatuan yg aku sendiri tak pasti apa fungsinya. mmmmm...

Hari kedua, 12 November 2011, Ahad, bermula lah kursus. Aku bangun awal pagi sbb alarm telefon Kak Tipah asyik berbunyi jer sejak pukul 3.00 pg. Mulanya aku nak sambung tido sbb hari ni tak perlu kelam kabut mcm selalu. Tp tak leh juga tido. Bangun je la terus mandi dan solat subuh. Lepas siap2 kitaorg g sarapan. Pastu taklimat bermula daripada Cawangan KPK, PKPM, PSP & GSPI. Dengar jer la taklimat yg disampaikan ni. Taklimat daripada GSPI disampaikan oleh Sam Kong Meng...taklimat drpd Sam la paling kecoh sbb Sam suka buat lawak. Lepas tu kitaorg bergambar beramai2 dgn Pengarah & makan tgh hari ..rehat.

Ptg sesi Keje Berkumpulan. Urusetia dah bg kumpulan utk buat Resolusi Jabatan. Aku dpt Kumpulan 3 dgn Murad, Kak Tipah, Saedah, Hamzaliah & Lim Sey Ken. Murad jadi pembentang bg kumpulan kami. Lepas semua kumpulan dah bentang, kitaorg dibawa ke Tanah Rata...jalan2 dalam 1 jam. Aku belikan topi Aiman jer sbb tgok duit dah tak berapa nak byk. Aku kirim Kak Aida keluarkan duit RM100 sbb esok nak berjalan lg. Mlm majlis perasmian penutup oleh Pengarah. Mula2 Penghulu bg ucapan barulah Pengarah bg ucapan penutup. Dlm ucapan Pengarah, dia boleh lak perli aku & hubby sbb aku selalu cakap yg hubby aku suka balik keje mlm2. Pengarah kata, walaupun hubby aku balik mlm tp aku leh pulak mengandung...huhuhu... Lepas tu Pengarah sampaikan sijil kpd semua peserta. Habis je majlis perasmian, mula la majlis Dialog bersama Pengurusan Tertinggi. Mcm2 masalah yg berlaku di daerah. Aku lak Pen. Pengarah PSP suruh jadi pencatit..dah masuk GSPI pun kena catit jg ke..padahal anggota PSP semua ada. Ni yg aku tak boleh terima ni. Org lain punya keje aku lak yg kena buat. Mmg tak patut.. Yg paling aku tak tahan sebak masa Idah Husin ceritakan masalah dia kat daerah, menitis air mata aku ....aku sebak bila tengok dia terseksa di daerah sampai dia menangis2, aku pun apalg terus mengalir jer la air mata ni, nasib baik ada sapu tgn...siannya Idah. Kalo aku yg ada kat tempat dia, lom tentu aku setabah Idah. Takper la Idah, Allah tu maha adil & maha mengetahui segala2nya. Lepas tamat sesi Dialog, g makan & terus masuk bilik. Mlm ni sblm tido aku kemas baju sbb esok pg2 dah nak gerak balik.

Hari ketiga, 13 Nov. 2011 - lepas solat subuh & mandi, terus g sarapan. Kul 8.30 pg gerak ke MARDI Cameron Highland. Ada sesi taklimat oleh MARDi & terus g meronda2 ladang di MARDI. Mula2 tgok pokok strawberry, beli la strawberry 4 paket utk bawak balik. Pastu ronda2 tgok ladang ros, anggur, tomato, buah labu air, ladang teh... Pastu aku shopping kat kedai kat situ beli teh utk bwk balik JB. Belikan acik, mak, mak mertua, Mak Ony & utk rmh sendiri.

Lepas tu bas bawak kami ke Ladang Teh Boh, Cameron Highland...kat situ tengok jer la ladang teh yang hijau sgt2. Tak beli apa2 pun. Lepas tu g Kelab Golf SAS, CH utk makan tgh hari bersama Pengarah Pahang. Lepas habis makan, bas bawak kami ke tempat utk membeli belah. Aku beli baju t-shirt utk Aiman, Nasriq & Afiq. Pastu g jalan2 lg beli baju aku lak. Mula2 tak nak beli tp Saedah tunjuk baju cantik2, tu yg tak tahan..beli la jg sehelai. Pastu bas pun gerak balik, singgah jap tepi jalan tgok sayur2an. Aku tak turun pun sbb duit dah tak berapa nak ada.

Bas pun terus turun bukit utk keluar dari CH...masuk tol Simpang Pulai dan berhenti sekejap di R&R. Bila turun bukit jer telinga jadi berdengung, tekak loya & rasa terkencing. Nasib baik tak termuntah dlm bas. Ingat turun nak muntah rupanya tak jadi, sapu jer la minyak angin kat kepala. Sampai Tapah, bas berhenti rehat. Aku solat jap Asar & Zuhur..jamak, pastu beli DUNKIN DONUT 2 biji & air mineral. Mahalnya la air mineral..sebotol RM3.00, Sampai dah nak kul 7.00 mlm, bas gerak lg, berhenti kat Dengkil utk mkn mlm. Tp aku tak makan pun sbb masa dlm bas Kak Aida bg nasi lemak...aku yg makan sampai habis. Aku solat isyak dan Maghrib kat Dengkil pastu minum Horlick Panas dgn Mazlin & Kak Tipah. Pastu bas gerak terus ke Ledang. Sampai Ledang Pukul 12.00 mlm, terus g Air Hitam turunkan org BP dgn En. Mazlan & Saedah. Sampai IPPNJ dah pukul 2.00 pg. Terus balik rumah, kemas barang dah pukul 4.00 pg barulah tido. Lepas subuh ingatkan nak g ambik Aiman kat rumah Acik tp kaki kejang lak, pukul 9.00 pg baru g ambik dia. Cian Aiman, demam, batuk & cirit birit.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hutang PTPTN

Aku mmg rajin check baki hutang PTPTN aku...leh katakan hampir setiap hari aku nak bukak laman web PTPTN sbb nak tengok baki hutang aku tu. Syukur alhamdulillah, sbb hutang aku dah semakin sikit walaupun belum habis sepenuhnya tp sekurang2nya dah tak sebanyak dulu. Itu semua sbb aku bayar potong gaji setiap bulan RM250, kalo aku bayar sendiri rasanya hutang aku byk lg..Aku potong gaji sejak masuk keje lg..tahun 2005...Skrg baki hutang aku tinggal RM4,500.00...Bila tengok baki tinggal sikit, lega rasanya..yer la tahun depan aku dah nak bersalin, anak nak masuk 2 org jadi kos pun bertambah..Nak bayar pengasuh RM400, susu anak, pampes, ubat2an dia lg....jadi kalo aku dapat settelkan hutang ptptn tahun depan, boleh la aku gunakan duit tu utk anak pulak...


Kalo aku congak2, hutang aku akhir tahun ni tinggal RM3,750.00. Aku rasa nak bayar abis je la guna simpanan ASB aku...Macam tahun2 sblm ni, aku akan bayar guna dividen ASB yang aku dapat.. Tahun lepas aku bayar RM2,500....tahun sebelumnya aku bayar RM1,000... Tahun ni kalo boleh aku nak bayar dalam RM2,500 lg.....Jadi baki hutang nanti tinggal RM1,250... maknanya tinggal 5 bulan je perlu potong gaji..


Aku bersalin awal bulan 4, kalo gaji potong sampai bulan 5...naik keje nanti aku dah dapat guna duit tu utk anak pulak....tak la terbeban sgt. Tp aku bersyukur sgt sbb Allah swt permudahkan hidup aku utk jelaskan hutang piutang aku. Walaupun aku tak semewah mana, tp aku cukup makan dan pakai...syukur sgt.

Isnin, 24 Oktober 2011

Cian Aiman

Semalam hari munggu, macam biasa la lepas solat subuh aku bersiap2 g Pasar Tani, BBU, mmg aku akan pergi sorang2..sbb tu g awal pagi..anak dan hubby tido lg jadi tinggalkan jer la dia. Aku belanja pun tak lama, lepas beli sayur, ikan, sarapan pagi & buah aku pun balik la..masa sampai kat tempat parking kereta, aku nampak van jabatan. Pastu nampak hubby dalam van tu....Rupanya dia g keje awal pulak hari ni, aku ingatkan dia g keje tengah hari...sbb tu aku tinggalkan dia dgn Aiman... Dia marah la sbb aku tak bawak hphone....Pastu dia leh bgtau aku yang dia tinggalkan Aiman sorang2 kat rumah...aku risau la takut jadi apa2 kat anak tu...

Aku terus cepat2 bawak kereta & naik ke rumah. Bila aku buka pintu jer, aku terus panggil anak aku..Nasib baik dia tak nangis...Dia tengok tv sorang diri jer la...mujur la dia tak buat benda yang bukan2... Hubby aku ni pun, dah tau nak cari aku tu, bawak jer la sekali Aiman ke pasar tani...ni leh pulak dia tinggalkan anak sorang2 kat rumah....Kalo lah dia main kat bilik air ker...main kat dapur ker, kan bahaya...Nasib baik la Aiman ni bukan jenis yang terlalu lasak....kalo lah dia main benda yang bukan2...iskh2...tak yah la pikir....

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu