Agak2 berapa lah harga bagi sebuah perasaan yg dinamakan KaSiH & SaYaNG.....20 sen, 5 sen, RM1.00 atau RM100.00. Tapi bagi diriku, harga kasih sayang tu tak boleh dinilai dgn wang ringgit..ia terlalu mahal dan tak boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun. Sbb tu aku tak sanggup utk sedekahkan kasih dan sayang aku pada org yg bukan haknya...samada org di tepi jalan, di laman sosial atau di mana2 tempat sekalipun. Aku sgt Syg dgn sebuah perasaan yang dinamakan KASIH SAYANG. Tapi aku musykil, ada jg manusia yg sanggup beri rasa kasih dan sayang pada sesiapa saja yg dia sendiri tak tahu asal usul org itu. Niat aku bkn nak menghina sesama manusia, tp cuma pelik dgn tindakan sesetengah org yg dgn mudah boleh memberi dan menyerahkan kasih sayang kpd sesiapa sja tak kira pempuan atau lelaki. Dalam diri ku, kasih dan sayang ku amat tinggi nilainya, sbb tu aku tak boleh sedekahkannya kepada sesiapa saja..
Bukankah lebih baik kasih dan sayang kita tu kita berikan pada yg hak nya.. ..pada Allah swt, pada Nabi Muhammad s.a.w, pada kedua ibu bapa kita, anak2 kita, suami/ isteri kita dan pada negara yg tercinta ini. Aku jadi pelik bila ada org baru jer kenal di laman sosial sudah mula panggil sayang, ayang, dsb... Murah sgt ke harga sebuah kasih dan sayang tu?
Sorang demi sorang aku tengok kat opis ni tukar kete baru, wah...makin hebat semuanya..dan hampir semuanya ambik kete import. Mula2 Pengarah - Honda City, Faizal Aman - Alza, Shahda - Toyota Vios, Tan Tin Tun - Honda Civic, Rahman IT - VW dan yg harini aku tgok En. Iqbal - Honda Freed.... rezeki mereka kan..alhamdulillah..yer la, anak makin besar, keluarga makin bertambah jadi mmg patut tambah besar kereta tu. Aku lak, nak beli kete second hand pun tak berapa nak mampu..bila PK Aiman nak sekolah lg, hutang kete yg ada pun belum abis lg...jadi pakai jer la apa yg ada..lg pun kete ni aku tak berapa nak excited sgt, yg aku nak ialah rumah idaman yg lebih selesa. Mmg la aku dah ada rumah, tp kalau boleh nak rmh bawah, senang sikit nak belanja dan angkat brg bila balik kg...dok rmh atas, tau2 jer la...nak belanja pun tak larat nak angkat brg...bila agaknya nak dpt rmh idaman ni...Ya Allah semoga aku diberi peluang utk miliki rmh idaman ku sendiri..aminn.....
Itulah kata2 mak mertuaku bila lepas kenduri ada yg relax2 jer buat tak tahu. Tak mahu tolong itu dan ini ..ntah lah, sian jg aku tgok mak mertuaku dan makcik2 ...semua dah tua, dah wajib berehat saje. tp hakikatnya diaorg la yg sibuk dari awal majlis hingga ke akhirnya...yg lain semua lihat dan lihat saje org tua itu membuat kerja tanpa ada rasa belas simpati dan kasihan. Kalau aku dah tua, agak2nya mcm ner la anak2 ku besok..adakah anak2 ku sanggup lihat ibunya ni buat semua kerja...Aku setakat menantu jer, jadi apa yg terdaya aku buat, tolong kemas, basuh pinggan mangkuk, gulung semula tikar, buangkan sampah dsb la...dah la kenduri tu utk anak aku, tak kan la aku biarkan rmh mak mertua aku tu bersepah sana sini....aku pun tak tergamak buat mcm tu...
BPFK -
Sbgai langkah berjaga2, kena semak status barang2 yg kita gunakan terutamanya yg melibatkan makanan dan alat2 kosmetik.
Sebenarnya, dlm hidup ini, percaya pada diri sendiri adalah rahsia utama mencapai kejayaan. Betul...org lain tak leh bantu kita & kita pun tak boleh bantu org lain. Sbb tu ada pepatah mengatakan Hitam atau Putih Kehidupan Adalah Kita Sendiri Yang Menentukannya, Jadi Hadapilah Hidup Ini Dengan Penuh Keimanan. ...mmm....mcm lagu Sheila Majid tu. Aku tulis pasal ni sbb ramai dah aku tengok org ni semua tak boleh dipercayai, w/pun dia ckp depan kita dia akan simpan rahsia kita....sbb tu bg aku, kalau sesuatu perkara itu boleh menyebabkan seseorg bergaduh, buat apa nak menyampaikan citer itu..tp hakikatnya yg berlaku, sebenarnya ramai org2 ni yg tak jujur pd kita & akan menyampaikan apa sahaja citer yg kita luahkan pd dia. Jadi lebih elok kita simpan jer citer2 tu utk panduan hidup kita supaya tak jadi pd kita. Ye la, aku dah pernah kena marah dulu hanya kerana bgtau pd Alya tentang tempahan baju korporat..tetiba aku kena marah sbb hamba Allah tu dgn alasan aku bgtau pd Alya harga baju tersebut. Dah org tanya pasal beli brg, mestila dia pun akan tanya harga. Tp hamba Allah tu tak leh terima sbb dia kata hanya dia shj yg leh tawar dgn si penjual tu & dpt harga murah...nanti penjual marah kat dia la sbb bgtau harga yg murah pd org lain..Jadi dia suruh jer aku ckp pd Alya beli jer baju tu di kedai luar....Angsana ke, Kip Mart ke....mmm.. aku pun bgtau la Alya pasal perkara tu...Rupa2nya Alya dah tulis isu ni dlm fb, so kwn baik hamba Allah tu pun berbalas2 msj tu dgn Alya & sampaikan perkara tu pd hamba Allah tersebut. Apa lg, mengamuk la hamba Allah tu pd aku...siap suruh aku bukak fb utk tgok isu yg Alya tulis tu..bila kena marah, aku sedih la...niat kita nak tolong kwn jer, rupanya jadi lain pulak. Masa rehat, kat surau aku tanya pada @#$% pasal perkara tu, ingatkan dia leh simpan citer, rupanya dia pun sama suka menyampaikan jg..dah lg marah la org tu. Aku nak pergi pejabat pun sampai takde mood..bila aku citer pd hubby, dia kata lain kalau jgn memandai2, bila org tanya ckp jer tak tahu w/pun kita tahu..jadi lebih baik kalau kita tak puas hati kita simpan jer perkara tu dlm hati jgn citer pd sapa2... Skrg ni pun, bila nama aku kena sebut lg oleh org tingtong tu, aku rasa mesti ada org yg suka menjadi kaki sampai...guna nama org lain utk naikkan nama sendiri..
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net