Ahad, 25 Ogos 2013

Muhammad Aisy

Tadi pergi masukkan duit raya Aiman dan Aisy di Pejabat Pos. Bayar bil sekali. Tiba-tiba kerani Pejabat Pos tu boleh tunjukkan buku akaun Aisy pada kerani yang sebelah dia. Ingatkan ada masalah apa. Rupanya sebab nama Muhammad Aisy tu sama dengan nama anak kerani tu. 
Aisy dan ayah


Sebenarnya nama Muhammad Aisy tu aku yang pilih sebab tak nak nama anak panjang-panjang. Aisy tu maknanya Kekayaan. Nama pendek tapi maksudnya cantik. Sebab tu aku pilih. Tapi En. Hubby dah tambah dengan Amirshah. Jadilah nama Permata Hati ibu yang ke-2 Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Maknanya Putera Yang Kaya Raya dan Terpuji. Insya Allah.

Bila buka facebook jumpalah nama anak kawan-kawan masa sekolah dulu. Ramai juga rupanya yang nama anak dia Aisy. Lepas tu cucu PPD Kota Tinggi pun nama Aisy juga. Anak pelakon Ayu Raudah pun bernama Aisy juga. Mmmm...rupanya nama Aisy ni jadi pilihan ramai orang. Ingatkan nama anak ibu jer. Tak pe la. Semoga anak ibu jadi anak yang soleh, berjaya dan cemerlang hidupnya, diberkati Allah SWT dan diberi kemewahan di dunia dan akhirat. 

Selasa, 20 Ogos 2013

Cerita di Aidilfitri 2013

Hari ini dah masuk 13 Syawal, dah naik kerja sejak Khamis yang lepas. Mood raya pun dah tak ada bila dah naik kerja ni. Aiman pun dah naik sekolah sejak semalam lagi. Raya tahun ni rasa macam tak beraya. Duduk je la kat rumah sebab En. Hubby kena demam sejak hari terakhir berpuasa. Masa hari terakhir puasa. 29 Ramadan yang lalu, lepas bersahur kat rumah, aku pun turunkan barang-barang untuk bawa balik ke kampung. Pukul 6.30 pagi dah kejutkan Aiman dan Aisy untuk bersiap-siap balik ke kampung. Balik awal pagi ni bagusnya mata tak mengantuk. Kali ni aku balik dengan anak-anak serta Mak Nok dan Uda. En. Hubby balik kampung dengan motor kesayangan dia tu. Pukul 7.00 pagi aku gerak ke rumah Uda untuk ambik Mak Nok dan Uda. Sebelum pukul 8.00 pagi dah gerak balik ke kampung. Sampai kampung pukul 10.00 pagi. Sepanjang perjalanan balik ke kampung, Aiman asyik tanya jer bila nak sampai rumah Nenek Yo. Dah tak sabar sangat Aiman untuk berjumpa dengan sepupu dia kat kampung. Biasalah nak ajak main dan bergasak.

Kat kampung terus tolong mak mertua masak ketupat dan lauk pauk. Ketupat Uda yang isi, aku tolong rebuskan je. Lepas tu masak rendang ayam, kuah kacang dan serunding. Pukul 5.00 petang En. Hubby baru sampai rumah kampung sebab dia tak larat. Aku dan anak-anak dah bersiap-siap untuk balik ke Semerah untuk berbuka puasa bersama mak. Biasalah...kalau hari raya pertama aku sambut kat rumah Mak Mertua, maka aku  buka puasa untuk hari terakhir kat rumah Mak. Begitulah sebaliknya. En. Hubby tak ikut sebab dia tak larat. Lepas isyak aku terus gerak balik ke rumah Mak Mertua semula, kalau dah malam sangat risau pulak dengan keselamatan aku dan anak-anak. Yer la memandu kereta kat kampung ni kena berhati-hati sebab takde lampu jalan. Jadi jalan tu gelap gelita. Sampai rumah Mak Mertua semua orang dah keluar pergi ke rumah Mak Long. Yang tinggal Farah dan baby dia jer sebab masih dalam pantang lagi. En. Hubby call aku. Dia kata dia ada kat Semerah. La..pulak....aku dah sampai rumah Mak Mertua dia kat rumah Mak Semerah pulak....Tak lama lepas tu dia pun balik semula ke sini. 

Aku bagitahu Hubby yang baju raya tak muat sebab Kak Long buat kecik sangat. Kak Long guna ukuran baju Azah. Mana nak muat. Azah tu anak dara yang baru Ting. 3 nak samakan saiz badan dengan aku yang dah ada anak 2. Yang sepasang tu muat tapi dah macam sarung nangka. Yang sepasang lagi terus tak muat langsung. Jadinya memang kena cari baju lain la. Malam dah dekat pukul 11.00 malam aku dan hubby keluar ke Pekan Parit Jawa untuk beli baju raya. Disebabkan kecemasan maka aku beli je baju siap yang ada dijual kat Pt. Jawa. Cantik-cantik dan murah baju kat Pt. Jawa. Baju yang sama aku tengok harganya kat Larkin, JB dah RM130  tapi kat Pt. Jawa aku dapat dengan harga RM80. Apalagi aku belilah baju ready made...test la baju kurung yang saiz L dan M. Tapi yang L besar sangat la pulak, jadinya aku ambik yang saiz M. Disebabkan baju kurung tu cantik dan memang memenuhi selera aku, apalagi aku pun mencuba banyak jenis la. Aku ambik dua pasang baju kurung yang bercorak bunga. Yang sibuk melayan karenah aku ni pulak amoi Cina. Dia kata kedai ni kakak dia punya. Kakak dia dah masuk Islam dan kahwin dengan tauke kedai ni. Wahhh...bagusnya la, walaupun adik masih non-muslim tapi masih baik dan tolong kakak dia berniaga. Kakak dia siap ambikkan baju lain untuk aku test. Mana ntah dia ambik stok. Dia bagi aku baju  sulam-sulam. Dan akhirnya aku beli 3 pasang baju raya dengan harga RM240. Aku tengok kedai tu pun bajunya murah-murah, corak pun cantik-cantik. Yer la semuanya memenuhi selera aku. Masa masuk kedai ni aku pakai selipar, rupanya kena bukak selipar. Bila nampak amoi Cina tu tak pakai selipar aku pun minta maaf dan terus bukak selipar.

Pagi Khamis, adalah hari raya Aidilfitri. Hubby masih demam lagi. Nak pakai baju raya pun takde mood. Aku pakaikan Aiman dan Aisy dengan baju melayu sedangkan aku pakai T-shirt dan kain batik jer. Tengah hari anak Mak Long datang beraya ke rumah sebab Mak Long ada kat rumah Mak Mertua aku. Petang lepas asar aku pergi lah beraya di Semerah. Tapi aku tak ikut diaorang beraya keliling kampung sebab hubby tak sihat. Makanya raya rumah mak jer la. Sampai rumah mak aku nampak banyak buah durian. Apalagi aku makan la durian dengan En. Hubby.  Sebelum maghrib aku dah gerak balik ke Pt. Jawa semula. 
Raya rumah Lek Basir

Raya ke-2 malam barulah beraya rumah Mak Long dengan anak-anak dia. Malam raya ke-3 baru aku balik ke Semerah. Sampai je rumah mak, penuh halaman rumah mak dengan kereta anak beranak Wak Ju dan Keluarga Mertua Amy. Raya ke-4 barulah aku beraya ke rumah Lek Basir, rumah Mak Mertua Amy dan kakak kat BP. Lepas tu pergi ke rumah Nora kat Pt. Ponorogo. Tu pun En. Hubby tak ikut sebab dia hantar kereta ke bengkel untuk ketuk. Body kereta kemek sebab tergesel kereta lain masa duduk kat rumah Uda dulu. Nak cat kena tinggalkan kereta seminggu, jadinya ketuk jer la, tak cat pun. 

Rumah Nora kat Pt. Ponorogo

Sampai raya ke7 aku kat Semerah. Sebelum balik ke JB aku sempat ambik buah rambutan kat belakang rumah mak. Masa kecik-kecik dulu nak makan buah-buahan pun susah sebab pokok pun takde. Tapi bila semua dah besar ni banyak pulak pokok buah-buahan yang berbuah. Bukan setakat rambutan, durian dan mangga pun banyak. Sampai tak termakan la pulak. Dulu-dulu kalau nak makan durian dan rambutan kena pergi ke rumah Nora sebab belakang rumahnya memang penuh dengan pokok durian dan rambutan, tapi sekarang semua dah ada kat rumah mak. 

Makan durian jer la kerjanya

Isnin, 5 Ogos 2013

Tabung Haji

Semalam pergi ke Tabung Haji Cawangan Larkin Perdana, Johor Bahru. Nak masukkan duit untuk Aisy, semak buku Aiman dan ibunya biasalah nak keluarkan duit untuk balik kampung sambut Hari Raya. Duit Aisy tu sebenarnya duit ayah dia..duit syiling yang dah kumpul bertahun-tahun lamanya. Dah penuh pun bekas tupperwave sampai pecah dibuatnya. Daripada bersepah-sepah duit syiling tu lebih baik masukkan dalam akaun Aisy. 

Sampai jer Tabung Haji, orang bukan main ramainya la..semua nak keluar duit untuk sambut raya. Lepas isi je borang terus ambik nombor giliran. Seorang pegawai TH dah tunggu depan meja isi borang TH untuk settelkan cap jari. Kalau tak makin lambat la jawabnya urusan di TH.

Bila nombor giliran aku dipanggil, aku terus ke kaunter 1, keluarkan duit dan buat semakan buku Aiman dan Aisy.

Rabu, 31 Julai 2013

Kek Lapis

Terujanya bila tengok gambar Kek Lapis yang menarik dan cantik. Haritu dah cuba buat sebijik untuk berbuka puasa dan menjadi. Rasanya pun sedap. Jadi cadang balik kampung minggu  depan nak bawak la Kek Lapis ni untuk sambut Aidilfitri. Bahan-bahan semua dah beli dan ada kat dapur. Tinggal tunggu mengadun jer. Jadi sekarang ni hari-hari bukak resepi kek lapis..Macam-macam resepi ada. Pagi ni tengok resepi di  

http://linapg.blogspot.com/search/label/Kek%20Lapis


Dengan warnanya yang terang dan berwarna warni membuatkan hati ni jatuh cinta dan tak sabar nak merasa kek lapis ni.


RRESEPI KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES/ASAM MANIS
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (lina pg gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepeikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut kaler pilihan.
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir lina pg kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk

Harap-harap hujung minggu ni ada kelapangan untuk membuat Kek Lapis ni. Cadang nak buat 2 bijik...satu untuk rumah mak, satu lagi untuk rumah mak mertua. 

Selasa, 30 Julai 2013

Sandwich Telur

Semalam dah 21 hari umat Islam berpuasa, tinggal 8 hari jer Ramadan dan akan muncul Syawal tidak lama lagi. Sebab dah tinggal seminggu, malas nak pergi beli kuih-muih lagi. Berbuka secara sederhana sahaja. Sepanjang bulan Ramadan kali ni, baru sekali aku pergi Bazar Ramadan BBU. Tu pun sebab nak beli ayam golek yang diidamkan oleh En. Hubby. Kuih selalu buat kat dapur sendiri je. Kalau penyakit malas datang, maka beli je kuih di gerai  Kak Izah kat hujung taman ni. Macam-macam ada....dari nasi dgn lauk pauk, pelbagai jenis mee, puding dan kuih-muih, semua la ada. Jadinya tak yah pergi ke bazar yang sesak dan menyesakkan dengan jualan yang tak berapa nak memikat hati ku ini. 

Semalam tengah hari mata ni memang ngantuk sangat, sampai terlentok atas meja PC ni. Teruk betul la. Tapi kalau dah ngantuk sangat bukan boleh ditahan-tahan mata ni. Kalau nak terlentuk, maka letak jer la kepala atas meja ni...gerentii dapat mimpi yang indah-indah walaupun hanya seminit dua.....buruk betul perangai aku ni la. Satu hari tu sebab dah ngantuk sangat aku pun terlentuk atas meja ni sampai telefon atas meja berbunyi pun aku tak dengar...mak aiii...hebat betul tido ni. Disebabkan telefon dah lama berbunyi, maka En. Sam yang tolong angkatkan. Tu pun aku masih tak sedar juga. Rasa macam tido di atas tilam empuk, di bilik yang serba indah pulak....iskh..iskhh..

Disebabkan rasa mengantuk yang mengila-gila ni, maka Puan Wana ajak la aku keluar bersiar-siar di shopping complex...huhuhu...nak hilangkan ngantuk punya pasal, boleh pulak pergi bershopping sakan. Bukan setakat penyakit ngantuk yang hilang malah duit raya pun boleh hilang juga dibuatnya. Yer la sekarang ni kan semua shopping complex tengah buat Sale sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Maka untuk menjimatkan sikit duit,  aku ajak Pn. Wana pergi ke Giant, Tampoi  untuk membuat tinjauan apa yang ada di sana.

Sebenarnya, aku mmg takde niat nak berbelanja, tapi bila dah masuk shopping complex, dari niat takde apa-apa terus jadi apa-apa la. Mula-mula tengok baju di Peace Collection sbb Pn. Wana nak beli baju kurung. Harga baju semua mestila RM100 dan keatas..yer la baju semua dah macam artis....berkerlip-kerlipan dengan manik, labuci dan butang sana-sini. Semua guna kain crepe  rasanya...ala kain yang nipis jer tu..tapi aku tak minat pun.. sekadar mencuci mata jer la.

Lepas tu, masuk ke Giant, tengok baju  kurung juga, tapi sebelum tu aku sempat juga singgah di mesin penimbang badan..nak tengok berat badan ni dah susut ke tidak. Dah puasa dah nak sebulan, nak juga tengok hasilnya. Bila naik je ke mesin tu dan aku masukkan duit 20 sen...terus mesin beri bacaannya. Hasilnya masih sama je...tak susut walau sekilo pun...huhuhu...apa la aku makan ni sampai berat badan tak nak luak. Lemak kat badan ni makin degil la. 

Buat tak tahu jer la, malas nak layan berat badan yang tak nak susut ni. Terus ambik bakul untuk bershooping sakan. Banyak dah kuih  raya dijual kat Giant, tapi semua tu aku tak minat. Last sekali aku beli roti, mayonis, salad, tomato...balik nak buat sandwich telur la. Pn. Wana sibuk memilih  Pizza segera...tapi akhirnya dia beli Roti Prata je...Aku beli juga lada merah, lada hijau, cili api...sebab semua bahan tu dah abis kat rumah. 


Balik kerja semalam, singgah sekejap rumah Acik sebab nak ambik duit raya yang ditukar. Acik sempat goreng cekodok pisang untuk berbuka puasa dan beri segorengan untuk aku. Sampai rumah Aiman dan Aisy la tukang perabiskan cekodok tu. Aiman mmg berhantu dgn cekodok pisang ni. Sampai Aisy mintak pun Aiman tak nak beri.

Lepas mandi aku mulalah membuat sandwich telur  untuk berbuka puasa. Bahan-bahannya ialah :

Macam ni la rupa sandwich telur tu..tapi aku buat tak potong pun.

  1. 2 biji telur
  2. Dua sudu besar mayonis - untuk sandwich
  3. Sedikit lada hitam
  4. Salad
  5. 2 biji tomato
  6. Buttercup
  7. Roti Putih Gardenia
Cara membuatnya :
  1. Rebus telur hingga masak, kopek dan hancurkan telur dengan menggunakan garfu. Lebih mudah hancurkan telur masa panas sebab bila dah sejuk, telur lagi keras dan susah nak hancurkan.
  2. Masukkan mayonis dan sedikit lada hitam  yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
  3. Sapukan roti putih dengan sedikit buttercup dan kemudian letakkan telur atas roti.
  4. Letakkan salad dan tomato yang telah dipotong-potong.
  5. Letak sekeping lagi roti  yang telah disapu dengan buttercup.
  6. Potong dua roti sandwich tu...kalau tak nak potong pun boleh juga.

Semalam Aiman tolong buat sandwich tu, tapi dia tak nak pun makan sandwich. Dia mmg rajin tolong ibunya buat kuih kat dapur, semua dia nak kacaunya. Aisy pulak tolong kemaskan dapur. Semua magkuk, periuk dan tupperware jadi mainan dia. Biar jer la, janji dia gembira. 

Malam, aku tak makan nasi pun sebab masih mengenangkan berat badan yang tak nak susut ni...hehehe...makan sandwich je la. Lagipun dalam satu sandwich dah ada karborhidrat, protein, vitamin dan segala-gala zat la. Alhamdulillah...kenyang masa berbuka semalam dgn sandwich telur. 

Ahad, 28 Julai 2013

Berbuka di Tasek Merdeka

Hari Khamis petang, lepas balik kerja Acik telefon ajak berbuka puasa di Tasek Merdeka, JB..depan RTM Johor. Acik nak booking tempat, jadi dia nak confirmkan sama ada aku nak ikut atau tak. Aku tak kesah sebenarnya buka kat mana-mana pun janji senang nak solat Maghrib. Aku pun call la En. Hubby yang belum balik dari pejabat lagi. Dia pulak tak nak pergi berbuka kat Tasek Merdeka, alasannya dia ada kerja. Tapi dia benarkan aku pergi berbuka dgn acik. 

Hari Sabtu, selepas solat Asar Mak Nok ambik aku untuk ke rumah Acik. Aku pergi dgn anak-anak dan acik sekeluarga. Mak Nok dan Uda pun ikut juga.  Lepas tu terus ke Tasek Merdeka, JB untuk tunggu waktu berbuka. Masa berbuka tinggal setengah jam, orang pun berpusu-pusu mengambil juadah yang disediakan. Aku pun ambik la juga. Mula-mula ambikkan nasi Aiman dgn Ayam Masak Merah...lauk kegemaran dia. Lepas tu baru aku ambik nasi untuk aku pulak. Bila aku nak ambik jer nasi, nasi kat buffet set dah licin....mak aiii..kejapnya abis. Ambik jer la apa yang ada. Aku ambik la sate 6 cucuk dan sedikit buah tembikai..tu jer.

Sampai penuh meja dibuatnya..semua nak dirasa 


Mak Nok ambik nasi putih, tapi lauknya pun dah abis. Lambat pulak catering ni nak tambah. Yer la, dia letak makanan sikit, orang pulak ramai...kejap jer la habisnya. Tambahan pulak bulan puasa, mesti orang teruja tengok makanan yang macam-macam. Rasa nak makan semuanya sebab tu ambik sampai penuh pinggan...last2 bukan makan sangat pun. 

Tapi rasa makanan kat sini macam tak berapa nak uummmpphh... la...tawar. Yer la, dah bulan puasa mesti la tak boleh nak merasa kan tukang masak tu. Tapi kalau dah setiap hari memasak mesti dia  tahu nak sukat bahan perasanya. Rasanya kalau makan kat rumah lebih kaww..kawww...

Lepas berbuka dan solat Maghrib, Aiman dan Aisy sibuk nak berjalan-jalan di kawasan Tasek Merdeka...Seronok Aisy dapat lepas bebas..selalu kena kurung je. Lepas tu kami semua pergi la ke Bazar Karat, JB. Pertama kali aku sampai ni walaupun Bazar Karat ni dah lama wujud tapi tak pernah pergi pun. Masa di Bazar Karat ni Aiman dah merajuk nak ajak balik. Dia kata ngantuk la...terpaksa la pujuk dia. Mak Nok ajak beli mercun pop..pop...dan bunga api....terus tak jadi balik. Habis mercun pop..pop...dia main kat depan Pejabat Pos...Aisy pun bukan main seronok dapat bebas berjalan-jalan. Terpusing sana sini dia....pukul 10.00 malam baru balik rumah. Aiman balik rumah Acik, aku balik la dgn Aisy...

Khamis, 25 Julai 2013

Kek Lapis Masam Manis

Selalu buat kek biasa je. Kek Carot, Kek Gula Hangus dan Kek Coklat...sebab kek ini semua simple je nak buat.. lepas tu mesti jadi punya. Jadinya My. Hubby cakap buatlah Kek Lapis pulak. Kan sedap..Mmmm....selalu Kek Lapis saya beli je. Tak pernah pulak nak cuba membuatnya sendiri. Disebabkan cabaran daripada My Hubby, maka semalam menggoggle la resepi Kek Lapis Masam Manis  tu. 


Ni la resepinya :

Terima kasih kepada pemilik resepi yg sudi kongsi ilmu untuk buat kek ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik  anda.


KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS
Oleh: Dapurku Sayang
(DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

bahan-bahan :
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara :
1.     Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.

2.  Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.

3.   Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.

4.  Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata. (Utk adunan ni saya buat 3 warna iaitu kuning, pink, hijau dan bg adunan sama rata).

5.   Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).

6.   Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.


Disebabkan beria-ia nak membuat Kek Lapis ni, maka rehat semalam pergi la cari bahan di Angsana. Petang balik jer kerja, terus mula la mengadun bahan dan mengukusnya. Sampai waktu berbuka dah masuk tp kek masih belum siap lagi...hehehe...apapun bila dah siap, rasa boleh tahan la juga. Cuma saya buat tak nampak pulak lapis-lapisnya. Yang nampak beza warna hijau, merah dan kuning...tu je..Lepas ni boleh la buat lagi sebab senang je...rasanya pun boleh la tahan..

Disebabkan terlalu khusyuk membuat kek ni, sampai tak masak lauk pun semalam. Makan nasi dgn lauk sahur jer...



Selasa, 23 Julai 2013

Apam Balik

Semalam petang sebelum balik kerja terpikir dalam kepala ni apa nak masak. Farah, PA bos kata dia nak buat Apam Balik dengan Air Jagung untuk hidangan berbuka puasa. Apam Balik...sedap juga tu...mmmm...cumanya Air Jagung tu rasanya takleh nak minum lagi sebab tekak ni tengah gatal la pulak. Batuk dan selesema masih belum sembuh. Lagipun kalau buka selalu suka minum air Teh O panas je...simple...

Sebelum balik kerja maka sempat la aku menggoogle resepi Apam Balik....

Ni la resepinya.


APAM BALIK


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
coklat chips
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung. 
7. Lipat dan hidangkan.


Lebih kurang mcm ni le bentuknya...guna kuali ajaib

Sampai je rumah, singgah kedai kat bawah dulu. Beli kacang tanah kisar,  jagung manis dan gula...nak buat apam balik le katakan.  Sampai jer rumah, terus adun bahan-bahan dan tinggalkan sekejap sbb nak ambik Aiman  & Aisy. Lepas tu barulah masak apam balik guna kuali ajaib Vantage saya tu. 

Bila dah siap rasa boleh la tahan cumanya disebabkan nak cepat siap, saya buat tebal...jadinya kurang la sikit bentuknya. Yer la nak kejarkan waktu berbuka  yang dah nak masuk tu.

FIZA'S COOKING: KASWI KACANG HIJAU

FIZA'S COOKING: KASWI KACANG HIJAU: Assalamualaikum, Resepi ini bagi saya sangat sedap kerana rasa kacang hijaunya yang lemak-lemak amat sesuai bila di gandingkan dengan k...

Selasa, 16 Julai 2013

Kek Gula Hangus

Semalam Mak Ony  hantar Mee Putih untuk berbuka puasa. Aku buka ala kadar jer. Hanya dengan Mee Putih Mak Ony, Puding Roti dan Bubur Lambuk RTM Johor. Hari ini kena lah fikir apa nak masak untuk pulangkan semula pinggan Mak Ony tu. Tak kan nak hantar kosong pulak, tak elok rasanya. Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa. Kalau tahun-tahun sebelum ini, aku akan beli makanan kat bazar untuk pulangkan pinggan Mak Ony, tapi tahun ini aku nekad tak nak ke bazar Ramadan. Nak masak sendiri supaya lebih berkat puasa ni. Mudah-mudahan..

Lagipun tahun ini dapat balik setengah jam awal. Ok lah..tu sempat la nak sediakan makanan untuk berbuka puasa. Tak yah buat yang susah-susah, buat yang simple je. Janji sedap dan berkhasiat. Beli kat bazar pun kadang kuih tu tak de rupa macam kuih, tapi orang jual je...asal boleh jer kan... mmm...

Harini, aku cadang nak buat Kek Gula Hangus. Jadinya resepi kena la google dulu. Ok dah jumpa pun resepi kek gula hangus. http://resepicheff.blogspot.com/2013/05/resepi-kek-gula-hangus.html. Bahan-bahannya pun mudah dan dah ada kat rumah. Jadi tak perlulah cari kat kedai. Semua dah siap sedia di dapur rumahku.


Ni la rupa Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Bahan- bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).


Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu