Khamis, 26 Disember 2013

Kek Lapis Masam Manis

Ni lah rupa kek lapis masam manis saya. Walaupun tak berapa nak cantik tetapi rasanya tetap sedap.

Hujung minggu lepas, pagi-pagi dah buat kek lapis asam manis ni. Sebab bahan-bahannya mudah dicari dan asam hawflakes tu dah ada dalam peti ais. Bersarapan dengan kek lapis la saya sekeluarga. Yang pasti rasanya sedap dan terbaik la. Terima kasih kepada pemilik resepi Kak Hanieliza kerana sudi kongsi resepi ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat balas jasa baik akak....


KEK LAPIS SARAWAK
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter

 Bahan B
6 biji telur sejuk gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

Cara-caranya
1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan..
2. Masukkan bahan A, ovallate dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis


Ahad, 22 Disember 2013

Ienovo

Minggu lepas hubby pergi mengiringi pengantin dengan members bikernya di Kampung Melayu, JB. Balik pun dah petang. Bila buka jer pintu rumah, dia terus bagi aku beg kecik. "Nah...hadiah, saya belikan untuk awak". Dah hubby kata hadiah, mestilah saya tersenyum-seyum malu menerimanya. Hehehe..bukan senang nak dapat hadiah daripada hubby. 

Macam ni lah rupa teponnya.

Rupa-rupanya, hubby belikan aku telefon jenama Ienovo...dah macam jenama laptop yang opis bagi la pulak. Sebelum ini aku pakai telefon yang asal boleh pakai jer...jenama Nokia lama tu. Bagi aku selagi telefon tu boleh dipakai, aku akan pakai sampai bila-bila. Tak perlulah membazirkan duit beratus-ratus ringgit semata-mata mahu bergaya dan mahu berfb atau berwhatsapp. Aku tak perlukan itu semua, janji telefon boleh dengar suara dan boleh hantar pesanan, itu dah cukup.

Hubby siap tunjukkan resitnya..harganya tak la semahal telefon touch scrin yang lain....cuma RM289. Aku siap tanya, mana dapat duit belikan telefon ni. Hubby kata, jangan tanya mana dapat duit, janji dia dah belikan telefon baru. Yer la, aku tak kesah kalau guna telefon lama, cuma kesian pulak kalau dia tak cukup duit semata-mata belikan aku telefon baru. Hubby kata sekarang dah ada telefon baru, boleh lah ambik gambar selalu. Telefon lama tu kalau ambik gambar dah blurrr.....Gambar pun kelam jer. 

Disebabkan ini kali pertama aku guna telefon touch scrin, dah macam budak tadika la pulak. Aku boleh pulak terdail nombor telefon kawan-kawan. Dah tu tak pandai nak stopkan...apa lah. Sampai kawan-kawan tanya, napa  call...Aku cakap "tertekan". 


Jumaat, 20 Disember 2013

Aiman dan Aisy



Bila tengok gambar Aiman dan Aisy masa kecik-kecik, rasa rindu pulak dengan baby. Sekarang Aiman dah 6 tahun, Aisy dah 2 tahun...rasa rindu pulak nak pegang baby lagi. Tapi mampu ke nak menjaganya nanti? Mmmm....persoalan yang selalu bermain di kepala ni, kalau bersalin lagi, sapa pulak nak pergi hantar dan ambik Aiman balik dari sekolah, mampu ke nak tanggung kos untuk bayar duit pengasuh, lampin baby dan susu baby???? Aduhai...apalah aku ni...tu kan semua rezeki Allah SWT. 

Rabu, 11 Disember 2013

Hartaku

Sejak semalam lagi aku pergi kerja dengan kereta Mak Nok......Kancil Klasik dia tu. Kereta, hubby bawak pergi kerja di Kota Tinggi sebab ada program besar-besaran kat sana. Aku tak pergi walaupun program ni untuk SeMalaysia. Tapi syukur juga la tak kena bertugas di sana, senang sikit sebab boleh jaga anak-anak. Mula-mula hubby suruh pergi kerja naik teksi. Kalau dari rumah sampai ke pejabat tambang teksi bandar raya dah RM20, balik kerja RM20 lagi. Kalau 4 hari naik teksi dah RM160...mak aiii...banyak tu. Boleh beli belanja dapur untuk 2 minggu punya.

Mak Ony, pengasuh anak-anak pulak mintak excuses sebab tak dapat jaga Aiman dan Aisy. Sebabnya adik tu mood tak berapa nak ok...asyik naik angin je, kang tak pasal-pasal bergaduh pulak dengan Aiman. Minggu lepas masa balik kerja Aiman dah bergaduh dengan adik Mak Ony hanya kerana berebut untuk angkat telefon. Lepas tu adik naik angin lagi sampai pecah kabinet TV Mak Ony disepaknya. Lepas bergaduh dengan Aiman, dia bergaduh pulak dengan Abg Jeny. Dah adik tu bujang, suara pun kuat la. Kalau dia naik angin, habis satu blok dengar suara dia. Aku takut juga dengar kalau adik ni mengamuk. Yer la, dah la Aiman & Aisy ni duduk rumah Mak Ony, adik pulak tu kerap naik angin, kang di apa-apa kan budak-budak ni....menangis air mata darah pun dah tak berguna. Walaupun setakat ni adik tu hanya naik angin jer, tapi dia takde mengapa-apakan Aiman dan Aisy. 

Tak tahulah kenapa dia naik angin minggu lepas. Agaknya ubat dia dah habis kot.....Tapi yang pasti setiap 3 bulan dia kena buat check up doktor dan ambik ubat setiap hari untuk tenangkan otak dia. Mudah-mudahan anak-anak aku selamat la duduk rumah Mak Ony. Mana tak takut kalau dia mengapa-apakan anak-anak aku. Orang macam tu bukan kira kalau naik angin mesti tak ingat dunia.  

Aku hanya mengharapkan Mak Ony jer untuk jaga anak-anak aku walaupun kadang-kala Mak Ony minta excuses tak boleh jagakan budak-budak, aku tak kesah. Ye la, kalau bukan Mak Ony yang nak jaga anak-anak aku, aku nak harapkan sapa lagi nak jaga mereka. Hanya harapkan Uda jer la untuk jaga budak-budak ni sementara aku pergi kerja. 

Sekarang ni pun Aiman dah sekolah, Mak Ony jaga hanya setengah hari jer tapi aku tak kesah, masih bayar duit pengasuh penuh. Siap aku bagi lebih sebab tolong jemput Aiman balik sekolah yang hanya kat sebelah rumah jer. Kadang Aiman balik sekolah sendiri jer. Ni semua sebab tak nak berlaku perkara tak diingini kepada permata hati ibu.  Semoga anak-anak ibu selamat walau dimana sahaja berada. Itu saja aset dan harta yang ibu ada. 

Semoga anak-anak ibu selamat ketika ibu keluar bekerja. 

Khamis, 5 Disember 2013

Syukur Dengan Apa Yang Ada

Bila gaji jer perkara penting yang perlu disettelkan ialah bayar hutang kereta, bayar duit pengasuh, bayar bil elektrik, air dan telefon, bagi mak sikit, beli pampers Aisy dan Susu Aisy. Ni la belanja wajib yang perlu diselesaikan sebelum duit gaji dibelanjakan untuk beli barang-barang lain. Bila dah settelkan semua keperluan wajib ni, baru rasa lega.

Lepas tu bayar hutang bank, beli keperluan dapur yang habis. Hujung minggu kena beli lauk-pauk untuk stok seminggu kat rumah. Bila dah tolak itu ini, baki yang tinggal hanya beberapa RM jer dan yang tinggal beberapa RM ni pulak kena isi minyak kereta  untuk pergi dan balik kerja dan belanja setiap minggu untuk keperluan sekeluarga. Walaupun gaji tak sebesar mana tapi syukur sangat sebab masih boleh menjalankan kehidupan ini dengan sempurna. Rasanya tak perlulah bergaya tapi sebenarnya papa kedana. Biar hidup tak semewah mana, janji hati bahagia. 


Ahad, 24 November 2013

Al-Fatihah Buat Mohamad Syafiq bin Sanif

Jumaat, 22 November 2013, jam 6.00 pagi Mohamad Syafiq bin Sanif telah pergi meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya setelah bertarung nyawa dengan penyakit Kanser Tulang yang dihidapinya. Terlalu sekejap masa berlalu, akhirnya Syafiq pergi jua. 

Hari Jumaat tu memang hari cuti umum buat seluruh negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Pukul 6.15 pagi, telefon berdering-dering dan bila aku angkat Haris, adik aku memaklumkan kepadaku yang Syafiq telah meninggal dunia. Kemudian, Amy dan Hafizan pun bgtau perkara yang sama. Selepas solat subuh aku terus berkemas untuk ke Jementah Segamat. Haris tumpang aku sekali sebab keretanya ada masalah. Sebelum ke Segamat, kami sempat bersarapan bersama di Restoran Remaja, BBU. 

Dalam kereta, aku bagitau Haris yang aku baru termimpikan Syafiq. Dalam mimpi tu, aku lihat Syafiq boleh berjalan walaupun kakinya masih bengkak. Kemudia kitaorang beramai-ramai solat, tapi aku pun tak tahu solat apa. Rupa-rupanya hari Jumaat yang mulia ini, Syafiq telah kembali bertemu Allah SWT. 

Sampai di Jementah, Syafiq baru siap dikapankan. Wajahnya bersih dan putih sangat. Syafiq pun bukan ada dosa apa-apa, dia seorang anak yang baik. Selalu tolong neneknya bila balik ke kampung. Pada mulanya aku cuba tahan air mata ni daripada jatuh, tapi aku tak mampu. Bila aku lihat muka Kak Ayu..air mata ni jatuh berguguran juga. 

Aku hantar Syafiq sampai ke kubur sehingga habis proses pengebumian. Abg Anip &   Kak Ayu menagis semahu-mahunya. Yer la, mana ada ayah dan ibu  yang tak sayang dengan anaknya.  Adik Rosmah yang baru sampai dari Perak tak sempat melihat wajah Syafiq buat kali terakhir sebab masa dia sampai Syafiq dah dikebumikan. Adik terlalu terasa kehilangan Syafiq sebab dia terlalu rapat dengan Syafiq dan Ashraff. Bila cuti sekolah, mesti adik akan singgah ke Jementah dan jemput Syafiq dan Ashraff untuk pulang ke kampung. Sepanjang cuti sekolah, kat kampung lah 2 beradik tu. Adik lah yang suka bawak dia pergi jalan-jalan. Sebab tu kehilangannya begitu dirasainya. 

Beberapa minggu sebelum arwah pergi, arwah minta mamanya belikan kereta baru...4WD supaya senang ke sana ke mari. Yer la kereta MyVi mana nak muat untuk bawa kereta rodanya dan barang lain ke kampung. Mama dan papanya penuhi juga permintaan arwah. Kemudian, arwah suruh pasang air cond dalam bilik. Pagi sebelum arwah pergi, dia kejutkan mamanya. "Mama lepas ni Syafiq dah tak panggil mama lagi". "Kenapa Syafiq cakap macam tu. Syafiq jangan tinggalkan mama" " Mama, Syafiq sakit perut, panggilkan Tok Ton" Kak Ayu pun menyapukan minyak angin di perut Syafiq. Papanya bancuhkan air suam di dapur. Lepas tu Syafiq nazak. Papanya ajar dia sebut Allah...Syafiq ikut juga tapi kali ke-4, Syafiq dah tak dapat sebut lagi dan dia telah pergi buat selama-lamanya. Semoga Syafiq tenang di sana dan dimasukkan ke syurga. 


Bila balik ke JB, Aiman akan berdoa buat Syafiq. Semoga Syafiq dimasukkan ke syurga. Kemudian Aiman menangis, dia kata dia rindu dengan Abg Syafiq. Aku ajar Aiman supaya banyakkan berdoa buat Abg Syafiq, semoga dia tenang di sana. Al-Fatihah buat Mohamad Syafiq bin Sanif.




Rabu, 6 November 2013

DOA ISTERI UNTUK MENYATUKAN HATI SUAMINYA DENGANNYA

DOA ISTERI UNTUK MENYATUKAN HATI SUAMINYA DENGANNYA

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُ
وَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَ
وَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّ
أجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةً
اللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّ
وارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
اللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا وَفَاطِمَةً
اللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُ
وأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيْهِِ
اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُ
وَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِي
أللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُ
أللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ الْفَاتِحِيْنَ
اللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ ثُمَّ حُبِّي
اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِي
اجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَ
أللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَي
أللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِي

أللَّهُمَّ آمِين
أللهُمَّ آمِين
أللهُمَّ آمِين


Doa isteri

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah


Selasa, 5 November 2013

Aiman dah pandai solat

Hati ibu mana yang tak suka kalau melihat anak yang dilahirkan sudah pandai bersolat. Sekarang Aiman 5 tahun dan dah pandai solat walaupun bacaan masih pelat. Sebelum ini Aiman hanya solat Maghrib jer tapi sekarang dah boleh solat 5 waktu (tapi bila cuti jer la). Sebab kalau cuti seboleh-bolehnya ibu akan pastikan Aiman solat sama dengan ibu. Pagi kalau ibu bangun untuk solat subuh, Aiman pun akan bangun sama dan berwuduk bersama. Lepas ibu selesai solat subuh, ibu akan perhatikan Aiman solat Subuh pulak. Semua bacaan sama jer dengan solat maghrib atau solat zuhur tapi solat subuh kena tambah dengan bacaan qunut. Jadi ibu akan bacakan doa qunut kuat-kuat dan Aiman akan ikut.

Semoga Aiman jadi anak yang solleh

Seingat-ingat aku, aku mula ajarkan Aiman bacaan ayat-ayat lazim sejak umur 2 tahun lagi. Setiap kali tidur aku akan bacakan 4 surah Qul, ayat Kursi, doa tidur dan mengucap. Alhamdulillah..akhirnya Aiman dapat mengingati semua surah yang aku ajarkan. Budak kecik kan tak de dosa sebab tu dia senang ingat. Selepas waktu maghrib aku akan ajar dia solat pula. Aku baca kuat-kuat dan dia akan ikut semua pergerakan aku. Mula-mula dia tak baca pun tapi lama-kelamaan Aiman akan ingat semua bacaan dalam solat. 

Rasanya macam baru semalam jer Aiman lahir, tapi sekarang Aiman dah besar.

Lepas bersolat maghrib pula, aku akan ajar dia baca Iqra' dan baca Muqaddam. Memang la kadang tu kelam kabut juga nak ajarkan dia dengan waktu yang sangat singkat, nak masak dan nak suap Aisy makan tapi atas rasa tanggung jawab, aku lakukan juga. Alhamdulillah...akhirnya Aiman dapat ingat surah-surah lazim yang aku ajarkan. Aku pun tak perasan sebenarnya. Sampailah Mak Ony bagitahu yang Aiman dah pandai baca Surah al-Masad ...tabbatyada sampai habis. Lepas tu apalagi Abg Jeny pun test la Aiman. "Aiman, cuba baca tabatyada".  " Abg Jeny tak pandai baca ke" "Tak pandai, Aiman ajarlah abg baca". Lepas tu Aiman pun baca sampai habis surah. Bila Mak Ony cakap dan bagitahu aku, rasa bersyukur sangat sebab Aiman ni senang nak ingat surah. 

Mak Ony kata kalau hujan jer, Aiman akan suruh Mak Ony bacakan adik Aisy ayat Kursi. Sekarang ni setiap kali solat aku akan ajar Aiman baca surah  Surah al-Ma'un dan Surah al-Masad.  Habis je solat aku ajarkan Aiman doa untuk keampunan ibu bapa. Alhamdulillah...semoga Aiman menjadi anak ibu yang solleh. 

Rabu, 30 Oktober 2013

Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Hari Jumaat 4 Oktober 2013 -  bila sampai rumah dan ambil Aisy dan Aiman dari  rumah Mak Ony, Mak Ony kata Aisy demam panas. Aku bawak dia balik macam biasa. Kat rumah bagi la dia ubat demam yang Klinik Kesihatan bagi masa g chek up  aritu. Budak kecik mana la suka ubat. Jadi bila bagi memang tak masuk mulut pun. Semua dikeluarkan balik.

Hari Sabtu, 5 Oktober 2013 - badan Aisy masih panas lagi. Nafas dia dah semakin laju. Dada berombak-ombak dan bila pegang dadanya, terasa sangat jantung dia berdegup laju. Aku semakin risau. Tapi bila tanya ayah dia, dia kata ok lagi tu sebab nafas dia tak berbunyi. Sebenarnya hati aku dah tak sedap tengok Aisy macam tu. Dengan nafas yang laju dan jantung yang cepat sangat. 

Hari Ahad, 6 Oktober 2013 - Aisy masih berkeadaan macam tu juga, badan dia lemah je. Tak nak makan dan main. Dia cuma minum susu jer. Jantung dan dadanya masih berdegup laju. Hati ini semakin risau. Aku nekad bawak Aisy ke Klinik Faizal untuk buat pemeriksaan. Sampai je Klinik doktor pun cakap " Anak akak dah teruk ni, kena bawak ke hospital. Nafas dia dah laju sangat" Macam nak menangis aku kat Klinik Faizal. Doktor bagi gas 2 kali tapi nafas Aisy masih sama. Jadi doktor buat surat untuk aku hantar Aisy ke hospital.

Aku terus balik ke rumah. Kemas barang-barang Aisy dan aku untuk ke hospital. Siap bawak muffin yang aku buat untuk bekalan kat hospital. Aku suruh ayah dia hantarkan. Kalau nak harap dia memang dia buat tak tahu aje. Anak dah teruk pun dia kata masih ok, padahal nafas dan jantung Aisy dah tak normal. Mujurlah aku nekad untuk bawak Aisy ke Klinik. 

Lepas solat asar aku terus menuju ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sebab Aisy baby lagi maka dia terus dapat masuk dan doktor terus chek dia. Lepas tu buat x-ray dada dia. Doktor kata Aisy kena jangkita kuman pada paru-paru. Doktor terus pasang gas pada hidung Aisy untuk legakan pernafasannya. Aisy menangis dan menangis sebab tak selesa dengan salur yang  terlekat pada  hidungnya. Tangannya kena cucuk untuk ambik darah. 

Tangan dan kena cucuk untuk ambik darah.

Lepas dah daftarkan Aisy, aku dan Aisy ditempatkan di Wad Bunga  Raya 3, Katil 10, HSA. Di wad, Aisy bergantung sepenuhnya pada gas. Batuk dia yang buatkan aku risau. Aku tanya doktor, takder ke ubat batuk untuk Aisy. Doktor kata kat sini kalau baby batuk ubatnya hanya gas supaya nafasnya kembali normal. Bila doktor check, dia kata nafas Aisy berbunyi. 

Bergantung pada oksigen jer la.


Isnin, 7 Oktober 2013 - Aisy demam panas lagi. Badannya kejap panas kejap sejuk. Aku lap kan dia dengan air. Bila tukar lampin dia, aku akan lap-lap badan dia dan kepala supaya suhu badannya turun. Tapi tengah malam, badan dia panas sangat. Bila nurse chek suhu badan Aisy naik ke 39'C. Memang tak boleh keluar wad la kalau suhu badan tak nak turun.

Hari ke-2 di wad, Aisy semakin pulih dan sihat.

Selasa, 8 Oktober 2013 - Suhu badan Aisy dah turun, nafas dan jantung dia dah mula pulih walaupun masih ada bunyi sedikit. Doktor kata tunggu pakar sama ada boleh discharge atau tidak. Petang lepas Asar doktor pakar kata Aisy dah boleh keluar tapi kena jaga dia elok-elok kat rumah. Syukur sangat sebab Aisy sembuh dan pulih. Lepas ni kalau Aisy demam dan nafas dia berubah, ibu kena lebih berjaga-jaga. Ibu sayang dengan permata hati ibu. Kehadiran Aisy dan Aiman sangat ibu nantikan, jadi ibu tak nak atas kealpaan ibu dan ayah bekerja mencari rezeki, anak-anak ibu  terabai. Mujurlah Mak Ony sayang dengan Aiman dan Aisy dan dapat jaga permata hati ibu dengan baik. 

Ibu bersyukur sangat. Bila duduk di wad, sebenarnya ramai kanak-kanak lain yang sakit lebih teruk daripada Aisy. Ada kena luekimia, jantung berlubang, asthma dan lain-lain penyakit yang mengerikan bila ibu dengar. Semoga Aisy sihat dan terus sihat dan membesar sebagai permata hati ibu yang ibu sayangi.

Ahad, 20 Oktober 2013

Muffin

Bila cuti mula la kepala ni berfikir nak buat sarapan apa dan nak masak apa? Kalau nak masak mesti kena ikut selera tekak anak-anak dan suami. Kadang tu memang kita teringin nak makan kuih itu ini,  tapi bila dah buat anak-anak dan suami tak suka pulak. Rasa macam membazir jer buat kuih. Dah tu satu adunan kuih mesti dapat banyak, makan pulak setakat sebiji dua je. Yang tukang perabiskan kita juga, sebab tu badan ni tak nak turun, makin naik dan naik macam tepung kena yis. Mmmm.... Tapi cuti-cuti hujung minggu mesti nak juga mengadun tepung untuk buat kudapan anak-anak dan suami. Minggu ni sempat buat muffin. Ada 3 versi iaitu, muffin vanila, coklat dan pisang. 

Sebab masukkan dalam mangkuk yang besar, jadi satu adunan tu dapatlah 6 biji muffin. Tapi makan sebiji jer dah kenyang..

Ni lah resepinya.

MUFFIN PISANG

Bahan A:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-

  • 1 cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
  • 1 cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu
Cara Membuat:-

  1. Panaskan kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak dulu semua bahan A dan masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Masukkan bahan B dan adun sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
  4. Kukus di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin kembang.
  5. Angkat dan biar sejuk di atas redai.


MUFFIN COKLAT CHIP
BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran  / minyak masak
3/4 cawan susu segar atau buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla 

BAHAN B
2 cawan tepung naik sendiri 
3/4 cawan gula kastor (boleh di kurangkan)

BAHAN C
1 cawan  Chocolate Chips 

CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan A
2. Satukan bahan B dalam mangkuk adunan, buatkan lubang di tengah campuran tepung.
3. Tuangkan bahan A kedalam lubang yang di buat pada bahan B
4. Masukkan bahan C, baru mula di kacau. Kacau jangan lebih dari 20 kali untuk mendapatkan tekstur muffin yang lembut.
5.  Pindahkan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 20 hingga 25minit (suhu 170'C) atau bergantung pada oven masing-masing.





Muffin Vanilla
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan
Cara Membuat:
  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu