Selasa, 17 Jun 2014

Kue Tiau Goreng Stail Ibu


Bila hujung minggu jer pening kepala nak memikirkan menu untuk sarapan pagi. Nak siapkan hidangan untuk en. hubby dan anak-anak. Buat menu yang sama jer pun jemu juga. Hujung minggu lepas sarapan pagi yang dapat saya sediakan ialah Kue Tiau Goreng Stail Ibu.



Rencah yang diletak tak banyak manapun...cuma ada isi ayam, ikan bilis, telur dan ditambah dengan sayur taugeh dan daun kucai. Simple jer....sebab anak-anak dan en. hubby tak suka makan sayur-sayur. Yang suka makan sayur saya sorang je ni.


Walaupun kue tiau goreng ni simple tapi ia sungguh menyelerakan...apalagi bila dimakan panas-panas. Memang  sedap la rasanya. 


Bila Aiman Cabut Gigi

Aiman takut nak dok atas kerusi dentish 

Sebenarnya ini bukan kali pertama Aiman cabut gigi di Klinik Gigi Aspalela. Dah lebih 5 kali sebab giginya dah mula goyang satu persatu bermula umur dia 5 tahun. Mula-mula yang goyang gigi kapak bawah...kemudian gigi kapak atas...lepas tu gigi kacip atas...sekarang gigi kacip bawah.

Menitis juga air mata dia


Risau juga kalau tak cabut awal-awal nanti gigi baru dah tumbuh...gigi jadi tak cantik. Berlapis-lapis. Bila dah berlapis-lapis kena buat rawatan ortodontic.....mahal tu kosnya sebab dulu saya dah buat ortodontic...habis RM6,000  juga sebab gigi tak cantik la....mmm...tu la kesan kalau tak nak cabut gigi awal-awal. Yer la, zaman dulu cabut gigi sendiri, bukan pergi klinik, tu yang sakit dan gigi baru dah tumbuh tapi gigi susu masih belum tercabut. Jadinya gigi berlapis-lapis bila tumbuh. Gigi kekal pulak tumbuh besar-besar....gusi pulak masa kecik kan ruangnya sempit...bila gigi yang tumbuh besar macam kapak, tapi gusi sempit, tu pun menjadi punca gigi berlapis-lapis.


Tunjuk kat doktor gigi yang goyang


Bila naik jer kerusi dentish ni Aiman mula la merengek...takutt....menangis juga dia...walaupun tak kuat mana tapi menitis juga air mata dia. Gigi bawah tu ingatkan nak cabut 2 batang sekaligus, tapi doktor suruh cabut satu-satu sebab yang sebatang baru goyang sikit. Sekarang ni gigi kapak atas dan bawah dah tumbuh gigi baru yang kekal sampai dia dewasa....besar macam kapak giginya...bila senyum dah takde lagi rompong gusinya....


Ahad, 15 Jun 2014

Cute Cinderella



Dulu masa zaman sekolah rendah, suka baca buku tentang Cinderella, Snow White, Si Tanggang, Kisah Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai Malang dan yang seangkatan dengannya la. Cerita untuk kanak-kanak tapi banyak mesej berguna yang disampaikan. 

Bila dah semakin dewasa ni, kalau kita cerita balik kisah tersebut pada anak-anak mesti diaorang tak berapa nak gemar mendengarnya. Yer la...zaman sekarang, anak-anak sibuk dengan gajet masing-masing. Semua sibuk dengan game. Mana nak layan cerita macam tu. Kalau pergi kedai buku pun, sekarang banyak jual buku cerita tentang kisah haiwan-haiwan...takde lagi kisah dongeng macam dulu-dulu. Nak tak nak belikan lah juga untuk anak-anak. 

Walaupun Aiman dan Aisy tak pandai baca lagi, tapi ibu tetap belikan buku cerita untuk mereka...bacakan untuk mereka bila ada masa terluang...semoga mereka terhibur dan ambil iktibar dengan kisah yang berlaku. Cumanya buku sekarang tak berapa nak berkualiti...baru beli pun dah tanggal muka suratnya.

Ahad, 8 Jun 2014

APAM PISANG


Baru keluar dari pengukus

Panas-panas lagi




Bagi rumah Mak Ony dan rumah Uda Sepiring


APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak


Sedap dan lembut apam pisang ni





Isnin, 2 Jun 2014

Lemon Tree Song


Bermula bulan Mei hingga bulan Ogos, semua staff di pejabat ni kena belajar Bahasa Inggeris. Seminggu ada 2 kali kelas iaitu hari Isnin dan hari Rabu.  Awal-awal dulu ramai lah yang masuk kelas sebab Pengarah wajibkan semua masuk. Tapi sekarang kelas tak sampai 10 orang. Ramai yang tak nak masuk sebab tak tahu la...apa sebabnya. Tak per la...yang tak nak masuk tu dah pandai speeking English jadi tak perlulah belajar. Aku ni bila bab Bahasa Inggeris ni memang merangkak-rangkak. Nak tak nak kena masuk kelas juga. Lagipun pejabat dah bayar, rugi kalau tak nak belajar. Biarlah tak pandai yang penting kita nak belajar...bukan dah la tak pandai tapi malas pulak belajar.....huhuhu.

Semalam teacher ajar mengenai "Noun, Proper Noun, Verb, Abstract Verbs, Adjective, Adverb, pronoun, conjunction, A preposition, An interjection"

Di akhir kelas, teacher suruh cari perkataan yang ada dalam lagu lemon tree mengikut 'kelas perkataan' yang dah diajarnya. Akhirnya kami ni bukan cari perkataan tapi ikut sama-sama menyanyi sebab lagu lemon tree ni kan best...semua siap nyanyi sama-sama. Abis jer kelas mintak kebenaran kat teacher untuk save lagu lemon tree & pasang kat pc masing-masing. 

Selasa, 20 Mei 2014

Cucur Udang Geragau


Petang-petang makan cucur udang geragau.......best juga. Dengan minum air teh tarik...pulamakkkk terangkat beb. Buat pun bukan banyak mana, cuma sepinggan jer. Bukan ramai pun ahli keluarga...saya, en. hubby dan dua orang hero saya. Tapi biasalah budak-budak mana nak makan cucur-cucur ni. 



Bila makan panas-panas memang menyelerakan, cicah sos cili...sedap sangat sampai tak perasan rupanya dah habis sepinggan. Bertambah lah lemak dan kilogram badan ni....sedap punya pasal sampai tak ingat nak jaga berat badan.

Ahad, 11 Mei 2014

Selamat Hari Guru


15 Mei ni adalah hari guru. Jadinya saya dah siap sediakan hadiah untuk cikgu Aiman yang dua orang tu....sekolah tadika jer, jadi cikgu tak ramai. 


Satu untuk Cikgu Mas dan satu lagi untuk Cikgu Erin....walaupun hadiahnya tak seberapa tapi ia sangat cantik bagi saya. Semoga dapat dijadikan kenangan buat Cikgu Erin dan Cikgu Mas yang telah mendidik Aiman pada tahun ini.


Dulu masa saya sekolah, nak beli hadiah untuk cikgu tak mampu....yer la orang susah, ke sekolah pun takde duit belanja, sebab tu tak dapat nak hadiahkan cikgu apa-apa. Sekarang saya nak ajar anak saya hargai pengorbanan dan jasa guru-gurunya yang telah mengajar dia. 


Saya masih ingat, masa saya di Darjah 3, nak belikan hadiah untuk cikgu duit tak berapa nak ada, jadinya saya hadiahkan cikgu kelas saya, sabun basuh baju sekotak dan sabun mandi seketul. Lepas tu saya sampulkan sabun tu dengan sampul coklat yang harganya 20 sen. Tapi itu lah kenangan yang manis bagi saya. 


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya....jasamu mendidik ku tetap akan ku kenang. Doaku semoga semua guru-guruku bahagia dan sihat sejahtera hendaknya.

Rabu, 7 Mei 2014

Kerabu Pucuk Ubi

Kerabu Pucuk Ubi 

Hari minggu hari tu balik kampung bawak balik pucuk ubi. Dah sah-sah aku memang penggemar setia pucuk ubi ni. Sama ada masak lemak, celur jer, buat kerabu atau buat pecal. Semua aku suka.





Semalam pucuk ubi tu aku buat kerabu. Ratah jer bila makan kerabu pucuk ubi ni, dah tak yah makan dengan nasi. Punyalah minat dengan kerabu pucuk ubi ni. Sepinggan pun habis bila aku yang mengadapnya....(jgn bagi tau orang tau yang aku ni kuat makan sebenarnya) Tapi kalau makan sayur jer tak makan nasi boleh  gemuk juga ke badan ni????



  • Bahan-bahannya
  • Pucuk ubi - celur dan perah airnya
  • Sedikit kelapa parut
  • Cili api - 7 biji
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sedikit belacan
  • Sedikit Cekur
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit Taugeh (dlm 50 sen)

Cara membuatnya :
  • Mula-mula tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, cekur dan belacan sampai lumat.
  • Masukkan kelapa parut dalam kuali dan panaskan.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan gaul-gaulkan dengan kelapa parut tadi.
  • Masukkan asam jawa. (jangan bancuh pulak) biar asam jawa tadi dengan biji-biji dia.
  • Tambah sedikit gula sebagai perasa.
  • Gaulkan pucuk ubi tadi dengan semua bahan sehingga sebati. 
  • Sebelum angkat masukkan taugeh. Jangan lama-lama nanti taugeh dah lecur sangat, dah tak sedap. Biar taugeh tu segar-segar sebab bila gigit nanti akan ada rasa ranggup taugeh.
  • Siap dan boleh diangkat. 

Bila Makan di Plaza Larkin

Mula-mula puasa, lepas kena hasut kawan-kawan boleh pulak aku tak puasa....apa lah aku ni kan. Disebabkan aku mmg niat nak puasa, jadi takde lah bawak bekal bungkus harini. Yer lah..dah nak puasa kan. Tapi bila kawan-kawan ajak makan kerepek yang bos bawak...boleh pulak aku cair....apalah aku ni. Bila dah termakan rasa menyesal la pulak...bukan makanan istimewa pun, cuma kerepek jer pun....kerepek ubi, kerepek ubi pedas, dodol, bahulu, cakar ayam...goodies semasa program Perhimpunan K1M peringkat Batu Pahat.




Air Asam Boi + Jambu Batu


Disebabkan dah termakan dan dah tak puasa, Ain ajak makan di Larkin.. Aku mmg penggemar air Asam Boi..jadinya order lah air asam boi. Cumanya selalu asam boi dengan limau tapi kali ni dengan jambu batu...boleh tahan juga la rasanya....yang aku paling suka air asam boi ni bila minum ada rasa masam2 masin, manis....mmg sedap la. Kalau makan kat tempat lain pun, kalau boleh nak order air asam boi juga tapi kadang dapat yang asam boi dah jeruk dgn limau kasturi.....jadinya rasa tak berapa nak menyengat...Kalau dapat air asam boi dengan limau yang segar....memang segar rasanya. 

Segarnya la...


Hilang rasa dahaga, celik biji mata ni bila dapat minum air asam boi...menyegarkan lah.

Teh Tarik 3 Layer 



Ni pulak teh tarik 3 layer. Ain yang order...tengok pun dah menggiurkan....belum rasa lagi.

Sesedap rasa

Memang sesedap rasa la teh tarik 3 layer ni...sedap sangat hingga memukau selera....
Ais Jagung


Ais jagung ini pulak Kak Yam yang order...rasanya macam air jagung tapi yang ni ditambah dengan jagung manis. 

Rojak Tauhu

Sedap sangat kuah rojak tauhu ni.


Rojak tauhu ni mmg sesedap rasanya la. Dengan rasa kacang tanah tumbuknya....tauhunya lembut sangat. Dengan taugeh dan kangkong lagi...mmg terbaik la. 

Rojak Asma

Rojak Asma ni dah nak habis makan pun baru nak snapp gambar.

Selasa, 6 Mei 2014

Duit Sekarang Mengelirukan

RM10 - Sumber Google

RM20 - Sumber Google
Semalam pergi ke kedai runcit, beli kelapa parut, berus periuk dan taugeh. Nilainya semua RM5.50 dan aku bayar guna RM20.00. Tapi taukeh kedai pulangkan duit bakinya RM4.50 jer. Aku tanya balik kenapa RM4.50 padahal bayar RM20.00, dia kata aku bayar RM10.00...ehh...ehh...aku bayar RM20.00 bukan RM10.00 tau...lepas tu dia kata duit sekarang warna sama, sebab tu tak perasan. 

Lagi satu duit syiling 20 sen dan 50 sen sekarang yang warna macam emas tu pun mengelirukan juga. Dua-dua besar dah nak sama, kalau tak tengok betul-betul mesti kita keliru...50 sen ke 20 sen. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu