![]() |
| Menghadiri Peperiksaan Untuk Masuk Darjah 1 |
Dulu masa ibu nak masuk darjah 1, arwah bapak daftarkan jer ke Pejabat Sekolah. Lepas tu hari pertama sekolah buka terus masuk ke kelas. Senang jer, tak banyak hal dan tak banyak syarat dan peraturan. Tapi zaman sekarang ni, baru nak masuk ke darjah satu, punya lah banyak syarat dan arahan. Nasib baik lah ibu ni senang nak ke sana sini, bolehlah uruskan semua hal persekolahan anak ibu ni. Kalau tak mesti ibu asyik kena mohon cuti jer la.
![]() |
| Rasa confident jer Abg Aiman ni |
Abg Aiman nak masuk darjah satu tahun depan, 2015. Kena daftar sekolah dari tahun 2013 lagi...maknanya 2 tahun sebelum masuk sekolah dah kena booking tempat, kalau tak tempat penuh dan tak boleh ke sekolah tersebut. Kena cari sekolah lain. Lepas tu bulan Ogos 2014, kena buat pengesahan untuk kemasukan ke darjah 1 bagi tahun 2015. Pun dah selesai. Masa buat pengesahan ini, kerani yang bertugas siap bagitahu lagi, bulan Oktober 2014 ada peperiksaan untuk pemilihan kelas. Tapi bulan Oktober dah nak habis, kenapa surat untuk hadir peperiksaan masih tak diterima. Ibu terus tanya sekolah mengenai hal ini. Pihak sekolah maklumkan, dia dah hantar surat seminggu sebelum peperiksaan dijalankan iaitu pada 8 Oktober 2014. Tapi sehingga ke hari ini surat tu saya tak terima. Kerani sekolah siap tanya saya alamat rumah lagi, dia seolah-olah tak percaya yang saya tak terima surat. Tapi itulah yang terjadi, walaupun setiap hari saya tengok peti surat untuk cari surat tersebut tapi masih tiada. Akhirnya sekolah telefon pada 26 Oktober memaklumkan yang peperiksaan kemasukan ke darjah 1 akan diadakan pada 30 Oktober 2014 pada jam 12.00 tgh - 2.00 petang. Lepas ambik Abg Aiman hari tu, ibu terus hantar dia ke Sekolah untuk mengambil peperiksaan pemilihan ke darjah satu. Ibu siap ajarkan dia doa untuk menghadapi peperiksaan, semoga anak ibu dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. Semua ibu bapa tidak dibenarkan berada di kelas sepanjang peperiksaan dan perlu menunggu di kantin sekolah. Ibu sempat berbual dengan seorang makcik yang hantar cucu sedara dia untuk mengambil peperiksaan juga. Sedang rancak berbual, Cikgu pun hantar Abg Aiman kepada ibu sebab dah siap menjawab soalan. Ibu tanya Abg Aiman, boleh tak jawab soalan tadi, dia kata Aiman boleh jawab ibu, senang je soalannya. Cikgu suruh mengeja, jawab matematik dan mewarna. Alhamdulillah...semoga Abg Aiman terus berjaya lepas ini. Abg Aiman lah harapan ayah dan ibu.
.jpg)
.jpg)



























