Isnin, 9 Mac 2015

Musim Demam

Letak gambar 1/2 jer ..sbb saya tak suka berselfie
 Sekarang ni tengah musim demam agaknya. Mula-mula Aisy demam, hari Khamis lepas badan dia dah panas, bibir kering dan pecah. Lepas tu bila balik kerja ambik Abg Aiman kat Taska, dia pun dah rasa tak sedap badan. Nak naik tangga balik ke rumah pun tak larat. Padahal dia bawa beg sekolah agama jer dgn rak kasut plastik yang aku baru beli kat Giant. Tu pun dah tak larat. Aku ni haa..tangan berbondong-bondong, dengan dukung beg sekolah dia, handbeg sendiri, beg belanja dua beg yang boleh tahan beratnya, semua tu pikul kat bahu sebelah kiri. Tangan kanan pulak bimbit ikan siakap & ikan talapia, sayur kobis seketol, labu manis sebiji, carrot, ubat gigi dan macam-macam barang lagi la yang aku belanja tadi.  Duduk rumah kayangan macam ni lah setiap kali berbelanja, tangan kena kuat untuk membawa semua barang naik ke atas singahsana.
Wah....bukan main kembang lg lubang hidungku...hahaha

Disebabkan Abg Aiman dah mula rasa tak sedap badan, nak naik tangga pun tak larat. Setiap satu tangga dia akan berhenti dan duduk. Aku pun tak tahu sebenarnya yang dia nak demam, sebab tu cakap dengan dia "Abg tengok, tangan ibu dah penuh dengan barang, Abg tak kesian ke ibu"..Aku dah sampai ke atas, dia masih di tangga lagi. Malamnya dia dah mula rasa tak selesa, masa solat maghrib, dia solat bukan main laju lagi, ntah  baca ntah tidak, lepas tu dia terus tertidur, tapi dia tak pulak cakap yang dia tak sihat. Bila pegang dahi Abg Aiman, bukan main panas lagi badannya. Seluruh badan panas. Aku letakkan tuala basah atas dahinya.

Aisy pun badan dia masih panas lagi, tapi Aisy ni susah sikit nak dengar kata, letak tuala basah pun tak mahu. Ubat demam masih ada dalam peti ais, jadi bagi lah diaorang ni makan ubat yang ada tu. Pagi Jumaat, lepas bangun pagi, tengok budak-budak ni ok, nak la juga tengok karton macam selalu tu tapi sekejap jer. Buat sarapan cekodok labu & pisang  goreng pun tak laku. Abg Aiman lagi lah, tak nak makan langsung. Cuma minum susu secawan lepas tu baring lagi. Badan dia masih panas. Disebabkan panas sangat, kali ni aku letak ais ketul dalam tuala dan letak atas dahi Aiman dan Aisy. Nak kurangkan suhu badan diaorang. Tapi bagusnya diaorang ni masih nak mandi macam selalu. 

Cekodok labu manis

Pisang goreng untuk sarapan

Ayah diaorang suruh letak air asam jawa pekat supaya hilang panas badan. Tapi mana ada orang suka letak benda yang masam-masam kat badan. Badan sendiri bau masam pun kita tak suka, ni kan pulak sengaja letak air asam yang masam kat badan, lagilah tak nak.  Yang peliknya, diaorang demam ni berbalik-balik. Siang panas badan dah hilang tapi bila malam suhu badan naik mendadak. Ibu ni terpaksa tidur-tidur ayam jer untuk jaga anak-anak yang demam. Tidur malam, Abg Aiman sampai mengerang sebab terlalu panas. 

Hari Sabtu, demam panas masih tak kurang, maka kena bawa Abg Aiman dan Aisy ke Klinik juga. Dan seperti biasa, aku bawa diaorang ke Klinik Faizal sebab dekat dengan rumah dan dah jadi klinik panel aku sekeluarga..hahaha..Doktor check sekejap dan doktor kata demam biasa. Aku risau sebab sekarang ni  tengah musim demam denggi, takut anak-anak kena denggi la pulak. Lepas tu aku mintak MC untuk Abg Aiman sebab Ahad mesti dia tak dapat ke sekolah kalau badan masih panas. MC siap ambik dua lagi untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Siap pesan awal-awal dengan Abg Aiman, Isnin  ke sekolah jangan lupa hantar MC pada guru kelas dia. Abg Aiman "Ibu, selalu murid kalau tak datang ke sekolah, ibubapa diaorang yang hantar surat pada cikgu, jadi ibu lah hantar surat pada cikgu"..."Abg, kan abg dah ke sekolah tu nanti, bagi jer la surat MC pada cikgu" "Kalau tak, Abg Aiman cakap jer lah, yang abg demam"..."La..pulak, daripada cakap lebih baik bagi MC kat cikgu, kalau tak buat apa ibu mintak MC pada doktor tadi"..hmmm.

Iklan jawatan kosong Klinik Faizal

Pagi Ahad, badan Abg Aiman masih panas lagi, dia kata kepala masih pening. Jadi memang tak ke sekolah lah jawabnya. Sebab kan aku kena pergi kerja, jadinya Abg Aiman & Aisy duduk di rumah Mak Ony. Yang peliknya, mereka berdua demam on-off...kejap panas, kejap sejuk. Sebab tu risau, kalau demam masih berlarutan, mahu jer aku hantar mereka ke hospital supaya doktor boleh pantau. Petang bila ambik diaorang dari rumah Mak Ony, Abg Aiman & Aisy dah nak main-main kat luar rumah, dah berlari sana sini. Maknanya dah kurang lah tu demamnya. 

Pagi Isnin, kejutkan Abg Aiman suruh dia pergi sekolah. Tapi dia tak nak ke sekolah. Aku siap cakap kat dia "Abg, sekolah tinggal minggu ni jer bang, minggu depan dah cuti sekolah seminggu. Kalau tak sekolah hari ni, berapa hari jer abg sekolah nanti. Lagipun kan cikgu dah bagi surat yang minggu ni ada ujian LINUS 1&2. Kalau Abg tak datang ke sekolah, nanti abg tak dapat ujian kan".."Ibu, Abg janji esok abg ke sekolah, hari ni abg pening kepala lagi" Tapi lepas aku pujuk nak juga dia ke sekolah. Aku siap pesan awal-awal dengan dia, jangan lasak sangat kat sekolah, duduk jer dalam kelas sebab badan masih tak sihat.

Petang masa ambik dia kat Taska, dia cakap dia dah sihat cuma masa balik tadi kepala ada pening-pening lagi. Badan dah tak panas. Balik dia cakap nak makan ayam masak merah, aku pun masakkan lauk kegemaran dia ni. Aku tengok berselera juga dia makan, habis satu pinggan nasi dengan lauk ayam masak merah tu. Dah beberapa hari ni dia tak makan langsung, cuma minum susu dengan roti sekeping. Seronoknya bila tengok anak-anak dah selera makan dan semakin sihat. Alhamdulillah. Sekarang ni, aku pulak yang rasa tak sedap badan. Kepala dan pening, badan dah rasa seram sejuk jer, tekak rasa perit dan mulut rasa pahit. Mungkin dah kena virus demam juga agaknya. 


Rabu, 4 Mac 2015

Sambal Hitam Pahang katanya

Sambal Hitam Pahang stail saya
Sekarang ni macam tengah hangat pulak orang bercerita tentang Sambal Hitam Pahang. Sampai menjadi viral dalam media sosial. Saya bukan orang Pahang, tapi sebab cerita mengenai kesedapannya ni hampir setiap hari keluar dalam FB, maka nak lah juga saya mencubanya. Nak beli online memang tak lah sebab saya tak berapa yakin dengan shooping online ni sebab ramai yang kena tipu. Duit dah bayar tapi barang tak sampai. Kan rugi kalau gitu. Nak cari duit bukan senang tapi nak menghabiskan duit memang senang jer.


Tapi En. Hubby kata Sambal Hangus
Tapi saya buat ni macam terlebih minyak jer, sebab tu berlinangan minyak tu. Tak per lah, firt time kan. Sebenarnya ni pun buat secara tak sengaja sebab kat pejabat ni tengah musim belimbing buluh. Makanya, saya lah yang rajin kutip belimbing buluh ni untuk bawa balik ke rumah. Selalu ambik belimbing buluh ni untuk masak lemak atau masak masam manis, tapi bila tengok dalam FB orang sibuk bercerita pasal Sambal Hitam Pahang, apa salahnya kalau kita mencuba kan. 


Boleh tahan  rasanya
 Bahan yang digunakan ialah cili api, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belimbing buluh. Belimbing buluh tu saya rebus sekejap dengan sedikit air sampai lembik. Lepas tu saya blenderkan semua bahan. Dah tu, saya tumis sampai dia garing. Sebab saya tak tahan pedas maka saya tambah dengan gula sedikit. Letak garam dan serbuk perasa sedikit untuk seimbangkan rasanya. 

Cubaan kali pertama
 
Lama juga saya tumis sambal hitam pahang ni, kalau orang yang berbisness sambal ni, mereka akan masak lebih 3 jam supaya kering dan boleh simpan lama. Tapi saya masak tak sampai pun tiga jam sebab Aisy dah merengek ajak baring atas katil. Aisy demam jadi dia nak kena peluk jer. Masa tengah baring dengan Aisy, saya kecilkan api di dapur jer dan biarkan sambal tu kering dalam kuali. Lepas  tu sekali sekala saya gaul dia biar tak hangus dan hangit. Bila saya rasa, memang pedas la sebab guna cili api, jadi saya tambah dengan sedikit gula untuk kurangkan tahap kepedasannya. Saya ni memang dah tak kuat makan pedas, tapi nak juga makan sambal. Itu jer lah cara yang saya buat. Bila En. Hubby balik saya hidangkan dia ayam goreng dengan sambal hitam ni untuk makan malam. En. Hubby kata ni sambal hangus ke ??? 

Sambal Belacan dan Sambal Ulek Tradisi

Bahan untuk sambal belacan

Dari zaman kanak-kanak lagi, satu keluarga saya memang gemar makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek. Bila makan nasi takde sambal ulek atau belacan ni macam tak lengkap pulak juadah makan. Nak-nak arwah bapak memang suka cicah sayur pucuk paku dengan sambal belacan. Memang menyelerakanlah bila makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek ni.

Lepas kena 'ulek' beginilah rupanya

Arwah bapak pulak tak suka makan sambal belacan atau sambal ulek yang ditumbuk dengan lesung batu. Dia boleh tahu sambal tu ditumbuk atau guna "ulek'. Ulek ni piring tembikar yang biasanya orang guna buat gaul rojak petis. Sambal belacan yang buat guna ulek memang sedap. Tak terasa bau lesung. Tapi zaman sekarang ni ramai orang buat sambal belacan pakai blender jer kan. Sebab tu dah kurang kesedapannya. 

Bahan untuk buat sambal tutuk

Kalau tak de belacan kat rumah, kita gantikan dengan ikan bilis goreng. Yang ni namanya sambal tutuk. Bahan-bahannya, cili api goreng, bawang merah goreng, ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk sampai lumat. Kalau suka letak sedikit gula untuk kurangkan rasa pedas dan perahkan limau kasturi. Memang best bila makan nasi dengan sambal tutuk ni. Bila kepedasan tu, makan sampai menitis air mata dibuatnya.

Cili Api, Bawang Merah dan Ikan bilis goreng

Lepas tumbuk perahkan limau...mmg best
 Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak, adik beradik ramai, jadi bila makan tengah hari atau makan malam dengan sambal ni memang menyelerakan. Siap tak cukup lagi bila makan ramai-ramai  dengan sambal belacan atau sambal ulek ni. Sekarang bila dah ada keluarga sendiri, sesekali teringat pulak sambal kegemaran arwah bapak ni. Tapi bila makan sekarang ni dah  tak seseronok zaman dahulu sebab yang makan sambal saya sorang. En. Hubby dan anak-anak memang tak makan sambal pedas, sebab tu dah hilang rasa keseronokannya. Kalau makan ramai-ramai memang menyelerakan. Mungkin, bila semakin berumur ni, perasaan nak makan pedas ni semakin berkurangan. Lidah pun dah tak sekebal zaman dulu-dulu yang memang gemarkan rasa pedas dan masam. Sekarang ni, makan pedas sikit jer dah tak tahan. Cuma bila sesekali teringin makan sambal ulek/ sambal tutuk ni, pasti menyelerakan. 



Ahad, 1 Mac 2015

TeLuR



Kat rumah ni semua gemar makan telur. Macam-macam boleh buat dengan telur ni. Kadang buat sambal tumis telur, kadang masak telur kicap, kadang masak telur dadar, kadang masak kari telur dan paling senang goreng telur mata.

 Selain itu, kalau goreng mee atau masak nasi goreng, memang tak sah kalau tak pecahkan telur. Rasa macam ada kurang pulak bila tak letak telur. Jadi sebab semua penggemar telur, setiap kali beli telur memang kena beli sepapan. Dah tu beli yang gred AA baru puas hati. Kalau beli yang gred C tu macam tak puas pulak bila digoreng. Kadang tu dah masak lauk ikan atau ayam pun, anak-anak masih nak telur goreng. Makan dengan kicap dan nasi pun dah cukup. Bukan setakat anak, ayah anak2 pun sama juga, suka dengan telur mata.

Setiap kali beli telur, saya akan basuh bersih telur dan toskan sebelum simpan dalam peti ais untuk menjaga kebersihan telur tu sebelum dimasak. Yer la, telur tu kan keluar dari belakang ayam, maka banyaklah najis ayam terlekat kat telur. Kalau tak basuh makanya kita pun sama-sama makan najis ayam itu. 

Telur siap dimandikan

Rabu, 25 Februari 2015

Aisy kena Operate Lagi

Tertidur selepas tangan kena cucuk jarum

Aisy kena hernia lagi, itulah yang saya  perasan bila tengok kemaluannya membesar. Padahal Ogos 2014 dah buat operate buang hernia bahagian kanan. Tapi kali ini yang besar sebelah kiri pulak. Mana ada ibu tak risau bila tengok anak kena macam ni kan....dah tentu sayalah orang yang paling risau. 

Lenanya tidur
 Jadinya bulan Disember 2014 saya bawak Aisy pergi ke Klinik Swasta. Tapi masa tu bawa ke klinik sebab dia demam, batuk dan selesema. Terlanjur ke klinik tu saya tanya terus pada doktor kenapa dengan kemaluan Aisy. Padahal dah buat operate. Doktor maklumkan yang Aisy kena hernia. Nak tak nak memang kena buat appoinment lagi untuk buat operation. 

Tak reti duduk diam, asyik nak main jer
Selepas doktor maklumkan mengenai hernia, saya terus bawa Aisy ke Klinik Pakar Pembedahan HSA, JB. Tapi disebabkan tak bawa surat doktor yang memaklumkan Aisy ada hernia, maka terpaksalah bawa Aisy ke Klinik Mahmoodiah, JB untuk dapatkan surat yang memaklumkan dia ada hernia. 

Tukar uniform

Selepas tu, terus ke Klinik Pembedahan Kanak-Kanak, HSA JB semula. Tahu jer lah parking kat kawasan hospital ni memang susah, terpaksa pusing sampai dua tiga kali untuk dapatkan parking kereta tapi tak berjaya juga. Akhirnya parking jer kereta di luar kawasan hospital. Sampai ke klinik, staff yang jaga kaunter tu bagi tarikh temujanji yang baru sebab hari yang saya datang tu adalah check-up untuk orang dewasa. 

Selepas hadir ke klinik pembedahan seperti yang dijanjikan, doktor bookingkan tarikh untuk buat pembedahan. Aisy dapat tarikh 9 MAC 2015. Makanya 8 Mac 2015 kena masuk ke wad dan operation akan dilakukan keesokannya. 


Dah baring atas katil dewan bedah 
Pada 15 Februari 2015  temujanji di Klinik Bius, HSA, JB. Dua minggu sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan pastikan Aisy sihat, tidak demam dan selesema. Selepas ke Klinik Bius terus rujuk ke Klinik Pembedahan semula. Nurse yang jaga pendaftaran maklumkan ada kekosongan pada 23 Februari 2015. Maknanya 22 Februari 2015 dah kena masuk wad dan operation akan dilakukan keesokannya. Tarikh ini pulak adalah tarikh cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Aiman cuti sekolah bermula dari 18 Februari hingga 23 Februari. Saya dan En. Hubby dah mohon cuti rehat untuk balik ke kampung. Lagipun dah hampir dua bulan tak balik kampung. Jadi kami cadang nak balik kampung lama sikit. Biasalah bila balik kampung mestilah seronok jumpa mak abah dan keluarga di kampung.

Selepas operation berjaya 

 Mula-mula saya pun macam tak setuju untuk buat operation pada 23 Februari tu sebab nak balik kampung punya pasal, tapi bila difikir-fikirkan lebih baik buat operation awal. Lagipun Abg Aiman cuti sekolah dan saya pun dah mohon cuti rehat. Jadi tak perlulah terkejar-kejar untuk uruskan Abg Aiman. Kalau buat operation bulan Mac, dah tentu sukar untuk uruskan Abg Aiman ke sekolah. Biasalah ayah diaorang ni bukan senang nak bangun pagi awal. Kan tak pasal-pasal Abg Aiman tak ke sekolah kalau ibu dia takde sebab dulu masa Aisy masuk hospital sebab demam pun Abg Aiman tak ke sekolah..hmmmm

Pindah ke Wad
 Disebabkan Aisy nak buat operation, maka balik kampung 3 hari saja. Sabtu  21 Februari 2015 dah balik ke JB  sebab keesokannya Aisy kena daftar masuk wad. Masuk wad kali ni Aisy tak banyak meragam macam sebelum ni. Dia baik jer, main-main dengan kawan sebelah katil. Memang sederet katil Aisy ni semua nak buat  operation untuk buang hernia. 22 Feb.2015 jam 12.00 tgh, nurse dah masukkan jarum di tangan Aisy untuk masukkan ubat dan  air. Pukul 2.00 pagi Aisy dah kena puasa dan kena masukkan air melalui tangan. Apalagi meragamlah dia malam tu sebab tak dapat susu. Dah terbiasa kalau tengah malam terjaga jer mesti dia nak minum susu. Terpaksalah pujuk juga dia dan sorokkan botol susu dia. Sejam juga dia meragam sampai dah tak tahu nak cakap per lagi. Dah penat menangis akhirnya Aisy tidur juga. Hampir setiap jam saya terjaga. Bila tengok jam dah pukul 5.00 pagi,  saya terus mandi dan solat subuh. Masa ni Aisy tidur lagi. Pukul 7.00 pagi nurse suruh Aisy tukar baju dan turun ke dewan bedah sebab Aisy dapat operate yang pertama. 
Malam pergi potong rambut 

Tak lama lepas tu, Aisy pun masuk ke dewan bedah. Saya tunggu jer di kerusi tempat menunggu. Sejam selepas tu, petugas di situ suruh saya masuk tengok Aisy. Masa ni Aisy tak sedar lagi tapi doktor marah nurse sebab beri saya masuk sebelum diarahkan. Masa ni doktor sedang sedut kahak Aisy. Sebab tu dia tak benarkan saya tengok. Tak lama lepas tu doktor panggil saya untuk jumpa Aisy. Aisy ok cuma masih belum sedar lagi. Nurse kata kalau selepas setengah jam dia masih belum sedar, kena kejutkan dia. Dah hampir 45 minit menunggu di situ, Aisy dibenarkan masuk ke wad. Sampai wad dia terjaga sekejap lepas tu tertidur semula. Mungkin kesan ubat bius menyebabkan dia mengantuk.

Ruang Menunggu 

 Bila dia sedar, saya beri susu dan suapkan dia nasi. Tapi Aisy termuntah. Lepas tu dia makan semula. Sikit jer dia makan dan minum, terus sambung  tidur balik. Pukul 2.00 petang doktor buat pemeriksaan dan doktor maklumkan Aisy boleh keluar wad, Tak sabar rasanya ibu nak balik rumah sampai terus tanya nurse mana bill yang nak kena bayar. Nurse kata kena tunggu pukul 3.00 petang baru bill dikeluarkan tapi akhirnya sampai pukul 4.30 petang baru dapat bill. Sebab saya gunakan GL maka tak perlulah bayar bil hospital. Cuma perlu ambik ubat di farmasi dan terus balik rumah. Sampai rumah bukan main lasak lagi dia, boleh pulak bersilat dengan Abg Aiman. Risau ibu ni takut tempat operate tu terlanggar. Semoga Aisy terus sihat dan sihat. Ibu sayang sangat Muhammad Aisy Amirshah, Permata Hati Ibu. 

Sabtu, 24 Januari 2015

Malam Secangkir Kasih Kenangan Bersamamu


Hadiah Cabutan Bertuah buat En. Hubby

Pada 16 Januari 2015, Jumaat malam jam 7.45 malam telah diadakan Majlis Malam Secangkir Kasih Kenangan Bersamamu anjuran Jabatan Penerangan Johor bertempat di Hotel Puteri Pan Pacifik, Johor Bahru. Majlis ini diadakan bagi meraikan pegawai yang bersara dan berpindah.


No. En. Hubby ialah 76 tapi dapat hadiah yang ke 16.

Ada acara cabutan bertuah pada malam majlis ini. Nombor cabutan bertuah dah dapat masa kat pejabat lagi. Urusetia akan tanya berapa ramai yang datang dan terus bagi nombor cabutan bertuah. Untuk staff warna kuning, untuk ahli keluarga warna biru dan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun nombor warna pink.

Hadiah Cabutan Bertuah buat saya. No. Saya 4 dapat hadiah yang ke-9

En. Hubby dapat nombor 76 dan saya punya nombor, nombor 4. Mula-mula nombor untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang disebut tapi nombor untuk Aiman dan Aisy tak naik...dah takder rezeki tak per lah. Lepas tu nombor untuk ahli keluarga pulak disebut. Tapi yang ni saya takde kaitan ler sebab saya dan En. Hubby sama-sama staff di sini.

Sampai rumah terus guna hadiah ni..alhamdulillah
 Akhir sekali nombor untuk staff jabatan. Masa ni tengok jam dah pukul 11.30 malam, tapi sampai sekarang nombor masih tak naik lagi. En. Hubby punya nombor kan 76...dia leh cakap dgn saya, belum-belum nombor dah terjunam (tujuhnam) mana nak dapat..hahaha...buat lawak pulak dia. Saya dah malas nak tunggu sebab kesian dengan anak-anak yang dah mengantuk. Tup..tupp tak sangka pulak nombor En. Hubby naik...dan dapat lah dia hadiah multi cooker...tak sangka pulak saya yang nombor terjunam pun ada tuah pada malam ni.

Rosma menyanyi dgn suaminya masa majlis 
Tak lama lepas tu pengacara majlis panggil nama saya pulak, nombor saya 4 dapat hadiah cabutan bertuah yang ke-9...pemanas air. Besar juga hadiah yang saya dapat. Alhamdulillah sama-sama bertuah la malam ni. Urusetia jemput Rosma dan Khai menyanyi masa majlis ni tapi saya tak tengok sangat pun persembahan sebab sibuk layan anak-anak makan dan main-main. Lagi satu sibuk tunggu nombor samada naik atau tak. 

Majlis persaraan buat Pengarah, PPD Kota Tinggi, PPD Segamat dan Staff Muar

Cabutan bertuah yang utama dimenangi oleh En. Saiful Anuar..tahniah 
Dan, hadiah utama bagi majlis ini ialah sebuah Televisyen LED jenama Samsung...pemenangnya ialah En. Saiful Anuar bin Shuib dari Daerah Muar..tahniah buat Epol ..tak sia-sia datang dari Muar ke JB sekeluarga ..akhirnya dapat hadiah yang berbaloi-baloi. 
Cabutan bertuah utama untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dimenangi oleh anak En. Azian..tahniah
Manakala hadiah cabutan bertuah untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dimenangi oleh anak En. Azian Kusnin dari daerah Kulaijaya..seronok juga tu dapat hadiah kereta dengan remote control, nak beli mahal juga tu..mana dapat puluh-puluh harganya. Mesti ratus-ratus juga tu.

Isnin, 12 Januari 2015

Hari Pertama Ke Sekolah


Abg Aiman dapat kelas 1 Bestari 

11 Januari 2015 (Ahad) merupakan sesi persekolahan yang baru bagi  tahun 2015. Ibu sangat teruja sebab dah nak hantar Abg Aiman ke sekolah sebenar. Sebelum ni Abg Aiman memang dah bersekolah, tapi sekolah tadika. Sekarang Abg Aiman dah masuk ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama pula. Bukan Abg Aiman sahaja yang teruja untuk ke sekolah, ibu pulak yang terlebih-lebih teruja. Abg Aiman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda dan Sekolah Agama Bandar Baru Uda.

Petang ke sekolah agama

Pagi ke sekolah kebangsaan dari pukul 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari. Murid darjah satu rehat pukul 9.30 pagi. Setiap hari ibu akan masak untuk Abg Aiman bawa bekal ke sekolah. Jimat sikit duit belanja dia. Abg Aiman pun tak kesah makan bekal dia kat kantin  sekolah walaupun kawan-kawan lain sibuk membeli makanan di kantin. Setiap hari ibu bagi duit RM4.00 untuk dia belanja, RM2.00 untuk Sekolah Pagi dan RM2.00 untuk Sekolah Petang. Tapi sehingga ke hari ini, Abg Aiman masih belum belanja lagi duit yang ibu beri setiap hari. Jadinya, ayah suruh Abg Aiman simpan duit tu dalam tabung.... nak tengok berapa banyak duit Abg Aiman yang terkumpul. 

Hari pertama melangkah ke alam persekolahan

Anak ibu ni memang seorang yang hebat dan kuat. Pagi-pagi, selepas ibu siap bersolat, ibu akan kejutkan Abg Aiman suruh dia mandi. Seawal jam 6.00 pagi, Abg Aiman akan bangun dan mandi pagi, bersiap pakai baju sekolah dan terus solat. Kemaskan diri, pakai kasut sekolah dan terus tunggu ibu untuk siapkan adik Aisy pulak. 


Perhimpunan Pertama buat Abg Aiman

Hari pertama ke sekolah ibu hantar Abg Aiman ke sekolah sampailah Abg Aiman masuk ke kelas. Nilah kali pertama Abg Aiman berhimpun di tapak perhimpunan dan mendengar amanat guru. Kemudian baca ikrar, menyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah. Ibu perhatikan anak ibu sampailah Abg Aiman masuk ke kelas. Guru Besar tak benarkan ibu bapa ikut anak-anak ke kelas masing-masing sebab nanti anak-anak makin manja dan susah nak ditinggalkan. 

Abg Aiman beratur mengikut kelas

Pukul 12.50 tengah hari, Abg Aiman dah habis kelas. Abg Aiman akan ke Taska As Sofea  untuk bersiap-siap ke sekolah agama pula. Hari pertama ibu ada di Taska, untuk pastikan anak ibu dapat bersiap dengan sempurna. Ibu bantu Abg Aiman bersiap. Dah bersiap, Abg Aiman makan dan solat zuhur, kemudian tunggu bas sekolah untuk ke Sekolah Agama pula.

Perhimpunan pertama 

Naik Bas Sekolah Ke Sekolah Agama

Pukul 1.50 petang Abg Aiman naik bas sekolah  untuk ke Sekolah Agama sebab Kelas bermula jam 2.00 petang  hingga 3.30 petang. Nilah kali pertama Abg Aiman naik bas sekolah. Risau juga ibu ni sebab Abg Aiman tak pernah naik van sekolah beramai-ramai. Hari pertama ibu uruskan Abg Aiman untuk ke Sekolah Agama. Ibu ikut ke sekolah agama dengan kereta. 
Perhimpunan Pertama di Sekolah Agama
 Sampai ke Sekolah Agama ada perhimpunan untuk murid tahun 1. Kemudian murid tahun 1 perlu menjalani sesi orientasi selama 3 hari di Dewan Sekolah Agama. Sebelum jam 3.15 petang, ibu dah tunggu di hadapan sekolah agama untuk pastikan anak ibu selamat. Hari pertama ke Sekolah Agama, Abg Aiman keliru dan tercari-cari bas sekolah dia sebab banyak sangat bas sekolah. Semua warna kuning, mana la dia nak ingat. Jadi ibu ajar dia tengok muka pakcik driver van tu. Lepas tu ada kawan sama Taska pun naik van yang sama, jadi Abg Aiman adalah kawan untuk balik ke Taska. 

Dah dapat kawan baru

Hari pertama ibu uruskan Abg Aiman dari pagi sampai lah ke petang walaupun Abg Aiman duduk di Taska. Ibu nak pastikan semua berjalan dengan lancar dan anak ibu selamat pergi dan balik sekolah. Pukul 5.00 petang barulah ibu jemput Abg Aiman untuk balik ke rumah. Seronok juga dia duduk di Taska sebab dapat ramai kawan baru dan boleh bermain-main dengan kawan-kawan di situ. 

Ibu & Ayah Mengintai dari Cermin Kereta..Semoga Selamat

Hari kedua ke sekolah, ayah masih bercuti lagi untuk perhatikan Abg Aiman dari jauh. Nak pastikan Abg Aiman selamat pergi dan balik dari sekolah. Ibu dah bekerja tapi tengah hari ibu keluar untuk pastikan Abg Aiman dapat uruskan diri sendiri di Taska dan dapat ke sekolah agama dengan sempurna. Tapi ibu dan ayah perhatikan dari dalam kereta jer. Bila ibu tengok dari jauh, Abg Aiman balik ke Taska dan uruskan diri sendiri untuk ke sekolah agama, lega hati ibu. Petang ayah perhatikan juga Abg Aiman dari jauh untuk pastikan dia tak keliru dengan bas sekolahnya. Alhamdulillah, Abg Aiman dah dapat kenal dengan bas sekolahnya. Lega hati ibu sebab Abg Aiman dapat faham jadual barunya sekarang. Lepas pukul 5.00 petang, barulah ibu jemput Abg Aiman di Taska dan pergi jemput adik Aisy pulak. Semoga anak ibu menjadi seorang yang bijak, cerdik, rajin belajar, berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi seorang anak yang solleh. Ibu dan ayah doakan abg berjaya dan menjadi anak yang berguna...aminn.

Rabu, 7 Januari 2015

Pergi Yang Tiada Pengganti

Hari Rabu, 24 Disember 2014, jam 5.30 pagi Pak Usu Basir telah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya.  Memang agak terkejut dan aku tak sangka sebab arwah Pak Usu seorang yang sihat dan kuat. Arwah juga merupakan Ketua Kampung Semerah Darat, Batu Pahat yang sangat disenangi oleh seluruh penduduk kampung. 

Kalau ada masalah semua penduduk kampung akan datang mengadu dengannya. Arwah boleh menjadi pendengar dan penasihat kepada semua masalah orang kampung. Masalah mengenai hasil kampung, masalah mengenai keadaan kampung dan masalah rumah tangga juga sering diadukan oleh penduduk kampung kepadanya. Sebab itu penduduk kampung sangat menghormati kepimpinan Pak Usu Basir sebagai Ketua Kampung Semerah. 

Sepanjang menjadi Ketua Kampung Semerah, banyak perubahan yang dilakukannya. Antaranya, kini Kampung Semerah Darat yang dahulunya gelap gelita pada waktu malam sudah terang benderang dengan adanya lampu jalan. Jalan masuk ke Kampung Semerah yang sememangnya kecil dan hanya muat untuk sebuah kereta telah ditambak ditepinya bagi memudahkan kenderaan melaluinya. Sepanjang tepi jalan kampung juga telah dihiasi dengan pokok-pokok bunga dan hiasan yang cantik. Arwah juga rajin mengajak orang kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung. Bukan sahaja mengajak orang kampung untuk bergotong-royong, malahan Pak Usu Basir juga turut serta bersama-sama orang kampung untuk membersihkan kawasan kampung. Banyak lagi jasa-jasanya kepada Kampung Semerah ini.

Hari Selasa malam, Amy beritahu yang Pak Usu Basir dimasukkan ke wad Hospital Batu Pahat kerana sakit perut. Mak & Amy sempat juga melawat Arwah di sana. Arwah senyum dan berbual-bual seperti biasa. Rupa-rupanya, itulah pertemuan terakhir Mak & Amy dengannya sebab pada jam 5.30 pagi, hari Rabu, Pak Usu telah pergi menghadap Illahi.

Kenangan di Majlis Pernikahan Adik. Raut Wajahnya saling tak tumpah dengan Arwah Bapak


Sememangnya aku agak terkejut dengan berita ini. Tak sangka, Pak Usu yang sihat walafiat telah pergi buat selama-lamanya. Mungkin bukan aku sahaja yang terkejut, malahan semua orang kampung terkejut dengan pemergiannya kerana arwah seorang yang sihat.

Semalam, Rabu, 7 Januari 2015, satu perkhabaran lagi aku terima. Isteri Pak Usu Basir, Cik Nah pula pergi buat selama-lamanya. Cik Nah pergi setelah 2 minggu Pak Usu Basir pergi menghadap Illahi. Sesungguhnya keluarga & anak-anaknya perlu tabah menghadapinya atas kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya. Walaupun sedih tapi kehidupan ini perlu diteruskan. Kali terakhir aku berjumpa dengan Allahyarhamah Cik Nah ialah ketika Pak Usu Basir meninggal. Putih dan bersih kulitnya ketika menyapaku. Aku sempat bersalam dan mencium pipi dan dahinya. Rupa-rupanya inilah kali terakhir aku berjumpa dengannya. Buat kedua-duanya aku panjatkan doa semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan tenang di alam sana. Al-fatihah buat Pak Usu dan Mak Usu. 



Isnin, 22 Disember 2014

Kenali Haiwan

Ibu    : Abg, esok nak makan lauk apa?
Abg   : Ada haiwan apa dalam peti ais ibu?
Ibu    : Haiwan apa pulak ni..mana ibu ada simpan haiwan dalam 
            peti ais.
Abg   : Haiwan apa dalam peti ais ibu....macam ikan ke, ayam ke...
Ibu   : Ada haiwan ayam, ikan bawal, ikan kaci, Ikan bilis dan 
          telur ayam yang belum jadi haiwan. (Hahaha..sambil 
           ketawa)
Abg  : Abg nak lauk ayam masak merah esok.
Ibu   :  Abg, Haiwan tu binatang yang masih hidup. Haiwan dan 
           binatang sama makna. Tapi tak bolehlah panggil ikan dan 
          ayam dalam peti ais tu haiwan sebab dia dah mati dan jadi 
          makanan kita. Kena panggil lauk.
Abg  : Habis tu kat sekolah cikgu ajar "Kenali Haiwan". Kat TV 
           pun sama juga, ada rancangan "Dunia Haiwan".
Ibu  : Yer lah Abg Aiman...

Rabu, 10 Disember 2014

Nak Sekolah Dah

Stoking Sekolah - 5 pasang

Kasut sekolah - 3 pasang

Tak lama lagi dah nak masuk sekolah. Abg Aiman dah 7 tahun, dah nak masuk darjah 1, sekejap jer masa berlalu, dah sekolah anak ibu dan ayah ni. Mula-mula nak beli barang keperluan sekolah di KL tapi disebabkan orang terlalu ramai di KL makanya beli di kampung jer.....Pekan Parit Jawa.  Lagi senang dan mudah sebab tak perlu bersesak-sesak dengan orang yang ramai.

Seluar dalam - 6 helai 

Baju uniform sekolah - 3 pasang

Walaupun beli di kampung, tapi semua ada. Saya belikan Abg Aiman baju uniform sekolah 3 pasang, baju melayu putih untuk sekolah agama 3 pasang, stoking 5 pasang, seluar dalam 6 helai, tali pinggang dua, kasut sekolah 3 pasang. Beli banyak senang sebab tak perlu bersusah payah untuk seterika baju setiap hari. Saya kerja, kalau setiap hari nak seterika baju mesti kelam kabut jadinya. Kalau boleh saya nak beli 5 pasang sekali tapi disebabkan kos tak berapa nak cukup, maka beli 3 pasang dulu.  Kalau baju kotor, ada lah baju untuk salin. Tau jer lah budak darjah satu macam ner, makan mesti comot, kasut mesti kotor, sebab tu kena beli banyak supaya boleh tukar baju setiap hari. Tak lah nanti orang kata anak saya comot semacam jer.

Kapur  kasut & Taling Pinggang

Kasut dah tulis nama Aiman

Kasut dan baju sekolah Abg Aiman, saya dah siap tulis nama dia. Sebab nanti dia duduk di Taska, tak nak lah nanti baju dan kasut tertukar dengan kawan yang lain. Budak lelaki ni bukan kisah sangat dengan barang dia. Masa tadika tahun lepas, berkotak-kotak pensel warna hilang entah ke mana, pensel pun sehari sebatang, pemadam sehari satu. Bukannya saya sayang duit atau kedekut nak belikan barang dia, tapi kalau dah setiap hari hilang, tak ker membazir namanya tu. Sebab tu kena tulis nama siap-siap supaya tak hilang atau tertukar. Tapi kalau nak hilang juga nak buat macam ne, redha jer la...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu