Khamis, 22 Disember 2011

Babyku

Harini dah masuk 24 minggu 3 hari aku mengandung...alhamdulillah...semakin aktif baby dalam perut ibu ni. Terasa nikmatnya la bila baby gerak2 dgn aktif..tp bila baby diam jer..ibu pun jadi risau sgt..mungkin dia tido...Kalau pergi jalan ke luar pun, dah mula beli baju baby...walaupun tak tahu lg apa jantinanya..tp beli jer la baju baby yg boleh pakai laki or pempuan... Dah keluar nanti barulah beli baju baby lain. Aiman pun seronok sgt nak dapat adik... Aiman dah tanya kat Mak Ony "Mak, nak tak jagakan adik Aiman besok"....Mak Ony kata "Yer, mak jagakan adik Aiman nanti"....lega rasanya bila Mak Ony nak jagakan anak ni. Senang la sbb sebelah rumah jer...Harap2 anak ibu yang ini sihat, selamat dan tak banyak meragam....jangan susahkan ibu dan ayah yer...

Tension

Tensionnya la....mana tak nya, orang lain punya keje, saya pulak yang kena buatkan. Mmg la tu semua kira amal kebajikan...tp yg lebih menentionkan apabila org tu sibuk berseronok2 kat tempat lain, tp yang takder kaitan ni menjadi mangsa utk siapkan keje dia...heee...geramnya la... Kalau la saya ni jenis hati busuk...saya biarkan jer la keje dia tu....Tp atas nama jabatan, saya buat kat la juga apa yang termampu, janji jabatan tak la hantar laporan 0...mmmm...

Skrg ni senang je...kalau sapa tak tahu buat keje, terus tak yah buat keje kan...tp gaji setiap bulan dapat...Yang jadi mangsa ni, yg takder kaitan...itulah dunia2....

Isnin, 14 November 2011

Cameron Highland

Seronok sangat2 bila dapat g Kursus di Cameron Highland.. Apa tak seronoknya, semua dah disediakan percuma oleh jabatan. Cuma sediakan duit utk shopping sakan jer. Kursus ni anjuran Jabatan Penerangan Johor utk semua Pem. Penerangan...Kursus Pemantapan Profesionalisme, Jabatan Penerangan Johor Tahun 2011.

Bertolak dari JB pukul 9.00 pg, naik bas Pejabat Peladang Negeri Johor Tour & Travel Sdn. Bhd. Terus ambik En. Mazlan kat tol Air Hitam...huhuhu...dialah sorang yg byk songeh sebelum pegi. Apa taknya, semua org salah, dia je yg betul hanya kerana tak leh naik bas kat Air Hitam... sbb tu dia salahkan urusetia..mmmm...dah tu boleh pulak dia pertikaikan keje org lain. iskh2..

Pastu terus g Pejabat Penerangan Ledang, ambik PP daerah Muar, Kluang, Muar, Ledang & Segamat. Sampai Ledang pun dah pukul 11.30 pg. Terus gerak ke Utara. Sampai Seremban bas berenti rehat & makan. Adalah dalam 1 jam. Sbb dah masuk waktu solat zuhur, aku, Saedah, Nurul & Dila g solat zuhur. Rupanya yang lain terus naik bas lepas makan.

Bas pun terus jalan sampai la ke Tol Simpang Pulai, berhenti sekejap sbb ramai nak membuang air.. Sepanjang perjalanan tu, abg bas bukak karaoke lagu2, pastu bukak movie pulak.. Rais & Nabil jadi pemandu pelancong dlm bas...Seronok sgt2....rasa mcm g rombongan zaman sekolah pulak.

Sebelum sampai ke Hotel, bas berhenti sekejap kat kedai jual2 souvenir...masa ni dah sampai ke Cameron Highland. Aku terus capai baju t-shirt Aiman & pelekat peti ais. Takut tak sempat nak beli sbb Kursus sampai mlm. Sampai hotel pun dah hampir pukul 7.00 mlm, dah masuk waktu solat maghrib. Lepas Check in, aku terus masuk bilik. Aku sebilik dgn Dila, Idah & Kak Tipah. Bila sampai je ke CH, terasa sejuk yg amat sgt, nasib baik aku bawak baju blazzer... Air kat tandas hotel pun sejuk sgt. Rasa mcm disimpan dlm peti ais jer.

Lepas mandi & solat maghrib, kitaorg turun makan mlm.. pastu masuk kelas utk taklimat urusetia. Urusetia mula la melantik Penghulu & Penghuluwati. Penghulu - M. Shah, my hubby & Penghuluwati - Idah Husin. Lepas taklimat urusetia, ada taklimat mengenai Kesatuan & Koperasi Jabatan. Suhairi yg sampaikan. Dia pujuk supaya semua org masuk Kesatuan & potong gaji bulan2 RM10. Aku sebenarnya tak setuju sbb duit yg ditolak setiap bulan tu tak memberi apa2 ganjaran & faedah kat aku. Duit kita tu buat bayar elaun pengerusi. Padahal Kesatuan ni pun bukan aktif sgt. Kalo masuk Koperasi pun tak pernah untung, ni kan pulak masuk Kesatuan. Tp dia paksa semua masuk Kesatuan ni dgn alasan memperjuangkan nasib PP. Dia kaitkan pasal pertambahan PP, kenaikan gaji, bayaran OT & TNT dgn Kesatuan. Aku rasa mmg tak relevan langsung sbb semua tu adalah keje JPA. JPA lah yang serap anggota baru dan kenaikan gaji baru. Bukan Kesatuan. Mmm... Kalo jabatan tolak gaji secara paksa setiap PP utk masuk Kesatuan ni, mmg aku tak akan halalkan....Cuba bayangkan, aku keje ada 27 tahun lg (kalo pencen umur 58thn) pastu sebulan tolak gaji RM10, setahun RM120. Kalo aku keje 27 thn lg maknanya duit yg kena tolak jadi RM3,420. Kalo lah aku simpan duit sebanyak RM3,420 utk pendidikan anak2 kan lebih bagus drpd aku bayar elaun pengerusi kesatuan yg aku sendiri tak pasti apa fungsinya. mmmmm...

Hari kedua, 12 November 2011, Ahad, bermula lah kursus. Aku bangun awal pagi sbb alarm telefon Kak Tipah asyik berbunyi jer sejak pukul 3.00 pg. Mulanya aku nak sambung tido sbb hari ni tak perlu kelam kabut mcm selalu. Tp tak leh juga tido. Bangun je la terus mandi dan solat subuh. Lepas siap2 kitaorg g sarapan. Pastu taklimat bermula daripada Cawangan KPK, PKPM, PSP & GSPI. Dengar jer la taklimat yg disampaikan ni. Taklimat daripada GSPI disampaikan oleh Sam Kong Meng...taklimat drpd Sam la paling kecoh sbb Sam suka buat lawak. Lepas tu kitaorg bergambar beramai2 dgn Pengarah & makan tgh hari ..rehat.

Ptg sesi Keje Berkumpulan. Urusetia dah bg kumpulan utk buat Resolusi Jabatan. Aku dpt Kumpulan 3 dgn Murad, Kak Tipah, Saedah, Hamzaliah & Lim Sey Ken. Murad jadi pembentang bg kumpulan kami. Lepas semua kumpulan dah bentang, kitaorg dibawa ke Tanah Rata...jalan2 dalam 1 jam. Aku belikan topi Aiman jer sbb tgok duit dah tak berapa nak byk. Aku kirim Kak Aida keluarkan duit RM100 sbb esok nak berjalan lg. Mlm majlis perasmian penutup oleh Pengarah. Mula2 Penghulu bg ucapan barulah Pengarah bg ucapan penutup. Dlm ucapan Pengarah, dia boleh lak perli aku & hubby sbb aku selalu cakap yg hubby aku suka balik keje mlm2. Pengarah kata, walaupun hubby aku balik mlm tp aku leh pulak mengandung...huhuhu... Lepas tu Pengarah sampaikan sijil kpd semua peserta. Habis je majlis perasmian, mula la majlis Dialog bersama Pengurusan Tertinggi. Mcm2 masalah yg berlaku di daerah. Aku lak Pen. Pengarah PSP suruh jadi pencatit..dah masuk GSPI pun kena catit jg ke..padahal anggota PSP semua ada. Ni yg aku tak boleh terima ni. Org lain punya keje aku lak yg kena buat. Mmg tak patut.. Yg paling aku tak tahan sebak masa Idah Husin ceritakan masalah dia kat daerah, menitis air mata aku ....aku sebak bila tengok dia terseksa di daerah sampai dia menangis2, aku pun apalg terus mengalir jer la air mata ni, nasib baik ada sapu tgn...siannya Idah. Kalo aku yg ada kat tempat dia, lom tentu aku setabah Idah. Takper la Idah, Allah tu maha adil & maha mengetahui segala2nya. Lepas tamat sesi Dialog, g makan & terus masuk bilik. Mlm ni sblm tido aku kemas baju sbb esok pg2 dah nak gerak balik.

Hari ketiga, 13 Nov. 2011 - lepas solat subuh & mandi, terus g sarapan. Kul 8.30 pg gerak ke MARDI Cameron Highland. Ada sesi taklimat oleh MARDi & terus g meronda2 ladang di MARDI. Mula2 tgok pokok strawberry, beli la strawberry 4 paket utk bawak balik. Pastu ronda2 tgok ladang ros, anggur, tomato, buah labu air, ladang teh... Pastu aku shopping kat kedai kat situ beli teh utk bwk balik JB. Belikan acik, mak, mak mertua, Mak Ony & utk rmh sendiri.

Lepas tu bas bawak kami ke Ladang Teh Boh, Cameron Highland...kat situ tengok jer la ladang teh yang hijau sgt2. Tak beli apa2 pun. Lepas tu g Kelab Golf SAS, CH utk makan tgh hari bersama Pengarah Pahang. Lepas habis makan, bas bawak kami ke tempat utk membeli belah. Aku beli baju t-shirt utk Aiman, Nasriq & Afiq. Pastu g jalan2 lg beli baju aku lak. Mula2 tak nak beli tp Saedah tunjuk baju cantik2, tu yg tak tahan..beli la jg sehelai. Pastu bas pun gerak balik, singgah jap tepi jalan tgok sayur2an. Aku tak turun pun sbb duit dah tak berapa nak ada.

Bas pun terus turun bukit utk keluar dari CH...masuk tol Simpang Pulai dan berhenti sekejap di R&R. Bila turun bukit jer telinga jadi berdengung, tekak loya & rasa terkencing. Nasib baik tak termuntah dlm bas. Ingat turun nak muntah rupanya tak jadi, sapu jer la minyak angin kat kepala. Sampai Tapah, bas berhenti rehat. Aku solat jap Asar & Zuhur..jamak, pastu beli DUNKIN DONUT 2 biji & air mineral. Mahalnya la air mineral..sebotol RM3.00, Sampai dah nak kul 7.00 mlm, bas gerak lg, berhenti kat Dengkil utk mkn mlm. Tp aku tak makan pun sbb masa dlm bas Kak Aida bg nasi lemak...aku yg makan sampai habis. Aku solat isyak dan Maghrib kat Dengkil pastu minum Horlick Panas dgn Mazlin & Kak Tipah. Pastu bas gerak terus ke Ledang. Sampai Ledang Pukul 12.00 mlm, terus g Air Hitam turunkan org BP dgn En. Mazlan & Saedah. Sampai IPPNJ dah pukul 2.00 pg. Terus balik rumah, kemas barang dah pukul 4.00 pg barulah tido. Lepas subuh ingatkan nak g ambik Aiman kat rumah Acik tp kaki kejang lak, pukul 9.00 pg baru g ambik dia. Cian Aiman, demam, batuk & cirit birit.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hutang PTPTN

Aku mmg rajin check baki hutang PTPTN aku...leh katakan hampir setiap hari aku nak bukak laman web PTPTN sbb nak tengok baki hutang aku tu. Syukur alhamdulillah, sbb hutang aku dah semakin sikit walaupun belum habis sepenuhnya tp sekurang2nya dah tak sebanyak dulu. Itu semua sbb aku bayar potong gaji setiap bulan RM250, kalo aku bayar sendiri rasanya hutang aku byk lg..Aku potong gaji sejak masuk keje lg..tahun 2005...Skrg baki hutang aku tinggal RM4,500.00...Bila tengok baki tinggal sikit, lega rasanya..yer la tahun depan aku dah nak bersalin, anak nak masuk 2 org jadi kos pun bertambah..Nak bayar pengasuh RM400, susu anak, pampes, ubat2an dia lg....jadi kalo aku dapat settelkan hutang ptptn tahun depan, boleh la aku gunakan duit tu utk anak pulak...


Kalo aku congak2, hutang aku akhir tahun ni tinggal RM3,750.00. Aku rasa nak bayar abis je la guna simpanan ASB aku...Macam tahun2 sblm ni, aku akan bayar guna dividen ASB yang aku dapat.. Tahun lepas aku bayar RM2,500....tahun sebelumnya aku bayar RM1,000... Tahun ni kalo boleh aku nak bayar dalam RM2,500 lg.....Jadi baki hutang nanti tinggal RM1,250... maknanya tinggal 5 bulan je perlu potong gaji..


Aku bersalin awal bulan 4, kalo gaji potong sampai bulan 5...naik keje nanti aku dah dapat guna duit tu utk anak pulak....tak la terbeban sgt. Tp aku bersyukur sgt sbb Allah swt permudahkan hidup aku utk jelaskan hutang piutang aku. Walaupun aku tak semewah mana, tp aku cukup makan dan pakai...syukur sgt.

Isnin, 24 Oktober 2011

Cian Aiman

Semalam hari munggu, macam biasa la lepas solat subuh aku bersiap2 g Pasar Tani, BBU, mmg aku akan pergi sorang2..sbb tu g awal pagi..anak dan hubby tido lg jadi tinggalkan jer la dia. Aku belanja pun tak lama, lepas beli sayur, ikan, sarapan pagi & buah aku pun balik la..masa sampai kat tempat parking kereta, aku nampak van jabatan. Pastu nampak hubby dalam van tu....Rupanya dia g keje awal pulak hari ni, aku ingatkan dia g keje tengah hari...sbb tu aku tinggalkan dia dgn Aiman... Dia marah la sbb aku tak bawak hphone....Pastu dia leh bgtau aku yang dia tinggalkan Aiman sorang2 kat rumah...aku risau la takut jadi apa2 kat anak tu...

Aku terus cepat2 bawak kereta & naik ke rumah. Bila aku buka pintu jer, aku terus panggil anak aku..Nasib baik dia tak nangis...Dia tengok tv sorang diri jer la...mujur la dia tak buat benda yang bukan2... Hubby aku ni pun, dah tau nak cari aku tu, bawak jer la sekali Aiman ke pasar tani...ni leh pulak dia tinggalkan anak sorang2 kat rumah....Kalo lah dia main kat bilik air ker...main kat dapur ker, kan bahaya...Nasib baik la Aiman ni bukan jenis yang terlalu lasak....kalo lah dia main benda yang bukan2...iskh2...tak yah la pikir....

Ahad, 16 Oktober 2011

Demam Selesema Batuk

Hari Isnin lepas keluar sarapan pagi dgn En. Rashid & Abu di Restoran Bumbu Asli, Kolam AIr, JB. Pari tu hujan lebat, tp redah jer la...sbb parking keta pun depan kedai je..Jalan sikit jer la. Malam balik terus kena selesema dan bersih tak berenti2....hidung dah mula berair dah. Selasa lak ikut En. Jasman, Jas, Kak Nani & Ila makan kat Larkin. Hujan juga tp tak selebat semalam. Redah je la.. Petang mak & Amy datang ke pejabat, ajak g HSA, JB tengok Cik Nah sakit.. keluar opis awal...kul 3.45 ptg bgtau bos nak balik awal sbb nak g spital. Makan malam kat Restoran Remaja, BBU...adik ipar yg belanja, dia dah siap order nasi dgn lauk ikan siakap 3rasa, sayur kailan goreng, tomyam & udang goreng butter. Air fresh orange...Rupanya malam tu selesema bertambah teruk.
Rabu pagi lak ikut Fara PA g Klinik Ibu & Anak sbb nak tanya pasal apa turun darah jer..tp disebabkan doktor takder nurse suruh terus g hospital besar. Ajak hubby g spital tp dia tak nak hantar, dia kata lambat g spital..jadinya dia ajak g klinik swasta kat depan rumah jer. Scan baby...tgok baby ok & dah mula gerak2...tp doktor pun tak pasti apasal asyik keluar darah jer. Doktor bg ubat kuatkan rahim (Duphaston) utk seminggu, kalo keluar lg kena jg g spital. Tp skrg dah ok.
Khamis badan mula tak selesa, kepala dah pening, selesema makin teruk & batuk2 lg....Balik keje singgah Pasar Tani Datin Halimah....beli ikan merah & sayur bayam, cadang nak masak nasi, goreng ikan & msak sayur bayam jer..Rupanya sampai je rumah badan terus menggigil...Ambik Aiman jer terus baring atas sofa...mmg tak larat nak bangun masak. Aiman tngok CD jer la kejenya. Dah maghrib....solat pun cepat2 sbb dah tak larat sgt. Bila tak dilayan, Aiman pun balik semula rumah Mak Ony..tak per la...aku pun dah tak larat sgt..Call hubby suruh dia beli nasi bungkus je utk Aiman dan dia. Lepas tu aku sambung balik baring kat katil pula.
Badan makin gigil dan sejuk. Tangan dan kaki rasa kebas..nak bangun mmg tak larat, tambah pulak batuk2...seksanya la. Malam tu mmg tak bangun langsung..terus baring jer la.
Kul 3.30pg barula bangun solat isyak...Aiman pun bangun sama, dia apa lg nak susu la. Hari Jumaat datang opis jg walaupun badan tak sihat dan masih tak kuat. Tp tak kan nak cuti jer... masak kan la jg Aiman nasi & ikan goreng....Masa ngaji kat pejabat pun suara dah hilang sbb batuk jer... Lepas ngaji badan menggigil lg...apalg bgtau Abu nak g surau..apa2hal kalo org cari aku ada kat surau...Badan ni rasa tak larat sgt. Kirim Abu nasi goreng bungkus..tp masa makan tu rasanya pahit nya la... Balik rumah masak la jg....pastu aku minum air suam banyak2 sbb nak hilangkan rasa perit tekak...nak minum ubat batuk takut la pulak sbb baby dlm perut ni baru 15 minggu.
Ahad kuatkan jg badan ni g Pasar Tani, nak beli lauk & sayur... beli ikan kembung, buah jambu air, sayur sikit & sarapan pg. Balik masak nasi, sayur bayam & ikan masak asam rebus. Aku hirup kuah asam rebus tu banyak2...sedapnya la rasa kat tekak ni..yer la ada rasa masam, masin, pedas2...lega sikit tekak ni....Lepas asar lak terus g spital tgok Makcik tu...anak dia takder pun jaga...cian nya la..terlantar la dia sorang2 kat spital...aku dah call anak dia suruh jaga mak dia....tp dah anak dia tak nak datang, tak kan aku nak paksa2 lak.....siannya la... rezeki dia mcm tu..nak wat cam ne....Mmmm....mak dah sakit kena kanser pun anak tak nak jaga...jgn sampai maknya dah meninggal baru nak menyesal, semua dah terlambat...

Isnin, 26 September 2011

12 minggu dah

Hari ni dah genap 12 minggu baby dalam kandunganku..maknanya dah 3 bulan la aku mengandung. Alhamdulillah, aku sihat...jantung baby pun dah terasa getarnya...seronok bila rasa jantung baby berdenyut dalam perut ni. Rasa loya dan muntah masih ada lagi tp tak la seteruk awal2 ngandung dulu. Sekarang ni penyakit malas pulak melanda..rasa nak baring jer...sampai atas meja PC ni pun aku boleh terlentok. Lantak la apa org nak kata sbb rasa letih sgt...tp balik rumah aku masih buat kerja rumah mcm biasa..masak, basuh baju....kemas rumah sikit2 jer sbb rumah mmg bersepah pun..emmm...dah kemas nanti ada jer org yg tolong sepahkan. Harap2 sampai akhirnya la aku sihat. Buku merah pun dah buat kat Klinik Kesihatan Abdul Samad, JB...belakang opis ni je...lepas ni start la sebulan sekali g klinik...takper la yg penting aku dan baby sihat & selamat.

Isnin, 19 September 2011

Bleeding.

Semalam baru je sampai opis, terus duduk kat kerusi, buka PC mcm biasa, selak email kejap. Baru jam 8.30pg, rasa macam ada air menitis di kaki..bila bangun, terkejut sgt sbb darah merah keluar terlalu byk...sampai menitis2... Capai hset terus g toilet, kat toilet, darah keluar lg..habis basah kain dalam...dalam keadaan takut, terus call hubby, cakap dgn dia yg saya dah tumpah darah....masa tu hubby baru sampai pejabat dia..Dia pun mungkin terkejut bila dapat call emergency mcm tu.

Saya suruh hubby ambik kan kain batik & baju t-shirt, sbb kain dah habis basah dgn darah. Tp nak tunggu hubby mesti lambat sbb dia dari Kulai nak singgah rumah lg...Jadi saya pun call kawan pejabat kat KPK, mula2 call Kak Nani, tp dia tak angkat la pulak, pastu call Fara...nasib baik dia angkat phone..mintak tolong dgn dia sbb dah tak tahu nak buat apa..

Bila dia masuk tandas je, diaorg pun terkejut sbb tgok darah byk sgt kat lantai...Kak Nani suruh bukak kain dan seluar dalam, dia bg seluar dalam pakai buang yg dia simpan..pastu pakai pad..Bos KPK suruh Fara cari unit hantar saya g hospital terus...nasib baik ada En. Rahman Elias, dia yg hantar saya ke HSA...

Sampai ke ke Bahagian Kecemasan, Kak Nani yg tolong daftarkan...tak lama pastu nurse panggil, ambil tekanan darah dan suhu badan. Pastu doktor buat check....bila scan..alhamdulillah sbb baby masih bernafas lg...Doktor kata mungkin saya lasak2 sbb tu turun darah. Tp sya bimbang sangat takut berlaku keguguran..sbb darah turun byk sgt. Tp doktor kata ada kes mengandung mmg jadi macam tu, ada yg gugur dan ada yg selamat. Doktor suruh rujuk ke Klinik Puan di bahagian Pakar.

Bila ke Klinik Pakar Puan..kena daftar lg...tak lama lepas tu baru la doktor panggil masuk, byk jg soalan doktor tanya...antaranya doktor tanya masa turun darah tu ada tak ketulan darah keluar....tp saya kata tak de pun, yg keluar cuma darah merah jer. Ok doktor pun suruh tunggu di bilik Ultrasound utk scan baby.....keputusannya, alhamdulillah...baby masih bernyawa lg...tp doktor tak puas hati, dia scan lalu jalan bawah pulak...nasib baik ok...

Lepas tu doktor suruh ambil ubat & boleh balik..sblum balik tu baru ingat..tak kan tak dapat MC..yer la dah sakit, tak kan nak ambik cuti rehat pulak. Jadi tanya la nurse yg jaga kat kaunter tu, nurse kata kena tunggu doktor dulu sbb doktor dah urus pesakit lain pulak. Tak lama lepas tu baru lah doktor sampai dan dia bg MC sehari, ingatkan dapat 2 or 3 hari....tp doktor dah bg ubat utk kuatkan rahim...ok lah tu..Bila ingat2 rasanya sbb makan pajeri nanas la jadi macam ni, pastu minum air pandan soda masa g rumah terbuka kakak kat Taman Bukit Perdana, BP...mujur la selamat, kalo kena tahan kat wad...tension jg.

Balik rumah jer, beli makanan bungkus...hubby makan nasi bungkus, saya lak makan kuew tiow sup...lepas makan je terus tido....dah cakap dgn Mak Ony awal2 yg saya dapat MC harini, jadi Aiman tinggalkan je la kat rumah dia....Kalo ambik kan tak dapat la berehat.

Petang Mak Nok datang, sbb dia call td napa tak keje, jadi kena mengaku je la..bgtau dia kena tumpah darah.... Nasib baik lepas petang tu darah dah tak keluar lg....syukur sgt sbb selamat..risau jg kalo2 keguguran....tp syukur sgt pada Allah sbb selamatkan kandungan ini.

Ahad, 11 September 2011

Hujung Minggu yg Memeningkan

Hujung minggu semalam, 2 hari aku dok melepak jer kat rumah. Bangun pagi jer kepala dah pening. Hari Sabtu, lepas solat subuh aku baring lg. Nak mandi pun tak laratnya la. Dah kul 10.00pg aku masih baring di sofa. Lepas mandi aku baring lg atas katil, nak bancuh air pun tak larat. Aku cuma jerang air panas dan simpan dalam termos, kalo hubby nak minum pandailah dia bancuh air sendiri. Kepala ni asyik pening je la...tekak pulak rasa payau dan loya..eee...mmg tak selesa betul. Aku pun baring jer la atas katil sampai kul 1.00 ptg baru bagun. Pastu tanak nasi baring lg. Lauk pun takde. Apa ntah nak masak hari ni. Kul 2.00 ptg barulah aku masak nasi goreng kampung, bagi ikan bilis & bawang byk2...dah siap aku ajak Aiman makan, tak pedas sgt...sbb dah lapar makan jer la nasi goreng tu, byk jg Aiman makan. Pastu hubby pun makan sama, byk jg dia makan.

Petang lepas solat zuhur sambung tido balik, cuaca pun sejuk & ujan, apalg mmg sedap la berselubung atas katil. Dah masuk asar baru aku bangun. Jerang air dan bancuh air teh o panas, bila hubby bangun dia sambung makan nasi goreng td, bila Aiman nampak dia leh tegur "Ayah, jangan la habiskan, Aiman nak jg"...aku pun ambikkan nasi goreng tu utk Aiman, rupanya banyak dia makan, habis terus nasi goreng yg aku buat tu, selalu tak pernah habis pun..kalo masak mesti buang tp harini dah lapar sangat sampai licin nasi goreng dia makan.

Malam dah takde idea apa yg nak dimasak, lauk mmg takde, aku lak teringin makan sup, jadi aku buatlah sup sikit, letak carrot, tomato & kobis bunga....pastu celur bihun. Hubby mmg tak makan sup2 ni....jadi aku makan dgn Aiman je la, hubby goreng telur makan dgn roti.

Hari Ahad kepala ni pun pening lg.. lepas subuh pun aku baring jer la atas sofa.. nak basuh baju pun tak laratnya, tambah2 bau sabun dynamo tu buat aku bertambah sakit kepala. Hubby dah g keje, awal2 pg lg...ada sambutan hari kebangsaan kat Kulai..kul 6.00pg dia dah keluar rumah. Aku baring jer la, dah kul 8.00pg barulah aku buat lempeng 4 keping je, sambal tumis dah ada....sarapan la dgn Aiman sambil tgok kartoon, byk jg Aiman makan. Mak Ony ketuk pintu, belikan Aiman nasi lemak 2 bungkus, dia pun fahan yg aku tak larat nak masak...Kul 12.00 tgh hari barulah hubby balik keje.

Kul 3.00 ptg Aiman ikut Mak Ony beraya rumah sedara mara dia....Aiman biasalah...mesti nak ikut jer...aku pun dah tak kesah...kepala dah pening lebih baik aku baring jer, Tp bila Aiman takde ni la peluang aku nak g belanja. Aku g sorang2 belanja kat @Mart, Kempas..nak beli lauk sbb stok lauk kat rumah mmg dah takde langsung. Bila sampai @Mart aku terus tuju pasar...beli sayur sikit, beli ayam seekor dan beli daging sikit. Bila sampai jer gerai jual ikan...aku rasa macam nak pengsan kat situ jg...tekak pun dah mula rasa semacam jer...aku rasa time ni bau ikan tu terlalu busuk sgt...cepat2 aku tinggalkan pasar ikan terus beli buah..aku beli mangga muda & anggur. Pastu beli bawang 1guni...murah jer RM6.00, dah haus aku beli air kotak satu. Rasanya dah cukup la tu belanja hari ni, aku terus balik rumah...angkat la barang belanja tu ke atas, nak sampai rumah sampai 3 kali berenti...beratnya la...

Sampai je rumah aku simpan sayur2 dlm peti ais, bersihkan ayam & daging....harini aku masak daging kicap jer...tp aku tak makan pun, aku takde selera nak makan, aku rasa daging lembu ni kuat sgt bau lembunya...petang tu aku makan lempeng pg td tu jer la. Malam lak aku hirup sup semalam..Dah kul 8.00 mlm barulah Aiman balik dari beraya...dapat RM7.00 collection dia harini. Aku mandikan dia, lepas aku solat terus aku ajak dia tido...pening la kepala bila bau rokok..

Rabu, 7 September 2011

Raya Sakan Tahun ni.

Raya ke-2 rumah Kak Ngah




Raya pertama di Bukit Mor, Pt. Jawa








Raya pertama di Semerah, BP





Letih tp puas beraya tahun ni, mana tak nya dari hari raya pertama sampai hari raya ke-6 asyik berjalan je..mmg letih tp puas hati sbb dapat ziarah rumah saudara mara. Aiman pun dapat byk collectin...hahaha.


Kitaorg balik kg hari Ahad, 28 Ramadhan, sempat la berbuka bersama keluarag mertua di Bukit Mor. Sebelum buka tu singgah la sekejap di bazar ramadan Parit Tengah, Muar..beli makanan bukan main byk..yer la ingatkan ramai org, beli martabak, beli apam balik, air soya...dah sampai rumah adik ipar tu beli pulak kuih2, air mata kucing & soya..bertambah2 la lagi makanan. Bila buka makan sikit jer...dah kenyang. Aku lak mana leh makan byk2, perut senak...dah makan buka tak makan pun nasi...


Hari Isnin, 29 Ramadhan dah sibuk masak ketupat, tp mak mertua tak buat ketupat tahun ni, dia masak ketupat segera jer..banyak la jg masaknya...sampai 3 periuk elektrik. Mak mertua suruh aku masak ayam ungkep..Farah, adik ipar tu kena masak rendang daging...Aku siap telefon kakak kat rumah nak resepi ayam masak ungkep...tp sudahnya aku buat resepi sendiri.. Yer la, nak masak ayam 6 ekor, mana aku tahu berapa banyak bahannya, selalu aku masak untuk 5-6 ketul ayam jer.. Tp aku agak2 jer, bawang, cili api, ketumbar, jintan, kunyit, halia aku blend jer..pas tu serai dan lengkuas aku titik kan je...Aku tumis sampai garing baru masukkan ayam. Masak ungkep sedap guna ayam tua/ayam kampung...Kalo ayam muda lembik..tak sedap jadinya. Nasib baik la apa yang aku masak ni jadi...lega la jg. Itu jer la yg aku masak. Sambal kacang dgn serunding mak mertua yg masak. Dah siap masak, aku siap2kan ketupat dgn lauk-pauk utk hantar rumah mak Semerah. Setiap tahun mcm ni la jadual aku, sbb raya pertama tahun ni kat rumah mak mertua, jadi buka puasa hari terakhir mesti kat rumah Mak Semerah.
Raya pertama, hari Selasa...aku dah mandi awal2 siapkan anak aku dan seterika baju raya. Dah siap pakai baju raya tunggu la mak mertua & makcik balik dari ziarah kubur. Aku tak ikut... Dah balik dari kubur tu kitaorg kumpul ramai2 bersalam2an, minta ampun dan maaf.. Part ni yg aku tak leh tahan, aku mesti nangis punya...rasa byk betul dosa aku pada mereka...isyk2... Dah tu aku bg wit raya kat mak & bapak mertua, makcik2... Dah siap agenda bersalam2an..kitaorg pun posing ambik gambar ramai2...


Tghari raya lak rumah Mak Semerah..mcm biasa la...dah salam2an dgn mak dan kakak kat rumah tu, kitaorg pun beraya la kat Semerah..rumah sedara mara sebelah arwah bapak..Sebelum tu sempat la ambik gambar ramai2... Dari pukul 2 ptg sampai kul 6.30ptg beraya...tu pun tak semua rumah yg kita org sempat g. Ada byk lg. Lepas solat asar, balik ke Pt. Jawa..sbb tahun ni giliran rumah mak mertua.


Raya ke-2, pukul 10.00 pg aku dah sampai rumah mak semerah, nak g ziarah kubur arwah bapak. Nak g raya pertama tak sempat sbb sibuk beraya. Buat tahlil ringkas kat kubur dgn Amy. Lepas tu balik semula ke Pt. Jawa. Raya ke-2 kat rumah Semerah ada marhaban lelaki.
Sebelum maghrib, Amy telefon, dia kata nak wat kenduri adik beradik kat rumah Kak Ngah..lepas maghrib kitaorg pun gerak g rumah Kak Ngah..Rumah nya tak jauh dari rumah Mak Semerah. Raya ni asyik berulang alik jer la dari Pt. Jawa ke Semerah. Banyak betul Kak Ngah masak lauk..ada sup lembu, rendang, sayur, sambal belacan, telur goreng, asam pedas ikan merah, ulam2an...


Raya ke-3 aku ikut mak mertua beraya di Muar..dapat la 2 buah rumah. Rumah sepupu ayah Aiman, kenyang sgt sbb dia masakkan nasi lauk asam pedas ikan pari. Pas tu singgah rumah mak metua adik ipar kat Parit Keroma. Malam kitaorg balik ke Semerah. Giliran rumah Semerah pulak. Sebelum balik Semerah g beraya rumah Kakak kat Taman Bukit Perdana, BP. Nak sampai BP punya la seksa....jem teruk jalan. Sampai rumah kakak dia dah siap masak malam.. byk lauk, tp aku makan tomyam je...sbb tekak aku ni teringin sgt makan tom yam. Budak2 sibuk main bunga api. Dah malam kitaorg pun gerak balik, tp Abg Arif sekeluarga tak balik sbb dia nak mendaki Bukit Soga, BP pagi2...


Ari Jumaat lepas sembahyang g beraya lg..Ikut Lin dgn Abg Sanif..raya kat Sungai Balang, Pt. Ponorogo dan Parit Yusuf..malam lak sibuk buatkan barang hantaran Amy..sbb dia nak tunang esoknya. Tp sbb byk sgt bual, sampai pukul 12mlm brg hantaran Amy tak siap lg. Nasib baik ada adik ipar tu tolong buatkan..dia yg abiskan semua.


Hari Sabtu...pagi2 lg Mor, kakak yg dok rumah tu dah masak nasi lemak, sambal sotong, sardin masak kicap. Rajin betul dia...pukul 4.00 pg dia dah bangun masak..yg lain sedap tido je la sbb dah penat beraya. Pagi tu kitaorg sarapan nasi lemak kukus. banyak masak tp habis jg semuanya. Ayah aiman lak bangun lambat, apalg mak suruh aku masak lg sambal tumis & goreng ikan bilis. Telur mmg dah abis terus. Terpaksala masak semula sambal tumis...Dah sarapan semua bersiap nak g Melaka, nak hantar Amy bertunang..dapat orh Ayer Molek, Melaka. Sebelum tu g rumah Kak Long dulu kat Taman Sri Rambai...dah makan tengah hari rumah Kak Long, baru la gerak g rumah tunang Amy.. Abg Wahid jadi tukang tunjuk jalan tp dia bawak kereta punya la laju, akhirnya kitaorg tertinggal jg. Dah la jalan sibuk. Last2 telefon jer la nak cari arah tempat tu...nasib baik jumpa. Abg Anif yg bawak mak pun tersesat tak jumpa tempatnya, sbb dah lewat sgt jadi majlis pun terpaksa dimulakan walaupun mak takder. Kak Long gantikan mak utk sarungkan cincin kat jari tunang Amy. Dah abis majlis barulah mak sampai, sian mak....tak per la, mak dapat bergambar2 jer la dgn tunang Amy. Ok lah, dah kul 5.00 ptg, jadi kitaorg nak balik ke Semerah dah, barang hantaran semua letak kat kereta Amy sbb keta dia besar.. Kitaorg balik dulu yg lain semua g jalan2 kat Melaka, ayah Aiman tak nak ikut sbb malam nak g beraya rumah Cikgu Silat dia kat Parit Penyengat, Muar. Lepas beraya singgah rumah Mak Mertua sampai kul 12.00 mlm bersembang. Mak mertua kata Diana, adik hubby dah sakit2 nak bersalin..sampai nangis2 dlm kereta. Dia nak bersalin anak ke-2.


Ahad, pagi2 lg mak mertua telefon ajak g KL tengok adik ipar tu. Tp hubby tak nak la pulak walaupun mak nak sponser duit minyak. Dah tak nak mak mertua pu gerak la g KL dgn adik yg sorang lg tu. Aku lak g beraya rumah Abg Sanif kat Jementah...jalan ramai2. Sempat singgah rumah Cikgu Ghazi kat Parit Yusuf. Sampai jer rumah Abg Anif..dia dah saip masak..biasalah lauk yg dia masak, ikan masak kari, kerabu sotong, ayam masak paprik dll. Sedap betul makan, lepas makan yg lain sibuk nak g jeram...tak jauh dari rumah Abg Anif..dlm 3km jer. Diaorg sibuk mandi kat jeram. Siap bawak bekal kuah kari dgn roti. Aku tak pergi pun, baring2 kat rumah je. Lepas diaorg balik, abg Anif masak lg..bihun goreng. Sekejap jer dia masak tp sedapnya la rasa bihun goreng dia tu. Hubby sampai bertambah2 makan. Mmg sedap..tak pedas sgt... Dah makan ptg pun kitaorg beraya rumah mak mertua abg tu..sebelah rumah je, dah beraya gerak balik ke Semerah. Aku dah siap2 solat jamak terus. Masa balik tu, adik beli la kupang & buah cempedak. Sampai jer rumah Semerah terus masak kupang bakar dgn kupang rebus. Makan nasi malam dgn lauk kupang je la cicah kicap.

Hari Isnin, hari raya ke-7 mak buat ketupat lg. Aku siapkan ketupat, buat 40 biji sbb nak bawak ke Surau. Lauk macam2 jg, ada rendang daging, ayam masak bumbu, lodeh sayur & sambal kacang. Siap bungkuskan Adik, Lin & Aris sbb diaorg nak balik dah. Tunang Amy dan kawan Pijan pun ada jg. Sampai habis lauk semua. Malam nak bawak g Surau masak lg ayam masak bumbu.

Selasa hari yg tak berapa nak ok buat Aiman dan aku, pagi2 jer lepas bangun tido Aiman termuntah, mula2 sikit lama2 makin byk. Minum susu je muntah, minum air teh jer muntah...sampai lembik badan dia...baring jer la depan tv. Petang masa nak ambik air sembahyang aku pulak termuntah, lepas tu muntah lg. Nasib baik barang dah siap kemas..teruk betul la aku muntah, habis semua keluar balik. Sebelum maghrib aku gerak balik ke JB, singgah Petronas Parit Yaani sbb nak solat maghrib..kat situ pun aku termuntah lg..seksanya la rasa badan ni. Sampai je JB terus g Klinik Faizal, turun jer kereta aku dah termuntah lg. Masuk je Klinik aku daftarkan utk Aiman, sbb badan dia dah panas...Aku bgtau doktor yg Aiman muntah2 & demam, aku pun kena jg tp aku mengandung. Doktor bg ubat utk Aiman je, utk aku doktor suruh minum air kosong byk2 sbb aku mengandung. Sampai jer kat tempat parking kat rumah, aku dah tak larat, aku suruh hubby & Aiman naik rumah dulu, aku duduk la lama kat parking sbb tekak rasa tak selesa sgt. Sampai rumah aku terus tukar baju tido n baring. Barang aku tak kemas pun.


Pagi Rabu aku rasa malasnya la nak bangun, tp aku gagahkan jg. Aku masakkan nasi dgn telur masak kicap buat bekal Aiman. Pukul 9.00 pg Kak Nani ajak g sarapan, aku ajak dia makan kat Wantan Sup, BBU...aku nak makan yg panas2, lepas jer sarapan tekak aku dah rasa lain macam. Aku apalagi terus g surau, bukak kipas baring sampai pukul 1.00ptg. Sekurang2nya kalo aku termuntah pun aku dah kat Surau bukan kat opis. Mmg terseksa betul la badan ni bila dah kena macam ni.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu