Isnin, 8 Julai 2013
After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...
After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...: Hye.... wah semangat bukak blog hari ni....huhu...sajer nak tayang projek buat kuih bakar a.k.a bingka pandan santan yg kugodek pas balik k...
Ahad, 7 Julai 2013

Khamis, 4 Julai 2013
Hari Terbuka Tabika Perpaduan
Hari ini 5 Julai 2013, Jumaat adalah hari terbuka Tabika Perpaduan Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab hari ini hari terbuka, jadi aku bawak la Aiman pergi ke pejabat dulu untuk punch card. Lepas tu baru pergi ke sekolah. Rupa-rupanya Sek. Men. Bandar Baru Uda pun buat hari terbuka pada hari ini. Yer la....kan sekarang dah setengah tahun. Makanya cikgu-cikgu sekolah kena la bagitahu perkembangan anak murid masing-masing pada ibu bapa.
Sambung pasal Aiman pulak. Disebabkan dah bawak dia pergi ke pejabat, makanya lambatlah sikit dia ke sekolah...dah pukul 8.30 pagi. Rupa-rupanya sekolah sesi petang cikgu satukan sekali dengan sesi pagi untuk hari terbuka ni. Penuhlah kelas tu dengan ibu bapa dan murid-murid. Tapinya yang lebih ramai ialah golongan ibu. Bapanya yang aku nampak ada la 3 orang aje...yer la mungkin para bapa semua sibuk mencari rezeki untuk keluarga, sebab tu para ibu yang datang ke sekolah untuk ambik kad laporan anak.
Disebabkan aku datang lambat, maka lambatlah giliran aku. Tunggu jer la sampai giliran aku, tapi ada juga ibu yang bekerja ni minta kebenaran untuk jumpa cikgu dulu...mmm...tak per la...aku tak kesah. Tapi Cikgu Intan nak juga bagi aku awal tapi aku kata tak per, kesian pada yang dah menunggu lama. Jadinya aku bagi laluan dulu pada yang lain.
Masa tengah menunggu tu, ada la Pegawai MBSB yang buat promosi insurans untuk kanak-kanak. Ada juga ibu murid yang ambik. Tapi aku buat tak kesah jer, sebab dulu dah pernah ambik insuran tapi kesudahannya hampa. Jadinya aku tak layan sangat. Lepas tu Pegawai MBSB tu suruh aku tulis nama dan nombor telefon pada kertas, tapi aku tak nak. Aku tolak juga sebabnya nanti macam-macam la bank suruh kita ambik. Suruh ambik insurans la, kad kredit la, pinjaman peribadi la dan macam-macam lagi la yang boleh menambah beban dan hutang. Nak buat apa tambah masalah...sebab tu aku tak layan.
Sekarang tiba masa untuk aku jumpa Cikgu Intan. Alhamdulillah, nasib baik rekod Aiman ni memberangsangkan juga. Cikgu Intan pun bagitahu aku yang Aiman ni tekun belajar. Kalau masa belajar dia belajar jer. Bila tiba waktu main dia akan main. Aiman ni kenal dengan huruf dan mudah faham. Dulu dia pendiam sedikit tapi sejak berkawan dengan Syukri dia jadi lasak..mmm...Cikgu Intan kata Aiman ni terang hatinya. Cumanya dari seri pertuturan jer yang susah difahami. Yer la...kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....ikut aku la tu bab pelatnya. Tapi Cikgu Intan kata Aiman takde masalah dalam pelajaran. Dia boleh buat kerja dengan baik. Cikgu Norli (pembantu tadika) pun bagitau macam tu juga. Aiman tekun belajar....Alhamdulillah...seronok ibu dengar. Ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu Aiman dan Aisy menjadi orang yang cemerlang hidupnya di dunia dan akhirat.
![]() |
| Semoga Aiman & Aisy jadi anak yang berjaya & cemerlang dalam hidup |
Gemok
Dengar jer perkataan GEMOK mesti ramai orang perempuan takut kan. Yer la, bila badan dah gemuk, banyak baju yang dah tak muat. Aku ni pun dah nak masuk kategori obes juga la. Dulu-dulu berat badan cuma 50-an aje. Bila ada anak satu berat dah naik ke 60-an. Sekarang ni, bila anak tambah lagi sorang berat dah nak cecah ke 70-an....mak aiii....mana la aku tak risau. Dan yang paling ketara bila semakin banyak baju yang dah jadi sempit walaupun dah macam-macam kaedah aku buat. Tapi hasilnya masih tak memberangsangkan. Bila baju dah sempit, jadinya aku bungkus baju-baju tu bawak balik ke kampung halaman, sedekah pada anak-anak buah yang nak pakai la. Kadang-kadang tu aku bagi kakak yang kat kampung tu sebabnya badan dia mmg slim dari dulu, kini dan selama-lamanya la...dia pun bujang lagi kan.
Disebabkan tak nak GEMOK, aku sanggup beli produk menguruskan badan yang boleh buat orang kurus dalam sekelip mata sahaja. Wauuuuu...........mana la aku tak teruja bila tengok adik ipar jadi kurus dan slim bila amalkan produk itu. Siap jadi stokis lagi. Tapi bila keluar berita di surat khabar yang produk tu tak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan masalah jantung, terus aku stopkan. Takut la sebab anak kecik-kecik lagi. Kalau dah sakit sapa pulak nak jagakan anak-anak aku ni.
Selepas itu, aku cuba kaedah ke-2 pulak. Aku tak makan nasi. Aku makan banyak sayur-sayuran aje. Walaupun setiap hari aku masak tapi aku masak untuk anak-anak dan hubby. Aku sanggup tengok jer diaorang makan. Tapi itu pun tak lama. Sekejap je aku amalkan sebabnya bila masak tak habis, makanan tu aku buang je. Kan membazir pulak.
Bulan lepas, masa pergi chek up Aisy di Klinik Kesihatan, Aisy tak nak naik atas alat penimbang. Dia takut dan nangis. Jadinya, nurse suruh aku naik timbang sambil dukung Aisy. Lepas tu letak pulak Aisy dan aku timbang pulak. Bila dukung Aisy beratnya ialah 77 kg. Bila aku naik timbang sendiri beratnya ialah 68kg. Manalah aku tak takut tengok berat aku yang melampau-lampau ni.
Apa lagi aku nak buat untuk turunkan berat badan ni. Dah beli tali skipping, tapi buat sekali je, lepas tu tak buat pun...mmmm....lepas ni kena la puasa banyak-banyak untuk buang lemak tepu yang lekat kat badan ni. Kalau tak berat ni makin naik dan naik la jawabnya. Takutnya la....dan yang paling tak suka bila berat dah naik, badan pun gemuk, baju pun tak muat, nak jalan pun dah tak larat. Bila jalan dah tak larat makanya duduk je la kat rumah dan jadi orang yang malas...tak nak la jadi macam tu.....
Rabu, 3 Julai 2013
Wang, Duit, Money
Wang itu bukan segala-galanya tapi kalau takde wang pun tak boleh juga. Semua benda nak kena beli dan memerlukan wang. Rasanya zaman sekarang ni, semuanya nak kena bayar. Nak terkencing pun kena 20 sen.
Dulu-dulu masa kecik-kecik selalu ikut mak pergi toreh getah. Bila getah dah dijual dapatlah hasilnya RM2.00. Yer la, kebun getah pun orang punya, jadinya mak jual getah yang beku kat mangkuk dan getah skrap je. Getah yang dah jadi keping-keping tu, tuan tanah la yang jual. Jadinya ikut suka hati tuan tanah la nak bagi berapa kat mak. Sebab tu tak pernah tengok mak pegang duit banyak. Bila dapat duit jual getah skrap, mak belikan lah ikan masin timah (kitaorg panggil ikan layur). Itu je la lauk yang mampu mak beli untuk bagi anak-anaknya makan. Sayur mmg tak pernah beli. Ambik jer belakang rumah...kalau tak pucuk paku, sayur pucuk ubi yang banyak tumbuh di tepi jalan. Tak pun ambik batang rebung yang tumbuh tepi jalan. Masak lemak cili api...pedas tapi sedap. Mmmm....
Beras mmg tak yah beli sebab bapak ada sawah, jadinya beras tu tanam sendiri jer la kat sawah Sarang Buaya. Pokok padi tu kitaorg adik beradik la yang tanam. Sampai rentung muka sebab tanam padi. Bila dah dituai, padinya bapak simpan dalam kepuk yang ada kat anjung rumah. Bila beras kat tong dapur dah nak habis, ambik la tin minyak dan isi dengan beras. Lepas tu jemur padi sampai keras. Masa menjemur padi ni terpaksa la jaga padi tu sebab nanti ayam patuk padi yang dijemur. Bukan pasal takut habis padi tu, tapi nanti batu, tanah , kayu semua masuk dalam padi yang dijemur. Bapak kata kalau tak jemur sampai keras nanti padinya hancur bila dimesin. Masa ni dah moden sikit sebab dah ada kilang padi dekat Pekan Parit Yusuf. Sebelum ada kilang padi ni, kitaorg terpaksa tumbuk padi guna lesung kayu untuk jadikan beras.
Ehh...dah menyeleweng pulak cerita ni, daripada cerita wang jadi cerita mencari wang pulak. Apa tadi nak cakap...yer la bila gaji jer, mulalah nak jelaskan bil itu dan ini, belanja itu dan ini. Tak sampai seminggu, gaji pun dah abis buat jelaskan segala-galanya. Yer la...wang itu kan Allah swt pinjamkan sekejap je pada kita, lepas tu wang itu akan sampai ke tangan cikgu untuk yuran anak, tangan tuan kedai runcit, sampai ke bank untuk jelaskan kereta dan rumah dan tangan segala tangan la... Yang jadi hak kita ialah bila yang masuk dalam perut...mudah-mudahan berkat.
![]() |
| Kalau duit dah bersepah-sepah macam ni, mungkin duit tu dah takde nilai bagi kita. |
Selasa, 2 Julai 2013
Aisy dah Merangkak
![]() |
Aisy yg semakin lasak...buat ibu geram dan sayang dgn Aisy |
Isnin, 1 Julai 2013
Resepi Kek Carrot, Puding Roti dan Kek Coklat...
Bila dah beli oven, mula la aku teringin nak buat kek yg sebelum ni tak dapat nak buat. Mula-mula aku buat Kek Carrot, lepas tu buat Puding Roti, hari minggu lepas buat Karemel Custard semalam teragak nak buat kek coklat. Semua resepi aku google kat internet jer. Ambik resepi yang mudah2 jer ..yg penting hasilnya boleh tahan juga. Semalam masa pergi belanja, nak beli la coklat, rupanya duit tak berapa nak cukup. Makanya terbantutlah cita-cita nak buat kek coklat tu. Tak pe....ada hari lain lagi untuk membuatnya. Resepinya macam ni la..simple jer kan.
KEK CARROT
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu
manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai
mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati,
masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit
kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang.
Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu
jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test
la sekali sekala, cucuk dengan lidi.
PUDING ROTI
BAHAN A
- 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi
best*
- 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik
punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*
- kismis
BAHAN B
- 4 sudu makan gula halus
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum
BAHAN C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu makan tepung kastard
- 2 sudu makan gula biasa
Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh
dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan?
PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni,
panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak
payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus.
Sekarang time adun mengadun!
1.
Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama
30 minit. Ketepikan.
2.
Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur,
mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas pengadun
macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.
3.
Lepas tu, korang tuang roti yang direndam. Dah
tu, gaul rata2.
4.
Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Lepas tu,
terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah
dipanaskan awal2 kan? Masukkan ke dalam
ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
5.
Topping
untuk tuang kat atas
pudding. Masukkan susu cair, tepung
kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul
rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya
topping dah boleh di tuang.
6.
Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas
tu, biarkan sejuk.
KEK COKLAT
Bahan-bahan
( loyang 9" )
2 cwn gula
(kisar)
2 cwn tepung
(ayak)
3 biji telur
grade A
1 cwn koko
powder
1 cwn susu
cair
1 cwn
minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air
panas didih
1 tsp soda
bikarbonat
1 tsp baking
powder
1 tsp esen
vanila
**utk
ganache**
2 cwn
whipping cream
500g cooking
chocolate
1/8 cwn
golden syrup
##utk
whipped cream
1 cwn non
dairy whipping cream
Cara-cara
tepung +koko
powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula
dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan
susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan
bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali
masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama
45 minit pd suhu 175-180degree.
boleh juga
kukus slame lebih kurang 1 jam
**utk
ganache**
dlm mangkuk
kecil, didihkan whipping cream
bila dah
didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan
golden syrup
ambil 1 cwn
ganache..bakinya simpan dlm peti sejuk
##utk
whipped cream.
pukul 1 cwn
whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg
di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah
siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian
lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan
kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
ambil kek yg
dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm
peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
Ahad, 16 Jun 2013
Bawa Aisy Naik Kereta
Aisy naik kereta....memang lah dia dah naik kereta. Lepas lahir jer nak balik rumah naik kereta. Tapi selalu Aisy naik kereta dgn ibu dan ayah. Ibu pegang Aisy dan ayah pandu kereta. Tapi semalam Aisy dok kat belakang dgn Abg Aiman, ibu pandu kereta. Sebenarnya risau juga nak pandu kereta dgn Aisy yang tengah lasak. Tapi cuba-cuba la dulu..mana tahu dia ok. Semalam hubby nak hantar motosikal dia ke bengkel. Nak servis. Jadinya terpaksalah jemput dia di bengkel. Aiman dan Aisy mestilah kena bawak sbb hari minggu Mak Ony cuti. Tak kan nak tumpangkan budak2 kat rumah Mak Ony. Lagipun pergi bukan lama, sekejap jer.
![]() |
| Motor nak kena servis sbb dah penat berjalan jauh. |
Jadinya dgn beraninya aku cuba bawak Aiman & Aisy naik kereta. Abg Aiman la yg pegang Aisy. Mula-mula Aisy tak nak duduk belakang, dia nak duduk dgn aku kat depan. Abis tu macam ner aku nak pandu kereta. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia nak duduk belakang. Dia berdiri jer kat belakang.
Harini, Aisy kena g check up Klinik untuk umur 15 bulan. Ayah pula demam. Pagi2 lagi aku dah siapkan Abg Aiman dan Aisy. Kejutkan ayah, dia kata dia tak larat sbb demam. Jam dah pukul 7.30 pg..ayah masih baring lagi. Nak hantar Aiman sekolah lagi. Apalagi aku beranikan diri bawak Aiman dan Aisy. Lepas hantar Aiman ke sekolah, Aisy duduk la kat belakang..nasib baik dia ok..diam jer. Lepas ni boleh la bawak Aiman dan Aisy pergi Angsana atau @Mart, Kempas sbb Aisy dah leh duduk diam kat kereta.
Isnin, 10 Jun 2013
OVEN
Teruja betul bila aku tengok blog-blog orang yang cerita pasal masak memasak ni. Terutamanya bila tengok diaorg buat kek yang cantik2, lagi lah aku teruja. Aku nak juga buat kek cantik2 macam diaorang buat, masalahnya oven pulak takde. Kalau teragak nak buat kek kat rumah, aku pakai jer kuali vantage aku tu...hehehe...
![]() |
| Kuali ni la yang aku guna buat kek kat rumah. Asal boleh je... |
Hari tu dapat duit topup dah belikan almari dapur dan meja kopi. Nanti kalau dapat duit kelim, boleh la aku beli oven. Yang biasa2 pun ok juga. Aku dah survey kat UO Angsana, harga RM 200, Kat Giant Tampoi, jenama ELBA harganya RM149. Kat Mydin, BBU, OVEN jenama ELBA harganya RM119. Jadinya Mydin la paling murah. Boleh la beli lepas ni. Sekurang-kurangnya nampak la juga duit kelim tu drpd habis aku belanja yang bukan-bukan, lebih baik beli barang rumah. Ada juga fungsinya.
![]() |
| Macam ni la OVEN yang aku tengok tu. Tak besar mana tp boleh la untuk bakar kuih. |
Khamis, 6 Jun 2013
Facebook, Twitter, whatsapp, wechat
Skrg dah mcm2 aplikasi ada dlm internet utk membolehkan org berbicara. Kalau dulu ada Yahoo messenger jer tp skrg dah mcam2. Mula-mula mmg la seronok dpt berhubung dgn semua kawan2 di laman sosaial ni, dapat tengok gambar2 lagi, tengok video lagi, macam2 la semua boleh dgn kecanggihan dunia skrg. Selepas tu dapat baca luahan perasaan orang, ada suka ada duka. Tapi lama2 aku makin bosan dgn kecanggihan alam maya sekarang ni. Sebabnya semakin lama semakin ramai orang bergaduh, memaki sesuka hati, marah sampai macam hilang akal, sanggup membunuh hanya kerana perbezaan pendapat dan idea..semuanya hanya kerana laman maya ini. Macam dah tak ingat agama dan Allah SWT. Padahal, Malaikat Rakib dan Atit sentiasa ada di sisi kita untuk mencatit segala amalan kita, jahat atau baik.
Sepatutnya dgn kecanggihan dunia skrg, hubungan manusia makin baik, makin rapat silaturahim tp lain pulak ceritanya. Dah macam perang saudara la pulak. Bila tulis sikit jer, ada pula sesetangah tu yang terasa...sampai sanggup maki sakan. Ingatlah semua tu hanya pinjaman dari ALLAH SWT. Besok di akhirat kita akan dipertanggung jawabkan dengan semua yang kita luahkan dan tuliskan. Kalau di alam maya ni kita tidak berbicara dgn mulut tp berbicara dgn tangan dan tulisan, di akhirat besok mulut kita akan dibisukan dan yang berkata-kata hanyalah tangan yang menulis ini, mata yang melihat, kaki yang menuju ke komputer dsb... Subhanallah...Insaflah wahai manusia semua.

Langgan:
Catatan (Atom)
Koleksi Resepi Internet
Mutiara
Untuk Suami
Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...
Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak
berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu
hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...
Permata hati ibu
Permata hati ibu