Selasa, 5 November 2013

Aiman dah pandai solat

Hati ibu mana yang tak suka kalau melihat anak yang dilahirkan sudah pandai bersolat. Sekarang Aiman 5 tahun dan dah pandai solat walaupun bacaan masih pelat. Sebelum ini Aiman hanya solat Maghrib jer tapi sekarang dah boleh solat 5 waktu (tapi bila cuti jer la). Sebab kalau cuti seboleh-bolehnya ibu akan pastikan Aiman solat sama dengan ibu. Pagi kalau ibu bangun untuk solat subuh, Aiman pun akan bangun sama dan berwuduk bersama. Lepas ibu selesai solat subuh, ibu akan perhatikan Aiman solat Subuh pulak. Semua bacaan sama jer dengan solat maghrib atau solat zuhur tapi solat subuh kena tambah dengan bacaan qunut. Jadi ibu akan bacakan doa qunut kuat-kuat dan Aiman akan ikut.

Semoga Aiman jadi anak yang solleh

Seingat-ingat aku, aku mula ajarkan Aiman bacaan ayat-ayat lazim sejak umur 2 tahun lagi. Setiap kali tidur aku akan bacakan 4 surah Qul, ayat Kursi, doa tidur dan mengucap. Alhamdulillah..akhirnya Aiman dapat mengingati semua surah yang aku ajarkan. Budak kecik kan tak de dosa sebab tu dia senang ingat. Selepas waktu maghrib aku akan ajar dia solat pula. Aku baca kuat-kuat dan dia akan ikut semua pergerakan aku. Mula-mula dia tak baca pun tapi lama-kelamaan Aiman akan ingat semua bacaan dalam solat. 

Rasanya macam baru semalam jer Aiman lahir, tapi sekarang Aiman dah besar.

Lepas bersolat maghrib pula, aku akan ajar dia baca Iqra' dan baca Muqaddam. Memang la kadang tu kelam kabut juga nak ajarkan dia dengan waktu yang sangat singkat, nak masak dan nak suap Aisy makan tapi atas rasa tanggung jawab, aku lakukan juga. Alhamdulillah...akhirnya Aiman dapat ingat surah-surah lazim yang aku ajarkan. Aku pun tak perasan sebenarnya. Sampailah Mak Ony bagitahu yang Aiman dah pandai baca Surah al-Masad ...tabbatyada sampai habis. Lepas tu apalagi Abg Jeny pun test la Aiman. "Aiman, cuba baca tabatyada".  " Abg Jeny tak pandai baca ke" "Tak pandai, Aiman ajarlah abg baca". Lepas tu Aiman pun baca sampai habis surah. Bila Mak Ony cakap dan bagitahu aku, rasa bersyukur sangat sebab Aiman ni senang nak ingat surah. 

Mak Ony kata kalau hujan jer, Aiman akan suruh Mak Ony bacakan adik Aisy ayat Kursi. Sekarang ni setiap kali solat aku akan ajar Aiman baca surah  Surah al-Ma'un dan Surah al-Masad.  Habis je solat aku ajarkan Aiman doa untuk keampunan ibu bapa. Alhamdulillah...semoga Aiman menjadi anak ibu yang solleh. 

Rabu, 30 Oktober 2013

Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Hari Jumaat 4 Oktober 2013 -  bila sampai rumah dan ambil Aisy dan Aiman dari  rumah Mak Ony, Mak Ony kata Aisy demam panas. Aku bawak dia balik macam biasa. Kat rumah bagi la dia ubat demam yang Klinik Kesihatan bagi masa g chek up  aritu. Budak kecik mana la suka ubat. Jadi bila bagi memang tak masuk mulut pun. Semua dikeluarkan balik.

Hari Sabtu, 5 Oktober 2013 - badan Aisy masih panas lagi. Nafas dia dah semakin laju. Dada berombak-ombak dan bila pegang dadanya, terasa sangat jantung dia berdegup laju. Aku semakin risau. Tapi bila tanya ayah dia, dia kata ok lagi tu sebab nafas dia tak berbunyi. Sebenarnya hati aku dah tak sedap tengok Aisy macam tu. Dengan nafas yang laju dan jantung yang cepat sangat. 

Hari Ahad, 6 Oktober 2013 - Aisy masih berkeadaan macam tu juga, badan dia lemah je. Tak nak makan dan main. Dia cuma minum susu jer. Jantung dan dadanya masih berdegup laju. Hati ini semakin risau. Aku nekad bawak Aisy ke Klinik Faizal untuk buat pemeriksaan. Sampai je Klinik doktor pun cakap " Anak akak dah teruk ni, kena bawak ke hospital. Nafas dia dah laju sangat" Macam nak menangis aku kat Klinik Faizal. Doktor bagi gas 2 kali tapi nafas Aisy masih sama. Jadi doktor buat surat untuk aku hantar Aisy ke hospital.

Aku terus balik ke rumah. Kemas barang-barang Aisy dan aku untuk ke hospital. Siap bawak muffin yang aku buat untuk bekalan kat hospital. Aku suruh ayah dia hantarkan. Kalau nak harap dia memang dia buat tak tahu aje. Anak dah teruk pun dia kata masih ok, padahal nafas dan jantung Aisy dah tak normal. Mujurlah aku nekad untuk bawak Aisy ke Klinik. 

Lepas solat asar aku terus menuju ke Bahagian Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sebab Aisy baby lagi maka dia terus dapat masuk dan doktor terus chek dia. Lepas tu buat x-ray dada dia. Doktor kata Aisy kena jangkita kuman pada paru-paru. Doktor terus pasang gas pada hidung Aisy untuk legakan pernafasannya. Aisy menangis dan menangis sebab tak selesa dengan salur yang  terlekat pada  hidungnya. Tangannya kena cucuk untuk ambik darah. 

Tangan dan kena cucuk untuk ambik darah.

Lepas dah daftarkan Aisy, aku dan Aisy ditempatkan di Wad Bunga  Raya 3, Katil 10, HSA. Di wad, Aisy bergantung sepenuhnya pada gas. Batuk dia yang buatkan aku risau. Aku tanya doktor, takder ke ubat batuk untuk Aisy. Doktor kata kat sini kalau baby batuk ubatnya hanya gas supaya nafasnya kembali normal. Bila doktor check, dia kata nafas Aisy berbunyi. 

Bergantung pada oksigen jer la.


Isnin, 7 Oktober 2013 - Aisy demam panas lagi. Badannya kejap panas kejap sejuk. Aku lap kan dia dengan air. Bila tukar lampin dia, aku akan lap-lap badan dia dan kepala supaya suhu badannya turun. Tapi tengah malam, badan dia panas sangat. Bila nurse chek suhu badan Aisy naik ke 39'C. Memang tak boleh keluar wad la kalau suhu badan tak nak turun.

Hari ke-2 di wad, Aisy semakin pulih dan sihat.

Selasa, 8 Oktober 2013 - Suhu badan Aisy dah turun, nafas dan jantung dia dah mula pulih walaupun masih ada bunyi sedikit. Doktor kata tunggu pakar sama ada boleh discharge atau tidak. Petang lepas Asar doktor pakar kata Aisy dah boleh keluar tapi kena jaga dia elok-elok kat rumah. Syukur sangat sebab Aisy sembuh dan pulih. Lepas ni kalau Aisy demam dan nafas dia berubah, ibu kena lebih berjaga-jaga. Ibu sayang dengan permata hati ibu. Kehadiran Aisy dan Aiman sangat ibu nantikan, jadi ibu tak nak atas kealpaan ibu dan ayah bekerja mencari rezeki, anak-anak ibu  terabai. Mujurlah Mak Ony sayang dengan Aiman dan Aisy dan dapat jaga permata hati ibu dengan baik. 

Ibu bersyukur sangat. Bila duduk di wad, sebenarnya ramai kanak-kanak lain yang sakit lebih teruk daripada Aisy. Ada kena luekimia, jantung berlubang, asthma dan lain-lain penyakit yang mengerikan bila ibu dengar. Semoga Aisy sihat dan terus sihat dan membesar sebagai permata hati ibu yang ibu sayangi.

Ahad, 20 Oktober 2013

Muffin

Bila cuti mula la kepala ni berfikir nak buat sarapan apa dan nak masak apa? Kalau nak masak mesti kena ikut selera tekak anak-anak dan suami. Kadang tu memang kita teringin nak makan kuih itu ini,  tapi bila dah buat anak-anak dan suami tak suka pulak. Rasa macam membazir jer buat kuih. Dah tu satu adunan kuih mesti dapat banyak, makan pulak setakat sebiji dua je. Yang tukang perabiskan kita juga, sebab tu badan ni tak nak turun, makin naik dan naik macam tepung kena yis. Mmmm.... Tapi cuti-cuti hujung minggu mesti nak juga mengadun tepung untuk buat kudapan anak-anak dan suami. Minggu ni sempat buat muffin. Ada 3 versi iaitu, muffin vanila, coklat dan pisang. 

Sebab masukkan dalam mangkuk yang besar, jadi satu adunan tu dapatlah 6 biji muffin. Tapi makan sebiji jer dah kenyang..

Ni lah resepinya.

MUFFIN PISANG

Bahan A:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-

  • 1 cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
  • 1 cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu
Cara Membuat:-

  1. Panaskan kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak dulu semua bahan A dan masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Masukkan bahan B dan adun sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
  4. Kukus di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin kembang.
  5. Angkat dan biar sejuk di atas redai.


MUFFIN COKLAT CHIP
BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran  / minyak masak
3/4 cawan susu segar atau buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla 

BAHAN B
2 cawan tepung naik sendiri 
3/4 cawan gula kastor (boleh di kurangkan)

BAHAN C
1 cawan  Chocolate Chips 

CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan A
2. Satukan bahan B dalam mangkuk adunan, buatkan lubang di tengah campuran tepung.
3. Tuangkan bahan A kedalam lubang yang di buat pada bahan B
4. Masukkan bahan C, baru mula di kacau. Kacau jangan lebih dari 20 kali untuk mendapatkan tekstur muffin yang lembut.
5.  Pindahkan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 20 hingga 25minit (suhu 170'C) atau bergantung pada oven masing-masing.





Muffin Vanilla
Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur, saiz besar
  • 1/2 cawan butter, cairkan
  • hirisan kacang badam, untuk hiasan
Cara Membuat:
  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama.
  4. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh,hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Selasa, 1 Oktober 2013

PMR

PMR
Hari ni Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula. 3 orang anak sedaraku akan ambik PMR mulai hari ini, Azah - anak Kak Long, Iqmal - anak Abg Arif dan Syafiq- anak Abg Anip. Acik doakan semoga kalian berjaya dan dapat menjawab dengan tenang dalam peperiksaan nanti.

Syafiq
 Tapi yang lebih menyedihkan acik ialah bila dapat berita malam tadi yang Syafiq dah tak boleh berjalan. Mungkin kuman yang berjangkit di kakinya sudah merebak. Dengan sakit yang terpaksa di tanggung dan PMR yang perlu dihadapinya...kesian Syafiq. Ya Allah, walaupun ini ketentuan yang telah Kau berikan kepada keluargaku, aku mohon padaMu, berilah kesihatan dan kebahagian kepada keluargaku. Sembuhkanlah penyakit Muhammad Syafiq, jadikanlah dia seorang yang sihat seperti sediakala. Sesungguhnya  hanya padaMu aku memohon Ya Allah. Pekenankanlah doa hambamu ini. Aminnn...

Isnin, 30 September 2013

Cuti

Tadi berbual sekejap dengan Pengarah. Biasa la sembang pagi mengenai masalah kerja ni. Sebab semalam dapat info daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan selepas ni tiada lagi jawatan Gred N1-11. Semua nak di naik tarafkan. Alhamdulillah. 

Tiba-tiba pengarah bercerita pasal cuti la pulak. Dia kata ada orang cuti tak pernah mohon pun, penuh je sepanjang tahun sampai pihak pengurusan terpaksa tolak cuti pegawai. Macam ner leh jadi macam tu pulak? Tak kan tak pernah bercuti walaupun untuk berhari raya..musykil juga ni. Rupa-rupanya ramai pegawai dan kakitangan ni yang bercuti tapi tak mohon cuti. Maknanya CAUTI la tu....tapi dalam punch card penuh je.  Tak tahu la sapa yang tolong punch card kan...ada hantu raya agaknya..

Tapi sebenarnya ramai yang tak masuk opis tapi tak mahu mohon cuti. Mereka ni akan tulis kerja luar dalam punch card masing-masing. Yer la dah kerja kat sini pun bayak kerja luar, mana pihak pengurusan nak tahu. Semua tu terletak dalam hati dan diri masing-masing. Kena jujur. 


Cuba bayangkan, kita tak masuk kerja tapi dapat gaji. Daripada gaji itu lah kita buat bayar bil, kereta, makan dan minum keluarga. Mana nak dapat berkat kalau gaji tak berkat. Sebab tu mungkin Allah SWT tak makbulkan doa kita, anak2 susah nak dapat ilmu dan nakal. Keluarga tak bahagia, duit yang dapat pun tak pernah cukup.  Kalau di swasta mungkin kita kena tolak gaji, elaun dikurangkan atau sebagainya. Tapi di sini  tiada siapa nak ambik peduli. Pihak pengurusan memang akan bagi surat amaran tapi kalau bos setiap cawangan tak buat laporan mengenai anak buah masing-masing, macam mana pengurusan nak buat tindakan. Akibatnya bukan sahaja  yang suka ponteng kerja dapat balasannya, malahan hampir semua orang terkena tempiasnya. 

Sejak En. Sam Kong Meng pindah ke Jasin, Melaka, bos suruh aku buat laporan punch card setiap bulan. Bos cawangan hanya boleh tanda tangan 3 kali je kesalahan anak buah sama ada datang lewat atau balik awal atau buat tugasan luar. Tapi kalau lebih 3 kali memang kena tulis dalam laporan. Kalau tak aku yang buat laporan punch card pun dapat saham sama dgn orang yang culas...mmm...tak nak la. 

Kadang tu pegawai balik awal sebab nak kejarkan bas ekspress. Yer la duduk di Kluang tapi kerja di Johor Bahru. Jadinya balik sebelum pukul 5.00 petang walaupun waktu kerjanya jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Kalau dia balik awal 15 minit setiap hari, maknanya sebulan dah berapa jam dia tak buat kerja. Orang yang nak balik awal ni pulak bukan pikir macam tu. Yang dia tau nak kejar bas jer..aduhai....


Selasa, 10 September 2013

Ya Allah, sembuhkanlah Syafiq

Hari raya yang lepas baru jer jumpa dengan Syafiq, anak sedaraku. Macam biasa lah dia, seorang remaja lelaki yang selalu tolong neneknya buat kerja kebun. Kalau cuti sekolah jer, mesti dia duduk kampung dengan Asyraf, adiknya. Dia tak nak balik ke rumahnya di Jementah, Segamat sebab seronok duduk kampung. 

Kalau duduk kampung Syafiq suka bawa gerabak.


Semalam kak Lin, telefon. Dia bagitau yang Syafiq sakit dan doktor bagitau Syafiq mungkin kena kanser tulang. Kaki dah bengkak dan nak jalan dah susah. Ya, Allah....terkejutnya aku bila dengar berita ini. Syafiq masih muda, umur baru 15 tahun dan tak lama lagi nak ambik PMR. 

Gambar Syafiq masa hari raya.

Hari ni, aku cari maklumat mengenai kanser tulang.  http://ubatkanserb17.blogspot.com/p/kanser-tulang.html

Banyak maklumat yang aku perolehi dan maklumat tu mengatakan kanser tulang kerap menyerang remaja lelaki. Petang ni Syafiq datang dengan papa dan mama dia ke JB. Esok dia akan buat rawatan di Hospital Sultan Ismail, JB. 

Acik doakan semoga Syafiq cepat sembuh seperti sediakala. Acik tak sanggup nak tanya pada Kak Ayu (mama Syafiq). Mesti dia sedih dan sebak bila mengenangkan Syafiq...Kak Ayu mudah menitiskan air mata. Ya, Allah aku mohon padaMu berilah kesembuhan kepada Syafiq dan semoga dia mampu menjalani hidup ini seperti sedia kala.

Isnin, 9 September 2013

Kek Coklat

Semalam tekak ni terasa nak makan Kek Coklat pulak. Bahan-bahan dah ada kat rumah. Apalagi mengadun kek coklat la semalam jawabnya.

Resepinya saya ambil di sini :


http://www.myresipi.com/top/detail/1


Terima kasih kepada fendi75@myresepi.com atas perkongsian resepi ni.

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap dan moist sangat.... lebih-lebih lagi apabila diletak topping atasnya...mak ai...makan kek aje la saya ni. Patut la berat badan makin naik dan naik... makan kek tak ingat berat badan ni..

Ahad, 8 September 2013

"Ibu Engkaulah Ratu Hatiku"

Inilah bonda kesayangan saya



Pagi ni menitis air mata ku tatakala membaca Blog Kadi Kluang...tajuk entry terbaru dalam blog tersebut ialah " Dulu Saya Susah, Sekarang Alhamdulillah"....Tiba-tiba jer, saya teringat kesusahan yang saya alami dulu....dengan adik-beradik yang ramai, mak pulak kerja toreh getah di kebun orang dengan upah tak seberapa, makan apa yang ada jer, baju baru memang takde, kasut sekolah koyak, berjalan kaki pergi dan balik ke sekolah tu dah biasa, walau panas dan hujan kena harung juga, jiran-jiran pulak pandang serong sebab kesusahan kami sekeluarga, bila susah semua tak nak mengaku sedara...

Tapi tu dulu. Sekarang semua adik beradik saya dah dewasa, dah berkerjaya dan berjaya. Cumanya arwah bapak tak sempat lihat semua anaknya berjaya. Dia dah pergi menghadap Illahi tatakala anak2nya belajar di Universiti. Ketabahan bonda membesarkan saya 14 beradik memang saya kagumi. Tanpa dapur gas dan air paip, semua nya dibuat dengan kudratnya...

Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil...aminn

Selasa, 27 Ogos 2013

Mahalnya Harga Buah

Setiap pagi Ahad, lepas solat subuh mesti aku akan ke Pasar Tani BBU untuk beli lauk dan sayur. Ikan yang dijual di Pasar Tani semua segar dan baru-baru, jadi kalau simpan dalam peti ais seminggu pun masih ok. Rasanya pun masih sedap lagi. Berbanding kalau kita beli di kedai runcit, banyak ikan yang dijual dah tak berapa elok, pecah perut dan bila masak mesti dah berbau kurang enak. Kalau beli gerenti semua kat rumah tak nak makan.

Ikan di Pasar Tani segar dan baru, jadi bolehlah dibeli.

 Aku mesti simpan lauk kat peti ais sebab setiap hari akan bekalkan Aiman dan Aisy dengan nasi dan lauk sekali. Jadi tak payah lah Mak Ony bersusah payah masakkan untuk anak-anakku nanti. Mak Ony tolong jagakan dan mandikan budak-budak jer. Makanan aku dah bekalkan setiap hari. Kadang-kadang siap dengan sarapan pagi dan makan tengah hari. Baju pun Mak Ony tak perlu basuhkan sebab setiap hari baju kotor Aiman dan Aisy aku ambik bawak balik. 

Masa ke Pasar Tani hujung minggu lalu, aku teringin nak makan tembikai dan cempedak goreng. Lagipun makan buah-buahan kan bagus untuk kesihatan. Sampai je ke pasar tani, aku terus tuju gerai buah-buahan. Aku ambik cempedak sebiji. Sekilo harganya RM3.50 dan sebiji jumlahnya dah RM 16.00. Lepas tu aku ambik pisang sesisir, harga sekilo RM2.50. Tanya tuan kedai harga tembikai. Tembikai merah dia kata harganya RM5.00 dan tembikai susu RM4.00. Bila dia kata harga tembikai RM 5.00 sekilo, tak jadi aku nak beli, mahal sangat. Sebiji tembikai mesti dah 3-4 kilo. Kalau sekilo harga RM5, sebiji mesti jadi RM20.00. Iskhh....iskhhh...mahalnya la. Padahal hari Jumaat sebelum tu aku ada beli tembikai kat Pasaraya Giant, sekilo baru RM1.49 dan sebiji aku beli baru RM4.80. 

Bila puasa mesti teringin nak makan buah-buahan,

Kalau beli cempedak, isinya penuh macam ni baru lah puas hati.

Balik rumah aku goreng pisang dan cempedak yang dibeli. Cempedak besar dan panjang, tapi rupa-rupanya isinya tak berapa nak ada. Cuma ada beberapa ulas jer.....rasa rugi pulak beli cempedak tadi. Bau bukan main harum dan wangi tapi isinya cuma ada 12 ulas je. Lepas ni aku nekad tak nak beli buah-buahan kat pasar tani la sebab harga yang terlalu MAHAL bagi golongan marhain macam aku ni, lebih baik beli buah di pasaraya. Pergi pasar tani untuk beli ikan je la lepas ni.

Ahad, 25 Ogos 2013

Muhammad Aisy

Tadi pergi masukkan duit raya Aiman dan Aisy di Pejabat Pos. Bayar bil sekali. Tiba-tiba kerani Pejabat Pos tu boleh tunjukkan buku akaun Aisy pada kerani yang sebelah dia. Ingatkan ada masalah apa. Rupanya sebab nama Muhammad Aisy tu sama dengan nama anak kerani tu. 
Aisy dan ayah


Sebenarnya nama Muhammad Aisy tu aku yang pilih sebab tak nak nama anak panjang-panjang. Aisy tu maknanya Kekayaan. Nama pendek tapi maksudnya cantik. Sebab tu aku pilih. Tapi En. Hubby dah tambah dengan Amirshah. Jadilah nama Permata Hati ibu yang ke-2 Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Maknanya Putera Yang Kaya Raya dan Terpuji. Insya Allah.

Bila buka facebook jumpalah nama anak kawan-kawan masa sekolah dulu. Ramai juga rupanya yang nama anak dia Aisy. Lepas tu cucu PPD Kota Tinggi pun nama Aisy juga. Anak pelakon Ayu Raudah pun bernama Aisy juga. Mmmm...rupanya nama Aisy ni jadi pilihan ramai orang. Ingatkan nama anak ibu jer. Tak pe la. Semoga anak ibu jadi anak yang soleh, berjaya dan cemerlang hidupnya, diberkati Allah SWT dan diberi kemewahan di dunia dan akhirat. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu