Sabtu, 11 Januari 2014
Muffin Coklat Chip
![]() |
| Muffin Coklat Chip |
MUFFIN COKLAT CHIP
BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran
/ minyak masak
3/4 cawan susu
segar atau buttermilk
1 sudu kecil esen
vanilla
BAHAN B
2 cawan tepung naik
sendiri
3/4 cawan gula
kastor (boleh di kurangkan)
BAHAN C
1 cawan
Chocolate Chips
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua
bahan A
2. Satukan bahan B
dalam mangkuk adunan, buatkan lubang di tengah campuran tepung.
3. Tuangkan bahan A
kedalam lubang yang di buat pada bahan B
4. Masukkan bahan
C, baru mula di kacau. Kacau jangan lebih dari 20 kali untuk mendapatkan
tekstur muffin yang lembut.
5. Pindahkan
ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 20 hingga 25minit (suhu 170'C) atau
bergantung pada oven masing-masing.
![]() |
| Sedapnya muffin ni. |
Makaroni Bakar Berkeju
![]() |
| Makaroni Bakar Berkeju untuk Sarapan Pagi |
Dah selalu sangat buat mee goreng atau kuew tiau goreng untuk sarapan pagi, jadi cuti hujung minggu ni nak cuba buat makaroni pulak. Ubah selera sikit...ala-ala western gitu.
Sebelum tu, bahan-bahannya kenalah cari dulu kat pasaraya. Kat kedai biasa tak jual keju dan makaroni ni. Jadinya saya menjelajah la ke Giant Tampoi untuk dapatkan bahan-bahannya.
Alhamdulillah..memang sedap. Hubby dan Aisy suka sangat dengan baked pasta ni tapi Aiman tak nak makan pulak sebab dia kata rasa lain macam je.
Resepinya seperti biasa google di dapur orang lain.
Baked
Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu
SaYang
Oleh: Dapurmamasya
bahan-bahan : untuk 4-5
orang makan
2 cawan makaroni + 1
cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni
big ring saja tak campur lain
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato
paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa
masam tomato
1 sudu besar mentega
Sos Putih : - mama
buat 1 1/2 adunan
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih
hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian
masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya
pekat. Tutupkan api. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga
rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali
leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair.
Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih.
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan
api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega.
Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut
sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah
dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd
bungkusannya.
nota dapur mamasya;
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus
masuk dlm susu.
Ahad, 5 Januari 2014
Sup Cendawan
![]() |
| Sup Cendawan |
- Cendawan setengah bungkus (rendam)
- Soo Hoon (rendam)
- Tahu Kering (rendam)
- Lobak Merah Sebatang (potong kecil)
- Sebiji Kentang (potong kecil)
- Sedikit Daun Sup dan Bawang Goreng
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 2 - Kiub Pati Ayam
- Air
- 3 sudu minyak masak untuk menumis
- Sedikit serbuk lada putih/ lada hitam
Cara-cara memasak
- Mula-mula panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu.
- Masukkan air 3 cawan.
- Masukkan kiub pati ayam.
- Masukkan kentang dan lobak merah yang telah dipotong kecil. Masak sehingga kentang dan lobak merah empuk.
- Masukkan cendawan, soo hoon dan tahu kering.
- Masukkan serbuk lada putih. Perasakan kuahnya mengikut selera masing-masing. Boleh tambah garam & serbuk perasa mengikut selera masing-masing. (Sebab dah guna kuib pati ayam, tak perlu lah tambah serbuk perasa dan garam sebab rasanya dah cukup sempurna)
- Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.
Sabtu, 4 Januari 2014
Kek Lumut
Disebabkan teruja dengan resepi-resepi kat blog, maka aku pun cubalah kek lumut yang banyak kat blog sekarang ni. Cuma kek ni manis sangat rasanya sebab bahannya susu pekat, kaya, gula dan horlicks.
Sumber resepi dari blog ini : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html
Cara-cara :
Sumber resepi dari blog ini : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html
![]() |
| Ni lah hasil kek lumut saya, sedap tapi manis sangat rasanya. |
Kek Lumut
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan :
loyang 7 " x 7 "
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan horlicks
- 3/4 cawan gula halus
- 250 g mentega
- 4 biji telur A
- pewarna hijau secukupnya
- 4 sudu besar seri kaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang
dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati
(guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul
lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit
diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla.
Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan
dgn kertas foil.
- Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika
hampir kering)
Aiman Sekolah
![]() |
| Aiman dah bersiap sedia untuk ke sekolah |
Harini Ahad - 5 Januari 2014 merupakan hari pertama persekolahan buat Muhammad Amirul Aimanshah. Malam tadi pukul 9.00 malam ibu suruh Aiman tidur awal supaya senang untuk bangun pagi. Alhamdulillah, pagi tadi pukul 6.00 pagi Aiman dah bangun. Lepas mandi Aiman pakai baju dan solat subuh. Lepas tu minum milo yang ibu sediakan.
Pukul 7.00 pagi ibu dah hantar Aiman ke sekolah...semangat punya pasal, awal pagi dah sampai ke sekolah. Tapi malangnya sekolah belum buka lagi. Ibu dan Aiman tunggu sampai pukul 7.30 pagi, tapi tak juga dibuka pintu sekolah. Dah lambat sangat, ibu pergi ke pejabat dulu untuk punch card....kang tak pasal-pasal ibu pulak lambat datang kerja sebab tunggu cikgu sekolah yang tak muncul-muncul. Lepas punch card, pusing balik ke sekolah hantar Aiman semula, barulah sekolah dibuka dan dah ramai budak sekolah yang sampai.
Selepas Aiman bersalam dengan ibu, ibu tengok dan perhatikan Aiman dari tepi jalan. Disebabkan ni tahun ke-2 Aiman ke sekolah, jadi ibu tak la bimbang sangat sebab Aiman dah tahu selok belok kat sekolah tu. Budak lain semua baru, jadi ramailah yang masih bimbang-bimbang dan takut...ada yang tak nak masuk kelas. Ibu siap pesan dengan Aiman, jangan nakal-nakal, jangan suka kacau kawan atau buli kawan. "Ibu, Aiman mana suka buli kawan, Kawan jer yang suka kacau Aiman"....Yer la Aiman....
![]() |
| Pisss...daripada Aiman |
Semoga anak ibu jadi orang yang cerdik, bijak, alim dan beramal, berjaya di dunia dan akhirat....aminnn.
Ahad, 29 Disember 2013
Salah makan ke???
Tak tahulah apa puncanya, tiga orang hero saya semua kena muntah-muntah dan cirit-birit. Mula-mula Aisy yang kena, bangun pagi hari Sabtu jer Aisy muntah-muntah. Ingatkan dia kenyang sangat dengan susu, tapi lepas tukarkan baju dia, dia muntah lagi dan lagi. Tak berenti dia muntah. Lepas tu kena cirit birit pulak. Kesiannya la tengok Aisy. Habis lembik badan dia sebab asyik muntah je. Pukul 11.00 pagi bawa Aisy pergi jumpa doktor kat Klinik Faizal. Doktor kata kena jangkitan virus. Keluar je dari klinik Aisy muntah lagi. Nak bagi ubat punya la susah. Doktor bagi ubat demam, tahan muntah, cirit-birit dan garam. Seharian Aisy muntah-muntah sampai banyak baju dia tukar. Ibu pun kena tukar baju jer sebab terkena muntah Aisy. Penuh ampaian dengan baju Aisy dan ibu.
Ahad pulak Aiman yang muntah dan cirit-birit. Aiman baru jer keluar tandas dah tercirit semula. Aduhaiii...siannya la. Apa masalahnya anak-anak ibu ni. Aiman kata kat rumah Mak Ony dia makan maggi. Mak yang suapkan. Mungkin juga la sebab perut budak-budak ni tak tahan dengan pedas maggi agaknya.
Tapi yang peliknya, malam tadi hubby pulak yang kena muntah-muntah. Badan dia pun dah panas sebab asyik muntah jer. Pagi tadi bagi hubby panadol dan air suam. Minum jer panadol habis dia muntahkan semula. Hubby kata mesti ibu salah masak ni sampai semua kena muntah-muntah. Tak kan la salah masak, sebab Sabtu pagi bersarapan dengan pizza segera dan apam. Tapi masa ni Aisy dah kena muntah-muntah. Khamis masak ikan pari asam pedas tapi hubby tak makan pun lauk tu. Dia makan nasi dengan telur goreng jer, jadi tak mungkin la kerana asam pedas pari tu. Jumaat pulak masak siakap stim...ikan tu baru. Tak tahu la sebab ikan stim ni ker.....
Tapi sebelum tu beli air nutrigen kat Giant...tak cukup 5 botol, beli sampai 10 botol. Bergasak-gasak 3 orang hero ni minum air nutrigen. Kemungkinan juga air ni penyebab muntah dan cirit-birit.
Jangan ibu pulak kena muntah-muntah dan cirit-birit udah lee...tak buat kerja la jawabnya. Kalau dah tak sihat mesti nak baring je...Harap-harap ibu sihat la untuk jaga 3 hero ibu ni. Semoga hero-hero ibu cepat pulih seperti sediakala. Bimbang juga kalau asyik muntah dan cirit-birit ni....boleh jadi hidritasi kalau tak berjaga-jaga.
Khamis, 26 Disember 2013
APAM
![]() |
| Apam untuk sarapan |
Dah takder idea nak buat sarapan apa masa cuti hari krismas. Pagi-pagi lepas solat subuh terfikir nak buat apam jer la sebab senang. Yang pasti Aiman dan Aisy pun boleh makan. Sumber resepi ni mintak dari Kak Yatie...Blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih kak sebab sudi kongsi resepi, kalau takde resepi mesti apam saya jadi lempeng agaknya....hahaha. Memang sedaplah apam ni, siap bagi Mak Ony sepinggan lagi...hasilnya tak mengecewakan.
APAM SALJU
Sumber : Kak
Yatie
Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn
sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air
sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur,
campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas
lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas
itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus
dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit
minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan
kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama
kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
Kek Lapis Masam Manis
KEK LAPIS SARAWAK
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter
Bahan B
6 biji telur sejuk gred A [kalau gred
B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate
Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips
Cara-caranya
1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga
kembang dan gebus /ringan..
2. Masukkan bahan A, ovallate dan esen
vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang
yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis
Ahad, 22 Disember 2013
Ienovo
Minggu lepas hubby pergi mengiringi pengantin dengan members bikernya di Kampung Melayu, JB. Balik pun dah petang. Bila buka jer pintu rumah, dia terus bagi aku beg kecik. "Nah...hadiah, saya belikan untuk awak". Dah hubby kata hadiah, mestilah saya tersenyum-seyum malu menerimanya. Hehehe..bukan senang nak dapat hadiah daripada hubby.
![]() |
| Macam ni lah rupa teponnya. |
Rupa-rupanya, hubby belikan aku telefon jenama Ienovo...dah macam jenama laptop yang opis bagi la pulak. Sebelum ini aku pakai telefon yang asal boleh pakai jer...jenama Nokia lama tu. Bagi aku selagi telefon tu boleh dipakai, aku akan pakai sampai bila-bila. Tak perlulah membazirkan duit beratus-ratus ringgit semata-mata mahu bergaya dan mahu berfb atau berwhatsapp. Aku tak perlukan itu semua, janji telefon boleh dengar suara dan boleh hantar pesanan, itu dah cukup.
Hubby siap tunjukkan resitnya..harganya tak la semahal telefon touch scrin yang lain....cuma RM289. Aku siap tanya, mana dapat duit belikan telefon ni. Hubby kata, jangan tanya mana dapat duit, janji dia dah belikan telefon baru. Yer la, aku tak kesah kalau guna telefon lama, cuma kesian pulak kalau dia tak cukup duit semata-mata belikan aku telefon baru. Hubby kata sekarang dah ada telefon baru, boleh lah ambik gambar selalu. Telefon lama tu kalau ambik gambar dah blurrr.....Gambar pun kelam jer.
Disebabkan ini kali pertama aku guna telefon touch scrin, dah macam budak tadika la pulak. Aku boleh pulak terdail nombor telefon kawan-kawan. Dah tu tak pandai nak stopkan...apa lah. Sampai kawan-kawan tanya, napa call...Aku cakap "tertekan".
Langgan:
Catatan (Atom)
Koleksi Resepi Internet
Mutiara
Untuk Suami
Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...
Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak
berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu
hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...
Permata hati ibu
Permata hati ibu