Sabtu, 8 Ogos 2015

Sambutan Hari Raya Kelas 1Bestari SKKU

Seronok tengok anak-anak kecil ni sambut Hari Raya Aidilfitri di kelas mereka. Terima kasih kepada guru kelas 1Bestari, Cikgu Marsitah Samin sebab layan anak-anak kecil ni. Walaupun ibu dan ayah masing-masing tak de, tapi cikgu berjaya kawal pelajar dan majlis dapat berjalan dengan jayanya. 











Ahad, 26 Julai 2015

Indahnya beraya di Desa

Hasil tangan ku dah membuahkan hasil

Panjang benor keladi Nek Yo ni 

Rezeki daripada Allah SWT..alhamdulillah

Abg Aiman seronok tolong siram pokok

Berebut budak-budak ni nak siram pokok nenek


Dua orang lagi tu ikut Abg Aiman jer la

Hasil pisang Tokki

Lumayan ...leh dapat banyak untung

Rabu, 8 Julai 2015

Qada' dan Qadar

Situasi, dalam kereta selepas jemput Abg Aiman di Taska....
Ibu, apa makna Qada' dan Qadar?" Aiman.
Qada' dan Qadar tu maknanya, kita kena terima ketentuan Illahi dengan redha, semua yang berlaku atas ketentuanNYA...
Tapi Abg Aiman, sedih...air mata Aiman mula menitis, semakin lama semakin laju.
Kenapa pula Abg Aiman nak sedih?
Abg Aiman tak nak ibu mati, abg sayang ibu.
Kenapa cakap macam tu?
Tadi kat sekolah ustaz cakap, kita kena terima semua yang Allah beri pada kita, apa yang berlaku pada kita, tu namanya Qada' dan Qadar....
Tapi Abg Aiman tak nak ibu mati, nanti sapa nak jaga Abg, sapa nak masak untuk Abg, sapa nak basuhkan baju Abg, sapa nak hantar Abg ke sekolah" Air mata Aiman semakin laju dah macam hujan lebat yang tak boleh ditahan-tahan lagi.
Kalau sayang pada Ibu, kenalah solat, doa pada Allah SWT supaya ibu sihat, boleh cari rezeki untuk keluarga, masak untuk kita makan sama-sama...
Kalau ibu takde, abg aiman masak la, tak pun makan kat kedai.....aku nak buat dia ketawa...
Rupa-rupanya makin kuat dia menangis..
Abg tak nak makan kat kedai, nak makan yg ibu masak....
Abg nak makan ayam goreng, ikan bakar ibu, telur gorang ibu, ayam masak merah ibu...
Yer lahhh..dah jangan nangis, dah sampai ke rumah pun.
Sampai jer rumah Abg Aiman solat asar terus tido sampai buka.
Lepas maghrib sambung tido lagi...







Sabtu, 13 Jun 2015

Sakit tu Sebagai Peringatan

Glucosamine ...beli di Farmasi
Sakit tu sebenarnya peringatan daripada Allah SWT supaya kita tidak leka dan sentiasa bersujud padaNYA. Inilah namanya kehidupan, kejap kita sihat, kejap kita sakit. Dan dah ada pun peringatan supaya kita ni ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :

Lapang sebelum sempit
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
Hidup sebelum mati


Air Anugerah...beli di kedai depan Mydin
 Dah lebih seminggu dah kaki ni sakit, tak tahulah apa puncanya. Aku rasa mungkin sebab tidur atas toto jer, sejuk dengan lantai mungkin sebab tu tulang kaki jadi sakit. Bila nak duduk antara dua sujud, kaki punya lah sakit, nak solat dengan betul pun dah tak boleh. Bila sakit solat pun dah tak khyusuk...tu la, sebab tu masa kita sihat kena bersyukur dan sentiasa ingat pada NYA... bila dah sakit baru lah tahu betapa bersyukurnya kita diberi kesihatan oleh Allah SWT. 


Ammeltz Yoko Yoko..beli di kampung

Masa balik kampung minggu lepas, kaki dah tak boleh nak duduk dengan betul. Sebab sakit nak lipat lutut pun tak leh. Macam-macam ubat lah beli, nak sapu kat lutut yang sakit ni. Ada lagi ubat yang tak masuk dalam gambar ni. Punya lah usaha supaya sakit kaki ni hilang. Tapi sekarang ni dah hampir dua minggu, sakit lutut ni masih belum pulih lagi. Kak Long kata cuba buat rawatan ozon, dulu dia pun mengalami sakit kaki juga, lepas buat rawatan ozon di klinik swasta terus hilang semua sakit kakinya. Kosnya mahal lah sikit dalam RM400 hingga RM500. 

KOYOK....beli di kampung

Bila kaki dah mula sakit ni, mak mertua pun cakap, kan umur muda lagi, napa dah sakit? Kalau nak sakit bukan kira kita muda atau tua, nak mati pun bukan sebab kita tua baru mati. Semua tu kan dah tertulis. Jadi kena hadapinya lah juga, Yang penting kita berusaha supaya diberi kesihatan yang baik. 

Isnin, 11 Mei 2015

Selamat Hari Lahir Abg Aiman


10 Mei 2008 jam 4.50 pm lahirlah seorang putera comel di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Putera comel ini diberikan nama Muhammad Amirul Aimanshah bin Muhammad Shah yang bermakna Putera yang terpuji dan bertuah. Semalam 10 Mei 2015, genap sudah usianya 7 tahun.


Dari malam lagi ibu sudah ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak ibu yang tercinta ini. Ibu doakan anak ibu ni sentiasa sihat sejahtera, bahagia, bijak, cerdik dan cemerlang hidupnya didunia dan akhirat. Kemudian ibu kucup dahi anak ibu ni. Ibu ucapkan padanya yang ibu sayang ....terlalu sayang dengan abang Aiman. 



Pagi, bila hantar Abg Aiman ke sekolah ibu ucap lagi Selamat Hari Lahir buat anak ibu ini. Tiba-tiba menitis air mata Abg Aiman.....Mungkin Abg Aiman terlalu sayu bila mendengar doa ibu buat anaknya yang tercinta. Abg Aiman sapu air mata yang menitis dengan tisu. Sebelum dia turun kereta,  ibu peluk erat badannya dan kucup lagi dahinya. 


Petang balik jer dari kerja, ibu singgah ke kedai kek untuk belikan sebiji kek. Walaupun tak semahal mana, tapi ia amat bermakna buat Abg Aiman. Seronok sangat dia bila tahu yang ibu belikan kek Hari Lahir dia. Dari kereta sampai ke rumah, dia yang bawa kek itu dam tunjukkan pada abah dan mak. 


Sampai jer ke rumah, dengan tak sempat nak tukar baju sekolah agama dan ibu tak sempat nak salin baju, Abg terus minta untuk potong kek. Layankan lah saja anak-anak ibu ni. Aisy pun dah tak sabar nak potong kek tu. Nak tunggu ayah dia balik memang jenuh la jawabnya sebab ayah setiap hari balik keje malam. 


Seronok Abg Aiman dapat potong kek dia. Makan tak la banyak mana tapi bila kata kek Hari Lahir untuk dia, memang tak sabar lah dia jawabnya. Selamat Hari Lahir buat anak ibu Muhammad Amirul Aimanshah bin Muhammad Shah. Ibu doakan anak ibu sihat sejahtera, dapat belajar dengan tenang, berjaya dan bahagia hidup di dunia dan akhirat. Semoga anak ibu menjadi anak yang solleh...aminn


Ahad, 10 Mei 2015

Sempena Hari Pekerja


Hari pekerja, 1 Mei 2015, Hari Jumaat. Negeri Johor cuti hujung minggu pun memang hari Jumaat dan Sabtu, jadi dapat sambung ke hari Ahad. Ahad pulak Cuti Wesak, jadi dapat ganti ke hari Isnin. Bercuti sakan la jawabnya. Tak payah nak mohon cuti rehat sebab cuti pun dah banyak ni. Memang puaslah kalau balik kampung.Khamis malam, lepas balik kerja terus bersiap-siap untuk balik ke kampung. Kalau balik kampung memang aku akan bawak Mak Nok dan Mak Uda sekali sebab mereka ni makcik sebelah suami yang rapat macam mak sendiri. Apa-apa pun memang mereka lah tempat mengadu. Kalau ada kerja luar pun, Aisy dan Aiman memang akan duduk dengan mereka. Disebabkan cuti kali ni panjang, semua orang akan balik ke kampung masing-masing, jalan pun mesti jem. Jadinya En. Hubby ambik keputusan untuk balik lepas jam 11.00 malam sebab nak elakkan jem di jalan raya. En. Hubby ni memang kalau bawak kereta malam, celik jer mata dia, tapi kalau siang asyik nak mengantuk jer.



Pukul 11.00 malam keluar rumah terus ambik Mak Nok dan Mak Uda, Sampai highway tengok jalan ok jer...sampai jer ke Kulai jalan dah mula slow, jem sangat sebab kereta dah mula banyak. Panjang juga jem nya bermula dari Kulai sampai ke Machap.....terpaksalah ikut jer kereta depan tu sebab dah kenderaan pun berderet-deret. Bas pun banyak juga, yer la cuti lama semua nak bercuti juga, bukan kita jer yang nak bercuti kan. Rasanya dah macam cuti Hari Raya pulak bila balik ke kampung kali ni. Sampai ke Parit Jawa, Muar jam dah pukul 3.30 pagi. Punya lah jem jalan ...biasanya dari JB ke Muar baru 2 jam setengah tapi kali ni sampai 4 jam setengah. Sampai ke kampung biasalah, sembang pulak dengan mak mertua dan abah...dah lama tak jumpa macam tu lah...cakap di telefon selalu tapi bila jumpa memang lama lah bersembangnya.
 

Jumaat pagi, mak mertua dah bersiap-siap masak rendang ayam dan nasi lemak untuk bawa ke Melaka, Kami sekeluarga nak bercuti ke Melaka sebab adik En.Hubby yang bongsu baru pindah rumah ke rumah baru. Ni kali pertamalah kami nak melawat ke rumahnya. Sebab tu mak dah siap-siap masak untuk bawa ke Melaka, aku siapkan sambal tumis jer. Tengah hari terus gerak ke Melaka. Sampai ke rumah adik ipar dalam pukul 2.00 petang. Rehat sekejap. Malam lepas maghrib terus ke Zoo Melaka & Nigh Safari. Naik tram melihat binantang waktu malam. Tapi sebab malam, zoo pun gelap, lampu pun tak banyak jadinya tak berapa nak nampak haiwan-haiwan tu. Yang jelas ialah harimau, gajah, zirafah...ngeri pulak tengok harimau belang sebab rasa macam dekat sangat antara harimau tu dengan laluan pejalan kaki pelawat. Walaupun kami naik tram, tapi risau lah juga.



Sabtu pagi, lepas sarapan jer terus mandi manda di Bayou Lagoon Park Resort. Tempatnya dekat jer dengan rumah adik ipar ni. Tiket boleh tahan lah...dewasa RM22.00, Warga Emas - RM11.00, Kanak-kanak RM16.00 ...Datang sekeluarga habis beratus lah juga tiketnya. Seronok main air-air kat kolam ni sampai tak nak balik Aiman. Aisy mula-mula takut, tapi lama-lama dia pun tak nak balik bila dapat main gelongsor. Pukul 12.00 tengah hari barulah balik. Kat rumah abah dah masak sebab dia memang dah janji nak masak kat rumah. Nilah cuti-cuti keluarga sempena hari pekerja. Seronok dapat hiburkan hati anak-anak ni. 

Hadiah Misteri

Tetiba dapat pos laju

Semalam masuk jer ke pejabat lepas cuti hujung minggu dapat satu bungkusan pos laju. Iskh...bila masa pulak saya ni order barang sebab saya ni bukan rajin membeli online. Kalau nak beli barang pun mesti terus beli di kedai barang. Memang tak pernah lah beli online. Takut kena tipu. 


Pagi-pagi dah ada atas meja 

Tapi disebab kan pos laju ni atas nama saya, ambik sajer lah. Rasa tak sabar nak bukak kan.....


:
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;




Ni lah hadiah misteri itu


Dan inilah hadiah misteri itu...hadiah ni sebenarnya Syarikat Koko Minda Plus yang poskan sebab saya dah jawab kuiz Koko Minda Plus di Johor.fm minggu lepas. Dan nilah hadiahnya. Bukan susah pun soalannya ....senang.....sebab apa senang, sebab saya mendengar radio sebab tu boleh jawab dengan betul dan cepat. Apapun syukur sangat sebab dapat hadiah yang tak disangka-sangka ni....Terima kasih Koko Minda Plus, pagi ni saya akan makan bekal saya dengan air Koko Minda Plus. Nak cergaskan minda, minumlah koko minda plus.

Koko Minda Plus 

Sambal HALIA

Sambal Halia

Selalu mak buat sambal halia, tapi biasanya sambal halia ni di makan dengan nasi putih untuk orang yang tengah pantang bersalin. Tetiba teringin pulak nak makan sambal halia macam mak buat walaupun sekarang ni bukan musim berpantang. Tapi saya selalu berdoa supaya dikurniakan lagi rezeki anak..mudah2an adalah lagi yer. 
Sedap dan Menambah Selera

Bahannya pun mudah sahaja, semua ada dah kat dapur  tak perlu cari kat kedai atau pasar. Bahan-bahannya cuma halia lebih kurang 5 inci, 3 ulas bawang putih dan sedikit  ikan bilis goreng. Tumbuk semua bahan tersebut sampai lumat. Dah lumat boleh lah makan dengan nasi putih. Sedap, ada rasa pedas dan panas-panas halia tu.
Membuang Angin dalam badan
Fungsi sambal halia ni pun bagus. Halia dan bawang putih dapat mengeluarkan angin dalam badan. Angin kalau banyak sangat dalam badan pun tak bagus juga, kalau setakat angin sepoi-sepoi bahasa masih boleh tahan lagi tapi kalau angin dah banyak macam puting beliung, mesti semua orang tak sanggup nak menghadapinya. Sebab tu sambal halia ni bagus untuk ibu lepas bersalin bagi menghilangkan angin dalam badan. Lagipun selalu kita makan ubat atau jamu yang berunsurkan halia dan bawang putih kan....tapi yang ni lagi segar dan bagus sebab kita buat sendiri tanpa ada bahan pengawet. Ok....selamat mencuba kepada yang berminat untuk membuang angin dalam badan tu. Jangan simpan angin banyak2 dalam badan. Nanti kembung macam belon jadinya. 

Isnin, 27 April 2015

Program Permuafakatan Literasi & Numerasi SKKU

Sempat snap gambar di kelas jer masa mesyuarat perlantikan  AJK kelas, yang lain tak sempat nak snap. 


Program Permuafakatan Literasi dan Numerasi SKKU, JB telah diadakan pada Sabtu, 25 April 2015 jam 7.45 pagi - 10.00 pagi. Hari ni semua ibu bapa kena pergi ke sekolah sebab nak lihat keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi anak masing-masing. Mula-mula bacaan doa oleh Ustaz, lepas  tu ucapan oleh  Naib YDP PIBG SKKU,BBU, JB. Lepas tu giliran Guru Besar beri ucapan. Panjang lebar ucapan Guru Besar sebab dia baru bertukar ke situ menggantikan guru besar lama yang telah bersara iaitu Puan  Hajah Norsihah binti Haji Darwish. Guru Besar baru ini ialah En. Sariat bin Mokmin..nama ala-ala jawa jer ni, macam sekapal jer la dengan saya ni. Asal dari Segamat  tapi dah lama duduk di JB sebab mengajar di sini. Banyak juga pengalaman dia mengajar dan dah macam-macam sekolah dia masuk. Dari sekolah bandar sampai lah sekolah di ulu bandar..kira kawasan pedalaman. Nama pun guru, kena lah ikut arahan kan. 


Guru Besar baru ini kata sebelum ni dia pernah mengajar di kawasan pedalaman yang susah nak sampai ke sekolah tu. Kena naik sampan untuk sampai ke sekolah Tapi sebab semua rajin berusaha maka sekolah tersebut menjadi sekolah yang berjaya dan cemerlang akhirnya. Kini, sekolah tu dapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk mengecat dan memperindahkan lagi sekolah tersebut. Wah...panjang lebarnya saya tulis apa yang guru besar tu cakap. Padahal nak citer pasal Literasi dan Numerasi tapi boleh tulis pasal cerita guru besar pulak. 


Saya macam biasa, suka datang sekolah awal-awal..tak suka datang lambat sebab susah nak cari parking nanti. Sebab datang awal, senang la nak parking kereta tu. Anak-anak duduk di rumeh jer dengan ayah dia. Lagipun masa tinggalkan tadi semua masih tidur tak sedar diri. Bukan main sedap diaorang tidur....mentang-mentang hujung minggu tidur sampai pengsan nampaknya. Bila sampai ke sekolah terus daftar dan masuk dewan. Masa daftar tu sekali dengan Ungu Razi - kawan sekelas Aiman yang duduk di Blok B. Dia datang dengan mak dia. Walaupun mak dia ni orang Indonesia tapi tak nampak pun keindonannya. Cantik manis jer orangnya, putih gebu kulitnya. Cakap pun macam orang sini jer. Yer lah dah kahwin dengan orang sini, kerja pun kat sini dan duduk pun di sini, mana lah tak hilang semua keIndonannya. 



Sambung lagi citer pasal Literasi dan Numerasi...dah terlajak citer pasal lain la pulak. Seorang cikgu tu bentangkanlah keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi. Mula-mula tengok darjah 1 punya, graf ikut kelas. Ada juga yang tak lulus dan tidak mencapai tahap..risau la juga saya ni,  apa lah keputusan ujian untuk Aiman ni. Lepas tu cikgu bentangkan keputusan ujian untuk darjah 2 dan 3 pulak. Selepas bentangkan keputusan ujian, ibu bapa kena berikrar untuk sama-sama majukan pelajaran anak-anak. 


Lepas tu naik ke kelas pulak untuk Bayar duit sumbangan PIBG dan lihat keputusan ujian anak. Nasib baik keputusan Aiman tak mengecewakan, cuma ada dua jer yang cikgu tanda pangkah X, maknanya masih gagal lagi, yang lain semua ok. Sebelum bayar duit PIBG dan lihat keputusan ujian, ada mesyuarat pulak di kelas untuk melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK setiap kelas yang terdiri daripada ibu-bapa. Jadi selepas tu semua AJK boleh bermesyuarat untuk majukan pelajaran anak-anak dan mencantikkan kelas anak-anak. Dalam mesyuarat tu telah diputuskan sumbangan untuk keceriaan kelas ialah RM20 setahun. Sebelum tu, setiap anak murid kena bawa kertas A4 setiap orang 1RIM ....baru sekolah darjah 1 pun dah macam-macam bayaran dan benda yang cikgu suruh bawa. Ni sekolah penuh kerajaan, kalau swasta berapa banyak la nak kena bayar. Anak yang sekolah baru seorang tapi dah macam-macam nak kena bayar. macam ner lah agaknya kalau anak yang sekolah tu 10-14 orang macam mak saya dulu. Sebab tu sekarang ni ramai orang tak tambah anak sebab banyak sangat nak kena bayar dan jelaskan. 

Bank oh..Bank ...Napalah Suka Sangat Ajak Orang Berhutang

Rasanya sejak dua menjak ni, asyik dapat call daripada bank jer la...Kejap kan Bank Rakyat, lepas tu Am Bank lepas tu Aeon Credit. Mak aiii....padahal takde apa-apa hubungan pun dengan mika ni. Saya punya gaji dalam tiger bank, simpanan dalam Tabung Haji dan ASB. Cuma buat hutang kereta jer dalam Bank Rakyat. Tapi kan potong gaji. Apasal lah setiap hari bank ni asyik call jer. Naik rimas mak nak bila tengok tepon call dari bank. Malas mak nak angkat.

Disebabkan dah hampir setiap  hari bank sana call, bank sini call, hari ni tergerak hati nak angkat dan jawab. Selalu malas layan. Biarlah dia bertalu-talu seberapa lama pun, malas nak angkat. mujur tepon sekarang ni canggih leh kenal nombor tu sapa punya. Bila bunyi tepon jer kita dah dapat tau nombor sedara mara or kawan-kawan atau nombor berdaftar. 


"Hello" "Hello, boleh cakap dengan Puan Ham...., "Yer, saya, ada apa? 
" Ok puan, boleh tak saya bercakap sebentar, saya dari Bahagian Pengurusan Kredit Bank Rakyat". "Ok, saya banyak kerja la, jadi saya takde masa nak layan" ...terus letak tepon...hahaha...


Saya ni bukan orang kaya mana pun, hidup sekadar cukup makan dan pakai tapi takde lah sampai merempat sana sini. Jadinya tak payah lah nak  rajin-rajin buat hutang atau buat kad kredit atau buat insuran yang entah apa-apa. Gaji yang ada ni dah cukup-cukup untuk anak beranak hidup. Jadi saya tak nak bebankan hidup yang sebenarnya serba mencabar ni dengan hutang lagi. 

Sebelum ni pun, saya pernah masuk insurans, walaupun tak banyak mana potongannya, tapi saya rasa terbeban. Bila tanya kawan-kawan yang nak buat claim insurans tu, bukan main susah lagi. Dah tu hasilnya tak berapa nak lumayan. Sebab tu saya terus stopkan dan masukkan duit insurans tu dalam simpanan Tabung Haji anak-anak. Lagi besar faedahnya. Sekurang-kurangnya kalau terdesak nak guna, ada lah juga simpanan sebab dah tau kan, kita ni bukan orang berada yang boleh hasilkan duit sekelip mata. 

Kepada bank-bank tu, tak payahlah nak pujuk orang yang tak berapa kaya macam saya ni untuk buat pinjaman, atau buat kad kredit atau buat insurans. Saya tak berminat. Carilah  orang lain yang lebih kaya untuk buat hutang dengan anda. Janganlah susahkan golongan marhain macam saya ni. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu