Rabu, 12 Jun 2019
Selasa, 11 Jun 2019
AiDilFitri 2019 - Syawal 1440H
Hanan & Alisha
Keluarga Sebelah Mertua
Di Rumah Kak Normah - Pt.Sangit
Anak-anak
Tiga Beradik
Di Rumah Sazali Sandar - Sg. Nibong
Anak-ANak Cik Halim & Cik Lin
Adik Beradik Mak Mertua
Sepupu Ayah
Di Laman Rumah Sazali Sandar
Alisha & Sepupu di Rumah Nenek
Main-Main Bunga Api
Main Bunga Api
Abg Arif baca doa mohon kesembuhan mak
Ikut Marhaban Semerah
Tahlil dan Jamuan Rumah Kak Ngah
Ahad, 17 Mac 2019
Ibu bapa jangan tanya soalan bodoh pada guru besar masa Mesyuarat PIBG boleh tak????
Tahniah buat anak ibu, Muhammad Amirul Aimanshah bin Muhammad Shah atas anugerah Cemerlang Pelajaran bagi tahun 2018. Walaupun tak dapat nombor 3 terbaik tapi masih dapat anugerah cemerlang untuk mata pelajaran Sejarah. Sejarah tu pada ibu susah juga sebab banyak nak ingat fakta, tapi mungkin abg Aiman minat tu yang dapat terima anugerah.
Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK Kompleks Uda, Tuan Zulkarnail bin Zakaria sempena Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2018 pada 1 Mac 2019 (Ahad).
Dari awal pagi ibu datang ke sekolah ... pukul 7.30 pagi dah sampai ke dewan sekolah untuk hadir mesyuarat Agung PIBG sekolah. Tapi tunggu majlis penyampaian anugerah cemerlang ni dah sampai pukul 1.00 petang. Lambat..... sebab masa mesyuarat PIBG ada pulak sorang tu asyik komplen YDP PIBG lama dan Guru Besar. Asyik nak pertikaikan akaun PIBG lama...padahal duit PIBG tu digunakan untuk kemudahan infrastruktur sekolah. Panas hati tengok orang tu..... Rupanya dia nak jadi YDP PIBG yang baru...cakap jer la dari awal kan senang, tak yah menyusahkan ibu bapa lain.
Pada awalnya, aku nak balik ke pejabat untuk buat kerja sebab kat pejabat banyak kerja yang belum siap, tapi sebab mesyuarat PIBG ni panas & majlis penyampaian anugerah cemerlang pun lambat, terus ambik cuti jer la, sakit hati dibuatnya. Kalau gini ler punya gaya mesyuarat agung PIBG, tahun depan kena pikir banyak kali untuk datang ke mesyuarat. Datang masa majlis anugerah jer la. Tak sakit hati dengar komplen ibu bapa ni. Dah tu tanya soalan yang bukan2 macam dia dah sumbang ratus ribu pada akaun PIBG.
Isnin, 31 Disember 2018
Hari Pertama Aisy Melangkah Kaki ke Sekolah Agama Sesi Persekolahan 2019
Sempat selfie depan pagar sekolah sebelum balik
Lafaz penyerahan anak kepada sekolah
Waktu nak balik sekolah
Perhimpunan pertama di sekolah agama
Semua berkumpul mengikut Bilik Kelas masing-masing
Termenung tunggu cikgu sampai...Aisy semangat nak g sekolah, jadi awal pagi dah sampai
Dah 5 minit sampai barulah cikgu datang ke sekolah
Ni lah sekolah agama Aisy dan Abg Aiman....Aisy sesi pagi, Abg Aiman sesi petang
Balik singgah makan nasi ayam & ABC special ...lapar sangat agaknya
Sempat singgah ke Karnival Kraf Johor 2018 - sebelum tutup pada 30 Disember 2018
Name tag Aisy...besar supaya senang cikgu nampak
Ok...Aisy dah habis kelas...jom balik
Hebat kan Aisy
Awal pagi2 dah siap...hensem boy
Gambar saje-saje jer
Semoga jadi anak yang solleh dan cemerlang dari dunia hingga akhirat...aminn
Rabu, 26 Disember 2018
Talimat Minggu Ukhwah Sekolah Agama BBU
Harini dan Semalam...26 dan 27 Disember 2018 adalah Minggu Ukhuwah Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 11.30 pg. Tapi bila sekolah betul-betul nanti, kelas Aisy mula pukul 7.15 pagi - 8.45 pagi. Satu jam setengah jer
Pagi-pagi lagi dah siapkan Aisy dengan baju sekolah untuk pergi ke sekolah
Sesi pengenalan sekolah agama dengan murid-murid baru ...kenal nama guru kelas, kenal dengan kelas ...berkenalan dengan kawan-kawan dan fasiliti sekolah.
Sebelum balik sempat selfie dulu depan pintu pagar sekolah.
Jumpa ramai kawan-kawan dengan cikgu-cikgu baru...tahun ni jumlah yang mendaftar sekolah adalah seramai 400 orang tapi yang buat pengesahan untuk masuk ke darjah 1 cuma 370 orang murid. Sebanyak 11 buah kelas untuk murid darjah 1, ustazah kata semua kelas dah digunakan untuk darjah 1, jadi sapa daftar lambat kena tunggu sampai 6 Januari 2019 sebab sekolah nak susun murid balik. Nasib baik Aisy dah daftar sekolah awal...nombor daftar 005/19.
Ibu bapa kena baca lafaz ikrar penyerahan anak kepada sekolah...semoga Aisy dapat jadi insan yang solleh dan cemerlang dari dunia sampai akhirat....aminn
Tunggu cikgu sampai, awal-awal pagi lagi ibu dah hantar sebab ibu nak punch card pergi kerja.
Dapat name tag besar...siap nama, nombor biilik darjah...nama ustaz dan kelas sesi 1. Semoga cemerlang anak ibu ...Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah.
Selasa, 11 Disember 2018
SemPeNa CuTi SeKolaH AKhiR taHuN 2018
Beli Tiket Muar River Cruise...Dewasa RM12 Kanak-Kanak RM6 ..Kapal terakhir pukul 5.20 petang
Ni jer la aktiviti untuk anak-anak sempena Cuti Sekolah Akhir Tahun 2018
Pergi Bandar Batu Pahat makan Nasi Lemak dan Cendol Pak O...paling popular di Batu Pahat. Tapi taukehnya Pak O baru jer meninggal dunia beberapa hari sebelum ini...al-fatihah
Masa naik Muar River Cruise di Sungai Muar
Tiga Adik Beradik ni...Along, Angah & Ucu
Nenek yang bawa kami pergi jalan-jalan naik bot di Sungai Muar...ngeri juga rasanya sebab air Sungai Muar ni dalam juga....doa banyak2 jer la semoga selamat.
Jalan pergi EonBig Batu Pahat, beli pampers & susu Icah jer...lepas tu g makan kat KFC
Budak bertiga ni tinggal di kampung sempena Cuti Sekolah ...seronok ler sebab hari-hari nenek ajak jalan ke Taman Permainan di Pantai Leka, Parit Jawa
Sayang2 ibu dah besar...baru potong rambut...nampak lain muka
Masa makan di Cendol Pak O Batu Pahat, Aisy makan nasi lemak 3 bungkus, Aiman makan 2 bungkus...kenyang sampai malam
Masa naik bot mengelilingi Sungai Muar
Jalan-jalan di EonBig Batu Pahat
Naik bot
Di Rumah nenek...seronok ler Ecah dapat main beskal ..tak beri Arissa bawak beskal tu
Kayuh pun tak pandai lagi, jadinya dia tolak jer basikal pakai kaki
Langgan:
Catatan (Atom)
Koleksi Resepi Internet
Mutiara
Untuk Suami
Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...
Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak
dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak
soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak
berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu
hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam
perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,
ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...
Permata hati ibu
Permata hati ibu