Isnin, 24 Ogos 2020

Bertuahnya Ibu Ayah Dapat Anak Solleh & Sollehah

 

Malam semalam pergi dobi, keringkan kain sebab kelmarin hujan, jadi baju tak kering.
Tambahan pula baju banyak yang dicuci sebab baru lepas balik kampung.
Maklumlah Khamis lepas, 20 Ogos 2020 kan cuti sempena Awal Muharram 1442H.
Bersambung pula dengan cuti sekolah selama seminggu.
Jadi memang balik kampung ler tempat percutian yang dituju.
Balik rumah esoknya terus naik keje, malam basuh baju sidai luar
Tapi siang hari hujan, jadi baju yang disidai basah lencun ler jawabnya.
Malam hari tambah pulak baju yang baru dibasuh
Bertambah banyak lah jawabnya baju basah kat rumah
Jadinya, memang kena pergi hantar ke dobi ler
Keringkan kain baju yang ada
Mujur kedai dobi dekat jer dengan rumah
Tapi kena start juga lah kereta kebal tu
Anak3 biasalah...
Bila tengok ibu ni nak keluar mesti semua nak ikut sama
Biasalah......anak3 ibu kan
Masa kat kedai dobi...mesin pengering penuh
Biasalah....bila musim hujan, ramainlah tuju kat kedai dobi
Aku ni pulak memang tak suka tengok kain baju bersidai banyak
Rimas tengok baju yang tak kering2 ni
Memang kena gigih keringkan kain lah jawabnya
Sampai kedai dobi ni ada akak ni dengan anak pempuan dia
Tengah keringkan kain juga
Banyak dia keringkan kain
Dalam 4 beg besar ikea tu (yg beg colour biru tu)
Jadinya aku pun tunggulah mesin pengering kosong
Sempat lah sembang dengan akak ni
Akak ni kata dia memang basuh baju 4 hari sekali
Sebab tu banyak baju yang dia nak kena basuh dan keringkan
Bual punya bual, akak tu cerita yang dia baru lepas operate
Bulan Jun yang lepas
Sekarang ni bulan Ogos, maknanya baru dua bulan operate
Dia kata dia buang ketumbuhan dalam perut
Operate dah dua kali buat
Kali pertama bulan Januari
Bila doktor scan, ketumbuhan ada lagi, jadinya bulan Jun operate lagi
Dulu duduk di Kampung Melayu Majidee
Tapi lepas jer operate, dia tak larat nak turun naik tangga
Jadinya anak dia sewakan rumah bawah kat BBU
Sewa sebulan RM800..anaknya bayarkan
Alhamdulillah...bagusnya akak tu dapat rezeki anak yang solehah
Akak tu kata dia keje pengasuh budak jer
Suami kerja kilang di Tampoi
Dia dah ada rumah pangsa di Taman Perling, Tingkat 3
Jadi tak larat dah nak naik turun tangga
Sebab tu cari rumah bawah
Lepas operate jer anak kata "ibu ..jom kita pindah rumah, barang semua dah siap"
Sedap jer dengar akak tu cerita..
Semoga anak3 ibu pun jadi anak yang solleh dan sollehah
Taat pada perintah Allah SWT
Dan Sentiasa Membahagiakan Hati
Ayah dan Ibu ...Aminnn


Rabu, 12 Ogos 2020

Skyscape Menara JLand

 

 Gayat juga pijak lantai kaca tu. Di ketinggian pada  34 tingkat, Menara JLand, JBCC. 

Dua jam masuk ni..siap boleh mewarna lagi 

Colour lah selagi boleh colour....sebab masa lama lagi 


Dah nak balik.... sempat snap gambar dulu 

Kak Mus yang belanja g jalan ke sini... sejak birthday dia haritu lagi dia nak ajak ke sini

Kalau tak nak gayat, jangan temgok bawah...pandang atas dan ke depan jer

Apa lagi yang nak di warnakan ntah... lama lagi masa

Sampai bawah snap picture sendiri ..kat atas tadi staff Skyscape Menara Jland yang snapkan....lepas tu jual sekeping RM15 ..kalau dah buat fridge magnet jadi RM20

Sabtu, 11 Julai 2020

Sempena Birthday Sayang Ibu


Ni jer yang mampu ibu berikan


Baju colour maroon ni baju raya
 tapi tak sempat pakai masa raya sebab PKP


Alisha tak nak tinggal hand bag My Little Ponny nya


Sini jer lah yang leh tangkap gambar.... 
rumah tak besar mana


Berapa banyak gambar daaaa....
 semua kat sini jer 


Bila suruh Alisha senyum nampak gigi...
 dia bukak mulut besar2 pulak


Dah penat gambar duduk.......
berdiri laaa  pulak 


Sempena Hari Lahir Alisha harini
hadiahnya ialah .....potong rambut  dia jadi pendek 


Ni lah syurga buat ibu dan ayah... 
semoga boleh menjadi asbab ibu & ayah masuk ke syurga..amin 

Isnin, 15 Jun 2020

Jom Makan Luar Rumah

Aktiviti makan luar rumah yang menjimatkan.

Cara-caranya buat BBQ sendiri, puas makan sekeluarga. Makan sampai kenyang.

Cucu nenek dah besar semuanya

Seronok nya dapat makan kat luar.. meriah dapat kumpul semua



Ada ikan kembung, ikan cencaru, ayam, sosej, otak2.... tapi budak2 paling suka makan sosej dan otak2 .. 


Port terbaik... sebelah dapur rumah jer




Simpan sini jadi kenangan, tahun depan dah jadi  bahan sejarah..anak2 pun tahun depan umur dah bertambah






Ahad, 14 Jun 2020

Tahniah NAJA


Naja.....jiran sebelah rumah, selalu kongsi cerita, kongsi makanan ... Anak-anak pun suka dengan Cik Naja. Bila Cik Naja panggil jer..berlesup semua masuk rumah Cik Naja walaupun tak di lawa... tu lah betapa sukanya anak-anak pada Cik Naja. 


20 Disember 2019 bertemu juga jodohnya... Walaupun jauh di Felcra Bukit Kepong.. aku & suami sanggup pergi .. sampai ke majlis nya pun dah petang.. Katering pun dah kemas set buffet.. mujur aku sempat makan... yer lah..dah lah jauh..sampai pulak petang. Memang tak berhenti makan pun sepanjang perjalanan. 

Bila Naja kahwin..dia pindah ikut suami... hilang dah jiran yang selalu aku ajak sembang dan rajin hantar makanan kat rumah aku ni. Sedih pulak rasa hati aku.

Selamat Pengantin Baru Naja & suami Zainordin... semoga dipanjangkan umur, dimewahkan pintu rezeki dan kekal bahagia selamanya. 



Selasa, 9 Jun 2020

Musim Durian Kembali Sempena PKP 2020


Sejak awal hari raya Aidilfitri 2020 / Syawal 1441H... banyak buah durian mula gugur. Masa awal hari raya haritu, yg gugur cuma buah yang buruk jer.


Tetapi seminggu lepas raya Aidilfitri, semakin banyak buah durian yang gugur. Anak-anak kat bandar pun mula lah balik ke kampung sebab nak makan durian yang sememangnya enak, sedap dan lazat. Tambahan pulak, aku ni memang hantu durian...tak kesah ler jenis apa semua aku boleh makan...


Setiap hari bapak mertua akan tidur di kebun durian, menunggu durian gugur. Maklumlah kebun kat tepi jalan jer, kalau gugur memang hilang lah buah durian tu kalau takde sapa yang menunggu. Bapak mertua siap bawak senapang...almaklumlah pesara polis dan hobinya memang memburu. 

Setiap hari jam 9.00 pagi barulah dia balik bawak sebakul durian... jenis D13, D101. Yang belakang rumah hanya durian kampung sahaja yang ada. Tapi semua memang sedap sangat. 


Dulu2 selalu durian yang banyak ni akan dihantar kepada peraih Cina. Ikut ler harga yang diletakkan. Kalau nak  untung, kena jual sendiri tepi jalan. 


Tapi mulai tahun ini, durian yang ada tak perlu dihantar kepada peraih, sebab ramai orang dah merasa durian Bukit Mor, Muar ni... memang sedap tak terkata. Sebab tu ramai yang datang ke rumah nak beli durian. Tak perlu cari pelanggan, malahan pelanggan sendiri datang ke rumah untuk membeli durian.


Ni antara durian yang ada di kebun...bersih jer kebunnya, kalau tidur kat sini pun memang tak takut...seronok duduk di kebun sambil tunggu durian gugur.


Setiap hari berbakul2 durian di bawak balik ke rumah, yang peliknya.....tuan rumah pun tak dapat merasa makan durian sendiri yang paling terbaik dan tercantik tu sebab semua dah habis orang beli. Sampai tak cukup2 durian orang beli, terpaksa lah pulak beli durian daripada orang lain dan jual semula kepada pelanggan yang sememangnya gemar makan durian.


Durian 101 antara durian yang terbaik...colour dia macam emas, isi tebal...sedap rasanya. Walaupun harganya agak mahal tapi durian ini menjadi pilihan ramai peminat buah berduri ini. Aku selalu tanya, kenapa namanya D101... jawapan suami ialah.. nama tu FAMA yang beri...tak tahu ler apa sejarahnya.


Mak metua sibuk ler sekarang ni uruskan jual beli durian. Siap timbang ikut kehendak pelanggan. Ada yang datang dari jauh tapi yang ramai pelanggan dari kenalan sendiri. Semua sanggup berhabis duit untuk beli Raya Buah ni.


Sejak PKP 2020  pada 18 Mac 2020 yang lalu, anak-anak semua duduk di kampung halaman. Memang setiap hari ler mereka mengadap muka durian yang berlonggok2 ni. Tapi anak2 tak berapa gemar makan durian, mungkin sebab dah ada depan mata setiap hari, jadi memang mereka tak sentuh pun durian ni. 


Yang hantu durian aku ler... Tapi aku makan pun berpada2. Aku rasa seulas dua yang mak mertua kopek untuk buat tempoyak. Tu jer........... Adik2 lain semua sibuk business durian sekarang ni. Ada yang jual biji, jual durian kopek dan ada  yg jual tempoyak. Cuma yang aku tak berapa senang ni, dah ambik isi durian tu.....TOLONG LER BUANG KAN KULIT DURIAN. Bukan ambik isi durian, kulit tinggal kan begitu sajer. Tak kesian ke dgn mak yang dah tua & warga emas ni, nak kutip & buang sampah durian yang berbakul2 tu. Hidup kita ni, Kalau Nak Senang, Jangan Suka Susahkan Orang Lain Terutamanya MAK BAPAK kita. 

Selasa, 10 Mac 2020

Terima Kasih Aisy


Terima kasih Aisy sebab hadiahkan ibu brooch ini...walaupun kecil tapi besar maknanya buat ibu. Ibu tak pernah minta apa2 dari anak-anak ibu selain  menjadi anak yang solleh, taat pada perintah Allah SWT, hormat ibu dan ayah.. dan tak bergaduh sesama ahli keluarga.

Pandai pulak Aisy buat kejutan...balik dari sekolah suruh ibu tutup mata... lepas tu Aisy hadiahkan brooch itu kat tangan ibu... Terima kasih yang tak terhingga Aisy. Aisy guna duit belanja sekolah untuk belikan hadiah ibu. 


Sempena sambut hari lahir ibu ini, takde majlis apa pun yang ibu buat. Masak pun macam biasa jer...takde yang luar biasa. Malam lepas Isyak terus pergi Majlis Yassin dan Tahlil...sebab hari lahir jatuh hari Jumaat. Semoga terus istikhomah untuk meramaikan majlis yassin dan tahlil. Pakai jubah baru dari Mekah...hadiah daripada kawan pejabat. 

Ahad, 8 Mac 2020

Hadiah Sempena Hari LahirKU


Sempena hari lahirku tahun ni, aku nak hadiahkan diri ku ini seutas Jam Tangan baru.

  Rambang mata nak pilih jam tangan... semua cantik... semua nak dibeli.. Sempena hari lahir yang ke 4*series ni.. aku  nak hadiahkan diri aku dengan jam tangan baharu. 

Sebab apa nak beli jam...sebab masa itu terlalu berharga... Masa Kan Lebih Mahal daripada EMAS...sbb Emas boleh dibeli dengan wang ringgit..tetapi masa yang dah berlalu pergi tak mungkin akan kembali semula...Jadi Gunakanlah Masa dengan sebaik-baiknya. 



Beli jam pun kat Angsana JB jer...sbb dekat..nak balik rumah pun senang. 

Sudah tu aku nak pilih yang colour gold... ala-ala macam EMAS..nak beli mas besar mesti mahal...harga ribu riban...jadi beli jam tangan colour gold pun dah okey ler tu... macam mas juga.


Test jam tangan baru...tengok sesuai ke tak kat tangan ...tapi dalam banyak-banyak design...yang ni jer ada Sapphire.. maksudnya tak calar bila digunakan. Dan boleh tahan tak masuk air. 

Akhirnya jam ni lah yang aku pilih...Harganya kalau tidak RM450...tapi kedai bagi diskaun jadi RM400.. Jenama ROSCANi. Alhamdulillah ..dah lama impikan jam tangan baharu...akhirnya impian tercapai juga. Tangan sebelah tu, jam tangan lama...yang tu En. Hubby belikan hadiah juga masa umur dalam 30-an... dah lama juga pakai jam tu...dah pecah cermin dia...tapi tetap pakai selagi boleh dipakai. Sebab aku ni jenis berjimat. Selagi boleh pakai barang tu, aku akan pakai. 

Dulu masa sekolah Tingkatan 2, masuk Pertandingan Tahfiz Ayat Al-Quran... dapat hadiah Jam Tangan... aku dah pakai jam tangan tu dari umur 14 tahun sampai keje kat kerajaan ni...betapa jimatnya aku ni... Sampai sekarang ada lagi jam tu...tak muat pulak nak pakai sbb tangan dah gemok. Kalau tak aku akan pakai selagi hayat di kandung badan....



Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu