Ahad, 19 Februari 2023
Aisy dah Berkhatan
Rabu, 15 Februari 2023
Hari Terakhir Sekolah
Harini KHAMIS 16.2.2023 Hari terakhir ke sekolah bagi sesi 2022/2023.
Ahad, 12 Februari 2023
Hari-hari terakhir Di Tadika Kemas
Minggu depan sudah cuti Sekolah. Tadika Kemas PADI 4 BBU hanya tinggal kenangan buat ibu Dan anak ibu. Selepas.ni...anak ibu masuk Darjah 1...dah tak sekolah Di tadika Kemas PADI 4 BBU.
Majlis Penyampaian Hadiah
Persembahan anak2 Tadika Kemas PADI 4 BBU
Persembahan nyanyian & tarian anak2 Tadika Kemas 6 tahun
Penyampaian Hadiah & Cenderahati buat semua anak2 Tadika Kemas
Anak ibu dapat tempat pertama 6 tahun kategori Kebersihan
Sabtu, 11 Februari 2023
GAJI PERTAMA
Masuk keje sebagai penjawat awam pada 2.2.2005 dengan gaji permulaan sebanyak RM656.30, ITKA RM180 dan Elaun Rumah RM80. Dengan gaji inilah saya buat bayar sewa rumah, tambang bas, makan minum dan bil api air.
Alhamdullilah...syukur seadanya.
Ahad, 29 Januari 2023
Terima kasih cikgu
Tiada Apa Yang dapat Balas jasa cikgu. Hanya sedikit cenderahati buat cikgu zoora.
Jumaat, 6 Januari 2023
Pindah juga akhirnya
Semuanya tinggal kenangan Di pejabat ini. Selama lebih 10 tahun bertugas Di sini...Banyak kenangan Manis Di sini.
Pejabat ini seperti rumah kedua ...Banyak masa dihabiskan Di sini berbanding rumah sendiri. Seawal jam 7 pagi hingga jam 5 petang..duduk Di pejabat ini. Kadang Tu bila kerja Banyak, sampai tengah Malam duduk pejabat.. tidur pejabat pun pernah sbb kerja sampai lewat Malam. Tak Kira lah Hari bekerja atau cuti hujung minggu ...Banyak masa dihabiskan Di pejabat ini.
Rabu, 28 Disember 2022
Hari terakhir Mala
29/12/2022 - KHAMIS Hari terakhir Mala keje Di opis ni... walaupun hanya sbg cleaner..tapi Kami rapat sgt..makan pagi..tgh harini..petang sentiasa bersama. Ada masa sembang macam2 dgn dia.
Walaupun dah tak keje sini...tapi kenangan ini akan jadi sejarah yg sentiasa tersemat Di hati.

Jumaat, 23 Disember 2022
Koleksi Resepi Internet
Mutiara
Untuk Suami
Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net
Perkahwinan
Permata hati ibu
Permata hati ibu









































