Ahad, 19 November 2023
Cuti Hari Deepavali 2023
Walaupun tak jalan jauh...dapat lah bawa anak3 jalan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan
Lepas sarapan ...terus ke jwti bakau parit kassim..muar
Lepas Tu bawa anak3 jalan2 & main2 Di Taman pantai Leka Parit Jawa
Kampung halaman suami....tapi sekarang dah jadi kampung halaman aku sekeluarga
Tak yah jalan jauh2... Jalan dekat2 pun hati gembira juga
Karma
Walau setinggi mana pun pangkat Kita...walau sekaya mana pun taraf Kita... Kita Sama sahaja.
Sesungguhnya...Doa insan Yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah SWT
Ahad, 5 November 2023
Tetiba Rindu Bos2 Lama
Semoga Allah SWT merahmati Bos2 lama yg pernah menilaiku sepjg berkhidmat sbg kuli2 ni...
2.11.2023 (KHAMIS)
INILAH PERJALANAN HIDUP KU
*Assalamualaikum Cik Midah & Cik Yana*
Berdasarkan Bengkel HRMIS pd 29.10.2023 yg lepas, pegawai HRMIS kata PYD boleh memohon penjelasan drpd PPP & PPK sekiranya tidak berpuashati dgn markah LNPT. Sy nak mohon penjelasan berkaitan markah LNPT sy pada tahun ni (88.50). Apakah kriteria sy sgt TERUK sehingga markah sebegitu? Adakah sbb sy baru 6 bln di KPK, maka kerja di GSPI yg sy sudah laksanakan tidak boleh dinilai? Tugas2 PRK sy telah laksanakan, balik malam, awal pagi sy dah hadir puch card ke pejabat. Sedangkan sebahagian lain boleh dtg pejabat lambat. Hujung minggu sy tinggalkan anak2 utk hadir ke pejabat. Mesyuarat luar sy hadir sehingga kdg terlepas waktu solat. Sy bkn kaki ponteng kerja, kalau nak cuti sy akn mohon CUTI REHAT. Adakah sy tak sesuai di KPK?? Mungkin sy tak pandai bab2 ePerolehan, sbb tu markah sy sebegitu. Sy minta maaf & mohon penjelasan. TQ
Harini dlm Sejarah
Markah lnpt hanya 88.50 shj
Semoga Allah SWT merahmati hidupku
Diberikan kesihatan yg Baik buat aku sekeluarga
Dan boleh bekerja Tanpa sbrg masalah.
Seawal 6pagi hantar anak2 ke taska...
Lewat Malam baru ambik balik
Tapi semua Tu takde Makna bagi org yg tak pernah faham & mungkin tak nak faham sampai bila2
Sbb berstatus BOS
Sdgkan aku KULi shj
Kerja perlukan pengorbanan
Bkn Kita yg terkorban
😭😭😭😭😭
Jumaat, 3 November 2023
Naik keretapi hiburkan hati
Baik jalan2 bawa anak2 hiburkan hati
Hidup bukan utk ditangisi
Sbb Ada hati2 yg perlu dikasihi
Jumaat, 11 Ogos 2023
Terima kasih sahabat
Terima kasih sahabat ngeteh pagi sy...
Dah jauh tapi sempat kirim hadiah ...
Alhamdulillah
Rabu, 22 Mac 2023
Selamat Hari Lahir Aisy
Anak ibu dah sekolah
Aisy Darjah 5 SKKU
Alisha Darjah 1 SKKU
Koleksi Resepi Internet
Mutiara
Untuk Suami
Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net
Perkahwinan
Permata hati ibu
Permata hati ibu



























































