Dua hari lagi, genaplah usiaku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih memberiku peluang untuk hidup di usia 3 series. Dapat lagi melihat keindahan alam semesta dan melihat dua orang permata hati ibu membesar di depan mata. Walaupun banyak dugaan dan rintangan hidup yang telah kulalui sepanjang usia ku ini tetapi aku tetap redha dengan semua ketentuan yang telah ditetapkan buatku.
Kalau umur 50 tahun ke atas, orang dah gelarkan kita dengan usia emas, tapi sebab usiaku masih 3 series, maka usia perak la agaknya. Di usia sebegini, sebenarnya kesihatan kenalah jaga. Makan minum kena jaga. Zaman sekarang ni, banyak penyakit yang hinggap di badan orang muda. Stress, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol....semuanya berbahaya. Kalau tidak berjaga-jaga sudah tentu ia boleh hinggap pada badan kita juga.
" Hitam atau putih kehidupan ini adalah kita sendiri yang menentukannya. Oleh itu, hadapilah hidup ini dengan penuh keimanan".......
Kadang kala, aku lihat orang lain mampu hidup bahagia dengan keluarga mereka. Tapi kenapa susah sangat kebahagian itu datang pada diriku. Sebenarnya semua orang sama saja. Ada kala susah dan ada kala senang. Tapi buat apalah kita nak menangis atau meraung meratapi hidup ini. Semua dah tertulis di loh mahfuz. Kalau kita tak berusaha sebaik mungkin, mana boleh kebahagian itu datang pada kita??
Bila lihat rambut di kepala, sehelai dua uban sudah mula menyinari hidupku. Apa lagi yang aku cari di usia ku ini?? Yang pasti aku hanya seorang hamba Allah SWT yang mencari rezeki demi untuk anak-anak dan keluarga. Aku tak pernah mimpikan rumah besar atau kenderaan besar bagi mencari kepuasan hidup. Cukuplah sekadar apa yang ada sekarang ini. Sekurang-kurangnya aku boleh berdikari sendiri tanpa mengharapkan belas ehsan orang lain. Di dunia ini, masih ramai orang yang hidup lebih susah daripada kehidupanku. Jadi kena bersyukur dengan apa yang ada.
Aku harap, diusia ku yang semakin bertambah saban tahun ini, Allah SWT masih memberi kesihatan buat ku menjalankan hidup ini.
8 ulasan:
happy birthday in advance akak!
semoga tahun ni memberi yang paaaalinnnng terbaik utk akak sekeluarga ^^,
muda lagi ni..tapi langkah awal utk jaga kesihatan mmg bagus..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..sezaman la kita ni DP..usia perak
Terima kasih Sofia Ningkan, anajingga dan Sue Bee. Kawan saya yang lain, anak mereka dah masuk sekolah menengah atau masuk sekolah rendah. Tapi anak saya baru jer tadika. Umur dah banyak tapi anak kecik lagi..mmm...kawin pun lambat. Tapi yang penting kesihatan itu penting untuk mendapatkan kebahagiaan hidup.
SB pon ada anak kecik lagi 4thn..
Kalau ada rezeki nak juga saya tambah ahli keluarga. Bila anak dah masuk sekolah mesti sunyi. Kalau ada anak-anak kat rumah, walaupun mereka riuh dan bising, tapi sekurang-kurangnya seronok tengok gelagat anak-anak. Mudah2an dapat rezeki anak lagi pada tahun ini.
Hepy bezday DP.... tak apa muda lgi tu...
Selagi namanya manusia.....kita mahu ke tak mahu akan ada masalah...bersabar je le...
hainom OKje terima kasih sahabat. Semua orang sebenarnya ada masalah cuma cara kita selesaikan masalah jer yang berbeza. Masalah akan datang dan pergi selagi kita hidup.
Catat Ulasan