Hernia atau angin pasang adalah penyakit yang sering terjadi kepada kaum Adam. Sebenarnya aku pun tak pernah ambik kisah pasal penyakit ni. Tapi bila kena pada anak sendiri, barulah mencari-cari maklumat mengenainya dan cara-cara merawatnya.
Sebenarnya dah dua tiga minggu aku perasan yang alat kelamin Aisy macam berubah menjadi besar dan bengkak. Tapi bila tanya ayahnya, dia kata biasa je. Aisy pun tak pernah menangis kata sakit. Dia masih lasak bermain dan masih suka berlari sana-sini. Disebabkan tidak nampak kesakitan pada Aisy, maka aku buat tak kesah je.
Tapi kepala ni runsing juga bila teringatkan Aisy kat rumah Mak Ony. Apa masalah padabuah dia sampai bengkak dan berkilat. Ibu mana tak risau kalau anak ada masalah. Walaupun dah sampai ke pejabat, akhirnya aku keluar untuk bawa Aisy ke Klinik. Biasalah Klinik yang sering jadi tumpuan setiap kali sakit ialah Klinik Faizal dan Rakan-Rakan 24 jam. Sebab klinik ni ada depan rumah je, doktor pun sentiasa ada. Senang sikit.
Tapi kepala ni runsing juga bila teringatkan Aisy kat rumah Mak Ony. Apa masalah pada
Ayat Kursi - banyak kelebihannya
Bila doktor check, doktor kata Aisy kena hernia (angin pasang). Ubatnya hanyalah operate. Doktor bagi surat supaya aku rujuk kes Aisy ni pada Hospital Besar. Lepas keluar klinik, aku terus call my hubby supaya balik rumah. Padahal hubby ada mesyuarat. Aku suruh hubby balik juga demi anak. Lepas hubby sampai rumah, aku suruh hubby hantar ke HSA. Aku dah siap kemas baju dalam beg, beg pampes, susu dan barang-barang Aisy yang lain untuk bawa ke hospital. Takut-takut Aisy kena tahan wad.
Sampai ke ke Poliklinik HSA, Bahagian Pembedahan, aku tunjuk surat yang klinik Faizal beri. Rupa-rupanya, nurse kat HSA cuma bagi tarikh untuk appoinment akan datang. Tarikhnya 28 April 2014. Mak ai....ujung bulan baru leh check. Aku tanya pada nurse kat situ, tak bahaya ke hernia ni?? Nurse jawab "masih terkawal, tapi kalau anak ada kembung perut dan muntah-muntah, boleh terus bawa ke kecemasan"...Ingatkan dah kena tahan wad, rupanya cuma dapat tarikh untuk buat check-up je...mmm.
Semalam masa masuk opis, aku ceritakan masalah Aisy pada kawan-kawan sepejabat. Disebabkan semalam adalah hari belajar mengaji dan tajwid, kawan tu tanyakan pada Ustaz Musa bin Muda, apa ubat untuk merawat angin pasang? Ustaz kata baca Ayat Kursi 7X dan Ayat 21-24, Surah Al-Hasyar. Tiup pada daun mengkudu yang telah disalai atas api, kemudian tekup pada kemaluan Aisy. Buat berkali-kali, In Sya Allah..sembuh.
Daun mengkudu - bila sakit barulah mencari. |
Yer la, ibu mana tak risau kalau anggota badan anak ada kelainan. Tengah hari semalam aku ambik Aisy kat rumah Mak Ony dan hantar dia berurut di rumah bidan kampung. Ni pun kawan seopis yang rekmenkan...Lepas tu aku ambik daun mengkudu dari rumah kawan tu untuk ubatkan Aisy. Selalu daun mengkudu ni banyak bersepah-sepah kat kampung, tapi kita tak gunakan. Tapi bila ada masalah macam ni, barulah sibuk mencari pokok mengkudu...Balik rumah semalam aku salaikan daun mengkudu dan tekup pada kemaluan Aisy. Tapi masih sama juga buah dia. Harap-harap sebelum buat operation, Aisy dapat pulih dengan rawatan tradisional yang aku cuba buat ni.
Ramai kawan di opis ni pulak kata, kalau buat operation di bahagian kemaluan lelaki, kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu mandul bila berkahwin....mana lah aku tak risau. Ada pulak kata, hernia / angin pasang ni boleh menyebabkan kematian pada kaum lelaki sebab nyawa lelaki terletak di situ. Yang ni lagilah aku risau. Anak dah la tak ramai, tetiba kena pulak masalah macam ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan