Mak Mertua sibuk melapah lembu korban |
Tahun ni Raya Haji jatuh pada Khamis, 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436H. Negeri Johor cuti 3 hari ler sempena raya haji dan cuti hujung minggu sekali Tahun ni Raya Haji tak balik kampung sebab En. Hubby kata tak nak balik, nak raya di bandaraya sahaja. Maka, dok jer la sambut Raya Haji di rumah sendiri dan di rumah makcik. Lagipun, baru dua hari sebelum tu kitaorang balik ke kampung sebab hantar Cik Ijan kawin di Kelantan.
Kepala Lembu dan Kulit Lembu dari Segamat |
Disebabkan tak balik kampung, tunggu jer la sampai zohor untuk dapat daging korban yang disedekahkan oleh pihak tertentu. Malam raya, Aiman & Aisy dah tido rumah Tok Cik mereka, makanya, aku & En. Hubby jadi pengantin baru ler kat rumah...hehehe. Malam raya tinggal berdua jer sebab anak-anak takde.
Aiman & Aisy jejalan tengok lampu2 dan air pancut |
Aiman dan Aisy bukan main seronok lagi bila duduk dengan Tok Cik sebab ada anak dara sorang tu. Tu yang Aisy tak nak balik rumah. Tok Cik pulak rajin melayan karenah budak berdua ni. Lagi seronok la dia, siap pegi meronda bandaraya malam-malam raya. Yer la, bandaraya Johor Bahru kan cantik bila malam dengan lampu yang bergemerlapan dan air pancut berirama lagi....memang la seronok budak berdua ni.
Dah ngantuk sebenarnya budak berdua ni. |
Tengok tu, padahal dah mengantuk dah budak berdua ni, tapi sebab g jejalan, mmg sanggup tahan mata. Tapi bila masuk je dalam kereta Tok Cik kata Aiman & Aisy dah tertido. Terpaksalah Pak Cu angkat budak berdua ni yang boleh tahan juga beratnya. Sian Pak Cu Aizad...
Kepala lembu, sedap buat suppp |
Kepala lembu ni sebenarnya kat kampung. Abg bawak balik ke kampung. Kakak hantar gambar je kat aku yang tak balik kampung ni. Dulu masa ada arwah bapak, dia memang suka dengan kelapa lembu. Setiap kali hari raya, bapak akan beli kepala lembu untuk buat sup. Otak lembu masak lemak cili api. Sup tu satu kawah dibuatnya, jadi kitaorang makan ramai-ramai. Yang otak lembu masak lemak cili api tu, bapak tak kasi makan. Bapak kata nanti bodoh macam lembu. Makanya, kitaorang pun takut nak makan otak lembu.
Rewang melapah kepala lembu |
Bukan main hebat lagi menantu mak melapah kepala lembu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan