Dah lama tak menulis dalam Blog ini yang ala-ala diari hatiku ini. Dah lebih sebulan tak menjengah ke blog ini dan harini diberi kesempatan untuk menulis dan menyelak blog ini.
Macam-macam cerita dan macam-macam peristiwa yang berlaku dalam bulan ini. Tapi tak sempat nak share sebab sibuk dengan kerja. Selepas En. Hubby naik pangkat dan berpindah ke Putrajaya, aku uruskan anak sorang-sorang. Memang lah dah biasa uruskan kerja rumah sendiri, tapi bila takde ketua keluarga dalam rumah, rasa sunyi sepi juga. Dah takde kawan nak berbual dan bergaduh setiap malam. Sekarang gaduh dengan anak-anak jer la. Yer lah, dah rezeki suami di Putrajaya, kena lah ikut arahan. Begitulah adat selagi bekerja..."Saya Yang Menurut Perintah". Jadi ikut jer lah arahan ketua kita.
Bulan lepas majlis perkahwinan adik bongsu dan anak sedara di kampung. Adik dapat orang dari Negeri Cik Siti Wan Kembang dan anak sedara pulak kawin dapat orang kampung jer. Alhamdulillah, kedua-dua majlis dah selamat dan dah jadi pasangan suami isteri pun.
Taklimat Bajet 2016 di Persada Johor |
Awal bulan ini, bos arahkan Mesyuarat di Hospital Permai, JB. Lepas tu ada Taklimat Bajet 2016 di Persada, Johor Bahru. Duduk dengar info dan maklumat yang disampaikan oleh SUK tentang Bajet 2016. Datang dengan kawan-kawan pejabat.
Pada bulan ini juga, Johor kehilangan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat pada 5 Disember 2015 di HSA, JB kerana kanser hati. Sebagai rakyat Johor memang sedih kerana kehilangan Tunku Jalil yang berjiwa rakyat. Bila selak facebook dan banyak orang share gambar-gambar Allahyarham, menitis juga air mata ini. Sedihnya la haiii.... Ingatan ini tiba-tiba terkenang kepada Arwah Muhammad Syafiq bin Sanif, anak sedara yang meninggal dua tahun lalu disebabkan kanser tulang. Sebenarnya itulah perjanjian Allah SWT kepada semua insan di bumi ini. Yang hidup pasti akan mati cuma bila dan dimana kita tidak tahu. Hari kedua kemangkatan Tunku Jalil, aku dan rakan-rakan sempat menziarahi makam Allahyarham di Makam Mahmoodiah. Bau wangi semerbak jer bila melangkah masuk ke Makam Mahmoodiah. Yang pasti kita juga akan pergi ke sana satu hari nanti.
Melawat Makam DI Raja pada hari kedua |
Sebenarnya hari ini nak share berita gembira. In Sya Allah jika diizinkan Allah SWT pada tahun hadapan Aisy akan dapat adik. Alhamdulillah, aku pun tak sangka yang aku akan mengandung lagi. Ingatkan dah takde rezeki lagi. Bila tengok orang lain tambah anak dan ada baby lagi, memang rasa semacam jer jiwa ni. Yer la, Aisy pun dah besar, dah nak masuk 4 tahun. Aku pulak umur dah masuk 3 series, jadi peluang nak hamil semula memang semakin berkurangan. Tapi rezeki Allah nak beri. Syukur sangat-sangat. In Sya Allah, kalau betol tarikh yang aku kira ini, 22 Julai 2016 adalah tarikhnya. Mudah-mudahan diberi keselamatan dan kesihatan untuk bersalin semula. Anak lelaki atau perempuan aku tak kesah, yang penting sihat walafiat dan selamat. Kalau kira-kira, minggu ini dah 9 minggu ada baby dalam perut ini, tapi tak buat checkup klinik lagi. Aduhaiii la, apa lah malas sangat nak bukak buku merah, padahal klinik kat sebelah pejabat jer pun. Bukan apa, bila ke klinik asyik nak kena test urin jer, tu yang malas tu. Nantilah kalau dah masuk 3 bulan baru ada semangat nak ke Klinik. Semoga diberi kekuatan untuk tempuh hari-hari mendatang dengan anggota keluarga yang baru...aminnnnnnn.....
4 ulasan:
tahniah hamisah,
Untuk pengetahuan, blog Kadi Kluang yang dahulunya www.kadikluang.blogspot.com telah ditukar kepada www.ustazkhalil.blogspot.my Terimakasih
eda ...terima kasih IDah, alhamdulillah..rezeki naik pangkat.
Mohd Khalil...TQ atas info ustaz...nak tanya bab agama senang sikit sebab dah ada ustaz yang leh jawabkan soalah saya nanti. TQ atas maklumat tersebut.
Catat Ulasan