Al-fatihah buat Mak Ony yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 jam 6.00 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Banyak jasa Mak Ony pada aku sekeluarga. Dialah yang besarkan anak-anak aku, Aiman dan Aisy sepanjang aku keluar bekerja. Dari Aiman dan Aisy umur dua bulan sampai Aiman dah sekolah, dia yang jaga semua. Memang aku sekeluarga sayang sangat pada Mak Ony. Apatah lagi dengan anak-anak. Aiman & Aisy banyak menghabiskan masa di rumah Mak Ony. Apa yang Mak Ony masak semua sedap sahaja. Sampaikan Aiman suruh aku masak ikut resepi Mak Ony. Betapa kasih sayang Mak Ony pada Aiman & Aisy.
Masa Aisy umur 10 bulan, Mak Ony buat pembedahan buang tiroid di lehernya. Memang lehernya ada ketumbuhan yang semakin membesar. Doktor sarankan buang tiroid di lehernya. Mak Ony kata yang dibuang hanyalah lendir yang tumbuh di leher. Selepas buang tiroid di lehernya, dah takde lagi tiroid di leher Mak Ony dan lehernya kembali normal.
Namun setelah setahun membuang tiroid di leher, Mak Ony di kesan menghidap kanser rahim. Selepas buat temujanji, Mak Ony buang pulak kanser rahim tu. Doktor kata kanser rahimnya baru nak jadi. Jadi lepas buat pembedahan, 3 hari selepas tu Mak Ony dibenarkan balik rumah. Masa tu Aisy umur 2 tahun. Sebab dia tak sihat jadi dia cuti dari menjaga Aiman & Aisy. Dalam sebulan lebih, dia dah semakin pulih. Masa tu Aiman & Aisy duduk di rumah Tok Uda dia sebab dah takde sapa yang jaganya. Setiap pagi dalam pukul 6.30 pagi aku dah keluar rumah untuk hantar Aisy ke rumah Uda dan Aiman pulak hantar ke Tadika Perpaduan. Pukul 12.00 tgh hari, aku terpaksa bergegas keluar dari pejabat untuk jemput Aiman dari Tadika dan hantar ke rumah Uda. Kelam kabut juga dibuatnya bila Mak Ony tak dapat jaga anak-anak. Selepas sebulan lebih dia tak jaga Aiman & Aisy, dia pun cakap dengan aku nak jaga anak-anak aku semula. Mungkin Mak Ony kasihan tengok aku bekejar ke sana-sini uruskan budak-budak dan pergi ke tempat kerja. Selepas dua bulan dia bercuti dari jaga budak-budak ini, dia jaga semula Aiman & Aisy. Hidup aku pun dah kembali ceria sebab tak perlu bekerja ke sana-sini untuk hantar anak-anak dan pergi ke tempat kerja. Kurang sikit beban aku uruskan budak-budak ni. Yer lah, rumah atas kayangan, bila nak hantar anak-anak ke rumah Uda, terpaksa lah pikul segala macam barang dan beg untuk budak berdua ni. Rumah Mak Ony sebelah pintu jer, buka pintu rumah jer, Aisy terus masuk ke rumah Mak Ony. Tak payah nak dukung barang dan Aisy.
Selepas buat pembedahan membuang rahim, Mak Ony buat check up sebulan sekali ke Poliklinik Pakar HSA, JB. Masa tu doktor kata semua ok dan dah sembuh. Tapi tak lama selepas itu, Mak Ony sakit telinga pula, Dia kata telinga nya selalu berdengung. Kena buat check up di Pakar semula. Dari Klinik Kesihatan sampai ke Hospital dia buat pemeriksaan. Tapi telinga tetap berdengung juga. Setahun selepas buat pembedahan buang rahim, perutnya membesar. Mak Ony selalu mengadu pada aku yang perutnya keras dan semakin besar. Lepas tu dia rasa loya. Mengalahkan orang yang mengandung. Aku yang mengandung pun tak lah loya macam yang dia rasa.
Bila buat pemeriksaan di hospital, doktor sarankan Mak Ony buat kimoterapi untuk matikan sel kansernya. Sebelum tu, kena buat MRI dulu. Sebab HSA penuh jadi doktor suruh buat di Hospital Batu Pahat. Pukul 6.00 pagi, 17 Januari 2016, abah dah hantar Mak Ony ke Batu Pahat. Hari Khamis, 21 Januari 2016 Mak Ony kena masuk wad HSA, JB untuk buat kimoterapi. Sebelum buat kimoterapi tu Mak Ony sihat jer. Dari pagi sampai ke malam dia masuk wad untuk kimoterapi tapi tak bermalam di wad. Lepas selesai ubat kimo masuk ke badan, dia pun balik. Lepas jer kimoterapi keadaan Mak Ony terus berubah. Badannya semakin lemah dan tak bermaya, hanya mampu baring jer. Masa tu cuti Thaipusam, jadi 3 hari dia tak jaga Aisy. Isnin, 26 Januari 2016, Mak Ony masih jaga Aisy walaupun badannya lemah dan tak bermaya. Dia yang sambut Aisy di pintu masa Aisy datang. Biasalah Aisy & Aiman kalau datang je ke rumah Mak Ony memang dia akan panggil Mak. Masa ini abah terpaksa bercuti untuk jaga Mak Ony yang semakin lemah keadaannya.
Petang Isnin masa nak jemput Aisy balik ke rumah, abah bagitahu yang Mak Ony terpaksa cuti seminggu sebab keadaan badannya yang semakin lemah dan tak berdaya. Aku tak kesah sebab Uda ada untuk jagakan Aisy. Selasa pagi masa aku nak keluar rumah dengan Aiman & Aisy, abah cakap yang keadaan Mak Ony semakin lemah. Sebelum ini dia muntah-muntah tapi sekarang dia berak-berak pulak. Disebabkan dah kerap sangat membuang air, abah terpaksa pakaikan Mak Ony lampin pakai buang. Makan pun dia dah tak mahu. Mak Ony cuma minum air kosong sahaja. Hari Rabu, abah bagitahu yang keadaan Mak Ony semakin lemah dan dah tak berdaya. Nak angkat ke bilik air pun dia dah tak larat lagi. Pukul 10.00 pagi, disebabkan keadaan Mak Ony yang semakin lemah abah terpaksa panggil ambulans untuk hantar Mak Ony ke hospital. Pukul 4.20 petang, Abg Jeny telepon aku sambil menangis teresak-esak, dia kata Mak Ony semakin lemah keadaannya. Aku bergegas keluar dari pejabat untuk ke Hospital. Sampai je hospital, aku tengok Mak Ony dah semakin susah untuk bernafas. Matanya hanya turun naik sahaja. Doktor kata kuman dah merebak dalam badannya. Pukul 6.00 petang aku terpaksa balik untuk jemput Aiman di taska. Masa tu jiran depan rumah bagitahu yang Mak Ony dah takde. Terkejut aku sebab baru beberapa minit aku tinggalkan Mak Ony di hospital, rupa-rupanya itulah kali terakhir aku tengok wajahnya. Abg Jeny mesej aku dan bagitahu yang Mak Dah Takde. Dia kata akan dikebumikan malam ni juga.
Di taska, Cik Sabri, pemandu van sekolah Aiman bagitahu Aiman yang Mak Ony dah takde. Meraung Aiman bila tahu mak dah takde. Dia telefon ayah bagitahu yang mak dah takde sampai menangis. Lepas tu, telefon nenek dia pula. Aku pun sedih juga bila Mak Ony dah takde. Dah takde tempat untuk anak-anak aku tumpang kasih-sayang. Aiman cakap dia baru nak bagitahu Mak yang dia sukan dapat nombor 1, tapi mak dah takde. Lagilah sedih aku dibuatnya. Dari Taska aku terus ke rumah Uda untuk jemput Aisy. Lepas Maghrib aku tunggu jenazah Mak Ony. Sampai pukul 10.00 malam barulah jenazah Mak Ony sampai ke rumah. Selepas solat jenazah, Mak Ony terus di bawa ke kubur Bukit Alif untuk disemadikan. Pukul 12.00 malam selesailah majlis pengebumian Mak Ony. Semoga Mak Ony tenang di sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan