Sejak akhir-akhir ini, kalau ada mesyuarat luar jabatan, muka aku jer la yang bos hantar ke mesyuarat. Dulu-dulu aku pergi mesyuarat sekali sekala jer, tapi sekarang ni kalau wakil mesyuarat luar jer, mesti nama aku naik. Dah macam takde nama orang lain dalam pejabat ni. Bukan aku tolak arahan bos, tapi kalau sehari sampai 2 mesyuarat aku kena pergi, mana tak letih. Dulu bos dan ketua cawangan rajin hadir mesyuarat, tapi sejak En. Shahrom pindah ke KBS Putrajaya, takde pulak Ketua Cawangan yang nak ke mesyuarat.
Ultraman ni jadi kawan dia sepanjang masa |
Kalau 2 mesyuarat sehari dan masa dia ok, bolehlah juga aku kejar, tapi kadang tu masa tak berapa nak ok, dah tu dua-dua nama aku naik. Alasannya dah takde orang lain sebab yang lain sibuk dengan program. Yang tukang susun arahan mesyuarat ni bukan bos pun, tapi secretary bos. Cuba bayangkan, kalau pukul 12.00 tengah hari aku kena mesyuarat di Persada Johor, pukul 2.00 petang Mesyuarat di Bukit Timbalan Johor, macam ner aku nak kejar tu. Walaupun tempatnya dekat tapi bila masa aku nak solat sebab selalunya kalau mesyuarat ni mesti habis dua jam atau dua jam setengah, baru setel satu mesyuarat.
Bos kata, ala...ko keluar je mesyuarat tu, cakap nak ke mesyuarat lain. Sapalah aku ni nak keluar dari mesyuarat kalau ada Orang Istana dan SUK Johor. Aku ni kuli jer, sedangkan mereka berpangkat dan berkuasa. Tak ke muka aku juga yang malu. Bukan muka jabatan. Tapi muka aku yang wakilkan bos ke mesyuarart.
Sekarang ni, badan aku dah kembang setaman. Jalan pun dah slow sebab dah badan mengembang. Kalau pergi ke Mesyuarat luar, ada pegawai jabatan lain tu siap cakap "Dah takde pegawai lain ke kat jabatan awak ni, sampai hantar awak yang dah sarat mengandung ke mesyuarat?" Aku hanya mampu tersenyum jer la. Nak cakap per, dah SAYA YANG MENURUT PERINTAH.
Bomba tukang padam api pun ada air botol sendiri..hebat |
Hari ni Mesyuarat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Nasib baik dekat dan waktunya ok. Pergi jer la. Tapi masa tengah mesyuarat, Uda call bagitahu yang Aisy muntah-muntah dan berak-berak. Mana lah aku tak risau, tengah mesyuarat pikir hal anak pulak. Habis je mesyuarat terus aku balik ke rumah Uda sebab nak hantar Aisy ke Klinik. Nasib baik doktor cakap yang perut Aisy masuk angin jer, tak de masalah lain.
Bawa Aisy ke Poliklinik Penawar |
Kalau jabtan lain, wakil pengarah datang ke Mesyuarat luar siap ada kenderaan yang tolong hantar dan tolong jemput bawa balik, tapi aku kena bawa kereta sendiri dan cari tempat sendiri. Kalau dekat-dekat ok lah juga, tapi kalau dah jauh aku pun tak jumpa tempat mesyuarat. Sebelum pergi mesyuarat aku terpaksa google map untuk cari jalan nak ke mesyuarat. Dah tu aku bukan kaki internet yang pasang internet sepanjang masa di telefon. Internet kat telefon aku hanya bila di pejabat sebab guna wifi free dan kalau kat rumah ada broadband.. Kalau kat luar, memang tak lah aku nak on internet telefon. Sebab pernah kena, sekali on jer habis semua duit kat telefon aku...membazir jer di buatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan