Hari Sabtu, 27 Februari 2016 adalah Hari Anugerah Cemerlang SK Kompleks Uda dan Mesyuarat Agung PIBG 2016. Sebelum tu, Abg Aiman bagitahu yang cikgu bagi dia surat. Bila aku buka dan baca, rupanya Abg Aiman dijemput untuk terima anugerah kecemerlangan pelajar bagi tahun 2015. Terima hadiah sebab dapat nombor dua dalam kelas masa darjah 1. Abg Aiman siap tanya "Ibu bangga tak, anak ibu dapat terima anugerah?". Aku cakap mestilah bangga, mana ada ibu ayah tak suka bila anak dia jadi murid yang bijak. Ayah dia pesan, bangga boleh tapi jangan sampai riak. Takut-takut nanti Allah tarik balik kebolehan kita.
Hari Jumaat malam, ayah dia balik. Jadinya, pagi Sabtu tu dia ada kat rumah. Pukul 6.30 pagi lepas solat subuh, aku kejutkan Abg Aiman untuk bersiap-siap ke sekolah. Abg Aiman dah tak sabar nak ke sekolah terima anugerah. Padahal baru jam 7.00 pagi. Aisy duduk kat rumah dengan ayah dia sebab ayah dia nak datang ke sekolah lewat sikit. Ngantuk sebab malam tadi pukul 1.30 pagi baru sampai ke rumah. Sebelum ke sekolah, aku ajak Abg Aiman ambik duit di mesin ATM Petronas. Tapi Abg Aiman dah merajuk sebab dia kata dah lambat sangat. Padahal majlis belum bermula pun. Tapi sebab dia excited sangat nak ambik anugerah, awal pagi lagi pun dah kata lambat.
Sampai di sekolah, cari parking, tapi dah penuh. Jadi terpaksa parking jauh sikit. Lepas daftar aku tanya cikgu yang jaga pendaftaran, murid yang dapat anugerah nak tuju ke mana. Cikgu kata tunggu kat makmal Sains. Aku terus masuk ke dewan dan Abg Aiman masuk ke makmal Sains. Pukul 8.00 lebih baru majlis bermula. Lepas ucapan Guru Besar, ucapan YDP PIBG Sekolah dan ucapan perasmian oleh YB Tanjong Puteri. Lepas majlis perasmian barulah majlis penyampaian hadian. Mula-mula anugerah khas kepada murid cemerlang dalam Kokurikulum dan Sukan. Lepas tu baru hadiah pelajaran kepada murid kelas PraSekolah. Lepas tu barulah kelas 1 Amanah dan Abg Aiman untuk kelas 1 Bestari. Tu pun jam dah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Cikgu yang bertugas baru edarkan nasi lemak bungkus & air mineral.
Perut dah mula lapar sebab pagi tadi cuma sempat minum kopi dan makan roti. Majlis penyampaian hadiah tak habis lagi, banyak lagi kelas yang belum terima tapi jam dah pukul 11.30 pagi. Ayah, Abg Aiman & Aisy dah balik lepas sesi penyampaian hadiah untuk kelas Aiman. Ibu ingatkan nak tunggu sampai Mesyuarat PIBG tapi sebab dah lambat sangat, terpaksa mengalah dan undur diri juga lah. Sebelum tu pesan kat ayah suruh dia masak nasi dulu sebab dah tengah hari. Lauk beli jer la kat kedai sebab dah tengah hari, perut pun dah berkeroncong. Tak sempat nak masak. Kalau masak pun mesti lambat siap. Akhirnya pergi ke warung & beli lauk ikan pari asam pedas, ikan keli masak lemak, sambal petai & ayam goreng. Cukup lah tu untuk makan sekeluarga. Balik rumah jer tengok nasi penuh satu periuk ayah dia masak. Punyalah banyak masak, makan sampai esok pun boleh. Memang betol pun, akhirnya pagi keesokannya nasi tu jadi nasi goreng kampung. Sampai ke petang aku makan nasi goreng tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan