Sejak dua menjak ni, asyik nak membeli jer. Pantang tengok benda yang cantik menarik dan tertarik kat LAZADA, mesti nak beli. Bulan lepas beli beg untuk pergi kerja, bulan ni pun beli beg lagi. Alasan untuk sambut raya. Boleh gitu.... Padahal raya tahun ni aku sekeluarga tak beraya sangat sebab doktor pakar dah bagitahu kena bersalin juga kalau baby masih tak nak keluar. Jadinya En. Hubby ambik keputusan tak yah balik kampung raya ni, takut terbesalin dalam kereta la pulak. Dulu Aisy nasib baik sempat sampai hospital, terus bersalin. Jadi yang ni En. Hubby kata takut jalan jem, lepas tu risau terbesalin dalam kereta.
Kali ni, darah tinggi makin naik dan naik la pulak. Kalau tak makan ubat, bacaan mesti 140/90 dah kategori bahaya. Aku tanya doktor, boleh pengsan ke doktor? Doktor kata, bukan boleh pengsan tapi boleh mati terus. Doktor cakap, bukan nak takutkan, tapi itu kenyataannya. Disebabkan darah tinggi naik dan naik, jadinya start 34w dah kena makan ubat darah tinggi sehari 3 biji, obimin dan asid folic untuk tambah darah. Bila mengandung jer mesti kena anemia & darah tinggi. Harap-harap baby ok la kali ni. Dah scan hari tu kat swasta, doktor cakap baby girl. Tapi aku tak kesah girl ke boy, yang penting sihat, selamat.
Makanya, raya ni duduk rumah jer lah yer. Tak kemana-mana. Cuti sekolah pun cuma seminggu jer. Dah tu cuti sekolah sebelum raya la pulak. Raya jatuh Hari Rabu, 6 Julai. Tapi cuti sekolah start hari Jumaat 1 Julai sampai 9 Julai 2016. Dah 5 hari bercuti barulah raya. Sepatutnya Ahad - Isnin tu leh jer sekolah lagi, cuti sekolah start hari Selasa. Rabu raya, jadi untung sikit, boleh raya lama sikit. Dengan syarat cuti sekolah sambung ke Ahad sampai Isnin seterusnya. Hahaha...macam aku pulak menteri pelajaran, yang susun cuti raya. Yer la, bukan apa, kesian pulak kat budak-budak ni, raya tak jalan ke mana. Cuti Raya 4 hari, raya ke-5 dah kena sekolah balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan