Setiap kali waktu rehat, mesti saya ni bekejar ke Taska sebab nak susukan baby Alisha & bagi susu kat taska untuk stok petang. Tapi kelmarin adalah hari yang penuh tragis. Sampai jer di taska, pengasuh sedang tenangkan baby Alisha. Masa nak ambik baby Alisha tu, teacher cakap baby Alisha kena gigit dengan budak lain. Ya Allah, terkejutnya lah ibu ni. Pipi kanan, dan dagu merah sebab kena gigit budak. Yer lah, budak tu umur setahun lebih, gigi pun dah banyak. Gigit baby Alisha yang baru berumur 3 bulan. Memang sakitlah sampai berbekas di pipi dan dagu Alisha.
Bila tengok Alisha macam tu, menangis lah ibu depan teacher tu. Teacher tu cakap "saya minta maaf kak, sebab tadi saya mandikan baby lain, tetiba ada baby ni gigit anak akak"... Tak kan saya nak marah teacher tu pulak. Saya diam jer & cuma menangis sambil cium puas-puas baby Alisha. Nak marahkan budak yang gigit tu pun tak boleh lah juga sebab dia pun bukan tau apa. Lepas tu teacher cakap sebenarnya dah 3 orang baby yang kena gigit dengan budak laki tu. Budak tu memang hobi dia gigit kawan-kawan yang lain. Saya pun tanya pada teacher tu, kalau dah 3 orang baby kena gigit dengan budak tu, tak kan tak de apa-apa tindakan yang diambil. Sepatutnya dua orang teacher kena jaga 8 orang baby. Jadi bila seorang tengah mandikan baby, ada teacher lain yang memantau baby lain. Tapi teacher cakap dah banyak kali bagitahu pada penyelia, tapi penyelia tak setuju. Alasannya nanti teacher lain kena buat banyak keje.
Pipi dan dagu Alisha merah kena gigit budak. Lutut pun kena gigit juga. |
Kalau dah pengasuh kat situ tak cukup, sepatutnya dia asingkan sahaja budak-budak yang dah berjalan daripada baby-baby ni. Baby ni bukan pandai apa pun, cuma baring jer. Tu yang kena gigit lah, kena cakar lah, kena pijak lah..hmmm
Disebabkan kes ni, saya cuba juga usaha cari taska lain sekitar kawasan tempat keje. Bila tanya bayaran untuk baby ialah RM450. Alamak, mahalnya lahai. Mana nak termampu untuk tanggung bayaran taska 3 orang anak. Dengan lampin dan susu lagi. Mujurlah Aisy tu sekarang dan tak yah pakai lampin sejak balik kampung tempoh hari. Susu pun dia dah kurang sikit sebab botol pun dah kena sorokkan.
Cari juga pengasuh yang dekat-dekat dengan rumah tapi semua dah full dan tak nak lagi ambik baby. Yer lah, rumah bukan besar. Dua bilik jer, tapi mengasuh anak orang sampai 6-7 orang. Ramai tu. Jiran sebelah rumah tu pun saya tanya juga sebab dia mengasuh anak orang, tapi dia pun dah tak nak jaga lagi sebab dah mengasuh 3 orang beradik yang berumur 3,2 dan setahun. Kena tawakal jer lah hantar baby Alisha di taska ni. Semoga Allah SWT peliharakan anak-anak saya sepanjang saya tiada bersama dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan