Malam semalam Abg Aiman ambik tabung duit dia. Tabung ni dia akan simpan duit baki belanja sekolah yang tak habis. Sehari belanja sekolah Abg Aiman RM3.00 untuk sekolah Agama dan Kebangsaan, tapi selalu tak habis pun. Abg Aiman kata waktu rehat dia akan pergi solat Asar dan tak makan, sebab tu duit yang ibu beri dia tak belanjakan. Kalau sehari RM1.00 yang dia tak belanjakan, dah sebulan jadi RM20. Kalau dua bulan jadi RM40. Kalau dah masuk tiga, empat, lima bulan, banyak la juga duit tabung Abg Aiman ni. Ada syiling dan ada wang RM1.00
Tapi tiba-tiba malam semalam Abg Aiman pergi ambik tabung duit dia, tuang duit yang ada. Lepas tu dia kira. Tapi ibu tak tanya pulak berapa jumlahnya. Lepas dah kira Abg Aiman bagitahu "Ibu, esok lepas Abg Aiman balik sekolah agama, ibu ambik abg boleh tak? Abg nak sedekahkan duit tabung abg ni kat tabung masjid." Esok kan ibu kerja abg, jadi ibu tak boleh keluar, nanti bos ibu cari. Kalau abg nak sedekah, bila-bila jer boleh bang. Banyak masa lagi. "Tapi abg nak sedekah masa bulan Ramadan." Bila dengar abg aiman cakap sedekah bulan Ramadan, sejuk hati ibu ni. Tak sangka Abg Aiman ni seorang yang lembut hati dan pemurah orangnya. Semoga jadi orang yang pemurah sepanjang hayatnya.
Petang semalam, masa ambik anak-anak di Taska, ibu bawa sekali tabung Abg Aiman tu. "Abg, ibu dah bawa tabung abg tu. Abg kata nak sedekahkan kat masjid kan. Lepas ni kita pergi singgah masjid depan rumah tu, nanti abg masukkan duit dalam tabung masjid yer. Cumanya setiap kali abg masukkan duit dalam tabung masjid tu, abg niatkan dalam hati semoga abg jadi anak solleh, keluarga sihat sejahtera, dimewahkan rezeki, senang terima ilmu pengetahuan, berjaya di dunia dan akhirat dan jadi orang yang cemerlang. Doakan ibu ayah, nenek, tokki, tokde, ony, tokcik dan semua saudara kita.
Berhenti jer kereta depan masjid, abg aiman terus masuk ke masjid. Rupa-rupanya tabung masjid ada kat corridor masjid jer, jadi ibu pun turun temankan abg masukkan duit dalam tabung. Alhamdulillah setiap kali masukkan duit dalam tabung tu, abg aiman siap berdoa macam yang ibu dah pesan tadi sampai habis duit dalam tabung dia.
Sampai jer rumah, abg aiman cakap "ibu, harini abg aiman rasa sejuk jer walaupun puasa. Abg Aiman tak rasa lapar pun" "Mungkin sebab berkat sedekah abg aiman tadi". Ya Allah, jadikanlah anak-anakku seorang yang pemurah, lembut hatinya, taat pada perintah agama, dan cemerlang hidup di dunia dan akhirat. Aminn
Tiada ulasan:
Catat Ulasan