Bila difikir-fikir, direnung-renung, umur semakin meningkat. Sekarang dah berada di hujung-hujung 3 series, tak lama lagi dah nak masuk 4 series. Anak pun makin membesar. Dah takde apa yang nak aku harapkan kecuali diberi kesihatan untuk menjaga anak-anak sehingga dewasa.
Bila direnungi umur yang semakin meningkat, apa yang boleh aku buat sekarang ialah untuk menambah amal ibadah. Dah nak masuk 4 series ini, barulah aku nak buat pahala lebih. Sekarang ni, bila pagi jer, aku akan cuba buat solat sunat dhuha dan bila waktu malam pula seboleh-bolehnya aku akan buat solat sunat tahajud. Macam ner nak istikhomah untuk buat solat sunat dhuha, caranya ialah bila pagi sampai di pejabat, jangan buat kerja dulu atau menyembang tak tentu pasal atau terus keluar minum. Tapi kena ambil wuduk terlebih dahulu, pakai telekung dan tunggu masuk solat dhuha. Aku sampai pejabat awal, pukul 7.00 pagi dah sampai pejabat, jadi sementara nak tunggu waktu dhuha tu bolehlah aku buat wirid dan zikir dulu. Masuk jer waktu dhuha, aku terus solat. Dah siap baru boleh buat kerja.
Untuk solat tahajud pula, kalau malam aku akan tidurkan anak-anak dulu. Dah tengah malam baru bangun untuk kemas beg anak-anak dan buat solat tahajud. Kalau tertidur sampai pagi, selagi belum masuk waktu subuh tu aku akan ambik wuduk dan buat tahajud dulu. Sekarang ni masuk waktu subuh lambat, dalam pukul 6.00 pagi. Setiap hari aku bangun sebelum pukul 5.00 pagi. Walaupun kunci jam pukul 5.15 pagi tapi dah terbiasa terbangun sebelum pukul 5.00 pagi. Daripada tidur balik, baik buat solat sunat tahajud.
Lepas tu, kalau boleh aku nak amalkan solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Semoga solat yang aku lakukan dapat keredhaan Allah SWT dan mampu menampung kekurangan ketika solat fardhu.
Aku sanggup google niat-niat solat sunat untuk lakukan setiap hari. Ya Allah semoga aku terus istikhomah dalam meningkatkan amal ibadah dan semoga ibadah yang aku lakukan ini diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan