Aisy pergi lawatan sambil belajar ke Desaru Fruit Farm Kota Tinggi pada 14 Julai 2018 (Sabtu). Seronok ler bila dapat berjalan dengan kawan-kawan & teacher. |
Awal-awal pagi lagi dah sampai ke Taska. Ibu dan Abg Aiman hantar Aisy pukul 7.15 pagi sebab teacher kata sebelum jam 8.00 pagi bas akan bergerak. Aisy lah orang pertama yang sampai ke taska. Tapi rupanya bas sampai lambat. Dah nak pukul 9.00 pagi bas baru sampai.
Masa pergi bukan main lagi, dalam bas boleh bermain-main dengan kawan-kawan, ceria, bersemangat waja.
Masa balik dah keletihan jadi terus tertido...lagipun perut kenyang. Makan nasi ayam...apalagi dalam bas terus tido jer la.
Dekat desaru fruit farm ini ada haiwan-haiwan juga rupanya.. ada lah arnab...leh la Aisy dan kawan-kawan dia kenal macam mana rupa arnah ni. Selalu nampak dalam buku sekolah ajee...ni nampak depan mata pulak.
Mereka dapat tengok pokok buah-buahan. Ada jurupandu yang bawa dan tunjuk ajar tentang pokok-pokok di kawasan tersebut.
Dapat tengok ikan di kolam & bagi makan ikan. Tenung ler ikan tu lama-lama...mana tahu ada putera raja dalam kolam tu....eh...kalau untuk Aisy, puteri raja lah yer.
Sajer-sajer bergambar di kereta lembu yang tak bergerak.
Hasil lawatan ini, dapat lah mereka kenal apa namanya kambing, macam mana rupa sang kambing, dapat ler bau kambing dan dapat ler dengar macam mana bunyi kambing yang sebenar.
Dapat ler Aisy mencuba dan memberanikan diri bagi makan carrot kat si arnab ni.
Tengah hari semua makan nasi ayam...sedap dan ringkas untuk budak-budak tadika ni. Lagipun majoriti budak-budak kan suka makan ayam goreng. Jadi senang la teacher dia nak uruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan