Sebenarnya dah lama nak buat kad perakuan nikah ni. Dulu dah pernah ambik borang nya, tapi nak hantar balik ke Pejabat Agama tu macam lambat pulak. Padahal bukan jauh pun nak ke Pejabat Agama dari pejabat ni. Lagipun selalu juga kena mesyuarat di Pejabat Agama. Tapi selepas ke Ekspo Johor Berkemajuan haritu, ada pulak Pejabat Agama buka kaunter jadi dia bagi ler borang permohonan Kad Perakuan Nikah. Ustazah tu kata siap dalam 2 jam. Tapi masalahnya maklumat lain seperti borang nikah, salinan ic suami isteri & gambar passport tak bawa la pulak.
Makanya bawa balik ler ke pejabat borang tu. Isi di pejabat, esoknya terus bawa salinan maklumat yang diperlukan. Tapi ada masalah pulak bila gambar suami tak bersongkok. Gambar dia bersongkok banyak tapi tu semua gambar program, untuk passport memang takde. Bila Tanya pada ustazah tu, dia tak kesah, janji ada gambar. Ok lah kan..
Dengan sepantas kilat ler, saya hantar borang ke Pejabat Agama Islam Negeri Johor. Ingatkan hantar pagi, petang boleh ambik. Rupanya kena ambik esoknya. Tak sabar rasanya nak ada kad perakuan nikah ni selepas 10 tahun bernikah dengan suami. Dan inilah hasilnya, kad perakuan nikah saya ni...hehehe..TQ Pejabat Agama Negeri Johor.
![]() |
| Gambar ni masa umur 10 tahun yang lalu |


















































