Kek Red Velvet saya ...sememeh je |
Potongan pertama untuk Aiman |
Kejadian yang tak berapa cun..
Tak pe la...untuk makan sendiri je. |
Red
Velvet Cake
Resepi :
K.Mon @ Nina Suria
Sumber :
K.Zai @ Dapur Impian
C & P
: Dapurmamasya
Bahan-Bahan
-2 biji
telur gred A
-125 gram
mentega beku tanpa garam
-1 1/2
cawan tepung naik sendiri*
-1 1/2
sudu makan koko Vochelle*
-2/3 cawan
gula kastor
-2 sudu
makan pewarna Red Bright
-1/2 cawan
buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
-1 sudu
teh garam
-1/2 sudu
makan bicarbonate of soda
-1/2 sudu
makan cuka makan
Cara-Cara
Panaskan ketuhar 180 degree celcius. Sediakan 2 biji
loyang 7'' yang telah di alas dengan baking paper.
Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke
dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek
elektrik hingga sebati.
Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk
dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul
hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian
tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balikbalikkan hingga sebati.
Bahagi kepada dua bahagian dan tuang adunan ke dalam
dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka
makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz
8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat
lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10' [ untuk 1/2
adunan aku guna loyang 7'' ]
Untuk
Cream
Sumber :
Rahel Blogspot & Fb Anida Hussain
-130g
cream cheese
-60g susu
pekat manis
-30ml UHT
Whipping cream
*Mix semua
bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair tips nak bagi lagi cair
tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh
7 ulasan:
rajin buat kek ya DP..SB masih dilanda angin 'M'..tu yang tak da entri kek..hehehee!!
Sue Bee, geram tengok entry org lain yang pandai buat kek. Saya bila tengok blog org lain, saya akan cuba buat. Tengok kek Sue Bee semua cantik2 dan kemas jer. Saya setakat makan sendiri boleh la. Nak bagi org rasa pun kadang segan. Sebab tu kalau buat kek saya cuba guna bahan yang sama dgn resepi. Tapi kadang tu dah takde, nam wat cam ner.. buat la juga.
Sue Bee, geram tengok entry org lain yang pandai buat kek. Saya bila tengok blog org lain, saya akan cuba buat. Tengok kek Sue Bee semua cantik2 dan kemas jer. Saya setakat makan sendiri boleh la. Nak bagi org rasa pun kadang segan. Sebab tu kalau buat kek saya cuba guna bahan yang sama dgn resepi. Tapi kadang tu dah takde, nam wat cam ner.. buat la juga.
samala dgn saya DP, orang lain buat kek canteekkkk je. skali bila turn saya pulak post gambar kek, diri sendiri gelak tengok hahaha
saya pun dah lama tak buat kek, angin 'M' SB dah terkena saya kot, ataupun saya yang kirim angin tu kat SB hihihihi
untuk makan sendiri bolehlah Sofia. Nak bagi org tengok pun malu rasanya. Yang penting kena meRAJINkan diri.
kann..Sofia pon dah kena angin "M" yang SB bawa ni..kuikui!!..sabar je la ya..
Sue Bee ..Angin M bermusim tak pe, jangan sentiasa ada...bahaya juga tu. Tapi yang pasti Sue Bee dan Sofia tak begitu kan?
Catat Ulasan