Ubi Kayu - Sedap direbus dan buat kuih getuk ubi |
Sempena cuti hujung minggu dan sambutan hari pekerja, saya sekeluarga menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung. Yer la mak di kampung asyik tanya jer kenapa dah lama tak balik kampung. Bukan lama sangat pun padahal baru 2 bulan tak balik kampung. Ibu mana yang tak rindu pada anak-anaknya...mestilah rindu. Kita rasa macam baru jer balik kampung tapi mak kata dah lama tak balik.
Lengkuas - beli kat bandaraya mahal, kat kampung melambak-lambak |
Sehari semalam duduk di rumah mak sendiri, sehari semalam duduk di rumah mak mertua. Sebelum balik ke bandaraya, saya ambik kesempatan mengutip hasil kampung untuk bawa balik ke rumah sendiri.
Limau Kasturi - sebab suka makan sambal belacan |
Macam-macam hasil kampung yang saya ambik, tengok jer la gambar-gambar ni....ada lengkuas, limau kasturi, pucuk ubi, mempelam muda, bunga kantan dan ubi kayu. Semua hasil kampung ni saya ambil di rumah mak mertua.
Pelam muda - sedap untuk buat kerabu mangga / sambal belacan mangga |
Sebelum nak balik ke bandaraya, nak ambik la daun kesum untuk masak asam pedas dan daun limau purut untuk buat tom yam atau masak paprik. Tapi disebabkan balik tak singgah lagi rumah mak sendiri, tak dapatlah nak ambik hasil kampung tu. Sebabnya mak ikut adik ke JB...hantar barang-barang untuk adik yang bongsu. Baru dapat kerja di bandaraya JB juga. Adik dah gerak naik motor sendiri jadinya baju dan keperluan lain mak hantar naik kereta.
Bunga kantan - untuk masak asam pedas |
Bunga kantan ni memang sedap bila dimasukkan dalam kerabu mangga. Kalau masak asam pedas letak bunga kantan pun sedap juga sebab ada rasa masam-masam. Tapi hubby lebih suka masak asam pedas letak daun cik kesum....kalau letak bunga kantan, hubby kata jadi asam pedas Melaka...
Yer la tu....tapi saya tak kesah..dua-dua saya suka....(menunjukkan diri ni mmg kuat makan kan?)
Pucuk ubi - sayur favourite saya. |
Pucuk ubi pulak sayur kegemaran saya..suka kalau buat ulam cicah sambal belacan atau sambal asam atau sambal rebus. Tak pun masak lemak atau buat kerabu dan ditambah dengan taugeh yang segar.......mmmm.....memang banyak la saya makan. Teringat dulu masa zaman belajar, bila balik kampung cuti semester, mak tanya nak makan apa....saya jawab "nak makan sayur pucuk ubi masak lemak" ..hehehe...tu jer la yang saya suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan