Semalam hari terakhir program MISTI Negeri Johor di Persada, Johor Bahru. Program MISTI ni ialah program Minggu Sains dan Teknologi. Kawan pejabat ni jadi juruacara majlis penutupan. Jadi sebab dah bertugas dia pun sempatlah tukar lesen memandu daripada versi lama ke versi baru. Tak perlu ke pejabat JPJ untuk perbaharui lesen memandu sebab JPJ buka kaunter bergerak untuk tukar lesen memandu di hadapan Persada. Balik bertugas dari Persada, kawan tu pun menguar-uarkan maklumat tersebut. Apalagi berebutlah kawan-kawan di pejabat ni ke Persada untuk tukar lesen memandu.
Beratur di kaunter segera JPJ |
Aku pun tak kurang berebutnya. Yer la, sapa tak nak tukar lesen memandu yang lebih cantik kan. Tapi disebabkan aku dan Kak Yam (kawan pejabat) nak ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, jadi rasanya macam tak sempat jerrr nak ke Persada, Johor. Aku pun kirim pada En. Hamzah (kawasan secawangan) untuk tukar lesen memandu ni.
Lesen Berubah Wajah |
Ingatkan aku nak tukar lesen dari versi lama ke lesen versi baru, jadinya aku kirimlah Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Duit RM 10.00 pada En. Hamzaliah. Yer la, kot2 kena caj bayaran sebab tukar lesen kan...RM10.00, ok lah tu. Lagipun lesen aku tamat tempoh setahun lagi. Lama lagi tu. Bila Kak Yam tahu yang JPJ buka kaunter bergerak di Persada, dia pun nak tukar lesen juga. Apalagi terus ke Persada la jawabnya. Kalau aku tahu yang Kak Yam nak ke Persada, tak perlulah aku kirim pada En. Hamzah tadi. Mmmmm...tapi dah kirim kan...tunggu jer la lesen aku pada orang.
Lepas ke Persada, aku dan Kak Yam pun terus ke pejabat LHDN dengan matlamat nak buka e-filing, rakyat yang bertanggungjawab la katakan. Nak bayar cukai. "Kalau tak bayar nanti kena denda pulak. Lagipun cukai ni macam penyengat, kalau kita tak kacau atau usik pun, dia akan usik kita" ni lah antara kata-kata kawan kat pejabat dengan aku. Sebabnya semua orang sibuk isi borang e-filing untuk bayar cukai, tapi sepanjang aku kerja ni, aku tak pernah daftar atau bayar cukai. Pergi ke pejabat LHDN pun tak pernah.

Disebabkan nasihat kawan-kawan seopis ni lah aku pun dgn Kak Yam terus ke LHDN. Sampai jer ke Kaunter Pertanyaan, aku terus tunjuk Penyata Tahunan aku pada pegawai yang bertugas. Pegawai tu tanya, kerja kat mana. Aku dan Kak Yam cuma jawab, kerja kerajaan. Tapi bila tengok penyata tahunan aku yang tak seberapa gajinya, makanya dia pun cakap "Awak ni macam tanam pokok tak berbuah" "Kenapa pulak?" tanyaku. "Yerlah, gaji kecik lagi, memang tak payah bayar cukai. Kalau tanam pokok macam makan daun jer la awak ni. Kalau gaji tahunan dah masuk ke RM25k baru lah kena daftar". "Tapi saya ni tak perlu bukak e-filing ke?" "Yer, tak perlu pun. Buat apalah saya nak simpan fail yang tak mendatangkan hasil" jawab pegawai tersebut.
Ohh...alhamdulillah, saya dan Kak Yam dah ada jawapan pasti yang tak menyerabutkan kepala otak ni. Kalau tak semua kata kena buka fail la, kena daftar la, kena denda la, banyak la....tu la antara kata-kata kawan kat pejabat. Yer la, gaji diaorang sebulan dah sama gaji aku yang 3 bulan, mmg sah-sah lah kena bayar cukai. Aku setiap bulan mmg makan duit gaji jer, mana ada kelim-mengelim ni. Orang lain pulak, setiap bulan, kelim jer dah sama macam separuh gaji mereka. Kelim tu mmg wajib bagi orang lain tapi aku tak mengharapkan kelim. Cukuplah apa yang aku ada sekarang. Lega dah sekarang sebab tak perlu bayar cukai.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal lesen memandu tadi, dah terlajak cerita pasal cukai la pulak. Lesen tadi aku kirim pada en. Hamzah, bila balik dari pejabat LHDN aku terus minta pada En. Hamzah lesen baru aku. Dia pun beri lesen dan i/c aku. Lepas tu tunjukkan resit pembayaran. Semuanya berjumlah RM120.00. Mak ai...aku kirimkan RM10 jer tadi, rupa-rupanya En. Hamzah dah hidupkan lesen aku semaksimum yang boleh. (5 tahun). Disebabkan lesen aku ada tempoh setahun lagi, maka dia tambah 4 tahun lagi. Setahun bayarannya RM30, kalau 4 tahun kena RM120. Ni kan dah hujung bulan, nak tunggu gaji tinggal beberapa hari lagi, dia pun faham yang aku tengah pokai sekarang. Dia siap cakap dengan aku, bayar sikit-sikit....hahaha. Tapi aritu aku ada keluarkan wang simpanan sebab duit gaji dah habis buat belanja. Akhirnya duit yang aku keluarkan tu aku bayarkan untuk lesen memandu aku tu. Lagipun aku tak suka berhutang pada kawan-kawan. Selagi boleh bayar, lebih baik bayar. Dibuatnya aku lupa, mau tak berdosa. Selamatlah duit.....
8 ulasan:
Akhirnya dapat jugak buat baru kan
tak pa..bayar sikit2 baik dari tak bayar langsung..baik hati jugak encik yang tolong renew lesen tu..
Eda - teruja idah bila semua orang dah tukar lesen memandu yang baru. Lagipun lesen baru ni lagi berkualiti dan cantik. Sapa yang tak nak.
Sue Bee - tu la SB, saya ingatkan nak tukar versi baru jer, rupa-rupanya kawan dah tambah tempoh pulak. Nasib baik kawan tu berhati mulia, nak dulukan duit dia. Kalau orang lain mungkin susah juga nak dulukan duit utk orang lain, yer la nanti kalau tak bayar balik, mau tak menjerit. Tapi saya ni jenis tak suka berhutang, selagi boleh bayar, saya bayar saja.
Baru cerita pasal lesen hari tu awak dah tukar dulu yeh....mana aci ni hehe....
Tukar lesen kena bayo tak agaknya yek...
hainom OKje...ha ah...teruja juga nak tukar lesen baru ni...Dari dulu tukar lesen mmg bayar kan..setahun RM30. Yang penting lesen dah berwajah baru.
Kalau nak tukar yg keras je tak payah renew tak boleh ke?
hainom OKje...tu la pasal, saya tak pasti sbb mula2 saya pun cadang nak tukar yang versi baru jer...tapi dah kawan tu tambahkan tempoh tahun pulak...tu kena tanya JPJ la
Catat Ulasan