Hari pertama Alisha di taska, ialah pada 3 Oktober 2016 sebab ibu naik keje pada 9 Oktober 2016. Jadinya ibu nak cuba hantar Alisha di taska dulu, nak tengok ok ke tidak bila Alisha di taska. Hantar pukul 7.00 pagi sekali dengan Abg Aiman ke sekolah. Pukul 12.30 tgh hari, ibu pergi ke Taska untuk tengok dia dan susukan dia sekali. Pengasuh taska pun ambik Alisha dan beri pada ibu. Masa ambik Alisha tu, dia tengah menagis.
Terkejutnya ibu apabila tengok selimut Alisha dah kena najisnya. Bila buka rupanya baju dan seluarnya dan terkena dengan najis sekali. Ya Allah, apa dah jadi dengan anak ibu ni. Dah pukul 12.30 tgh hari tapi baju masih tak tukar, penuh dengan najis pulak tu. Bila ibu tanya pada pengasuh yang jaga baby kat situ, napa tak tukar lagi pampes baby ni, dia boleh jawab tak sempat. Tak kan lah dari pukul 7.00 pagi sampai pukul 12.30 tgh hari tak boleh tukarkan pampes baby ibu ni. Dah lebih 5 jam baby Alisha kat situ, tapi masih tak tukar baju & pampes lagi. Ibu cepat-cepat pergi bilik air taska dan tukarkan sendiri baju dan pampes baby Alisha, lepas tu susukan dia. Lepas susukan Alisha sampai kenyang ibu tinggalkan semula Alisha pada pengasuh kat situ. Ibu siap pesan lagi, tolong tukarkan pampes baby Alisha selalu sebab nanti punggung baby kena ruam lampin.
Semoga Allah SWT melindungi anak-anak ibu. |
Bila balik ke rumah, ibu ceritakan apa yang berlaku pada makcik. Menitis air mata ini bila tengok baby Alisha dibiarkan sahaja kat taska. Napa buat anak ibu macam ni? Kan ibu bayar duit pengasuh. Ibu hantar baby ke taska sebab dah takde pilihan lain, dah puas cari pengasuh untuk Alisha tapi semua tak nak sebab semua yang ibu tanya dah ramai mengasuh baby. Nak tak nak ibu kena hantar juga Alisha di taska walaupun dalam hati ini berat rasa untuk tinggalkan dia di Taska. Tapi ibu dah tak de pilihan lain. Disebabkan kejadian itu, hari-hari bila hantar Alisha di taska ibu akan pesan pada pengasuh kat situ supaya tukar pampes baby Alisha selalu. Pampes habis pun tak pe yang penting punggung Alisha tak kena ruam lampin. Mandi tu tak utama sangat sebab balik rumah nanti ibu boleh mandikan Alisha tapi ibu minta tolong sangat pada pengasuh kat situ supaya tukarkan lampin Alisha selalu. Hampir setiap hari bila hantar Alisha di taska, ibu akan pesan pada pengasuh kat situ.
Bila tanya pada pengasuh kat situ, napa biarkan anak ibu macam tu, pengasuh kat situ cakap budak yang jaga Alisha tu baru bekerja. Lepas tu baby pulak ramai, ada 8 orang. Yang mengasuh sorang je. Mana nak terlayan. Bila sorang menangis, semua menangis. Jadi untuk pastikan benda yang sama tak berlaku, setiap kali waktu rehat, ibu akan ke taska untuk susukan Alisha dan tengok baju Alisha dah tukar ke belum. Ibu hantar ke taska dengan harapan anak ibu dapat dijaga dengan baik, bukan dibiarkan sahaja. Ya Allah, lindungilah anak-anak ku sepanjang tidak bersama denganku. Aku mengharap padaMU Ya Allah kerana aku tidak mampu untuk memerhatikan anak-anak ku selalu. Semoga anak-anakku selamat di dunia dan akhirat. Aminnn...
2 ulasan:
Lama tak ke sini rupanya dah tambah ahli baru hihi....Tahniah ye....
Kadang kadang kita tak de pilihan kan....terpaksalah serahkan anak ke taska nak buat macam mana. Berdoa ajelah DP, moga anak anak kita baik baik aje
tu lah hainom OKje, nak buat macam ner, dah puas cari pengasuh tapi takde. Ada juga orang nak jaga tapi rumah dia di tingkat 2. Dah lah saya ni duduk di tingkat 4 blok yang lain, rasa tak terkejar pulak nak naik tangga lagi di tingkat 2. Tambahan pulak bila hari hujan, bertambah lah mencabar. Sebab tu hantar jer di taska dengan abang dia sekali. Mudah2an anak-anak saya selamat di taska.
Catat Ulasan