Tak Lama Lagi Pindahlah
Umur dah semakin meningkat, rasanya dah tak larat nak mendaki tangga rumah yang 4 tingkat ni. Dengan dukung baby lagi, bawa handbag, bawa beg taska Alisha, bawa beg sekolah Abg Aiman yang 4 buah tu, bawa baju sekolah Abg Aiman lagi, bawa sampah lagi. Penuh tangah ni bergentel-gentel dengan barang. Sebab tu bila hujung minggu jer siapkan semua baju sekolah Abg Aiman dan hantar dulu di kereta. Susun elok-elok dalam bonet. Malam hari baru turunkan beg sekolah Aiman dan beg taska Alisha. Jadinya pagi nak pergi kerja tu tak lah banyak sangat nak bawa barang. Dukung Alisha & bawa sampah jer.
|
Lantai dapur dan dinding dah siap |
Tapi sebab rumah tinggi sangat dengan bawa barang yang banyak, menangis pulak mak mertua bila memikirkan saya ni. Saya yang dah lalui hari-hari tak de masalah, tapi mak mertua pulak yang sedih bila mengenangkan saya ni. Jadinya dia suruh saya pindah ke rumah tingkat 1. Rumah tingkat 1 ni memang saya dah beli lama sejak Aiman baby lagi, tapi saya tak pernah duduk kat situ. Makcik yang duduk rumah tu. Saya pulak duduk rumah tingkat 4, rumah makcik ni. Yer lah, kesian pulak nak suruh makcik duduk rumah tingkat 4 dengan usia yang dah banyak dan sakit kaki. Jadinya biarlah saya mengalah.
|
Wak Aris lah yang banyak membantu, tq wak. |
Tapi bila baby Alisha lahir dan saya pun dah nak naik kerja, tetiba jer makcik cakap " kau duduklah kat rumah tingkat 1 tu, biar Mak Nok duduk dengan Uda". Kesian tengok ko bawa barang banyak dengan baby Alisha lagi bila nak pergi kerja. Sebab dia pun dah cakap begitu saya setuju jer lah. Kalau boleh sebelum naik kerja haritu makcik suruh saya pindah terus. Dia kata bawa jer peti ais dan dapur ke rumah tu sebab dapur yang ada dah rosak. Alang-alang nak duduk rumah sendiri, lebih baik saya renovate dulu. Pasang tile, buat singki dan betulkan bilik air. Selesa sikit. Kalau pakai tikar getah, penat nak tukar tikar getah jer lah setiap tahun sebab asyik koyak jer.
|
Bilik depan dah siap |
Makcik pun setuju nak kemaskan barang-barang yang ada kat rumah tingkat 1. Jadinya cuti hujung minggu jer saya kemaskan barang kat rumah tu. Buang apa yang patut untuk pasang tile. Suruh Wak Aris, tukang kebun pejabat ni carikan orang buat rumah. Sekarang pun dah nak siap buat rumah. Tak lama lagi boleh lah duduk rumah sendiri. Sebelum Abg Aiman masuk ke darjah 3 tahun depan, bolehlah duduk di rumah sendiri.
|
Lantai bilik belakang sikit lagi siap. |
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net
4 ulasan:
Assalamualaikum Desa Permai,
Salam perkenalan dihulurkan..
Alhamdulillah, ada juga orang yang memahami kesusahan DP.. Semoga makcik yang menolong dipermudahkan segala urusan..
Waalaikumusalam LZ ..alhamdulillah, syukur sangat sebab lepas ni dah tak payah naik rumah yang tinggi sangat. Kadang kita ni dah rumah sendiri, nak tak nak kena harung juga. Memang betul LZ, semoga makcik saya tu dipermudahkan urusannya dan sihat sejahtera hendaknya.
wah!!!! tahniah misah
eda ..alhamdulillah syukur sangat eda..tak lama lagi siaplah rumah.
Catat Ulasan