Isnin, 21 April 2014

Lesen Memandu Dah Baru

Semalam hari terakhir program MISTI Negeri Johor di Persada, Johor Bahru. Program MISTI ni ialah program Minggu Sains dan Teknologi. Kawan pejabat ni jadi juruacara majlis penutupan. Jadi sebab dah bertugas dia pun sempatlah tukar lesen memandu daripada versi lama ke versi baru. Tak perlu ke pejabat JPJ untuk perbaharui lesen memandu sebab JPJ buka kaunter bergerak untuk tukar lesen memandu di hadapan  Persada. Balik bertugas dari Persada, kawan tu pun menguar-uarkan maklumat tersebut. Apalagi berebutlah kawan-kawan di pejabat ni ke Persada untuk tukar lesen memandu. 



Beratur di kaunter segera JPJ



Aku pun tak kurang berebutnya.  Yer la, sapa tak nak tukar lesen memandu yang lebih cantik kan. Tapi disebabkan aku dan Kak Yam (kawan pejabat) nak ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, jadi rasanya macam tak sempat jerrr nak ke Persada, Johor. Aku pun kirim pada En. Hamzah (kawasan secawangan) untuk tukar lesen memandu ni. 


Lesen Berubah Wajah
Ingatkan aku nak tukar lesen dari  versi lama ke lesen versi baru, jadinya aku kirimlah Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Duit RM 10.00 pada En. Hamzaliah. Yer la, kot2 kena caj bayaran sebab tukar lesen kan...RM10.00, ok lah tu. Lagipun lesen aku tamat tempoh setahun lagi. Lama lagi tu. Bila Kak Yam tahu yang JPJ buka kaunter bergerak di Persada, dia pun nak tukar lesen juga. Apalagi terus ke Persada la jawabnya. Kalau aku tahu yang Kak Yam nak ke Persada, tak perlulah aku kirim pada En. Hamzah tadi. Mmmmm...tapi dah kirim kan...tunggu jer la lesen aku pada orang. 


Lepas ke Persada, aku dan Kak Yam pun terus ke pejabat LHDN dengan matlamat nak buka e-filing, rakyat yang bertanggungjawab la katakan. Nak bayar cukai. "Kalau tak bayar nanti kena denda pulak. Lagipun cukai ni macam penyengat, kalau kita tak kacau atau usik pun, dia akan usik kita" ni lah antara kata-kata kawan kat pejabat dengan aku. Sebabnya semua orang sibuk isi borang e-filing untuk bayar cukai, tapi sepanjang aku kerja ni, aku tak pernah daftar atau bayar cukai. Pergi ke pejabat LHDN pun tak pernah.

Disebabkan nasihat kawan-kawan seopis ni lah aku pun dgn Kak Yam terus ke LHDN. Sampai jer ke Kaunter Pertanyaan, aku terus tunjuk Penyata Tahunan aku pada pegawai yang bertugas. Pegawai tu tanya, kerja kat mana. Aku dan Kak Yam cuma jawab, kerja kerajaan. Tapi bila tengok penyata tahunan aku yang tak seberapa gajinya, makanya dia pun cakap "Awak ni macam tanam pokok tak berbuah" "Kenapa pulak?" tanyaku. "Yerlah, gaji kecik lagi, memang tak payah bayar cukai. Kalau tanam pokok macam makan daun jer la awak ni. Kalau gaji tahunan dah masuk ke RM25k baru lah kena daftar". "Tapi saya ni tak perlu bukak e-filing ke?" "Yer, tak perlu pun. Buat apalah saya nak simpan fail yang tak mendatangkan hasil" jawab pegawai tersebut. 

Ohh...alhamdulillah, saya dan Kak Yam dah ada jawapan pasti yang tak menyerabutkan kepala otak ni. Kalau tak semua kata kena buka fail la, kena daftar la, kena denda la, banyak la....tu la antara kata-kata kawan kat pejabat. Yer la,  gaji diaorang sebulan dah sama gaji aku  yang 3 bulan, mmg sah-sah lah kena bayar cukai. Aku setiap bulan mmg makan duit gaji jer, mana ada kelim-mengelim ni. Orang lain pulak, setiap bulan, kelim jer dah sama macam separuh gaji mereka. Kelim tu mmg wajib bagi orang lain tapi aku tak mengharapkan kelim. Cukuplah apa yang aku ada sekarang.  Lega dah sekarang sebab tak perlu bayar cukai.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal lesen memandu tadi, dah terlajak cerita pasal cukai la pulak. Lesen tadi aku kirim pada en. Hamzah, bila balik dari pejabat LHDN aku terus minta pada En. Hamzah lesen baru aku. Dia pun beri lesen dan i/c aku. Lepas tu tunjukkan resit pembayaran. Semuanya berjumlah RM120.00. Mak ai...aku kirimkan RM10 jer tadi, rupa-rupanya En. Hamzah dah hidupkan lesen aku semaksimum yang boleh. (5 tahun). Disebabkan lesen aku ada tempoh setahun lagi, maka dia tambah 4 tahun lagi. Setahun bayarannya RM30, kalau 4 tahun kena RM120. Ni kan dah hujung bulan, nak tunggu gaji tinggal beberapa hari lagi, dia pun faham yang aku tengah pokai sekarang. Dia siap cakap dengan aku, bayar sikit-sikit....hahaha. Tapi aritu aku ada keluarkan wang simpanan sebab duit gaji dah habis buat belanja. Akhirnya duit yang aku keluarkan tu aku bayarkan untuk lesen memandu aku tu. Lagipun aku tak suka berhutang pada kawan-kawan. Selagi boleh bayar, lebih baik bayar. Dibuatnya aku lupa, mau tak berdosa. Selamatlah duit.....

8 ulasan:

eda berkata...

Akhirnya dapat jugak buat baru kan

Sue Bee berkata...

tak pa..bayar sikit2 baik dari tak bayar langsung..baik hati jugak encik yang tolong renew lesen tu..

DESA PERMAI berkata...

Eda - teruja idah bila semua orang dah tukar lesen memandu yang baru. Lagipun lesen baru ni lagi berkualiti dan cantik. Sapa yang tak nak.

DESA PERMAI berkata...

Sue Bee - tu la SB, saya ingatkan nak tukar versi baru jer, rupa-rupanya kawan dah tambah tempoh pulak. Nasib baik kawan tu berhati mulia, nak dulukan duit dia. Kalau orang lain mungkin susah juga nak dulukan duit utk orang lain, yer la nanti kalau tak bayar balik, mau tak menjerit. Tapi saya ni jenis tak suka berhutang, selagi boleh bayar, saya bayar saja.

OKje berkata...

Baru cerita pasal lesen hari tu awak dah tukar dulu yeh....mana aci ni hehe....
Tukar lesen kena bayo tak agaknya yek...

DESA PERMAI berkata...

hainom OKje...ha ah...teruja juga nak tukar lesen baru ni...Dari dulu tukar lesen mmg bayar kan..setahun RM30. Yang penting lesen dah berwajah baru.

OKje berkata...

Kalau nak tukar yg keras je tak payah renew tak boleh ke?

DESA PERMAI berkata...

hainom OKje...tu la pasal, saya tak pasti sbb mula2 saya pun cadang nak tukar yang versi baru jer...tapi dah kawan tu tambahkan tempoh tahun pulak...tu kena tanya JPJ la

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu