Ahad, 21 Oktober 2012

Nak kurus sgt???

Begini citernya, aku dah makan Acai Berry sejak raya haritu, yer la...mula2 adik ipar sponser sbb dia yg jual. Satu botol tu ada 30 biji, aku makan 15, hubby makan 15 biji... Dah abis tu aku tak makan lg, bila timbang, turun 1kg jer..mmm...jadi aku buat tak kisah jer la. Badan pulak makin naik, sejak bersalin haritu tak nak turun, dah puasa sebulan pun masih sama jer. Hubby lak order lg, tapi dia sorang yg mkn, aku tak mkn pun sbb mahal hg nya, nak  beli pun kena pikir byk kali. Masa raya hari tu mmg baju raya kena besarkan lg, baju raya tahun lepas pun dah sendat terutama tang perut & punggung..tu yg geram sgt2.. Pastu mak mertua tegur, dia kata badan aku dah naik. Bila tengok adik ipar yg bongsu tu, makan Acai Berry 2 botol, dah slim sampai kena kecikkan baju, tu yg jelous..apalagi aku pun terus order lg. Kali ni hubby yg bayarkan, bila timbang ada la jg turun sikit..dari 71kg - 67 kg. Lepas abis tu aku order lg dgn mak mertua pulak, utk hubby sebotol aku sebotol..bila g belanja kat Giant, Tampoi, tempat pertama yg kami singgah ialah timbang badan..nak tengok jg ada tak perubahannya...bila aku timbang berat dah jadi 65kg...mmmm....masih byk lg, kalau boleh aku nak berat bdn aku jadi 50kg, mcm dulu2...sblm mengandung ank pertama dulu berat bdn aku cuma 56kg je..bila dah dpt 2 org anak..berat tu jadi tebalik la pulak. Tu yg aku obses nak kuruskan bdn, tambahan pulak baju byk tak muat terutamanya baju blouse...sedih kan, pakai seluar panjang pun dah sendat, byk yg sempit...byk petua aku amalkan termasuk tak mkn nasi, mkn sehari sekali jer. Tp masih tak berhasil. Baju dah byk yg bagi kat org, tak pun bwk balik kg bgi kat anak sedara atau sapa2 yg nak..bukan tak nak pakai lg baju tu tp sbb dah tak muat terpaksa korbankan jg la...bila tengok baju ada kat almari tp tak leh pakai pun nak wat apa, lebih baik tak nampak depan mata. Berbalik semula kpd Acai Berry td, pagi ni aku sampai kat opis terus punch card n ambik surat kabar utusan Jumaat lepas, lepas tu aku selak satu persatu surat kabar tu...tiba2 keluar citer pasal produk pelangsingan yg dirampas oleh Kastam dan Kementerian Kesihatan di KLIA. Katanya produk tu ada "SIBUTRAMINE" iaitu racun yg boleh menyebabkan tekanan darah dan risiko kpd pesakit jantung & boleh membawa MAUT. Berderau darah aku bila baca citer ni, mana tak nya, aku dah termakan 2 botol setengah...yg jual pulak adik ipar sendiri. Apa lg, aku pun hantar mesej kat adik ipar, ada tak dia terbaca citer ni, dia kata ada..tp tu bkn produk dia..Yg dia jual, ok lg..bila aku check dia punya blog pun masih ada jg....tp aku dah mula seriau..kata org utara. Mana tak nya, anak kecik2 lg ...Ya Allah, slmtkan la hambamu ini. Sebenarnya, nak kurus kena la bersenam n jaga pemakanan. Bukan mkn ubat itu & ini, pastu leh kurus dlm sekelip mata. Skrg lak, byk penyakit berbahaya menyerang rakyat Malaysia walaupun umur masih muda. Ni membuatkan aku bertambah takut..Semoga aku sihat dan terus sihat serta dpt menjalankan kehidupan ini dgn lebih ceria.

1 ulasan:

DESA PERMAI berkata...

smlm ptg, sampai jer rmh terus call mak mertua pasal citer kat surat kabar tu. Dia kata, diana baru jer balik dr Indon utk ambil stok sbyk 1000 botol, wahhh byknya, abis tu dia tak takut ker? tp mak mertua kata yg diana jual ni ok, yg jenama lain tu yg ada racun. skrg diana dah dpt lesen dpd kem. kesihatan m'sia....yer la, aku doakan semoga yg dia jual ni takde pape2, risau gak kalau kena tangkap, tak pasal2 masuk lokap...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu