Hari Khamis petang, lepas balik kerja Acik telefon ajak berbuka puasa di Tasek Merdeka, JB..depan RTM Johor. Acik nak booking tempat, jadi dia nak confirmkan sama ada aku nak ikut atau tak. Aku tak kesah sebenarnya buka kat mana-mana pun janji senang nak solat Maghrib. Aku pun call la En. Hubby yang belum balik dari pejabat lagi. Dia pulak tak nak pergi berbuka kat Tasek Merdeka, alasannya dia ada kerja. Tapi dia benarkan aku pergi berbuka dgn acik.
Hari Sabtu, selepas solat Asar Mak Nok ambik aku untuk ke rumah Acik. Aku pergi dgn anak-anak dan acik sekeluarga. Mak Nok dan Uda pun ikut juga. Lepas tu terus ke Tasek Merdeka, JB untuk tunggu waktu berbuka. Masa berbuka tinggal setengah jam, orang pun berpusu-pusu mengambil juadah yang disediakan. Aku pun ambik la juga. Mula-mula ambikkan nasi Aiman dgn Ayam Masak Merah...lauk kegemaran dia. Lepas tu baru aku ambik nasi untuk aku pulak. Bila aku nak ambik jer nasi, nasi kat buffet set dah licin....mak aiii..kejapnya abis. Ambik jer la apa yang ada. Aku ambik la sate 6 cucuk dan sedikit buah tembikai..tu jer.
![]() |
Sampai penuh meja dibuatnya..semua nak dirasa |
Mak Nok ambik nasi putih, tapi lauknya pun dah abis. Lambat pulak catering ni nak tambah. Yer la, dia letak makanan sikit, orang pulak ramai...kejap jer la habisnya. Tambahan pulak bulan puasa, mesti orang teruja tengok makanan yang macam-macam. Rasa nak makan semuanya sebab tu ambik sampai penuh pinggan...last2 bukan makan sangat pun.
Tapi rasa makanan kat sini macam tak berapa nak uummmpphh... la...tawar. Yer la, dah bulan puasa mesti la tak boleh nak merasa kan tukang masak tu. Tapi kalau dah setiap hari memasak mesti dia tahu nak sukat bahan perasanya. Rasanya kalau makan kat rumah lebih kaww..kawww...
Lepas berbuka dan solat Maghrib, Aiman dan Aisy sibuk nak berjalan-jalan di kawasan Tasek Merdeka...Seronok Aisy dapat lepas bebas..selalu kena kurung je. Lepas tu kami semua pergi la ke Bazar Karat, JB. Pertama kali aku sampai ni walaupun Bazar Karat ni dah lama wujud tapi tak pernah pergi pun. Masa di Bazar Karat ni Aiman dah merajuk nak ajak balik. Dia kata ngantuk la...terpaksa la pujuk dia. Mak Nok ajak beli mercun pop..pop...dan bunga api....terus tak jadi balik. Habis mercun pop..pop...dia main kat depan Pejabat Pos...Aisy pun bukan main seronok dapat bebas berjalan-jalan. Terpusing sana sini dia....pukul 10.00 malam baru balik rumah. Aiman balik rumah Acik, aku balik la dgn Aisy...