Ahad, 26 Oktober 2014

Kerutuk Ayam & Daging


Selalu asyik masak kari Ayam atau daging, sekarang nak cuba kelainan pulak. Cuba masak Kerutuk Ayam...dah banyak kali la juga masak gunakan serbuk Kerutuk Ayam dan Daging Adabi ni, rasanya sangat sedap dan menyelerakan. Kerutuk ni sebenarnya masakan orang Che Siti Wan Kembang.......Kelantee.


Kalau beli mesti 2 -4 paket sebab nak simpan dalam peti ais, senang bila nak masak nanti. Tak perlu bekejar ke kedai bila teringin makan Kerutuk Ayam atau Daging. Anak-anak dan suami pun suka makan kerutuk ayam dengan gunakan perencah Adabi ni.


Resepinya ada di belakang peket serbuk Kerutuk ni. Senang je, ikut arahan yang diberikan dan siaplah masakan kita. Cuma perlu tambah kerisik dan santan. Yang lain macam biasa, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas, air asam jawa dan yang penting ada ayam atau daging. 


Kuih Kasturi

Kasturi Kacang Hijau 

Tetiba teringin pulak nak makan kuih kasturi. Zaman kecik-kecik dulu selalu jumpa kuih kasturi ni bila ada kenduri kendara. Tapi sekarang susah nak jumpa sebab dah banyak kuih moden. Kuih kasturi ni dihasilkan daripada kacang hijau yang direbus sampai lembut, ditambah dengan sedikit gula melaka dan kelapa. Kemudian dibentukkan menjadi bulat-bulat dan leper. Lepas tu celupkan dengan tepung dan goreng. Kemudian bolehlah makan untuk sarapan atau minum petang.

Kuih Tradisional
Tapi yang ini saya tak buat sendiri. Saya beli yang segera punya, balik kerja tetiba teringin nak makan kuih kasturi ni, jadi nak cepat, beli jer di @Mart, Kempas. Sampai jer rumah terus goreng untuk minum petang. Sedapnya lah bila dapat makan kuih kegemaran kita ni. Sepeket kecil - 12 biji, harganya RM4.50. Saya beli  yang peket besar, ada 24 biji harganya RM8.50.









Sabtu, 25 Oktober 2014

Keria Keledek Lagi

Keria Keledek Kegemaranku 



 Disebabkan dah suka makan kuih keria ni, saya akan buat lagi dan lagi...macam tak jemu pulak bila dah banyak kali buat kuih keria ni sebab dah memang gemar makan kuih ni. Hari Jumaat bila pergi ke Pasar untuk beli lauk pauk, dan sayur, sempat la juga mencari keledek putih untuk buat keria ni. Beli dua ketul jer tapi hasinya dah banyak dan siap simpan lagi yang masih belum goreng dalam peti ais. Bolehlah buat makan petang bila balik kerja nanti.



Sedapnya kuih keria ni

Antara bahan-bahannya :


  1. Keledek Putih 2 ketul
  2. Tepung Gandum
  3. Sedikit Garam
  4. Gula
  5. Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Membuatnya :

  1. Kopek keledek putih dan potong 2 atau 4. 
  2. Bersihkan dan rebus sehingga empuk.
  3. Selepas empuk, toskan airnya. Lenyek keledek sampai betul-betul lembut dan tiada lagi yang berketul. Lenyek masa tengah panas supaya senang nak lembut.
  4. Masukkan sedikit garam dan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tapak tangan. Kalau terlebih tepung, keria akan menjadi liat dan kalau kurang tepung, kuih tak akan menjadi bila digoreng.
  5. Setelah adunan sebati, bulat-bulatkan dan buat lubang ditengah-tengah.
  6. Panaskan minyak dan goreng kuih keria.
  7. Ambil kuali lain dan masukkan sesenduk gula dan 1/2 cawan air. Masak gula hingga cair dan berbuih-buih. Apabila buih-buih semakin besar dan gula semakin pekat, masukkan kuih keria dan gaul sehingga rata pada semua kuih keria. Gaul sehingga gula menjadi kering dan berkeping-keping.
  8. Siap dan boleh hidangkan untuk minum petang.


Sian Aisy dan Aiman

Sempena Maal Hijrah ni, kita berdoa semua yang baik-baik. Minta pada Allah SWT semua yang baik-baik semoga perjalanan hidup kita yang tinggal ini semua baik-baik sahaja. Tapi kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Bulan ni, aku diuji lagi apabila anak-anak tiada pengasuh. Selalu bila Mak Ony tak boleh jaga, aku minta tolong pada Mak Uda dan Mak Nok...tapi kali ni mereka semua pergi bercuti...melancong ke utara tanah air selama seminggu. Seminggu tu dah macam bertahun aku rasakan apabila anak-anak tiada pengasuh dan terpaksa juga pergi ke pejabat untuk melaksanakan tugas. Kalau nak bercuti hari-hari, mesti orang akan bising...asyik bercuti jer. Tak kan masalah anak tak boleh settel.


Ibu sayang sangat pada kamu, permata hati ibu.

Selasa 21 Oktober, aku ada kursus di MPC....anak pulak takde sapa yang jaga. Bos pulak suruh pergi taklimat GST di Batu Pahat. Aku terpaksa cakap pada bos yg anak aku takde sapa yang jaga. Bukan aku tak nak pergi, tapi dah ada masalah, macam ner nak kerja dengan bawa anak-anak. Akhirnya aku pergi juga Kursus di MPC, BBU dengan membawa Aiman dan Aisy. Biasalah bila bawa budak tengah nak membesar ni, dah tu lasak, memang tak berkursus la jawabnya. Aku duduk pun di kerusi paling belakang supaya senang nak keluar masuk. Aiman dan Aisy pulak tak nak duduk diam. Aiman boleh dengar kata lagi, tapi Aisy apa yang dia tahu. Dia nak main dan main jer lah. Aku terpaksa melayan Aisy je la sepanjang berkursus di MPC. Bukan dengar ceramah tapi melayan karenah anak-anak aku. Aisy menjerit nak minta ultraman la, nak main tangga la, nak jajan la. 



Aisy di pejabat ...belajar tulis dan melukis

Selepas habis berkursus, singgah di pejabat sebab nak solat Zuhur. Aisy dah meragam dan tak terkawal lagi. Dia menangis dan menangis sebab letih. Sepanjang hari ni  belum berehat dan tak tidur lagi. Biasanya kalau dia kat rumah Mak Ony, pagi dia akan tidur sekejap, bangun tidur makan dan main-main. Petang dia akan tidur sekali lagi barulah mandi dan main-main. Tapi kali ni, memang sedih sebab terpaksa bawa anak-anak ke pejabat. Dah puas aku pujuk tapi tak jalan. Aiman pun pujuk tapi dia tah mahu. Sebenarnya dia dah letih dan nak berehat dan tidur. Macam tu lah rutin harian dia bila berada di rumah Mak Ony. Bila Aiman pujuk dan dia tak mahu juga, habis dia meronta-ronta sampai terjatuh di halaman pejabat ni. Luka lah tangan dia terkena tar jalan.

Bekal untuk anak-anak 


Lepas tu aku pujuk dia, aku cakap "ibu nak solat sekejap, lepas tu kita balik yer sayang" barulah dia diam sambil minum susu. Habis jer solat zuhur, aku bawa Aisy ke Klinik Kesihatan sebab dia kena checkup berat badannya 3 bulan sekali sebab berat tak naik-naik. Menunggu la juga di Klinik Kesihatan. Sepatutnya Aisy kena checkup pada hari Rabu tapi disebabkan Rabu cuti umum sempena Hari Deepavali, aku bawa dia awal. Lagipun dah dia ada dengan aku, terus jer la ke Klinik. Lepas habis checkup Aisy di Klinik Kesihatan, Aiman mengadu yang dia lapar. Aisy dah tertidur masa masuk jer dalam kereta. Memang dia letih sangat harini. Aku ajak Aiman makan di Medan Selera, BBU. Aiman nak makan roti canai tapi kedai pulak baru bukak, jadinya yang ada hanya nasi campur, nasi ayam dan mee. Maka aku ajak Aiman makan nasi ayam jer...Aisy pulak lena dalam pelukanku. Hujan turun dengan lebatnya masa tengah makan. Habis jer makan, aku terus bayar harga makanan tapi aku tak terus balik sebab nak tunggu hujan teduh. Yerlah dah Aisy tertidur dalam pelukanku, nak pandu kereta lagi, nak dukung Aisy bila sampai ke rumah lagi...tak kan aku nak redah hujan yang lebat tu. Tak sampai hati rasanya biarkan anak berhujan. Jangan kata anak, kita pun boleh demam bila kena hujan.

Sampai jer rumah, Aisy masih tak terjaga. Aku dukung dia naik ke rumah aku yang nun di atas kayangan. Tingkat 4 tu dengan dukung Aisy dan bawa beg lagi. Memang letih la tangan dan kaki ni. Sampai jer rumah terus masukkan Aisy dalam buaian. Aku terus kemas rumah sekejap dan basuh baju. Masak nasi dengan lauk sardin jer. Tu jer lah yang aku mampu sediakan untuk makan malam hari ni sebab dah letih sangat. Aiman mandi dah terus tertidur. Dia pun letih juga sebab seharian ikut aku berkursus. Sambil duduk berehat sekejap di atas sofa, menitis air mata aku ni sebab badan memang terasa letih sangat. Kaki lenguh mengejarkan anak. Walaupun letih tapi aku masih laksanakan tugas di rumah.Dah tanggung jawab kita, nak tak nak kita kena laksanakan juga.

Rabu, 15 Oktober 2014

Ikan Kaci Masak Sambal



Pening juga memikirkan menu untuk masak setiap hari. Inilah masalah saya bila setiap hari bangun tidur terus nak berperang di dapur, nak masak untuk keluarga. Bila hari ini saya masak ikan esok saya akan masak ayam, tulat masak ikan balik, lepas tu masak telur pulak, lepas tu masak daging pulak.


Setiap hari memasak, jadi saya akan tukar-tukar selera. Kalau harini masak asam pedas, esok saya masak kari, lepas tu masak kicap, lepas tu rendang, lepas tu masak kerutuk, lepas tu sup...tapi lama-lama jemu juga. Bukan orang yang makan jer jemu, yang tukang masak ni pun naik jemu juga. Bila saya masak pun saya tak makan sangat. Setiap kali masak memang untuk anak-anak dan En. Hubby jer.


Disebabkan dah takde idea nak masak apa, maka saya goreng kan ikan kaci dan saya buatkan sambalnya. Makan ikan goreng saja jer pun tak de selera pulak, kena la ada penambah rasa...pedas, masam, masin dan manis. Baru berselera bila makan. 


Selasa, 14 Oktober 2014

Piala Sempena Sukaneka


Aiman suruh ambik gambar piala sempena sukaneka Tabika Perpaduan yang dia dapat, nak tunjuk pada nenek di kampung.

Sibuk la Abg Aiman menyusun piala dia dari semalam sampai ke pagi tadi nak pergi sekolah.


Sebab masuk banyak acara, banyaklah piala Abg Aiman dapat. Walaupun bukan Juara tapi sekurang-kurangnya adalah hadiah buat dia. Seronok la dia, cikgu bagi piala ni. Siap suruh ibu belikan almari untuk letakkan piala dia ni. Nanti kalau ada rezeki lebih, bolehlah ibu belikan almari buat letak piala Abg Aiman ni.


Ahad, 12 Oktober 2014

Hari Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Johor Bahru



Semalam, 12 Oktober 2014 adalah hari Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Johor Bahru. Semua tabika berkumpul di Padang Taman Perumahan Sri Stulang, Johor Bahru untuk bersukaneka bersama-sama. 


Macam biasa, seawal jam 5.00 pagi saya dah bangun untuk menyediakan makanan untuk santapan sekeluarga. Harini ibu dan ayah  dengan  rela hatinya mengambil Cuti  Rehat Cuti Kecemasan   sebab nak bagi sokongan moral kepada anak ibu yang montel ni bersukaneka. Kan nanti  Abg Aiman sedih pulak bila ibu dan ayah tak datang tengok dia bersukaneka. Ibu dan Aisy pun datang sama ke Program Sukaneka Tabika Perpaduan. Naik bas dengan kanak-kanak riang ni...naik bas kilang lagi. Dah lama tak merasa naik bas kilang, dulu naik bas zaman kerja kilang lepas SPM dan STPM ...sekarang dah bawak kereta  sendiri bila pergi balik kerja. Kena ada perubahan la katakan.



Tahun lepas masa dia umur 5 tahun ada juga program Sukaneka tapi sebab tahun lepas cikgu kata sesiapa yang tak masuk apa-apa acara atau bahagian boleh tak pergi, maka Aiman pun tak pergilah ke Sukaneka tahun lepas. Walaupun tak pergi bersukaneka tapi semua murid dapat juga medal...yer la anak-anak kecik kan....kalau tak beri mau dia melaung menangis tak nak berenti sebab tengok kawan lain dapat hadiah. 


Tahun ni, Aiman masuk banyak acara Sukaneka. Cikgu Erin memang harapkan dia la tapi apakan daya...hanya satu acara sahaja yang dapat hadiah. Yang lain semua kalah. Tak per lah Abg Aiman, dah nama pun bersukan, mestilah ada kalah dan menang. Lepas ambik hadiah Cikgu Erin kumpulkan semua hadiah (piala) sebab nak beri masa kat kelas nanti. 



Sampai jer ke Padang  Perumahan Sri Stulang program dah bermula iaitu perbarisan kanak-kanak Tabika Perpaduan Johor Bahru. Tabika Perpaduan Skudai Kanan, BBU terlambat sampai pulak...makanya sampai jer terus masuk ke perbarisan la jawabnya. 


Lepas perbarisan, ada ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Tan Sri Shahril Samad. Walaupun program ini untuk kanak-kanak tapi saya respek la YB sebab sudi datang merasmikan majlis ni. Sebab tu rakyat sayang kat YB Shahril Samad sebab sudi meluangkan masa untuk sama-sama dengan kanak-kanak yang ceria ni. 


Sebenarnya ramai juga ibu bapa yang datang turut serta dalam Sukaneka ni. Nak bagi sokongan moral kepada anak masing-masing. Walaupun ada yang tak masuk apa-apa acara sukan tapi masih turut serta bersama-sama yang lain meramaikan penonton dan memberi sokongan kepada sekolah masing-masing. Terjerit-jerit semua beri sokongan kepada anak-anak mereka. 




Selepas habis acara Sukaneka, semua kanak-kanak Tabika Perpaduan Taman Skudai Kanan ke Dewan Taman Skudai Kanan sebab kawan sekelas Aiman iaitu Adam menyambut hari lahirnya. Besar-besaran juga dia buat majlis sambutan hari lahirnya. Macam-macam makanan ada. 





Aisy la yang paling seronok harini sebab dapat lepas bebas. Kat padang pun asyik hilang jer la dia. Ibu tengah berbual dengan ayah, tetiba jer dia hilang dari pandangan mata. Ingatkan dia main dengan Abg Aiman, rupanya dia tuju ke khemah Tabika lain. Nasib baik baju dia lain daripada yang lain, jadi senang sikit nak cam...ibu ni lah asyik berlari mengejar Aisy ni. Bebas betul harini dia.




Kanak-kanak semua seronok sebab ada maskot Tupai ni. Ibu Adam panggil Marrybrown untuk Sambut Hari Jadi Adam. Aiman boleh tanya pada maskot ni "Tupai, awak berasal dari planet mana?" ...aduhai Aiman ni lah ...malu ibu dibuatnya.



Riang gembira la semua kanak-kanak ni dihiburkan oleh maskot ni. Semua sibuk nak peluk dan pegang maskot tu.

Rabu, 8 Oktober 2014

Daging Korban Masak Hitam Sedap dan lembut

Sedap dan Lembut


Selalu kalau beli daging saya suka masak kari atau masak sup. Tapi kali ini saya buat daging korban masak hitam. Daging ni Mak Ony yang bagi sebab masa Hari Raya Aidiladha hari tu, kawasan perumahan ini ada buat korban...2 ekor lembu. Mak Ony kata, Jakel yang sedekahkan lembu tu. Saya balik kampung malam Jumaat untuk sambut Hari Raya Aidiladha kat kampung jadi memang tak berkesempatan melihat majlis korban di rumah sendiri.


Daging korban


Hasil daripada daging korban tu saya masak kicap hitam. Tak pedas sangat sebab masak untuk anak-anak. En. Hubby kata sedap...terbaik la daging ni. 

Antara bahan-bahannya:
  • Daging lembu - direbus dan dipotong kecil-kecil
  • Lada kering 8 tangkai
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Halia sedikit
  • Lengkuas
  • Serai 3 batang
  • Lada hitan sesudu - tumbuk
  • Sedikit kicap pekat, kicap manis dan kicap masin.
  • Sedikit Sos Tomato
  • Minyak Masak
  • Sedikit gula, garam dan serbuk perasa.
  • Lada besar dibelah dua. 
Cara-cara memasak :


                • Lada kering, Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Lengkuas dan Serai diblender  hingga lumat dan hancur.
                • Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan yang diblender tadi. Masak hingga garing dan pecah minyak.
                • Masukkan sedikit sos  tomato dan kacau lagi. Tambah sedikit air.
                • Masukkan daging lembu yang telah direbus dan dipotong kecil-kecil.
                • Tambah sedikit kicap pekat atau boleh campurkan kicap manis dan kicap masin.
                • Kacau daging sehingga sebati. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
                • Masak sehingga kuah pekat. Perasakan kuahnya. Kalau kurang boleh tambah sedikit garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan masing-masing. (tapi saya tak tambah sebab dah gunakan kicap masin dan manis). Masukkan lada besar yang dipotong tengah.
                • Siap dan boleh dihidangkan. 




Memang terbaik 

Ahad, 5 Oktober 2014

Kali ke-2 Buat Keria

Kali ke-2 buat keria 


Keria Keledek Putih



Sebenarnya ni kali kedua saya buat kuih keria, Yang pertama buat tu tak jadi, sebab keria terlembik. Tak pandai nak adun antara tepung dan keledek. Memang sedih sangat bila masak tak menjadi ni, En. Hubby ni pulak perli-perli bila buat kuih tak jadi, lagi la sedih dan rasa geram semacam jer. 

Antara kuih kegemaran saya


Disebabkan memang saya gemar dengan kuih ini, saya pun buat untuk kali kedua. Kebetulan mak datang ke Johor Bahru dengan kakak untuk buat checkup di hospital Sultanah Aminah. Mak bawa kuih keria ni sebagai buah tangan dari kampung, memang sedap lah makan air tangan mak. Sebab tu saya  usaha dengan gigih untuk cuba membuat lagi kuih ni.

Untuk bawa balik ke kampung

Jadi sebelum balik kampung sempena Cuti Hari Raya Aidiladha, maka saya buat lagi kuih keria ni. Bukan main susah nak cari keledek putih ni. Kedai runcit memang banyak tapi yang jual keledek ni ada sebuah dua jer...tapi keledek yang dijual dah tak berapa nak elok. Kalau beli di pasar mesti banyak dan senang nak jumpa tapi malas nak pergi jauh punya pasal, beli jer la di kedai runcit depan rumah.



Nilah hasil air tangan saya, seronok macam nak menjerit jer bila masak menjadi dan saya pulak memang gemar makan kuih keria ni. En. Hubby suka yang tak bersira  saya pulak suka yang ada sira. Sedap makan masa panas-panas. Malam bawak balik ke kampung sebagai buah tangan untuk mak mertua. Mak mertua komen, "Kuih terkeras sikit, terlebih tepung, tapi tak per lah, ada juga buah tangan untuk bawak balik ke kampung" ...saya cakap "baru nak belajar buat kuih mak, sebab tu terkeras. Haritu  buat terlembik"

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu