Sabtu, 29 Mac 2014

Donut Mudah Dan Sedap

Hujung minggu je otak ni akan berpusing-pusing mencari idea, apa nak buat dan apa yang nak dimakan. Mmmm....tu la orang pempuan ni, asyik pikir nak makan, makan dan makan.....Yer la makan tu penting untuk hidup tapi bukan hidup untuk makan yer....kesihatan harus dijaga juga.

Donut baru nak mengembangkan dirinya

Disebabkan semalam pagi dah goreng mee tiaw sepaket...harini rasa buat kuih jer la. Rasanya semalam mee tiaw aku tu simple jer...goreng dengan sayur taugeh, daun kucai, fish kek, telur dan letak kicap sikit. Rencah lain tu macam biasa la...letak lada sikit, bawang, udang kering, sos dan kicap. Tapi Aiman makan punyalah sedap...Dia kata "Ibu ni macam Chef laa....ibu masak sedap"...Hahaha...tergelak aku dengar anak aku komen mee tiaw goreng aku...sedap sangat dia kata.
Dah kena masuk dalam kolam


Tapi bagus juga sebab bila dah masak ada anak yang tukang perabiskan. Kalau tak membazir pulak dibuatnya. Yer la sepeket tu aku goreng. Disebabkan banyak, siap bagi Mak Ony sepinggan lagi...walaupun aku rasa macam tak berapa nak OK jer...tapi boleh lah..yang penting dapat sama merasa..hehe


Seperiuk hasilnya..melantak donat jer la jawabnya harini.

Sebenarnya nak citer pasal donut ni...dah tercerita pasal mee tiaw pulak dah. Ok harini buat donut pulak yer..Resepinya simple je ambik di DI SINI ....(Terima kasih kepada Dapur Mamasya atas perkongsian resepi tersebut. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya) Yang penting senang, mudah, sedap, gebu dan tak membazir kalau membuatnya. Habis donut kali ni...Masa makan pulak aku tuang je dengan sos coklat yang dah sedia ada dalam botol....mudah kan. Lagipun donut ni dah manis, jadi tak yah tabur dengan gula serbuk lagi...Kurangkan Manisan Dalam Makanan, Lebihkan Manisan Dalam Senyuman. Ok...selamat mendonut yer kawan-kawan.






Isnin, 24 Mac 2014

Ole-Ole Dari VIETNAM

Rabu lepas mak mertua, acik, Mak Nok, Uda dan beberapa orang jiran bercuti-cuti ke Vietnam. Biasalah mereka ni memang rajin berholiday...tak macam aku yang lebih suka memerap di rumah atau di pejabat. Kalau nak berholiday pun kena semak bajet dulu kan. Mereka memang suka makan angin naik kapal terbang je...setahun mau dua tiga kali makan angin....aku jer yang makan nasi bungkus kat pejabat, tu pun bungkus dari rumah sendiri.....hehehe..



Beg Tangan Pemberian Mak Mertua Tersayang

Bulan Januari yang lepas Mak Mertua, Acik sefamily, Uda, Mak Nok baru jer pulang mengerjakan umrah. Bulan Mac ni mereka pergi berholiday ke Vietnam pulak. Baru jer turun dari kapal, mereka dah booking untuk ke Bukit Tinggi, Indonesia pulak lepas ni. Katanya bulan Ogos nak pergi......iskh..isk...rajinnya lah berjalan-jalan mereka ni.

Beg Ekslusif Pemberian Acik


Bak kata mak mertuaku, mereka semua dah warga emas. Nak makan pun bukan banyak mana. Jadinya duit yang ada lebih baik buat pergi berjalan-jalan makan angin melihat keindahan negara orang. 


Manisan Kelapa 


Betul juga kata mak mertua aku..yer la mereka semua bukan ada apa yang nak difikirkan. Lainlah yang banyak tanggung jawab macam aku ni. Setiap kali gaji aku akan bayar hutang piutang dulu sebelum bakinya buat berbelanja. Tu pun belum sampai sebulan duit yang ada dah habis beli itu dan ini. Tapi setakat ni duit cukup lah untuk makan...tak lah sampai tak makan... Kalau takde duit, tabung pisang kat rumah pun ada..sumber wang ketika kecemasan. Yer la kadang kita dah bajet cantik jer untuk cukup-cukup sebulan, tapi kalau ada kecemasan...sapa yang tahu kan...nak tak nak kena keluar juga wang simpanan yang ada. Sekurang-kurangnya kita ada juga menyimpan sedikit, kalau tak de menyimpan lagi la susah dibuatnya. 




Telekung Berbunga Sulam Daripada Mak Nok


Sebelum pergi haritu Mak Nok ada juga tanya nak kirim barang apa. Tapi aku tak kirim apa-apa pun. Cuma doakan supaya mereka semua selamat pergi dan balik.


Kain Pasang Corak Passley Drpd Mak Nok

Dompet Berbunga Sulam Drpd Mak Uda


Nak kirim baju, kat sini pun banyak baju. Nak kirim telekung, kat sini pun banyak telekung sembahyang. Semuanya boleh beli di sini jer la....tak yah la nak susah-susah berangkut bagai dari Vietnam ke Johor.

T-Shirt Aisy drpd Nenek Yo


Masa balik dari Vietnam Ahad lepas, banyak pulak mereka belikan aku barang-barang. Alhamdulillah orang beri terima jer la. Takde pun aku tak kesah sebab apa yang aku ada sekarang, tu yang aku guna setiap hari. Terima kasih kepada semua yang telah berikan ole-ole dari Vietnam tu....jasamu dikenang sepanjang hayat...

T-Shirt Aiman drpd Nenek Yo

Ahad, 23 Mac 2014

Puding Roti Dengan Sos Kastard & Coklat





PUDING ROTI
BAHAN A
  • 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best*
  • 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*
  • kismis
BAHAN B
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum
BAHAN C
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula biasa


  1. Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.
  2. Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.
  3.  Lepas tu, korang tuang roti yang direndam. Dah tu, gaul rata2.
  4. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah dipanaskan awal2 kan?  Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
  5. Topping  untuk  tuang kat atas pudding.  Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.
  6.   Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk.
  7. Kalau nak sedap tambah coklat sos dan boleh makan.

Rabu, 19 Mac 2014

Selamat Hari Lahir Aisy

Tanggal 20 Mac 2012 - lahirkan Permata Hati Ibu yang kedua, Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Harini genaplah 2 tahun usia permata hati ibu. Tiada hadiah yang ibu beri pada anak ibu kecuali doa semoga anak ibu menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat, dimewahkan rezeki, menjadi anak yang solleh, senang menerima ilmu pelajaran, dikurniakan jodoh yang baik, lembut hati untuk menerima kebaikan dan tidak lupa kepada ibu, ayah dan Abg Aiman.


Selepas dilahirkan 


Masa dalam pantang lagi


Umur 5 bulan 


Umur 5 bulan 


Masa ni buat ibu geram dgn dia..rasa nak cium dan peluk je dia


Sekarang dah semakin lasak dan ligat.

Kek Birthday - Abg Jenny yang hadiahkan..TQ buat Abg Jenny

Khuysuk makan kek sambil tengok cartoon

Abg Aiman pun dapat kek juga.


Sabtu, 15 Mac 2014

Telur Itik Masak Lemak Cili Api Dengan Belimbing Buluh

Hari Khamis, macam biasa lepas balik kerja singgah ke Pasar Tani. Biasalah, kalau pergi ke Pasar Tani mesti sebab nak cari stok lauk dan sayur untuk hujung minggu. Disebabkan Negeri Johor hari Ahad dah bekerja sejak awal tahun 2014, makanya tak dapatlah saya nak ke Pasar Tani BBU yang dibuka setiap pagi Ahad. Terpaksalah ke pasar tani Datin Mak Limah setiap petang Khamis pulak. Ok lah juga. Yang penting dapat ikan dan sayur segar. Harga pun murah. 

Saya beli sayur pucuk belinjau. Sedap sayur ni, rasa lemak-lemak sikit. Sayur ni selalunya orang masak lemak. Tapi saya masak tumis air jer. 


Ini Rupa Buah Belinjau - Sumber Google

Sayur Pucuk Belinjau


Selain itu, saya beli juga telur itik. Selalu kita jumpa telur itik masin je. Kat kedai atau pasaraya  telur itik masin memang banyak dan bersepah-sepah. Tapi yang masin ni saya tak nak. Saya nak telur itik fresh. Jumpa lah pulak telur itik fresh kat Pasar Tani. Belilah untuk melepaskan rasa mengidam tekak ni. Tapi bukan mengidam sebab mengandung yer...tu belum ada rezeki lagi. 


Telur Itik
Sebiji telur itik fresh harganya RM0.80. Saya beli 3 biji jer. Cukuplah tu untuk makan sekeluarga yang tak berapa ramai. Tukang jual tu siap potong kotak telur untuk pastikan telur yang saya beli tak pecah. Cantik jer dia potong kotak telur tu. Alhamdulillah, sampai rumah, telur elok jer dalam rumah dia. 

Telur Itik Masak Lemak Cili Api + Belimbing Buluh

Dah lama mengidamkan lauk ini.

Balik rumah saya pun masaklah telur itik masak lemak dan ditambah dengan belimbing buluh. Belimbing buluh dapat dari pejabat sebab sekarang tengah musim berbuah. Bergayut-gayut buah belimbing buluh. Saya lah yang rajin ambik buah belimbing buluh ni untuk masak lemak ikan atau masak sambal. 

Samabal petai + Ikan Bilis

Dah tu masak pulak sambal petai dengan ikan bilis. Nak makan petai kena tunggu cuti hujung minggu. Kalau hari bekerja makan petai, jawabnya harum semerbaklah nanti tandas kat pejabat ni. Malulah pulak pada kawan-kawan lain yang nak guna tandas. Hohoho....Tapi sebenarnya petai ni bagus untuk mengelakkan kencing manis. Ni saya baca petua la. Mengelakkan penyakit lebih baik daripada mengubatinyakan. Jadi kena berjaga-jaga dalam pemakanan yang diambil. 

Isnin, 10 Mac 2014

Jagung

Jagung tongkol



Hari Khamis lepas, singgah pasar tani Datin Mak Limah, untuk cari stok ikan segar untuk lauk hujung minggu. Lepas beli dua tiga jenis ikan, nampak pulak orang jual sayur. Belilah sikit petola, tomato, lada besar dan serai. Sebelum nak balik, ternampak pulak pakcik jual jagung. Besar-besar jagungnya. Apalagi belilah juga jagung tongkol.


Tersusun rapi gigi jagung ni...manis je tengok 

Tukang jual kata 3 tongkol jagung harganya RM5. Kalau ambik 6 batang harganya RM10.00 Tapi kalau ambik RM20.00 dia bagi 13 tongkol. Tapi kat rumah kecilku hanya ada 4 orang jer. Nak beli banyak-banyak pun buat apa. Jadi aku ambik la 6 tongkol. Cukuplah tu....dah banyak pun. 
Biji jagung yang dah diceraikan dr batang


Aku memang suka makan jagung ni. Kalau ke pasaraya suka beli jagung kukus yang diletakkan susu dan butter. Jagung yang aku beli ni pun manis rasanya dan lembut isinya. Masa tengah asingkan dari batangnya, aku siap masuk mulut biji-biji jagung ni. Dapat 5 biji, 3 biji masuk mulut. Sedap sangat. Teringat jagung yang jual di Cameron Highland. Tak yah masak pun tak pe dah boleh makan sebab jagungnya lembut, isinya manis dan sedap rasanya. 


Cucur Jagung


Disebabkan banyak isi yang dapat, maka sarapan pagi hujung minggu kali ini aku buatlah cucur jagung. Makan cicah sos....puuulamakkk...sedapnya la. Teringat pulak kenangan semasa anak dara dulu, duduk di rumah sewa dengan kawan-kawan seUSM. Sarapan pagi dengan cucur jagung. Sedap dan manis rasanya. 

Bubur  Jagung


Tak habis lagi jagung biji yang aku dah asingkan tadi. Petangnya aku buat pulak bubur jagung yang ditambah dengan sagu. Sedap juga. Sebab banyak, bagilah Mak Ony semangkuk. Tapi masih banyak juga. Siap boleh simpan dalam peti ais untuk sambung makan esok hari. Tu pun jagung tongkol yang ada masih lagi berbaki 2 tongkol. Nanti balik kerja nak buat jagung kukus la.....mesti sedap dan puas makan. 

Isnin, 3 Mac 2014

Bila Masuk Usia Perak.

Dua hari lagi, genaplah usiaku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih memberiku peluang untuk hidup di usia 3 series. Dapat lagi melihat keindahan alam semesta dan melihat dua orang permata hati ibu membesar di depan mata. Walaupun banyak dugaan dan rintangan hidup yang telah kulalui sepanjang usia ku ini tetapi aku tetap redha dengan semua ketentuan yang telah ditetapkan buatku.



Hadiah besday drpd En. Hubby

Kalau umur 50 tahun ke atas, orang dah gelarkan kita dengan usia emas, tapi sebab usiaku masih 3 series, maka usia perak la agaknya. Di usia sebegini, sebenarnya kesihatan kenalah jaga. Makan minum kena jaga. Zaman sekarang ni, banyak penyakit yang hinggap di badan orang muda. Stress, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol....semuanya berbahaya. Kalau tidak berjaga-jaga sudah tentu ia boleh hinggap pada badan kita juga.

" Hitam atau putih kehidupan ini adalah kita sendiri yang menentukannya. Oleh itu, hadapilah hidup ini dengan penuh keimanan".......

Kadang kala, aku lihat orang lain mampu hidup bahagia dengan keluarga mereka. Tapi kenapa susah sangat kebahagian itu datang pada diriku. Sebenarnya semua orang sama saja. Ada kala susah dan ada kala senang. Tapi buat apalah kita nak menangis atau meraung meratapi hidup ini. Semua dah tertulis di loh mahfuz. Kalau kita tak berusaha sebaik mungkin, mana boleh kebahagian itu datang pada kita??

Bila lihat rambut di kepala, sehelai dua uban sudah mula menyinari hidupku. Apa lagi yang aku cari di usia ku ini?? Yang pasti aku hanya seorang hamba Allah SWT yang mencari rezeki demi untuk anak-anak dan keluarga. Aku tak pernah mimpikan rumah besar atau kenderaan besar bagi mencari kepuasan hidup. Cukuplah sekadar apa yang ada sekarang ini. Sekurang-kurangnya aku boleh berdikari sendiri tanpa mengharapkan belas ehsan  orang lain. Di dunia ini, masih ramai orang yang hidup lebih susah daripada kehidupanku. Jadi kena bersyukur dengan apa yang ada. 

Aku harap, diusia ku yang semakin bertambah saban tahun ini, Allah SWT masih memberi kesihatan buat ku menjalankan hidup ini. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu