Selasa, 7 Julai 2009

TANDA-TANDA DUNIA DI PENGHUJUNG NYAWA



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telahbersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat..'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.'

Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknyamelakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman merekainilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.'

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.'

Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusiabermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu.......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambilorang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yangberiman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani~ George Bush, ArielSharon& kat Malaysiapun ada.....

8) Mengucapkan salam kepada orang yangdikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

Pahala Seorang Wanita


Bismillah-ir Rahman-ir Rahim Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin ataubertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harapsampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih burukdaripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebihbaik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknyadaripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahaladaripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulangke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahalajihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yangtidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akanmendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayangdan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayangakan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar danberjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adabrumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikatdan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalamsyurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kudayang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam harikerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan olehAllah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doakeberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum denganbismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akanmendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat padasuami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurgadari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa padasiang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat padamalam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahunsolat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnyaAllah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepasbersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akanmendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akankhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknyayang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akanmendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicitsuami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaansuaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akanmendapat pahala80 tahun ibadat.


Pandangan:

Amatlah mudah bagi seorang wanita untukmenjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidupdalam kejahilan?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yangbelum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepadakemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpapasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpaIzrail.


Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajammencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.


Hadis nabi mengenai wanita


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Nilai Seorang wanita solehah Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH."


Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".Ath-Thabrani."


Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".Ibnu-majah."


Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupayang cantik, mungkin paras rupa itu membawakehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanyakerana berkemungkinan harta itu membawa kepadakezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agamasesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.

KUCING JANTAN PUNYA CERITA


Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take seriously...Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...


Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN.

Mengapa?:


1) Kucing jantan suka dibelai.~

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadiberlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.


2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar~

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.


3) Kucing jantan kuat tidur~

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tpbilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap~

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.


5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik~

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenyacamtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.


6) Kucing jantan tak suka dipaksa~

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amatpantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.


7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)~

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untukmemegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.


8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka~

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!


9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling~

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina~

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikutkajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)


** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ninampak cam suka-suka tp ada faktanya juga.... **

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,

Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwanahad..)

sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...

Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumahberilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.


Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukarmenjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnyaia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.


Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaanAllah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam TadzikaratulQurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antaraKamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?

Tiada seorangdari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakanbahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. KemudiannyaSaiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Alibahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannyaitu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surahAl-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jusAl-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itutertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kaliselepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah kejumaat yang berikiutnya. .Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidakmengalami apa-apa kesusahan.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu