Hari pekerja, 1 Mei 2015, Hari Jumaat. Negeri Johor cuti hujung minggu pun memang hari Jumaat dan Sabtu, jadi dapat sambung ke hari Ahad. Ahad pulak Cuti Wesak, jadi dapat ganti ke hari Isnin. Bercuti sakan la jawabnya. Tak payah nak mohon cuti rehat sebab cuti pun dah banyak ni. Memang puaslah kalau balik kampung.Khamis malam, lepas balik kerja terus bersiap-siap untuk balik ke kampung. Kalau balik kampung memang aku akan bawak Mak Nok dan Mak Uda sekali sebab mereka ni makcik sebelah suami yang rapat macam mak sendiri. Apa-apa pun memang mereka lah tempat mengadu. Kalau ada kerja luar pun, Aisy dan Aiman memang akan duduk dengan mereka. Disebabkan cuti kali ni panjang, semua orang akan balik ke kampung masing-masing, jalan pun mesti jem. Jadinya En. Hubby ambik keputusan untuk balik lepas jam 11.00 malam sebab nak elakkan jem di jalan raya. En. Hubby ni memang kalau bawak kereta malam, celik jer mata dia, tapi kalau siang asyik nak mengantuk jer.
Pukul 11.00 malam keluar rumah terus ambik Mak Nok dan Mak Uda, Sampai highway tengok jalan ok jer...sampai jer ke Kulai jalan dah mula slow, jem sangat sebab kereta dah mula banyak. Panjang juga jem nya bermula dari Kulai sampai ke Machap.....terpaksalah ikut jer kereta depan tu sebab dah kenderaan pun berderet-deret. Bas pun banyak juga, yer la cuti lama semua nak bercuti juga, bukan kita jer yang nak bercuti kan. Rasanya dah macam cuti Hari Raya pulak bila balik ke kampung kali ni. Sampai ke Parit Jawa, Muar jam dah pukul 3.30 pagi. Punya lah jem jalan ...biasanya dari JB ke Muar baru 2 jam setengah tapi kali ni sampai 4 jam setengah. Sampai ke kampung biasalah, sembang pulak dengan mak mertua dan abah...dah lama tak jumpa macam tu lah...cakap di telefon selalu tapi bila jumpa memang lama lah bersembangnya.
Jumaat pagi, mak mertua dah bersiap-siap masak rendang ayam dan nasi lemak untuk bawa ke Melaka, Kami sekeluarga nak bercuti ke Melaka sebab adik En.Hubby yang bongsu baru pindah rumah ke rumah baru. Ni kali pertamalah kami nak melawat ke rumahnya. Sebab tu mak dah siap-siap masak untuk bawa ke Melaka, aku siapkan sambal tumis jer. Tengah hari terus gerak ke Melaka. Sampai ke rumah adik ipar dalam pukul 2.00 petang. Rehat sekejap. Malam lepas maghrib terus ke Zoo Melaka & Nigh Safari. Naik tram melihat binantang waktu malam. Tapi sebab malam, zoo pun gelap, lampu pun tak banyak jadinya tak berapa nak nampak haiwan-haiwan tu. Yang jelas ialah harimau, gajah, zirafah...ngeri pulak tengok harimau belang sebab rasa macam dekat sangat antara harimau tu dengan laluan pejalan kaki pelawat. Walaupun kami naik tram, tapi risau lah juga.
Sabtu pagi, lepas sarapan jer terus mandi manda di Bayou Lagoon Park Resort. Tempatnya dekat jer dengan rumah adik ipar ni. Tiket boleh tahan lah...dewasa RM22.00, Warga Emas - RM11.00, Kanak-kanak RM16.00 ...Datang sekeluarga habis beratus lah juga tiketnya. Seronok main air-air kat kolam ni sampai tak nak balik Aiman. Aisy mula-mula takut, tapi lama-lama dia pun tak nak balik bila dapat main gelongsor. Pukul 12.00 tengah hari barulah balik. Kat rumah abah dah masak sebab dia memang dah janji nak masak kat rumah. Nilah cuti-cuti keluarga sempena hari pekerja. Seronok dapat hiburkan hati anak-anak ni.