Khamis, 21 Februari 2013

Sekolah



  • Ibu      :   Aiman tido, esok nak g sekolah. Nanti senang bangun pagi. 
  • Aiman : Ibu dulu pun pergi sekolah juga ke.
  • Ibu      : Pergilah, ayah pun sekolah juga, nenek pun sekolah juga, mak pun g sekolah.
  • Aiman : Upin & Ipin pun pergi sekolah, Spongebob pun pergi sekolah.
  • Ibu     : Ia.... semua pergi sekolah. Dah sekolah baru padai membaca, menulis dan mengira.
  • Aiman : Ibu sapa nama cikgu Spongebob.
  • Ibu      : Ntah..ibu tak tau..
  • Aiman  : Nama dia Tuan Puff..Spongebob pergi sekolah dgn Patrick.
  • Ibu       : Tadi kat sekolah cikgu ada tak?
  • Aiman  : Cikgu Norli datang awal, Cikgu Intan lambat sikit. Cikgu Norli kata Cikgu Intan pergi check baby dalam perut. Dalam perut Cikgu Intan ada baby yer ibu?
  • Ibu      : Yer 

Aiman yang keletah..tp kuat merajuk sama mcm ibu dia..

Tak dapat lengan kaki pun jadi la

Sekarang ni aku dah takder pun nak tidur lewat malam. Pukul 10 malam jer ajak anak2 masuk bilik, tido. Yer la, Aiman ni kalau tido lewat kan, susah nak bangun pagi. Sebab tu kena tido awal..senang sikit nak kejutkan dia pagi esok, kalau tak susah nak bangun.. Sebelum tido kan anak2, aku mesti ajarkan diaorg baca surah lazim yang senang2..terutamanya Surah 3 Kul, pas tu baca doa tido, baca syahadah dan ayat kursi. Dulu Aiman macam tu la hari2 aku bacakan...aku tak pernah suruh dia hafal..tp budak kecik kan takder dosa apa2..sebab tu dia senang ingat..Umur dia 3 tahun je..dia dah pandai baca surah pendek2..dah hafal. Aku pun tak perasan sebenarnya. Dia baca kat rumah Mak Ony. Mak Ony yg bgtau aku...Aiman dah hafal surah2 pendek..alhamdulillah...

Solat pun mcm tu juga...hari2 aku ajarkan dia, pastu bacakan surah kuat2..lama2 Aiman ingat sendiri. Alhamdulillah..senang nak ajar anak kecik ni. 

Dulu, kalau Aiman nak tido mesti dia nak baring atas lengan ibu dia, tp sejak ada Aisy terpaksalah dia mengalah. Mula2 susah juga nak pisahkan dia tido dari lengan ibu dia ni..sampai merajuk2 dia. Aku pujuk dia..Ibu tidokan Aisy dulu, lepas tu baru abg Aiman leh baring atas lengan ibu yer. Aisy nak susu dulu. Nasib baik Aiman ok. Lama2 bila Aisy makin lasak, dia asyik jatuh katil jer bila tido. sejak 6 bulan rasanya dia dah jatuh katil masa ibu tinggalkan dia untuk solat subuh. Siannya anak ibu ni. Sejak tu, terus ibu & Aisy tido bawah je. Aiman & ayah tido atas..

Tapi bila ibu tido kat bawah, Aiman pulak tido kat atas katil..tak dapatlah Aiman nak tido atas lengan ibu ni. Mula2 tu dia tarik kaki ibu ni. Ibu ingat dia nak apa la...siap kena marah lg sbb asyik kacau ibu jer. Rupanya dia cakap " Ibu, Aiman nak kaki ibu. Aiman nak peluk kaki ibu"...eemmm..alahai Aiman, dah tak dapat lengan, nak kaki pulak...
Anak ibu  yg comel..

Aiman & Aisy...2 org putera ibu yg ibu syg





Khamis, 14 Februari 2013

Home Sweet Home: Puding Roti Dengan Biskut Coklat

Home Sweet Home: Puding Roti Dengan Biskut Coklat: Family akak memang suka makan dessert....best kan, sejuk2kan tekak..Meh layan satu lagi dessert yang sedap...kebetulan adik yang baru kahwi...

after 5.10: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...

after 5.10: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...: Hye.... wah semangat bukak blog hari ni....huhu...sajer nak tayang projek buat kuih bakar a.k.a bingka pandan santan yg kugodek pas balik k...

after 5.10: Masak kek dengan pemanggang ajaib..

after 5.10: Masak kek dengan pemanggang ajaib..: Akhirnya experimen daku berjaya .....yess.... Minggu lepas daku kecewa amat bila 3 kali buat kek pisang rcp dari otai untuk marhaban taman...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu