Rabu, 2 April 2014

CINTA KENANGAN SILAM - LEMPENG KELAPA

 Lempeng Kelapa VS Sambal Sardin - Menu Sarapan Pagi.
Kadang-kadang bila teringat kenangan semasa zaman kecik-kecik dulu, teringat pulak sarapan dan juadah yang mak sediakan. Walaupun simple tapi disebabkan air tangan mak yang masak, mesti sedap. Yang pasti, masa zaman dulu-dulu, mak suka buat sarapan pagi lempeng kelapa. Sebab mengenyangkan. Kami adik beradik  ramai, semua berebut-rebut makan lempeng kelapa yang mak sediakan dengan sambal tumis kosong je. Nikmatnya la.

Mak masak lempeng kelapa dengan menggunakan dapur kayu. Yer la, zaman kecik-kecik dulu mana ada dapur gas, air pun guna air hujan yang ditadah di tempayan. Paip takde lagi masa tu. Sehinggalah umur aku 11 tahun, barulah dapat bekalan air paip.

Bila teringatkan lempeng kelapa zaman dulu-dulu, aku apa lagi mula la mengadun lempeng kelapa di dapur. Pagi-pagi buat lempeng kelapa untuk sarapan hubby dan anak-anak. Kelapa beli kat kedai runcit bawah rumah jer. Pagi-pagi kedai dah bukak. Cumanya kelapa yang kedai runcit jual dah agak tua, kalau mak yang masak, mak akan cari kelapa yang muda sebab lembut dan lemak lagi rasanya. Tak kesahlah kelapa muda or tua, janji aku dapat mengembalikan nostalgia lama makan lempeng kelapa dengan sambal tumis. Cinta kenangan silam aku dengan lempeng kelapa. 

Hernia

Hernia atau angin pasang adalah penyakit yang sering terjadi kepada kaum Adam. Sebenarnya aku pun tak pernah ambik kisah pasal penyakit ni. Tapi bila kena pada anak sendiri, barulah mencari-cari maklumat mengenainya dan cara-cara merawatnya. 

Sebenarnya dah dua tiga minggu aku perasan yang alat kelamin Aisy macam berubah menjadi besar dan bengkak. Tapi bila tanya ayahnya, dia kata biasa je. Aisy pun tak pernah menangis kata sakit. Dia masih lasak bermain dan masih suka berlari sana-sini. Disebabkan tidak nampak kesakitan pada Aisy, maka aku buat tak kesah je.

Tapi kepala ni  runsing juga bila teringatkan Aisy kat rumah Mak Ony. Apa masalah pada buah dia sampai  bengkak dan berkilat. Ibu mana tak risau kalau anak ada masalah. Walaupun dah sampai ke pejabat, akhirnya aku keluar untuk bawa Aisy ke  Klinik. Biasalah Klinik yang sering jadi tumpuan setiap kali sakit ialah Klinik Faizal dan Rakan-Rakan 24 jam. Sebab klinik ni ada depan rumah je, doktor pun sentiasa ada. Senang sikit.



Ayat Kursi - banyak kelebihannya





Bila doktor check, doktor kata Aisy kena hernia (angin pasang). Ubatnya hanyalah operate. Doktor bagi surat supaya aku rujuk kes Aisy ni pada Hospital Besar. Lepas keluar klinik, aku terus call my hubby supaya balik rumah. Padahal hubby ada mesyuarat. Aku suruh hubby balik juga demi anak. Lepas hubby sampai rumah, aku suruh hubby hantar ke HSA. Aku dah siap kemas baju dalam beg, beg pampes, susu dan barang-barang Aisy  yang lain untuk bawa ke hospital. Takut-takut Aisy kena tahan wad.

Sampai ke ke Poliklinik HSA, Bahagian Pembedahan, aku tunjuk surat yang klinik Faizal beri. Rupa-rupanya, nurse kat HSA cuma bagi tarikh untuk appoinment akan datang. Tarikhnya 28 April 2014. Mak ai....ujung bulan baru leh check. Aku tanya pada nurse kat situ, tak bahaya ke hernia ni?? Nurse jawab "masih terkawal, tapi kalau anak ada kembung perut dan muntah-muntah, boleh terus bawa ke kecemasan"...Ingatkan dah kena tahan wad, rupanya cuma dapat tarikh untuk buat check-up je...mmm.

Semalam masa masuk opis, aku ceritakan masalah Aisy pada kawan-kawan sepejabat. Disebabkan semalam adalah hari belajar mengaji dan tajwid, kawan tu tanyakan pada Ustaz Musa bin Muda, apa ubat untuk merawat angin pasang? Ustaz kata baca Ayat Kursi 7X dan Ayat 21-24, Surah Al-Hasyar. Tiup pada daun mengkudu yang telah disalai atas api, kemudian tekup pada kemaluan Aisy. Buat berkali-kali, In Sya Allah..sembuh.

Daun mengkudu - bila sakit barulah mencari.

Yer la, ibu mana tak risau kalau anggota badan anak ada kelainan. Tengah hari semalam aku ambik Aisy kat rumah Mak Ony dan hantar dia berurut di rumah bidan kampung. Ni pun kawan seopis yang rekmenkan...Lepas tu aku ambik daun mengkudu dari rumah kawan tu untuk ubatkan Aisy. Selalu daun mengkudu ni banyak bersepah-sepah kat kampung, tapi kita tak gunakan. Tapi bila ada masalah macam ni, barulah sibuk mencari pokok mengkudu...Balik rumah semalam aku salaikan  daun mengkudu dan tekup pada kemaluan Aisy. Tapi masih sama juga buah dia. Harap-harap sebelum buat operation, Aisy dapat pulih dengan rawatan  tradisional yang aku cuba buat ni. 

Ramai kawan di opis ni pulak kata, kalau buat operation di bahagian kemaluan lelaki, kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu mandul bila berkahwin....mana lah aku tak risau. Ada pulak kata, hernia / angin pasang ni boleh menyebabkan kematian pada kaum lelaki sebab nyawa lelaki terletak di situ. Yang ni lagilah aku risau. Anak dah la tak  ramai, tetiba kena pulak masalah macam ni...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu