Selasa, 27 Ogos 2013

Mahalnya Harga Buah

Setiap pagi Ahad, lepas solat subuh mesti aku akan ke Pasar Tani BBU untuk beli lauk dan sayur. Ikan yang dijual di Pasar Tani semua segar dan baru-baru, jadi kalau simpan dalam peti ais seminggu pun masih ok. Rasanya pun masih sedap lagi. Berbanding kalau kita beli di kedai runcit, banyak ikan yang dijual dah tak berapa elok, pecah perut dan bila masak mesti dah berbau kurang enak. Kalau beli gerenti semua kat rumah tak nak makan.

Ikan di Pasar Tani segar dan baru, jadi bolehlah dibeli.

 Aku mesti simpan lauk kat peti ais sebab setiap hari akan bekalkan Aiman dan Aisy dengan nasi dan lauk sekali. Jadi tak payah lah Mak Ony bersusah payah masakkan untuk anak-anakku nanti. Mak Ony tolong jagakan dan mandikan budak-budak jer. Makanan aku dah bekalkan setiap hari. Kadang-kadang siap dengan sarapan pagi dan makan tengah hari. Baju pun Mak Ony tak perlu basuhkan sebab setiap hari baju kotor Aiman dan Aisy aku ambik bawak balik. 

Masa ke Pasar Tani hujung minggu lalu, aku teringin nak makan tembikai dan cempedak goreng. Lagipun makan buah-buahan kan bagus untuk kesihatan. Sampai je ke pasar tani, aku terus tuju gerai buah-buahan. Aku ambik cempedak sebiji. Sekilo harganya RM3.50 dan sebiji jumlahnya dah RM 16.00. Lepas tu aku ambik pisang sesisir, harga sekilo RM2.50. Tanya tuan kedai harga tembikai. Tembikai merah dia kata harganya RM5.00 dan tembikai susu RM4.00. Bila dia kata harga tembikai RM 5.00 sekilo, tak jadi aku nak beli, mahal sangat. Sebiji tembikai mesti dah 3-4 kilo. Kalau sekilo harga RM5, sebiji mesti jadi RM20.00. Iskhh....iskhhh...mahalnya la. Padahal hari Jumaat sebelum tu aku ada beli tembikai kat Pasaraya Giant, sekilo baru RM1.49 dan sebiji aku beli baru RM4.80. 

Bila puasa mesti teringin nak makan buah-buahan,

Kalau beli cempedak, isinya penuh macam ni baru lah puas hati.

Balik rumah aku goreng pisang dan cempedak yang dibeli. Cempedak besar dan panjang, tapi rupa-rupanya isinya tak berapa nak ada. Cuma ada beberapa ulas jer.....rasa rugi pulak beli cempedak tadi. Bau bukan main harum dan wangi tapi isinya cuma ada 12 ulas je. Lepas ni aku nekad tak nak beli buah-buahan kat pasar tani la sebab harga yang terlalu MAHAL bagi golongan marhain macam aku ni, lebih baik beli buah di pasaraya. Pergi pasar tani untuk beli ikan je la lepas ni.

Ahad, 25 Ogos 2013

Muhammad Aisy

Tadi pergi masukkan duit raya Aiman dan Aisy di Pejabat Pos. Bayar bil sekali. Tiba-tiba kerani Pejabat Pos tu boleh tunjukkan buku akaun Aisy pada kerani yang sebelah dia. Ingatkan ada masalah apa. Rupanya sebab nama Muhammad Aisy tu sama dengan nama anak kerani tu. 
Aisy dan ayah


Sebenarnya nama Muhammad Aisy tu aku yang pilih sebab tak nak nama anak panjang-panjang. Aisy tu maknanya Kekayaan. Nama pendek tapi maksudnya cantik. Sebab tu aku pilih. Tapi En. Hubby dah tambah dengan Amirshah. Jadilah nama Permata Hati ibu yang ke-2 Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Maknanya Putera Yang Kaya Raya dan Terpuji. Insya Allah.

Bila buka facebook jumpalah nama anak kawan-kawan masa sekolah dulu. Ramai juga rupanya yang nama anak dia Aisy. Lepas tu cucu PPD Kota Tinggi pun nama Aisy juga. Anak pelakon Ayu Raudah pun bernama Aisy juga. Mmmm...rupanya nama Aisy ni jadi pilihan ramai orang. Ingatkan nama anak ibu jer. Tak pe la. Semoga anak ibu jadi anak yang soleh, berjaya dan cemerlang hidupnya, diberkati Allah SWT dan diberi kemewahan di dunia dan akhirat. 

Selasa, 20 Ogos 2013

Cerita di Aidilfitri 2013

Hari ini dah masuk 13 Syawal, dah naik kerja sejak Khamis yang lepas. Mood raya pun dah tak ada bila dah naik kerja ni. Aiman pun dah naik sekolah sejak semalam lagi. Raya tahun ni rasa macam tak beraya. Duduk je la kat rumah sebab En. Hubby kena demam sejak hari terakhir berpuasa. Masa hari terakhir puasa. 29 Ramadan yang lalu, lepas bersahur kat rumah, aku pun turunkan barang-barang untuk bawa balik ke kampung. Pukul 6.30 pagi dah kejutkan Aiman dan Aisy untuk bersiap-siap balik ke kampung. Balik awal pagi ni bagusnya mata tak mengantuk. Kali ni aku balik dengan anak-anak serta Mak Nok dan Uda. En. Hubby balik kampung dengan motor kesayangan dia tu. Pukul 7.00 pagi aku gerak ke rumah Uda untuk ambik Mak Nok dan Uda. Sebelum pukul 8.00 pagi dah gerak balik ke kampung. Sampai kampung pukul 10.00 pagi. Sepanjang perjalanan balik ke kampung, Aiman asyik tanya jer bila nak sampai rumah Nenek Yo. Dah tak sabar sangat Aiman untuk berjumpa dengan sepupu dia kat kampung. Biasalah nak ajak main dan bergasak.

Kat kampung terus tolong mak mertua masak ketupat dan lauk pauk. Ketupat Uda yang isi, aku tolong rebuskan je. Lepas tu masak rendang ayam, kuah kacang dan serunding. Pukul 5.00 petang En. Hubby baru sampai rumah kampung sebab dia tak larat. Aku dan anak-anak dah bersiap-siap untuk balik ke Semerah untuk berbuka puasa bersama mak. Biasalah...kalau hari raya pertama aku sambut kat rumah Mak Mertua, maka aku  buka puasa untuk hari terakhir kat rumah Mak. Begitulah sebaliknya. En. Hubby tak ikut sebab dia tak larat. Lepas isyak aku terus gerak balik ke rumah Mak Mertua semula, kalau dah malam sangat risau pulak dengan keselamatan aku dan anak-anak. Yer la memandu kereta kat kampung ni kena berhati-hati sebab takde lampu jalan. Jadi jalan tu gelap gelita. Sampai rumah Mak Mertua semua orang dah keluar pergi ke rumah Mak Long. Yang tinggal Farah dan baby dia jer sebab masih dalam pantang lagi. En. Hubby call aku. Dia kata dia ada kat Semerah. La..pulak....aku dah sampai rumah Mak Mertua dia kat rumah Mak Semerah pulak....Tak lama lepas tu dia pun balik semula ke sini. 

Aku bagitahu Hubby yang baju raya tak muat sebab Kak Long buat kecik sangat. Kak Long guna ukuran baju Azah. Mana nak muat. Azah tu anak dara yang baru Ting. 3 nak samakan saiz badan dengan aku yang dah ada anak 2. Yang sepasang tu muat tapi dah macam sarung nangka. Yang sepasang lagi terus tak muat langsung. Jadinya memang kena cari baju lain la. Malam dah dekat pukul 11.00 malam aku dan hubby keluar ke Pekan Parit Jawa untuk beli baju raya. Disebabkan kecemasan maka aku beli je baju siap yang ada dijual kat Pt. Jawa. Cantik-cantik dan murah baju kat Pt. Jawa. Baju yang sama aku tengok harganya kat Larkin, JB dah RM130  tapi kat Pt. Jawa aku dapat dengan harga RM80. Apalagi aku belilah baju ready made...test la baju kurung yang saiz L dan M. Tapi yang L besar sangat la pulak, jadinya aku ambik yang saiz M. Disebabkan baju kurung tu cantik dan memang memenuhi selera aku, apalagi aku pun mencuba banyak jenis la. Aku ambik dua pasang baju kurung yang bercorak bunga. Yang sibuk melayan karenah aku ni pulak amoi Cina. Dia kata kedai ni kakak dia punya. Kakak dia dah masuk Islam dan kahwin dengan tauke kedai ni. Wahhh...bagusnya la, walaupun adik masih non-muslim tapi masih baik dan tolong kakak dia berniaga. Kakak dia siap ambikkan baju lain untuk aku test. Mana ntah dia ambik stok. Dia bagi aku baju  sulam-sulam. Dan akhirnya aku beli 3 pasang baju raya dengan harga RM240. Aku tengok kedai tu pun bajunya murah-murah, corak pun cantik-cantik. Yer la semuanya memenuhi selera aku. Masa masuk kedai ni aku pakai selipar, rupanya kena bukak selipar. Bila nampak amoi Cina tu tak pakai selipar aku pun minta maaf dan terus bukak selipar.

Pagi Khamis, adalah hari raya Aidilfitri. Hubby masih demam lagi. Nak pakai baju raya pun takde mood. Aku pakaikan Aiman dan Aisy dengan baju melayu sedangkan aku pakai T-shirt dan kain batik jer. Tengah hari anak Mak Long datang beraya ke rumah sebab Mak Long ada kat rumah Mak Mertua aku. Petang lepas asar aku pergi lah beraya di Semerah. Tapi aku tak ikut diaorang beraya keliling kampung sebab hubby tak sihat. Makanya raya rumah mak jer la. Sampai rumah mak aku nampak banyak buah durian. Apalagi aku makan la durian dengan En. Hubby.  Sebelum maghrib aku dah gerak balik ke Pt. Jawa semula. 
Raya rumah Lek Basir

Raya ke-2 malam barulah beraya rumah Mak Long dengan anak-anak dia. Malam raya ke-3 baru aku balik ke Semerah. Sampai je rumah mak, penuh halaman rumah mak dengan kereta anak beranak Wak Ju dan Keluarga Mertua Amy. Raya ke-4 barulah aku beraya ke rumah Lek Basir, rumah Mak Mertua Amy dan kakak kat BP. Lepas tu pergi ke rumah Nora kat Pt. Ponorogo. Tu pun En. Hubby tak ikut sebab dia hantar kereta ke bengkel untuk ketuk. Body kereta kemek sebab tergesel kereta lain masa duduk kat rumah Uda dulu. Nak cat kena tinggalkan kereta seminggu, jadinya ketuk jer la, tak cat pun. 

Rumah Nora kat Pt. Ponorogo

Sampai raya ke7 aku kat Semerah. Sebelum balik ke JB aku sempat ambik buah rambutan kat belakang rumah mak. Masa kecik-kecik dulu nak makan buah-buahan pun susah sebab pokok pun takde. Tapi bila semua dah besar ni banyak pulak pokok buah-buahan yang berbuah. Bukan setakat rambutan, durian dan mangga pun banyak. Sampai tak termakan la pulak. Dulu-dulu kalau nak makan durian dan rambutan kena pergi ke rumah Nora sebab belakang rumahnya memang penuh dengan pokok durian dan rambutan, tapi sekarang semua dah ada kat rumah mak. 

Makan durian jer la kerjanya

Isnin, 5 Ogos 2013

Tabung Haji

Semalam pergi ke Tabung Haji Cawangan Larkin Perdana, Johor Bahru. Nak masukkan duit untuk Aisy, semak buku Aiman dan ibunya biasalah nak keluarkan duit untuk balik kampung sambut Hari Raya. Duit Aisy tu sebenarnya duit ayah dia..duit syiling yang dah kumpul bertahun-tahun lamanya. Dah penuh pun bekas tupperwave sampai pecah dibuatnya. Daripada bersepah-sepah duit syiling tu lebih baik masukkan dalam akaun Aisy. 

Sampai jer Tabung Haji, orang bukan main ramainya la..semua nak keluar duit untuk sambut raya. Lepas isi je borang terus ambik nombor giliran. Seorang pegawai TH dah tunggu depan meja isi borang TH untuk settelkan cap jari. Kalau tak makin lambat la jawabnya urusan di TH.

Bila nombor giliran aku dipanggil, aku terus ke kaunter 1, keluarkan duit dan buat semakan buku Aiman dan Aisy.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu