Hari ini 5 Julai 2013, Jumaat adalah hari terbuka Tabika Perpaduan Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab hari ini hari terbuka, jadi aku bawak la Aiman pergi ke pejabat dulu untuk punch card. Lepas tu baru pergi ke sekolah. Rupa-rupanya Sek. Men. Bandar Baru Uda pun buat hari terbuka pada hari ini. Yer la....kan sekarang dah setengah tahun. Makanya cikgu-cikgu sekolah kena la bagitahu perkembangan anak murid masing-masing pada ibu bapa.
Sambung pasal Aiman pulak. Disebabkan dah bawak dia pergi ke pejabat, makanya lambatlah sikit dia ke sekolah...dah pukul 8.30 pagi. Rupa-rupanya sekolah sesi petang cikgu satukan sekali dengan sesi pagi untuk hari terbuka ni. Penuhlah kelas tu dengan ibu bapa dan murid-murid. Tapinya yang lebih ramai ialah golongan ibu. Bapanya yang aku nampak ada la 3 orang aje...yer la mungkin para bapa semua sibuk mencari rezeki untuk keluarga, sebab tu para ibu yang datang ke sekolah untuk ambik kad laporan anak.
Disebabkan aku datang lambat, maka lambatlah giliran aku. Tunggu jer la sampai giliran aku, tapi ada juga ibu yang bekerja ni minta kebenaran untuk jumpa cikgu dulu...mmm...tak per la...aku tak kesah. Tapi Cikgu Intan nak juga bagi aku awal tapi aku kata tak per, kesian pada yang dah menunggu lama. Jadinya aku bagi laluan dulu pada yang lain.
Masa tengah menunggu tu, ada la Pegawai MBSB yang buat promosi insurans untuk kanak-kanak. Ada juga ibu murid yang ambik. Tapi aku buat tak kesah jer, sebab dulu dah pernah ambik insuran tapi kesudahannya hampa. Jadinya aku tak layan sangat. Lepas tu Pegawai MBSB tu suruh aku tulis nama dan nombor telefon pada kertas, tapi aku tak nak. Aku tolak juga sebabnya nanti macam-macam la bank suruh kita ambik. Suruh ambik insurans la, kad kredit la, pinjaman peribadi la dan macam-macam lagi la yang boleh menambah beban dan hutang. Nak buat apa tambah masalah...sebab tu aku tak layan.
Sekarang tiba masa untuk aku jumpa Cikgu Intan. Alhamdulillah, nasib baik rekod Aiman ni memberangsangkan juga. Cikgu Intan pun bagitahu aku yang Aiman ni tekun belajar. Kalau masa belajar dia belajar jer. Bila tiba waktu main dia akan main. Aiman ni kenal dengan huruf dan mudah faham. Dulu dia pendiam sedikit tapi sejak berkawan dengan Syukri dia jadi lasak..mmm...Cikgu Intan kata Aiman ni terang hatinya. Cumanya dari seri pertuturan jer yang susah difahami. Yer la...kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....ikut aku la tu bab pelatnya. Tapi Cikgu Intan kata Aiman takde masalah dalam pelajaran. Dia boleh buat kerja dengan baik. Cikgu Norli (pembantu tadika) pun bagitau macam tu juga. Aiman tekun belajar....Alhamdulillah...seronok ibu dengar. Ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu Aiman dan Aisy menjadi orang yang cemerlang hidupnya di dunia dan akhirat.
![]() |
Semoga Aiman & Aisy jadi anak yang berjaya & cemerlang dalam hidup |