Akhir tahun ni, sekolah baru 3 minggu, skrg dah start cuti sekolah hujung tahun pulak. Bermula 10 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022. Awal tahun 2022 baru naik sekolah semula. Tu pun dalam kelas yang sama.
Penangan covid-19, sekolah selang-seli. Seminggu sekolah seminggu duduk rumah.
Dapat jumpa kawan-kawan sekelas sekejap, sekarang dah start cuti sekolah. Bila cuti sekolah, ibu boleh lah relaks sikit sebab tak perlu terkejar2 untuk uruskan anak-anak ke sekolah.
Tapi cuti sekolah ni anak-anak pun terpaksa duduk rumah jer lah. Tak de bercuti kemana-mana pun sebab covid-19 masih ada dimana-mana. Nak balik kampung pun cuti hujung minggu jer sebab ayah sibuk kerja. Dah ayah kerja, ibu pun kerja lah juga. Cuti yang ada boleh simpan untuk GCR.
Alisha : Ibu cuba ibu tengok kaki icah ni
Ibu : Kenapa dengan kaki icah ????
Alisha : Kaki icah ada 5 jari
Ibu : Yer, alhamdulillah ...
Alisha : Ibu tahu tak apa makna jari kaki icah
Ibu : Tak tahu
Alisha : Maknanya, Icah ada Ayah, Ibu, Abg Aiman, Abg Aisy & Icah
Ibu : Alhamdullah... rupanya icah nak cakap pasal family kita yer
Alisha : Icah sayang semua keluarga kita termasuk atuk, nenek, ony, tokde dan semua orang
Tarikh : 10 Ogos 2021 - Selasa
Bersamaan 1 Muharram 1443H
Tempat : Fasiliti Kesihatan Midvalley Southkey, Johor Bahru, Johor
Sticker selepas selesai cucuk vaksin.
Alhamdulillah selesai vaksin Covid-19. Semoga dilindungi oleh Allah SWT sentiasa dan diberi kesihatan yang berpanjangan, aminnn
Tarikh : 20 Julai 2021 Selasa bersamaan 10 Zulhijjah 1442H
Harini juga merupakan Hari Raya Aidiladha
Tempat Midvalley Sothkey
Vaksin Covid-19 Dos pertama selesai.
Alhamdulillah
Selamat Hari lahir puteri Bongsu ayah ibu ke-5 tahun
Nur Alisha Safiya binti Muhammad Shah
Semoga dipermudahkan Segala urusan
Dipanjangkan umur dimewahkan pintu rezeki
Jadi anak Yang Sollehah
Aminn #ibusayangicah
Belanja kat kedai runcit semalam...tetiba dapat cabutan bertuah beras sekampit 10 kg.. alhamdulillah rezeki tak pernah Salah alamat. Sebelum g belanja masukkan duit dlm tabung masjid. Sekelip Mata jer Allah SWT Balas .. hikmah bersedekah.
Tetiba pagi ni Ada somebody letak hadiah atas meja... TQ kepada yg memberi. Hanya Allah SWT sahaja yang membalasnya.
Kelmarin POS baju kat J&T express
Baju icah yg tak muat bagi kat adik. Ni pun Kira sedekah juga Kan.
Banyak baju icah tak pakai... Jadi POS ke Perak... Bagi anak sedara ...selagi boleh pakai ..pakai lerr
Syukur alhamdulillah... Allah SWT panjangkan usia hingga ke hari ini. Doaku semoga aku diberi kesihatan yang berpanjangan, dapat menjalankan kehidupan dengan baik dan dapat beribadah dengan lebih sempurna....aminnn
Terima kasih kepada Dila, team pejabat yang datang hantar bouquet bawang. Dah mak-mak ni memang tak suka makan manis-manis, dapat bawang ni lagi bagus, boleh digunakan kat dapur.
Icah cakap terbaik dapat bouquet bawang. Abg Aiman cakap kalau tahu kawan ibu bagi bawang, Aiman nak hadiahkan ibu bawang jer.
Tudung ni hadiah daripada Aisy..Aisy suruh ibu pilih tudung lepas tu Aisy yang bayarkan. Tahun lepas Aisy hadiahkan ibu brooch... Terima kasih Aisy. Walaupun selalu bertekak dengan Aisy ni, tapi Aisy memang seorang yang penyayang.
Aisy cakap, esok ibu pergi kerja mesti pakai tudung yang Aisy belikan tau. Ok..Aisy, ibu tunaikan permintaan Aisy.
Tarikh : 21 Februari 2021 - Ahad
Tempat : FoodFeels Adda Height.
Tema : Hijau & putih
Semoga sihat sejahtera hendaknya dipanjangkan umur berbahagia bersama keluarga tercinta amin buat Shahda...
Birthday girl 🎉🎉🎉🎉😀😀😀
Menu pilihan saya harini.. beef lasagna
Sepanjang PKP ni.. tepu dah otak nak masak hidangan untuk anak-anak & suami. Dah tak de idea nak masak. Sarapan pagi nak masak.. tengah Hari nak masak makan tengah Hari... Petang nak sediakan minum petang.. malam nak masak hidangan lagi.
Disebabkan tepu dah otak ni nak masak.. jadi pagi ni masak kentang Wadges HomeMade jer.. kentang Tu kopek..potong Wadges ..rebus sekejap ...toskan airnya.. letak tepung goreng ayam bestari & tambah sikit rempah Kari... Kalau Kering tambah sedikit air.. panaskan minyak. & Goreng sampai kuning. Dah goreng ...tuang SOS & mayonis.. makan panas2... Sedap.
kalau beli kentang Wadges yg dah siap Tu anak2 tak nak Makan... Tu yg buat sendiri. Laku & laris .. boleh buat untuk sarapan pagi... Untuk minum petang pun sedap ..😋😋😋😋😋
Keria Sira gula putih ..kalau gula melekat Gini baru cantik & menjadi
Lepas Sira cepat-cepat angkat keria .. masukkan dlm pinggan.. kalau tak keria mengeras dlm kuali
Yang tak bersira ni order by en.hubby
Yang bersira ni untuk makan dgn anak2
Dah petang-petang baru sempat buat kuih keria. Kalau beli tak cukup RM5 sbb anak2 dah kuat makan. Selalu beli sekeping dah 50sen.
Kuih untuk minum petang.. jadi ler.. kuih orang kampung jer 😂😂😂😂
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net