Sabtu, 28 Mac 2015

Jalan-Jalan di Giant

Super Nutremill -RM7.99 
                         
Hari Khamis semua penjawat awam di negeri Johor akan balik awal. Kalau masuk jam 7.30 pagi, maka waktu balik ialah pukul 3.00 petang. Masuk pukul 8.00 pagi, balik pukul 3.30 petang. Masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 4.00 petang. Aku biasalah pilih WP1 sejak Aiman masuk sekolah. Rugi lah kalau tak ambil waktu WP1 sebab dah sah-sah setiap pagi sampai ke pejabat sebelum pukul 7.00 pagi. Aiman kena sampai ke sekolah sebelum jam 7.10 pagi sebab tu keluar rumah pukul 6.45pagi. Sekolah Aiman kan depan rumah jer......tak sampai 5 minit pun dah sampai, terus ke pejabat yang tak jauh mana, dalam 10 minit jer kat jalan raya dah sampai ke pejabat...untung-untung bila duduk dekat dengan pejabat dan sekolah anak ni. 

Anlene 19-50 Tahun... RM22.00
 Dan macam biasa lah, bila dah balik awal, petang tu siap singgah la mana-mana pasaraya yang aku suka. Kadang ke Mydin, kadang ke @Mart, kadang ke UO, Angsana dan kadang ke Giant. Tapi selalu ke Giant la sebab pasaraya Giant ni kan satu aras jer, parking pun percuma sebab tu selalu ke sana. Tempat lain semua parking berbayar dan bertingkat-tingkat. Dah banyak umur ni malas nak naik2 pasaraya yang bertingkat ni, rumah dah lah banyak tingkat, pergi belanja pun bertingkat, aduhai penat..penat...
Sawi RM0.69
 Sebenarnya hampir setiap minggu ke pasaraya Giant ni. Tapi selalu ada juga motif ke giant sebab nak berbelanja barang dapur. Tapi minggu ni macam blurrr pulak otak ni, tak tahu nak beli apa. Dah berjalan satu pasaraya tapi tangan masih tak ambik apa-apa. Sebab dalam hati dah niat, beli hanya yang perlu sahaja untuk jimatkan kos dan duit yang ada. Dengan keadaan sekarang ni, kita kena berjimat cermat untuk hidup yang lebih baik, kalau sapu semua yang ada kat pasaraya memang hujung bulan gigit jari le jawabnya. 
Carrot RM1.02
 Daripada tak beli apa-apa, terus ambik apa-apa. Tu la keje orang pempuan ni, cakap jer tak beli apa-apa tapi ambik juga 5 barang dari Giant ni. Sebab masa jalan-jalan tu, meninjau satu pasaraya ni, ternampak la Minuman 3in1 Super Nutremill, Harga baru RM7.99 terus ambik le. Lepas tu tengok susu Anlene 19-50 Tahun harga RM22.00 lebih macam tu, terus ambik, sebab pikir juga, bila usia dah meningkat ni, kalsium makin kurang, jadi kena minum susu untuk tulang yang kuat dan sihat. Kalau tak belum pencen dah bongkok sebab kurang kalsium.

Kiub Pati Ayam RM2.39

Lepas tu pergi ke bahagian ikan dan daging tapi biasalah ikan kat pasaraya Giant ni tak fresh, mata pun dah merah, insang dah lebam. Selalu kalau beli ikan kat Giant pun ambik ikan Talapia jer sebab ikan Talapia jer yang masih elok, yang lain kalau ambik memang hampa jer la. Bila tengok ikannya semua dah muka layu jer, mata pun dah merah, insang dah lebam, memang tak akan ambik le....jadinya terus pergi ke bahagan sayur. Ambik lobak 3 biji, baru RM1.02 ...murah-murah. Sayur sawi satu peket baru RM0.69 dan Kiub pati ayam Maggi baru RM2.39....Itulah sahaja yang aku belanja minggu ni, bila bayar tak sampai pun RM50.00..hehehe. Jimat la tu, selalu kalau belanja mesti tak cukup RM100 sebab suka merapu dan ambik yang bukan-bukan. Bila tengok jam dah pukul 4.30 petang, terus ke taska As-Sofea ambik Aiman...sebab kalau balik awal, terus ambik Aiman, mesti dia tak balik dari Sekolah Agama lagi. Daripada duduk termenung kat depan taska lebih baik pergi merayau-rayau ke pasaraya. Tak beli pun sekadar cuci mata. Dah tu la yang orang pempuan suka kannn...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu