Selasa, 19 Ogos 2014

Aisy Operate Buang Hernia

Tangan kiri pasang jarum , tangan kanan kena balut..kalau tak habis jarum dibuangnya. 

Dulu saya pernah tulis mengenai hernia atau orang biasa cakap penyakit angin pasang. Ni lah yang berlaku pada anak saya Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah...yang dikesan ada hernia apabila alat kemaluannya membesar. Mula-mula saya buat tak tahu jer sebab dia  tak mengadu sakit tapi bila difikir-fikirkan semula rasa risau la pulak jika ia akan memberi kesan lain pada kemaluan Aisy.

 Selepas beberapa kali buat check up di Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak, HSA  dan Klinik Bius, HSA maka doktor telah menetapkan tarikh 13  Ogos 2014 yang lepas untuk operate Aisy. Makanya 12 Ogos 2014 Aisy kena masuk wad...bersama ibu la. Pukul 9.00 pagi Aisy dan ibu dah daftar di HSA dan terus masuk Wad Pembedahan Kanak- Kanak. Ramai pesakit ada kat wad, macam-macam jenis pembedahan yang dibuat. Ada yang buat salur untuk buang air besar, betulkan salur kencing, buang salur makan, operate kepala dan macam-macam lagi la. Semuanya dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ...dugaan untuk Aisy ni hanya sedikit sahaja berbanding orang lain. Syukur sangat pada Allah SWT.

Walaupun tangan kena balut tapi masih sibuk main dengan ultraman dia ni...Aisy panggil TOTOMEN


Jam 4.00 pagi 13 Ogos 2014 Aisy dah kena puasa untuk buat operation pada jam 10.00 pagi. Masa pukul 12.00 malam ibu dan Aisy dah tertidur dengan lenanya sehingga lupa nak beri Aisy susu. Pukul 4.00 pagi nurse  yang bertugas dah start masukkan air dalam tangan Aisy dan start waktu itu juga Aisy dah kena puasa.  Tapi Aisy tak nak bila jarum di tangannya kena masukkan Air...apalagi mengamuk lah Aisy ni. Lepas tu menangis nak susu.. Susah juga nak pujuk dia. Disebabkan rasa kesian dgn Aisy, ibu nak jer bancuhkan air susu dalam botol untuk Aisy tapi kawan katil depan kata jangan bagi susu, nanti doktor akan cansel operate. Lepas tu doktor yang buat check pun cakap, "Kalau anak menangis nak susu, jangan beri susu, nanti kena cansel operate". Kena buat tarikh lain pulak. Nak dapat tarikh bukan senang, asyik full jer. Mujurlah kawan tu ingatkan, kalau tak mesti dah beri Aisy susu masa dia mengamuk  hari tu.


Tag nama kena pasang kat kaki sebab kalau pasang di tangan tak sampai beberapa minit Aisy dah buka. 

Pukul 9.30 pagi Aisy dah kena tukar baju untuk masuk ke bilik bedah. Sehingga pukul 11.45 pagi Aisy masih belum masuk bilik bedah sampailah dia bosan dan semakin haus. Apalagi mengamuk sekali lagi la Aisy kali ni. Disebabkan Aisy dah tak makan pujuk, saya cakap jer kat nurse yang jaga kaunter bilik bedah supaya cepatkan sikit operate Aisy ni. Nurse pun bagi la dia main hanset untuk tengok video shin chan, dah sampai 5 kali pusing video tu. Lepas tu ada yang bagi buku cerita, bagi bola....tapi Aisy tunggu dah lama sangat ...semua orang pujuk tak jalan. Jadi mintak nurse tu cepatkan sikit operate Aisy ni. Lepas tu barulah Aisy masuk ke bilik bedah. Sebelum doktor bagi ubat bius untuk lekakan dia, nurse pujuk Aisy untuk main buih sabun. Seronoklah sekejap dia dgn buih sabun tu sampai terlupa yang doktor sedang masukkan ubat bius dalam tangan dia. Lepas kena bius jer Aisy terus tertidur. Ibu nak tinggal kan Aisy terus kat dewan bedah  tapi doktor cakap ibu tak nak cium anak dulu ke? Bila cium jer Aisy, menitis air mata ibu ni...sedih pulak tengok anak ibu yang kecik ni nak kena operate...ibu terus keluar dari bilik bedah dan tunggu di ruangan menunggu. 

Pukul 1.45 petang barulah petugas panggil ibu  yang pampes Aisy dah basah, dan kena bawak pampes lain. Ibu naik ke wad untuk ambik baju Aisy, pampes dan telefon. Rupa-rupanya berpuluh miss call ibu dapat sejak ibu hantar Aisy ke dewan bedah. Pukul 3.20 petang ibu dibenarkan masuk ke ruangan bilik bedah untuk lihat Aisy dan tunggu dia sedar. Bila Aisy sedar dia mengamuk dan bukak jarum yang ada di tangan. Doktor pujuk pun tak jalan, ibu pujuk pun dia tak mahu juga. Akhirnya doktor terpaksa beri Aisy ubat tidur semula sebab nak pasangkan balik jarum di tangannya. Pukul 3.30 petang barulah Aisy naik ke Wad untuk berehat. Petang pukul 6.00 Aisy dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah selepas 4 hari operation, luka Aisy semakin kering dan pulih. Cuma Aisy ni balik je dari hospital terus lasak dan ligat macam takde apa-apa yang berlaku. Ibu pulak yang risau tengok dia ni. Semoga anak ibu terus sihat dan membesar  jadi kanak-kanak yang kuat.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu