Khamis, 21 Julai 2011

letihnya badan...

Semalam baru balik Kursus Multimedia Adobe Indesign CS4 di Suria Cherating Beach Reosrt, Kuantan, Pahang dgn Saedah & Ijad..Kluang. Kursus 5 hari...seronok sgt...release tension....walaupun apa yang diajarkan kat Kursus tu tak masuk otak aku pun, tp sekurang2nya dapat aku g jalan2 makan angin.

Kalau aku saje2 nak g jalan ke Cherating tu...ntah bila la jawabnya. Mesti nak kena pikir kos nya. Nak g kursus ni pun, nasib baik ada unit Kluang. Jimat sikit kos, cuma aku kena turun Kluang la...tak per la, dah mudah sikit. Tapi aku bersyukur sgt2 sbb hubby nak hantar kan ke Kluang... kalau nak naik bas, dgn bawak beg baju, beg laptop yang berat ya amat...rasa malas aku nak g kursus ni... Ni pu baru bawak beg laptop yg sgt la berat, beg baju, beg kasut dan handbag.....lengan dan kaki aku dah sakit2...yer la umur pun dah masuk 3 series (pinjam kata2 Pengarah Pahang)...sbb tu badan dah mula sakit2.

Bercerita tentang kursus multimedia ni, aku minat dgn kursu s Indesign ni, tp disebabkan laptop tak cukup dan terpaksa berkongsi, aku ajdi tukang dengar jer la..yang buat keje Saedah..sbb dia rajin ....aku ni pulak jadi tukang menyembang je masa kursus.. Assessment kena buat kulit folder, buat kat bilik malam2...tp hasilnya..hehhe..malu nak tunjuk. Masa nak presentation tu, Saedah buat balik, siap tambah gambar xtvt jabatan lg..tp yang kali ni kira cun la..sbb dia dah buat aku jadi tukang present jer la... adil dan saksama kan...

Kat kursus ni, lecture nya dari KLMU...ngajar pun sikit2 jer..pastu suruh kita buat, kalo ada masalah baru tanya....kalau dia nak ajar semua rasanya tak cukup kursus 5 hari tu. Tp ok gak, sbb dia mudah beri tunjuk ajar, tak tahu jer, panggil dia...mesti dia datang.. Namanya En. Khairul Ezedy bin Abdul Rahman... Fasilitator utk kursus ni En Khafiruddin bin Faijan, dari Pembangunan sumber Manusia, Jabatan Penerangan Malaysia...muda lagi orgnya...macam adik2 aku jer..tp dah sebab dia jadi Fasi...kena lah hormat pada dia...tp dia very sporting.... seronok bila berkursus dapat fasi yang memahami dan sporting ni...rasa macam tak nak balik lak g kursus ni....hahaha (padahal anak kat rumah tu dah nangis2 sbb kena tinggalkan dia)...

Masa kat kursus tu, sempat la juga g ambik angin laut di tepi pantai Cherating, cumanya pantai Cherating ni tebingnya macam dah terhakis jer.. Aku lak berdiri atas pasir yang tinggi tu, tetiba jer....pasir tu jerlus..tak apsal2 aku jatuh... Nasib baik Saedah ada sama, dia yang tolong tarik tgn aku. Bila yang lain turun, mereka ajak la berposing tepi pantai, sbb nya ada jurufoto Pahang..'Nurul' ni..mmg asyik snappp gambar jer la.

Pas tu teringin pulak main bola tampar bila tengok orang dari Jabatan Perangkaan main ...so Nurul ni pun mintak pinjam la bola dari mereka...kitaorg pun main jer la..padahal aku bukan tampar pun bola tu, tp aku pukul jer la....janji bola tu leh naik atas... lepas main bola, aku dan Saedah terus g makan...ingatkan diaorg yang lain ikut, rupanya semua berendam dalam kolam renang...n sambung main bola... iskh2... aku malas nak basahkan baju...sebab dah nak balik dah.

Sepanjang kursus ni, makan sehari 6 kali, dah la makanan sedap2... aku pun makan je la.... rasanya bila ditimbang, berat aku mesti naik byk ni... perut pun sampai boncit...tu nasib baik makan malam tak turun, kalau la makan mlm pun aku bedal....lg la banyak lemak yang terkumpul dalam badan aku ni....

Rabu, pukul 10.30 pg Kursus dah abis...majlis penutup oleh Pengarah Pahang, Datuk Hjh Hasnah...rupanya dia dah pencen... tp sbb tugas Datuk Hajah sanggup g kejra..mmg layak dia dapat pangkat dan gelaran... sbb komitmennya pada kerjaya... Sampai la pukul 1.00 ptg..lepas makan tgh hari jer, terus balik bilik, kemas2 barang n check out...

Balik tu singgah jap tepi jalan beli keropok ikan...sepeket ada yang RM10, RM5 dan RM3. Aku beli yang sepeket RM3 - 10 bungkus..yer la dah jalan jauh, tak kan tak bawak buah tangah utk sedara mara kat sini. Pastu utk rumah sendri aku beli yg RM5 dan sotong bergula. Aku beli juga sos pencicahnya sampai 3 botol..sbb nya masa kat hotel, ada makan cekodoh cicah sos pencicah tu..aku rasa sedapnya la sos tu...tp aku beli 3 pun utk bg makcik2 kat JB ni...Abis la RM47 aku belanja keropok tu..

Balik Ijad tak lalu Segamat, dia ikut Mersing - Kluang. Bila dah masuk Mersing, dia suruh aku call hubby aku...hubby aku kata jauh lg...ermmm.... yer la kan...aku bgtau awal2..pastu dah masuk Felda Nitar, n sampai Kahang aku call balik hubby aku, dia kata dia dah sampai Machap...ok la..dah dekat dgn Kluang kan... Bila aku sampai ke Pejabat Penerangan Kluang, rupanya hubby aku dah tunggu dalam kereta...sampai tertido dia...siannya la abg aku ni....tapi takper la, tu satu pengorbanan kan... Balik tu singgah pam minyak sekejap..aku terasa nak buang air la.....yang teruknya, ada lelaki India tu, dah buang air kecik, sajer jer muka dia tinggalkan kecing dia kat mangkuk tandas tu...iskh2...aku dah tak tahan buang jer la air...tapi aku siap basuh dulu...aku pasang getah paip tu sampai la air kecing dia hilang, baru la aku membuang....baru la lega....bila aku bgtau hubby aku, dia marah aku balik, dia kata dah aku guna tandas awam...mmg la gitu...mmmm....

Sampai JB dah nak pukul 9.00 mlm..... letak beg dan barang2 terus ambik Aiman kat rumah Mak Ony..rindu betul aku pada anak aku yg sorang ni, tp aku tengok dia seronok jer kat rumah mak Ony tu, bila aku balik pun dia buat tak kesah jerrr.... nasib baik la Aiman ni dah sayang dgn mak Ony sekeluarga....Mak Ony pun sayang sgt dgn dia....tu yang dia buat deeekkkk jer bila aku balik...aku bagi la keropok kat Mak Ony 2 peket...

Esoknya aku tak keje..sakit betul badan dan kaki aku..rasanya semua anggota lenguh2, mungkin sbb penangan main bola tampar..kat rumah pun pagi2 aku dah bangun, lepas mandi dan basuh baju kursus tu, aku terus baring kat sofa...Aiman tengok la TV sorang2.... pukul 11.00 baru la aku masak nasi, goreng telur dan masak sambal tumis sotong... lepas suapkan dia jer..aku ajak dia tido kat bilik...sbb harini aku nak rehat.....aku tertido sampai pukul 3.45 ptg...iskh2 lama gak tu, nasib baik ada masa solat zohor....

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu